Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Sonic the Hedgehog 2 – Sonic bergabung tenaga mengalahkan Dr. Eggman

safwan by safwan
April 25, 2022
in Artikel, Berita, Movie Review
0 0
0
[Review] Sonic the Hedgehog 2 – Sonic bergabung tenaga mengalahkan Dr. Eggman
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, filem Sonic the Hedgehog telah ditayangkan pada 2020 dan ramai peminat yang menantikan sekuel daripada filem ini. Kini, sekuel kepada Sonic the Hedgehog telah mula ditayangkan pada 21 April di seluruh Malaysia. Kepada yang tidak tahu, Sonic the Hedgehog merupakan filem adaptasi dari sebuah francais game klasik iaitu Sonic. Tanpa melengahkan masa lagi, jom ikut saya review.

Amaran: Di bawah mengandungi Spoiler daripada filem Sonic the Hedgehog 2

Dr. Robotnik kembali untuk membalas dendam

Sonic sedang menikmati hujung minggu bersendirian tanpa ibubapa angkatnya iaitu Tom dan Maddie yang berada di Hawaii untuk meraikan perkahwinan kakaknya, Rachel. Malangnya, Dr. Robotnik telah kembali bersama rakan barunya, Knuckles untuk mencari Master Emerald iaitu relik yang membolehkan segala impian menjadi kenyataan mengikut pemakainya. 

Selepas mengetahui kewujudan Master Emerald, Dr. Robotnik menipu Knuckles untuk mendapatkan relik tersebut demi mengalahkan musuh ketatnya, Sonic. Namun, nasib Sonic begitu baik apabila diselamatkan oleh seekor musang yang bernama Tails dan mulalah perlumbaan untuk mencari Master Emerald. 

Pada permulaan, filem ini mempunyai tempo yang perlahan, tetapi ianya akan menjadi lebih pantas selepas Robotnik kembali ke Bumi. Walaupun begitu, hampir kesemua aksi dalam filem ini boleh dijangkakan dan tidak mempunyai sebarang kejutan besar bagi saya. 

Perlawanan antara Sonic dan Dr. Robotnik adalah babak kesukaan saya, di mana terdapat banyak aksi epik daripada Sonic dan rakannya semasa pertarungan dengan robot Eggman. Semasa pertarungan berlaku, animasi untuk watak CGI nampak realistik dan sangat hebat jika nak dibandingkan dengan filem yang pertama.

Untuk Peminat Sonic

Bagi saya, filem ini akan memberi lebih seronok jika ianya ditonton oleh peminat Sonic kerana terdapat “Easter Egg” yang mereka ambil dari francais game. Sonic the Hedgehog 2 juga membetulkan beberapa “Easter Egg” yang terdapat dalam game, seperti memperhalusi personaliti Sonic dan memberikan Dr. Eggman reka bentuk yang lebih tepat. Dengan memperkenalkan reka bentuk baharu Tails dan Eggman semasa penamat pertama Sonic, filem ini menjanjikan sekuel yang lebih tepat dari segi game.

Bukan sahaja Sonic the Hedgehog 2 lebih tepat pada tahap permukaan, tetapi perkara seperti plot juga lebih hampir dengan game Sonic.

Sonic the Hedgehog 2 menyampaikan janji dengan menyertakan perkara seperti lebih banyak watak baharu yang tidak hadir dalam filem pertama, seperti Tails, Knuckles dan Master Emerald. Ia juga menggunakan pelakon suara yang sama untuk Tails yang dimainkan oleh game, Colleen O’Shaughnessey.

Satu perkara yang diubah oleh Sonic the Hedgehog 2 daripada filem pertama untuk menjadikannya lebih tepat ialah interaksi antarawatak game dan watak manusia. Tom dan Maddie, pasangan manusia yang tinggal bersama Sonic, memainkan peranan yang sangat penting dalam Sonic pertama. Dalam Sonic 2, bagaimanapun, mereka kebanyakannya diketepikan kecuali beberapa babak. Ini memberikan penekanan yang lebih besar pada Sonic, Eggman dan watak animasi lain, yang kesemuanya merupakan elemen penting daripada game.

Sonic, Tails dan Knuckles

Sonic the Hedgehog (Ben Schwartz) – Dia sedang mencuba untuk menjadi wira, belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab demi melindungi orang di sekelilinginya.

Miles “Tails” Prower (Collen O’Shaughnessey) – Watak baharu ini mempunyai kebolehan yang menarik iaitu terbang dengan menggunakan ekor kembarnya. Tetapi peranan watak ini sangat sedikit daripada saya lihat dengan hanya menembak Robot Eggman sekali sekala dan menyelamatkan Sonic. Tails ini lebih kepada adalah kawan pertama Sonic yang banyak membantu dalam perkembangan watak itu. 

Knuckles the Echidna (Idris Elba) – Seorang watak yang naif dan mulia. Sanggup menyelesaikan misinya untuk mendapatkan Master Emerald sehingga berlakunya pengkhianatan oleh Dr. Robotnik. Tanpa memikirkan apa-apa, dia sering bertindak dahulu dan menyumbangkan beberapa lawak yang hambar dan cringe.

Watak lain selain watak CGI

Dalam filem ini semestinya mempunyai watak manusia yang berinteraksi dengan Sonic, Tails dan Knuckles. Semua watak sangat memainkan peranan masing-masing untuk menghidupkan beberapa babak walaupun terdapat babak yang agak pelik bagi saya.

Tom yang dilakonkan oleh James Marsden menunjukkan lakonan yang begitu baik tetapi terdapat kekurangan yang saya dapati ketika dia berinteraksi dengan Sonic dan kawan-kawanya. Cara mereka berinteraksi seperti sedang bercakap dengan patung dan James Marsden perlu meletakkan sedikit usaha lagi supaya tidak nampak janggal.

Lakonan Dr. Robotnik yang sangat hebat oleh Jim Carrey membuatkan saya tidak bosan walaupun terdapat lawak yang kurang sampai untuk ketawa. Dia membawa watak ini dengan penuh tenaga, di mana dia membuat beberapa lawak yang bersesuaian dengan babak tertentu dan ketika berinteraksi dengan Sonic, Knuckles dan Tails.

Bagi saya, terdapat satu babak yang menarik tetapi ianya terasa sangat janggal dan tiada kaitan dengan Sonic. Ianya berkaitan dengan perkahwinan Rachel yang dirancang oleh Guardian Units of Nation (G.U.N) untuk memerangkap Sonic, Tom dan Tails.

Dalam babak ini juga, kita dapat lihat yang Rachel tidak berpuas hati dengan bakal suaminya yang merancang perangkap tersebut dan menggagalkan perkahwinannya bersama Rachel. Bahagian yang menarik dalam babak ini adalah semasa Rachel memandu kereta Golf dan membuat “drift” yang epik ketika mencari bakal suaminya.

Kesimpulan

Sonic the Hedgehog 2 adalah filem yang tidak sempurna dan semua ini hanya untuk meneruskan francais, plot yang berat menghentikan rentak filem yang sedang rancak. Walau bagaimanapun, watak yang berdasarkan game ini akan membuatkan korang senang tersenyum apabila Sonic beralih kepada versi kelajuan super yang terlalu aktif dan mula menghancurkan robot. Penambahbaikan yang ketara adalah pada pengawalan cerita yang mempunyai tempo perlahan dan lama kelamaan menjadi tempo yang laju dan lebih menyeronokkan.

Seperti yang saya katakan, Sonic the Hedgehog 2 adalah filem keluarga yang menarik dengan memberikan aksi, komedi dan menyampaikan mesej yang baik berkenaan keluarga. Dengan menggunakan rujukan daripada game, filem ini lebih menonjol untuk peminat Sonic tetapi jika korang tidak tahu banyak tentang Sonic The Hedgehog 2, korang masih boleh layan filem ini.

Korang yang mana dah tengok filem pertama, saya memang recommend untuk tengok filem Sonic the Hedgehog 2. Kepada yang belum tengok filem yang pertama, korang juga boleh layan filem ini, tetapi mungkin ada babak yang kurang faham ketika menonton nanti.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Sonic the Hedgehog 2

7 Score

PROS

  • Babak aksi yang memuaskan
  • Lakonan Knuckles dan Dr. Robotnik sangat mantap

CONS

  • Mempunyai lawak yang hambar
  • Interaksi antara watak Sonic dengan manusia

Review Breakdown

  • Korang yang mana dah tengok filem pertama, saya memang recommend untuk tengok filem  Sonic the Hedgehog 2. 0
Tags: Sonic the Hedgehog 2
Previous Post

Modifight – Webtoon hero tempatan berasaskan kuasa komputer!

Next Post

Koleksi UT Final Fantasy mula dijual pada RM 59.90 di semua cawangan UNIQLO MY

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Evo Japan 2025 – Semua Pengumuman Besar Dunia Fighting Game, Termasuk DLC & Update Terbaru!
Berita

Evo Japan 2025 – Semua Pengumuman Besar Dunia Fighting Game, Termasuk DLC & Update Terbaru!

May 12, 2025
Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

Next Post
Koleksi UT Final Fantasy mula dijual pada RM 59.90 di semua cawangan UNIQLO MY

Koleksi UT Final Fantasy mula dijual pada RM 59.90 di semua cawangan UNIQLO MY

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd