Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Scarlet Nexus: Game impian untuk setiap peminat anime!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 6, 2021
in Anime, ARPG, Artikel, Berita, Game Review, PC, PS4, PS5, Review, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Review Scarlet Nexus: Game impian untuk setiap peminat anime!
Share on FacebookShare on Twitter

Scarlet Nexus oleh Bandai Namco adalah permainan impian untuk setiap peminat anime dengan gameplay yang menyeronokkan, sejumlah visual bergaya, sistem pertempuran yang lain daripada lain, dan mekanik ala-ala RPG. Selepas meluangkan masa yang banyak dalam permainan, adakah ia menepati jangkaan saya? Izinkan saya menjelaskan lebih banyak dalam review Scarlet Nexus ini!

Jalan cerita & naratif dari dua pihak

Scarlet Nexus berlangsung di kota futuristik New Himuka, di mana umat manusia menggunakan sejenis implan di otak untuk berinteraksi dengan dunia. Hasil daripada itu, kita mempunyai para Psionic, yang merupakan individu dengan abiliti istimewa. Malangnya, manusia diserang oleh The Other, raksasa-raksasa pelik yang menyerang manusia. Kisah permainan mengikuti pasukan Others Suppression Force (OSF), khususnya Yuito dan Kasane.

Scarlet Nexus memberi sedikit kelainan pada jalan cerita di mana kita boleh bermain sebagai Yuito Sumeragi atau Kasane Randall. Kejadian yang sama berlaku pada kedua-dua watak, tetapi anda mengalaminya dari sudut pandangan watak yang dipilih. Satu perkara yang anda harus tahu adalah mereka bukanlah kawan baik dan sebenarnya bermusuhan. Jika anda pilih Yuito, Kasane akan menjadi pihak lawan dan perkara yang sama akan berlaku jika anda memilih Kasane.

Pandangan cerita Kasane

Perang meletus antara dua pihak, Suoh dan Seiran. Karen Travers, salah seorang komander OSF memulakan pemberontak pada Suoh, dan bersekutu dengan Seiran. Dalam peperangan ini, Naomi  (adik perempuan Kasane) berubah menjadi Other semasa membuat misi. Daripada membunuhnya, OSF di pihak Seiran menangkapnya untuk siasatan lanjut. Disebabkan itu, Kasane terpaksa melakukan apa sahaja yang Seiran minta bagi menjaminkan keselamatan Naomi.

Pada masa yang sama, Kasane belajar bahawa abilitinya membolehkan Kasane merentas melalui masa, di mana dia bertemu Yuito yang lebih tua dan melihat dunia yang sudah musnah. Yuito ini menjelaskan bahawa ini adalah hasil dari dia dan Yuito memiliki abiliti yang sama. Punca segala-galanya, Kunad Gate sudah wujud pada zaman Kasane, dan hanya akan hilang jika dia atau Yuito mati. Dia juga memberitahunya bahawa dalam garis masa ini, kedua-duanya kini musuh kerana Kasane membunuh ayah Yuito dan menghilangkan diri.

Apabila Kasane kembali ke garis masa asal, dia menemui ayah Yuito tepat pada saat dia dibunuh. Mengapa Kasane berdendam dengan ayah Yuito? Ini kerana ayahnya bekerja untuk orang yang mengubah adiknya menjadi Other. Sudah tentu, Yuito melihat perkara ini terjadi dan semuanya menjadi huru-hara.

Pandangan cerita Yuito

Yuito Sumeragi adalah anak bongsu kepada keluarga Sumeragi, dengan sikap yang baik dan optimis. Tujuan utamanya untuk menyertai OSF adalah untuk menolong orang lain, sambil mencari seorang anggota lama OSF yang menyelamatkan Yuito ketika dia masih muda.

Kita lajukan masa dan kini Yuito dan rakannya Nagi akhirnya menyertai OSF. Malangnya, hari-hari yang aman ini akan berubah. Ketika Yuito melihat Kasane “membunuh” ayahnya, sudah tentu dia keliru. Saya sebagai pemain juga merasakan perkara yang sama dan sebab itulah saya dapat menghargai jalan ceritanya. Jika anda benar-benar ingin mendalami jalan cerita, saya sarankan anda bermain sebagai Yuito dahulu kerana naratif Kasane lebih jelas dan memberi konteks kepada kebanyakan soalan.

Aduan terbesar

Jalan cerita Scarlet Nexus disajikan dalam cutscene ala-ala novel visual. Itu yang saya paling benci. Walaupun beberapa adegan mempunyai animasi, kebanyakan masa kita hanya akan melihat gambar potret sedang bercakap. Saya sebenarnya tidak kisah kalau mereka gunakan sistem ini untuk berdialog tetapi kalau babak aksi juga menggunakan format ini, saya tidak mampu kata apa-apa.

Potret muka ini pun hanya mempunyai 2 ekspresi sahaja, yang menyedihkan lagi keadaan. Semua watak dalam Scarlet Nexus memang bergaya tetapi format ini adalah cara paling buruk untuk memaparkan ciri-ciri setiap watak. Saya harap ia lebih menyerupai Persona di mana sekurang-kurangnya mereka mempunyai pelbagai ekspresi wajah.

Sistem pertempuran asas & mekanik penting

Jadi Scarlet Nexus adalah permainan aksi RPG dan saya pun tidak akan menjelaskan secara terperinci tentang mekanik permainan kerana ia sudah dijelaskan dalam preview lama saya. Di sini, saya hanya akan menerangkan tentang perkara yang terlepas sahaja.

Dalam permainan, kita mempunyai parti khusu yang terdiri daripada empat ahli menggunakan sistem SAS. Sama seperti Genshin Impact, setiap parti mempunyai abiliti tersendiri dan ia boleh digunakan dalam serangan kita.

Di naratif Kasane, kita mempunyai:

  • Kagero – Invisibility
    • Menjadikan anda halimunan, untuk mengelirukan musuh. Anda boleh mengecas serangan “backstab” yang melakukan damage besar jika menyerang. Beberapa musuh mempunyai kelemahan khusus, jadi anda perlu menggunakan abiliti untuk mencederakannya.
  • Shiden- Electrokinesis
    • Mula-mula, saya fikir Shiden tidaklah beberapa hebat kerana abilitinya hanya menambah unsur elektrik pada serangan kita. Tetapi setelah meningkatkan “Bond Level”, dia dapat menggunakan sejenis cakera elektrik besar yang sangat bagus untuk pertarungan bos.
  • Kyoka – Duplication
    • Abilitinya memang seronok untuk berkombo dengan psikokinesis kerana bila-bila masa kita mengangkat barang, dia akan menggandakan jumlahnya. Ini tidak berfungsi untuk objek khas yang menggunakan butang L2, tetapi anda boleh mengaktifkan SAS-nya untuk menggunakannya objek tersebut.
  • Arashi- Hypervelocity
    • Melambatkan masa. Ada musuh yang hanya boleh diserang jika anda menghentikan masa, jadi abiliti ini pun sama pentin. Selain itu, anda dapat mengaktifkan abiliti ini semasa membuat kombo. Ini pun bagus untuk menguruskan musuh di terbang udara atau untuk membuatkan mereka tidak bergerak ketika kita mengecaskan seranga.

Di naratif Yuito, kita mempunyai:

  • Hanabi – Pyrokinesis
    • Sama seperti Shiden, tetapi abilitinya api. Mempunyai efek tambahan dengan minyak.
  • Luka – Teleportation
    • Meningkatkan aspek mengelak anda, untuk membolehkan pemain bergerak melepasi serangan musuh dengan lebih cepat. Anda juga dapat menggunakan SAS-nya untuk tembus pertahanan musuh dengan menggunakan “surprise attack”. Di luar pertempuran, abilitinya berguna untuk melepasi tembok tertentu.
  • Gemma – Sclerokinesis
    • Membuat baju besi di sekeliling anda. Pemain tidak akan mengalami damage semasa abiliti ini aktif. SAS-nya sangat berguna, tetapi tempohnya agak pendek. Gunakan abiliti ini pada masa kritikal, seperti dalam pertarungan bos yang kuat.
  • Tsugumi – Clairvoyance
    • Adalah salah satu abiliti kegemaran saya, di mana anda dapat melihat musuh yang halimunan. Tidak digunakan selalu, tetapi kita akan dapat momentum yang lebih baik ketika mengelakkan serangan musuh dan melakukan serangan balas.

Brain Drive

Apabila kita memenuhi meter Brain Drive, watak akan menjadi lebih pantas dan kuat. Malangnya, kita tidak dapat mengawal bila abiliti ini akan diaktifkan, jadi ia agak menjengkelkan untuk guna.

Brain Field

Teknik ini akan tersedia ketika meter tempoh Brain Drive hampir tamat. Anda harus mengaktifkannya secara manual apabila teknik ini tersedia dan ia akan kekal aktif walaupun Brain Drive sudah habis. Apa yang istimewa sangat? Ia akan mengubah keseluruhan arena menjadi Brain Field, di mana pemain kini dapat menggunakan serangan Psycho secara bebas tanpa meter. Serangan jarak dekat juga akan berubah.

Sistem Customization & Bond Level

Kita juga dapat mengubah suai ahli parti dengan peralatan baru, serta melakukan upgrade kepada cip (barang penting untuk meningkatkan statistik watak). Semuanya standard seperti “HP tambahan”, “meningkatkan damage”, dan lain-lain. Senjata pula tidak memberi apa-apa efek tambahan kecuali dari damage sahaja. Di samping itu, pemain boleh menggayakan ahli parti secara visual, seperti memakaikan telinga kucing untuk. Kalau yang suka anime, ini pastilah antara bahagian yang paling menarik.

Seterusnya, saya ingin jelaskan lebih lagi tentang sistem Bond Level. Ahli parti akan mendapat abiliti baru setiap kali Bond Level mereka meningkatkan. Nak tingkatkan level ini mudah sahaja. Kita hanya perlu menggunakan watak-watak ini dalam pertarungan, serta membeli hadiah untuk mereka. Bond Episode pun agak menyeronokkan dan  sering merangkumi peristiwa biasa yang memberi gambaran lebih khusus tentang personaliti watak tersebut.

Pendapat

Bagi saya, Scarlet Nexus sebenarnya bagus. Plot ceritanya jauh lebih baik daripada apa yang saya sangka, walaupun ia mempunyai beberapa adegan atau naratif yang mengelirukan. Bahagian aksi pun sangat mantap, dan berkat sistem SAS, pemain pasti tidak bosan dan sentiasa akan cuba untuk melakukan kombo paling gila. Aduan terbesar saya hanyalah pada “cutscene” yang tidak mencerminkan betapa hebatnya visual Scarlet Nexus.

Itu sahaja untuk review Scarlet Nexus ini! Scarlet Nexus kini boleh didapati di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X, dan PC. Untuk baca segala liputan kami tentang permainan termasuk ulasan awal saya, sila tekan pautan ini.

Lihat di sini
Scarlet Nexus
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: Bandai Namco Studios
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Bermain sebagai Yuito Sumeragi, yang dilengkapi dengan bakat dalam psiko-kinesis, menjelajah kota futuristik New Himuka dan mengungkap misteri masa depan Brain Punk terperangkap antara teknologi dan kemampuan psikik.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Scarlet Nexus

8 Score

Bagi saya, Scarlet Nexus sebenarnya bagus. Plot ceritanya jauh lebih baik daripada apa yang saya sangka, walaupun ia mempunyai beberapa adegan atau naratif yang mengelirukan. Bahagian aksi pun sangat mantap, dan berkat sistem SAS, pemain pasti tidak bosan dan sentiasa akan cuba untuk melakukan kombo paling gila.

PROS

  • Muzik sangat mengagumkan
  • Sistem pertempuran yang inovatif
  • Konsep "2 watak 2 perspektif" yang seronok.

CONS

  • Format cutscene yang membosankan.

Review Breakdown

  • Aduan terbesar saya hanyalah pada "cutscene" yang tidak mencerminkan betapa hebatnya visual Scarlet Nexus. 0
Tags: ARPGBandai NamcoreviewScarlet Nexusulasan
Previous Post

BMW mendedahkan konsep kerusi gaming Rival Gig dengan fungsi sensor, urutan & kawalan suhu

Next Post

Baru sahaja selesai percubaan Alpha, Vampire: The Masquerade – Bloodhunt mendapatkan Keperluan Sistem PC nya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Baru sahaja selesai percubaan Alpha, Vampire: The Masquerade – Bloodhunt mendapatkan Keperluan Sistem PC nya!

Baru sahaja selesai percubaan Alpha, Vampire: The Masquerade - Bloodhunt mendapatkan Keperluan Sistem PC nya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd