Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Sonic Origins (PS5) – Koleksi game klasik Sonic membawa memori lama

Maira by Maira
July 12, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Review, Platformer, PS5, Review
0 0
0
[Review] Sonic Origins (PS5) – Koleksi game klasik Sonic membawa memori lama
Share on FacebookShare on Twitter

Sonic Origins telahpun dilancarkan semasa ulang tahun Sonic iaitu pada 23 Jun yang lalu. Kalau anda ingin tahu, ia merupakan himpunan empat game Sonic iaitu Sonic the Hedgehog, Sonic the Hedgehog CD, Sonic the Hedgehog 2 and Sonic 3 & Knuckles. Disebabkan ianya game lama, jadi saya akan review banyak kepada ciri serta benda baru yang dibawa dalam Sonic Origins.

Alang-alang saya sendiri tidak pernah bermain game Sonic sebelum ini, bolehlah lihat sendiri game tersebut. Apabila dilihat dalam forum, nampaknya ramai pemain lama yang menemui masalah tetapi saya akan ceritakan lebih lanjut di bawah. Tanpa membuang masa, jom kita mulakan review untuk Sonic Origins (PS5)!

Gameplay Sonic Origins

Setiap game dalam Sonic Origins boleh dimainkan dalam Anniversary Mode atau Classic Mode. Kalau bermain Anniversary Mode, anda akan mempunyai nyawa yang tidak terhad serta boleh bermain dalam aspek ratio 16:9. Classic Mode pula membolehkan kita bermain dengan aspek ratio 4:3 sama seperti versi original malah nyawa anda juga diterhadkan kepada 3. Setiap mode ini mempunyai save file tersendiri. Jadi tidak perlu kalut kalau anda bermain dengan mode berbeza.

Disebabkan Anniversary Mode tidak mempunyai nyawa, jadi kalau anda kalah banyak kali, anda masih boleh teruskan game tanpa masalah. Ini sememangnya tambahan yang bagus terutamanya untuk pemain baru. Sejujurnya, game ini memang mudah untuk watak mati ditambah pula dengan saya yang jenis tidak penyabar. Bayangkan berapa banyak kali saya lawan dengan Dr. Eggman. Lagi satu, kalau anda berjaya habiskan satu stage dengan pantas, lebih banyak skor yang anda boleh dapatkan.

Sonic Origins

Setelah kalahkan semua stage yang ada, akan ada mode khas dibuka iaitu Mirror Mode. Mode ini secara ringkasnya kita bermain dari arah kanan ke kiri. Cabarannya semua sama sahaja tetapi pening jugalah untuk biasakan diri.

Selain daripada mode yang disebutkan, ada satu lagi mode yang boleh dimainkan iaitu Boss Rush Mode, di mana anda akan melawan semua boss yang muncul satu-persatu. Agak seronok jugalah berbanding hanya lari kumpul cincin sahaja. Lebih menarik sekali, dalam Sonic & Knuckles terdapat “Play Blue Spheres” yang membolehkan kita untuk bermain mini game.

Sonic Origins

Kalau anda tidak mahu bermain 4 mode yang tersedia, ada juga Story Mode di mana anda akan bermain kesemua game mengikut turutan. Contohnya kalau anda berjaya habiskan Sonic 1, anda akan terus mulakan Sonic 2. Kalau itupun anda tidak mahu, Mission Mode juga tersedia malah lebih mengambil masa yang lebih pendek untuk dimainkan kerana anda hanya perlu selesaikan misi yang diberikan.

Apapun, sebagai pemain baru saya memang suka pada game ini. Ditambah dengan segala ciri serta benda baru pada keempat-empat game, memang ianya satu game side scrolling yang menyeronokkan.

Museum

Ini merupakan ciri utama Sonic Origins yang boleh diakses pada main menu. Fungsinya sangat mudah. Senang cerita, ia seperti satu galeri besar untuk seni, muzik dan kandungan lain Sonic khas untuk peminat serta pemain baru Sonic. Anda juga boleh melihat beberapa seni lama Sonic apabila dia mula dikeluarkan. Kotak game dulu memang ada macam-macam versi untuk membezakan region-nya. Jadi anda bolehlah lihat perbezaan antara versi Inggeris dan Jepun. Kandungan lain museum juga boleh diakses dengan bermain game secara normal atau menggunakan Coin yang dikumpulkan dalam setiap stage, misi dan Boss Rush Mode.

Persembahan

Kalau anda fikirkan grafik yang bagus daripada game ini, memang tidak dapatlah. Ia masih kekalkan grafik pixel retronya. Tetapi cutscene animasinya yang baru kelihatan sangat bagus dan nampak seperti siri animasi baru. Seronok jugalah apabila menontonnya. Muziknya juga kekal klasik tetapi peminat lama nampaknya kurang minat pada muzik dalam Sonic 3 & Knuckles kerana muzik asalnya banyak copyright daripada Michael Jackson, jadi mereka terpaksa menukarnya untuk Sonic Origins. Tetapi untuk peminat baru seperti saya, ianya bagus sahaja.

Sonic Origins

Harga dan DLC

Harga serta DLC untuk Sonic Origins antara benda yang ramai pemain merungut. Jika anda lihat pada versi yang tersedia, kandungan DLC-nya macam tidak berpatutan langsung dengan harganya. Kalau anda ingin tahu, terdapat main menu island yang hanya boleh diakses oleh Premium Fun Pack atau Digital Deluxe Edition. Setiap game mempunyai pulaunya tersendiri dan anda boleh lihat watak-watak berkeliaran di pulau tersebut. Dengan Digital Deluxe Edition, anda boleh mengakses kamera untuk melihat watak-watak ini. Itu sahaja kelebihan membeli versi ini.

Untuk 4 game klasik dengan tiada perubahan pada gameplay, rasa agak mahal juga untuk membayar RM 150+ yang sudah berusia 30 tahun walaupun ia mempunyai ciri baru. SEGA juga telah mengeluarkan versi game kendiri daripada Steam. Jadi kalau ada pemain yang ingin main satu game sahaja, nampaknya terpaksalah mereka membeli Sonic Origins. Kalau tidak rasa terbeban boleh sahaja untuk anda beli game ini pada harga penuh, tetapi lebih baik tunggu promosi atau sale.

Sonic Origins

Kesimpulan

Sejujurnya, Sonic Origins merupakan satu game remaster yang baik. Semua ciri baru padanya sangat baik. Bug sudah tentu ada tetapi tidaklah menjengkelkan sampai terpaksa tutup game. Adakah Sonic Origins ini berbaloi dengan harganya? Pada pendapat saya, tidak. Lebih baik main sahaja game original Sonic secara percuma di mobile. Walaupun ada iklan, dan tidaklah sebagus konsol prestasinya, tetapi dompet masih lagi selamat. Tetapi anda yang betul-betul tidak kisah dengan harganya, boleh sahaja membelinya di platform yang tersedia. Kalau tidak mahu membeli dengan harga penuh, boleh sahaja tunggu sale yang dijalankan sepanjang tahun.

Untuk membaca review lain daripada kami, anda boleh klik pautan ini.

Download Sekarang!
Sonic Origins
Publisher: Sega
Developer: Sega
Release Date: 2022-06-23
Epic Games Store, PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Sonic Origins merupakan kompilasi game Sonic the Hedgehog oleh SEGA. Ia memaparkan versi remaster game untuk konsol terbaru termasuklah game Sonic yang pertama, Sonic CD, Sonic the Hedgehog 2, dan Sonic the Hedgehog 3 & Knuckles.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Sonic Origins

6 Score

PROS

  • Mudah untuk diperkenalkan kepada pemain baru
  • Ciri serta perubahan baru yang ditambah
  • Dapat melihat beberapa seni lama Sonic melalui Museum

CONS

  • Harga tidak mesra dompet

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: reviewSonic Origins
Previous Post

Kingston IronKey Vault Privacy 80 kini dilancarkan! SSD external dilengkapi touchscreen

Next Post

ALARA Prime – game FPS 4v4 percuma akan dilancarkan pada 2023 di Steam!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
ALARA Prime – game FPS 4v4 percuma akan dilancarkan pada 2023 di Steam!

ALARA Prime - game FPS 4v4 percuma akan dilancarkan pada 2023 di Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd