Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake – 3D platformer mudah & sesuai untuk beginner!

safwan by safwan
January 31, 2023
in Artikel, Berita, Game Review, Platformer, Review
0 0
0
[Review] SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake – 3D platformer mudah & sesuai untuk beginner!
Share on FacebookShare on Twitter

SpongeBob SquarePants adalah satu animasi Nickelodeon yang sangat terkenal sehingga mendapat adaptasi menjadi game. Pada tahun 2020, Purple Lamp Studio bersama THQ Nordic telah melancarkan SpongeBob SquarePants: Battle for Bikini Bottom – Rehydrated. Dan pada tahun ini, mereka telah mengeluarkan satu game lagi yang berdasarkan animasi sama iaitu SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake.

Untuk pengetahuan anda, SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake adalah bukan sekuel sebenar namun, gameplay yang ditampilkan hampir sama seperti Battle for Bikini Bottom – Rehydrated. Apapun, mari kita teruskan dengan review game terbaru SpongeBob SquarePants.

Plot

Bermula dengan hari yang indah di Bikini Bottom, SpongeBob dan Patrick telah bersedia untuk pergi ke Glove World. Semasa dalam perjalanan, mereka terserempak dengan seekor anak duyung misteri bernama Madame Kassandra lalu memberikan SpongeBob peniup buih (Bubble Wand) yang mampu memberikan segala kehendak penggunanya.

Lalu, SpongeBob membuka satu pintu yang membolehkan mereka ke alam semesta yang berbeza. Namun, SpongeBob dan Patrick tidak keseorangan kerana pintu itu tadi telah menyedut rakan-rakannya, lokasi dan banyak lagi. Jadi, SpongeBob dan Patrick yang kini berbetuk belon mesti melawat setiap dunia untuk menyelamatkan penduduk Bikini Bottom.

Plot yang disediakan untuk game ini sangat lurus dan tidak mendalam. Walau bagaimanapun, cara mereka memperkenalkan plot baharu sangat pelik kerana ia telah dikeluarkan dari mana sahaja semata-mata untuk membawa SpongeBob dan Patrick ke dunia seterusnya. Dengan cutscene yang kurang tersusun, perkara ini boleh menyebabkan kekeliruan kepada plot game.

Namun, isu tersebut tidak menghalang untuk menangkap bakat pelakon suara di mana ia mempunyai bunyi aneh yang sesuai dengan situasi di bawah air. Prestasi daripada suara asal SpongeBob iaitu Tom Kenny juga sangat menarik dan terasa keasliannya.

Prestasi grafik

SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake adalah game 3D platform di mana anda diberikan sehingga tujuh dunia dengan tema yang berbeza dan anda perlu meneroka setiap daripadanya untuk menyelamatkan penduduk Bikini Bottom. Dari zaman prasejarah sehingga ke Istana fantasi zaman pertengahan, semua ada. Namun, dunia kesukaan saya adalah dengan tema Hollywood yang lengkap dengan Squidward sebagai pengarah.

Di dalam game ini, pelbagai model dan animasi yang menyeronokkan dan sudah pasti mereka sangat bersemangat. Malangnya, game ini mempunyai beberapa masalah prestasi dan yang paling ketara adalah semasa watak-watak merentasi dunia. Kadang-kadang, kaki SpongeBob sendiri tenggelam ke lantai.

SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake

Selain itu, terdapat juga bug yang memaksa saya memainkan “save game” yang lama kerana sangkut. Terdapat satu kawasan pintu pagar tertutup yang mengunci saya ke dalam pertempuran dan kawasan itu ditutup dengan kuasa purple jelly. Saya sangkut diantara pintu pagar dan penghadang serta tidak boleh keluar.

Walau bagaimanapun, pihak penerbit telah mengatakan yang mereka akan patch game ini tetapi saya merasakan yang mereka patut “polish” game ini terlebih dahulu supaya dapat mencegah bug ini berlaku lagi.

Gameplay

SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake

Sepanjang game, anda akan berjuang sebagai SpongeBob untuk mengalahkan raksasa jeli. Pergerakan SpongeBob terasa seperti span dan ia sangat lambat untuk dikawal. Serangan utama yang tersedia adalah “spin attack” dengan peniup buih. Dia juga dilengkapi oleh “dodge roll” dan “double jump”. Peniup buih juga boleh digunakan untuk menembak musuh dan memberikan kesan stun kepada mereka.

Buat masa sekarang, itu sahaja yang disediakan untuk pergerakan utama. Anda akan diberikan lebih banyak serangan dan gerakan semasa membuat progress termasuk sepakan karate dan serangan homingnya.

SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake

Pada awalnya, game ini sangat seronok untuk dimainkan, namun lama-kelamaan gameplay yang diberikan adalah sama dan memerlukan pelbagai variasi supaya pemain tidak bosan untuk melawan setiap musuh. Hal ini kerana, mereka betul mencampak anda ke dalam satu ruang tertutup sehingga anda dapat membunuh semua musuh.

Walaupun, musuh yang ditampilkan mempunyai pelbagai reka bentuk, strategi serangan yang dilakukan oleh musuh hampir sama dan untuk mengalahkan mereka juga memerlukan jalan penyelesaian yang hampir sama. Dengan gameplay yang berulang kali, saya sendiri yang memainkan game ini juga bosan melihat pertempuran yang seakan sama pada setiap dunia.

SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake

Sementara gameplay yang agak membosankan, game ini menyediakan beberapa mini game yang cukup menyeronokkan untuk menghilangkan bosan. Game yang disediakan adalah “riding a sea horse, posing for paparazzi” dan banyak lagi. Dengan adanya mini game seperti ini, ia dapat membantu menceriakan pemain daripada gameplay utama yang berulang.

Tahap Kesukaran

SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake

Seperti yang saya katakan tadi, game ini mempunyai pertempuran yang berulang dan sudah pasti ia tidak sukar. Secara tidak langsung, game ini sangat sesuai dan mudah untuk didekati kepada para beginner. SpongeBob mempunyai sebanyak 4 health yang berbentuk seluar. Apabila menerima damage, ia akan menolak satu health. Namun, health yang berbentuk seluar itu sangat mudah dicari kerana bertaburan di dunia tersebut.

SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake

Walaupun anda tidak menemui seluar itu, Patrick yang kini berbentuk belon akan membawa seluar tersebut kepada SpongeBob. Jika keempat-empat seluar sudah habis, SpongeBob akan mati dan akan dihidupkan kembali di tempat yang sama.

Memandangkan game ini menyasarkan pemain yang lebih muda, mereka tidak akan menghidupkan SpongeBob di checkpoint terakhir atau kali terakhir anda simpan game anda.

Kesimpulan

SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake

SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake mempunyai kekuatan dan kelemahan yang sama iaitu ia terlalu mudah. Game ini adalah 3D platformer yang sangat mudah sehingga ke terasnya. Walau bagaimanapun, game ini juga mempunyai banyak daya tarikan dari segi penulisan dan juga komedi mereka. Jadi, anda tidak terlalu bosan untuk menyertai perlawanan yang berulang kali.

Secara keseluruhan, saya rasa SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake adalah game yang paling sesuai untuk dimainkan jika anda adalah seorang beginner dan juga kanak-kanak yang baru ingin mencuba game platform. Tambah pula dengan plot yang lurus dan mudah difahami, saya yakin ramai pemain kanak-kanak lebih menyukainya.

Anda boleh dapatkan SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake di PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.

Untuk mendapatkan lebih banyak review mengenai game, filem, teknologi dan banyak lagi, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake

7 Score

PROS

  • Lakonan suara dari pelakon asal memang hebat
  • Level yang sangat kreatif
  • Banyak easter egg yang ditunjukkan

CONS

  • Pertempuran dan musuh yang berulang
  • Glitch dan bug yang boleh merosakkan game

Review Breakdown

  • Secara keseluruhan, saya rasa SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake adalah game yang paling sesuai untuk dimainkan jika anda adalah seorang beginner dan juga kanak-kanak yang baru ingin mencuba game platform. 0
Tags: SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake
Previous Post

Baru Sebulan Ditayangkan, Siri-siri Anime Ini Telah Ditangguhkan Sebab Covid-19!

Next Post

Siri Live Action ONE PIECE Dedahkan Poster Pertama Siri! Bakal Tayang di Netflix Tahun Ini!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Siri Live Action ONE PIECE Dedahkan Poster Pertama Siri! Bakal Tayang di Netflix Tahun Ini!

Siri Live Action ONE PIECE Dedahkan Poster Pertama Siri! Bakal Tayang di Netflix Tahun Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd