Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Sony WH-1000XM5 – Headphone mantap untuk benamkan diri ke dunia muzik!

Maira by Maira
June 27, 2022
in Artikel, Berita, Produk, Review, Review Produk
0 0
0
[Review] Sony WH-1000XM5 – Headphone mantap untuk benamkan diri ke dunia muzik!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda dengar lagu, mesti tidak mahu gangguan daripada persekitaran. Sony telah mengeluarkan satu headphone Noise Cancelling yang baru iaitu Sony WH-1000XM5. Ingin tahu jika headphone ini berbaloi atau tidak untuk dimiliki, jom baca review kami ini!

Reka bentuk

Headphone ini datang dengan dua warna iaitu Black dan Silver. Kami telah mendapat unit berwarna silver, dan sejujurnya ia nampak sangat “high class” malah begnya juga nampak bergaya. Ianya agak besar, sesuailah dengan saiz headphone tersebut.

Walaupun ia nampak besar, tetapi Sony WH-1000XM5 tidaklah berat malah lebih ringan berbanding headset gaming. Jadi ia memang selesa untuk dipakai dengan lama. Tetapi headbandnya agak nipis dan buatkannya kelihatan seperti boleh patah dengan mudah. Earcupnya pula walaupun nampak tidak begitu tebal, ia sangat selesa apabila dipakai. Tekanannya pada telinga tidak begitu tinggi. Memandangkan negara kita ini panas, kalau anda memakainya dengan lama, telinga mungkin terasa panas dengan cepat.

Pada sebelah kiri earcup, terdapat dua butang dan 3.5 mm headphone jack. Butang tersebut berfungsi sebagai butang power/bluetooth dan butang suis untuk Ambient Noise Mode (AMB) dan Noise Cancelling Mode (NC). 

Earcup sebelah kanan pula mempunyai port pengecasan USB Type-C. Tetapi ia juga mempunyai kawalan sentuh, jadi anda hanya perlu sentuh untuk play/pause atau menjawab panggilan. Anda boleh lihat kawalannya di sini, tetapi ianya sudah intuitif untuk anda mengenali kawalan tersebut dengan mudah. Jika anda sentuh menggunakan 3 jari atau lebih dalam mod NC, anda boleh tukar ke mode AMB buat sementara waktu yang membolehkan anda mendengar persekitaran dengan mudah.

Earcup boleh berputar kira-kira 100 darjah, dengan 90 darjah menghadap ke luar dan 10 darjah menghadap ke dalam. Bukan setakat itu sahaja, anda juga anda mendapat 3.5mm jack cable untuk anda yang lebih suka menggunakan wayar atau untuk menggunakannnya pada PC. Kabel pengecasan juga diberikan tetapi ianya pendek. Boleh nampak Sony tidak mahu kita menggunakannya sambil cas.

Prestasi fungsi

Sejujurnya, agak lama juga masa yang diambil untuk sambungkannya pada fon saya menggunakan bluetooth. Tetapi itu hanyalah pada permulaan, setelah anda setup segalanya, ianya akan disambung dengan lancar selepas itu. Anda juga perlu install perisian headphone untuk memanfaatkan segala fungsi headphone ini sepenuhnya.

Terdapat Adaptive Sound Control yang mengesan lokasi anda dan kemudian menukar tetapan fon kepala anda secara automatik. Terdapat equaliser audio standard yang terlalu canggih untuk saya fahami dan gunakan malah ada juga tetapan lain yang membolehkan anda menyesuaikan fungsi butang.

Kualiti audio

Saya tidaklah menggunakan headphone yang mahal sebelum ini, tetapi audionya sangat memuaskan. Walaupun bassnya lebih ringan, tetapi ia melengkapkan faktor lain pada muzik yang didengari dan treblenya juga bagus walaupun sedikit rendah. Julat bunyinya lebih kecil, tetapi ia saling melengkapi, dan menjadikan pengalaman mendengar itu baik.

Bercerita mengenai Noise Cancelling pula, jika mode NC digunakan, anda tidak akan mendengar apa-apa selain bunyi manusia bercakap. Ia berfungsi dengan sangat baik walaupun banyak kereta yang lalu ataupun muzik yang dipasang dengan kuat, anda memang tidak akan mendengar apa-apa. Mikrofon Sony WH-1000XM5 juga bagus, tidak ada bunyi bising yang mengganggu apa yang dikatakan. Senang cerita, mikrofon ini hanya menangkap bunyi suara yang bercakap sahaja.

Hayat bateri

Kalau ikut laman web rasmi, ianya boleh bertahan selama 30 jam. Saya hanya mengecasnya sekali dan menggunakannya beberapa kali. Walaupun begitu baterinya masih dalam 80%. Jadi, jika anda jarang menggunakannya, rasanya bateri headphone akan bertahan dengan lebih lama.

Kesimpulan

Sony WH-1000XM5 ialah headphone yang sangat bagus dalam mengendalikan fungsi Noise Cancelling. Sebaik sahaja anda menggunakan mode NC, anda tidak akan mendengar apa-apa kecuali bunyi orang bercakap dengan kuat. Itupun samar-samar sahaja yang boleh didengari. Kalau anda mendengar muzik, suara itu juga tidak akan kedengaran. Kualiti audionya juga sangat bagus membuatkan muzik lebih seronok didengari. 

Senang cerita, kalau anda sedang mencari headphone yang mempunyai noise cancelling yang bagus, mungkin anda boleh beri peluang kepada headphone ini. Anda boleh layari laman web Sony untuk membelinya. Untuk membaca review lain daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: headphonereviewSony XWH100XM5
Previous Post

Keyboard gaming Razer Ornata V3 boleh didapati di Malaysia pada harga RM329

Next Post

One-Punch Man: Saitama akhirnya masuk “Serious Mode”, bertemu Cosmic Garou [SPOILER]

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
One-Punch Man: Saitama akhirnya masuk “Serious Mode”, bertemu Cosmic Garou [SPOILER]

One-Punch Man: Saitama akhirnya masuk "Serious Mode", bertemu Cosmic Garou [SPOILER]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd