Samurai Maiden ialah game aksi akan datang di mana seorang pelajar sekolah moden dibawa kembali ke zaman Sengoku dalam sejarah Jepun. Bersama dengan trio rakan ninja yang baru ditemui, dia terpaksa menggunakan kemahiran kendonya untuk melawan mayat hidup Oda Nobunaga dan tentera samurai rangka. Ini mungkin game kunoichi paling bersifat anime untuk tahun 2022, dan mana tahu – ia boleh menjadi pengembaraan hack’ n’ slash yang seronok apabila ia dilancarkan pada PS5, PS4, Switch dan PC pada 8 Disember.
Di sini, kami berpeluang untuk mencuba Samurai Maiden lebih awal, jadi berikut adalah review lengkap saya!
Sistem pertempuran lebih “dalam” daripada disangka

Sistem pertempuran mungkin adalah aspek terbaik dalam game Samurai Maiden di mana set pergerakan watak agak bervariasi. Namun, kita tidak akan membuka semua kombo-kombo ini pada permulaan permainan. Pada mulanya saya agak kecewa melihat set pergerakan/serangan yang nampak “basic”, tetapi ternyata lebih banyak pergerakan boleh dibuka mengikut tahap sistem Affection – di mana anda membina hubungan dengan ahli parti untuk membuka pergerakan baharu.
Setiap 3 ahli parti mewakili jenis upgrade yang berbeza:
- Iyo menggunakan kombo berasaskan serangan darat, lalu memberikan serangan tambahan seperti kombo Heavy Slash dan Charged Slash.
- Hagane (waifu terbaik) memfokuskan kombo udara, dan berkeupayaan untuk “jump-cancel”.
- Komimi sebaliknya memberi pilihan defensif, seperti ground recovery, air recovery dan keupayaan parry.

Walaupun dengar seperti menarik, masalah terbesar dengan Samurai Maiden ialah ia tidak begitu digilap/lancar. Pergerakan masih terasa sedikit kekok dan hanya dengan beberapa tambahan kecil, sistem pertempuran pasti boleh bertambah baik.
Biar saya jelaskan mengapa: sebagai contoh, Devil May Cry mempunyai butang lock-on, di mana selagi pemain memegang butang R1, kita akan sentiasa lock-on. Dalam keadaan itu, ia menggunakan arah musuh sebagai titik panduan untuk melakukan kombo khas ala Dante. Namun ia juga menimbulkan beberapa masalah lain. Jika saya ingin melakukan kombo khas, saya perlu lock-on pada musuh.

Satu lagi masalah adalah butang dodge dan parry menggunakan butang yang sama dan sangat berpandukan pada timing. Banyak kali saya akan parry, tetapi sebaliknya game membacanya sebagai dodge dan memandangkan timing untuk kedua-duanya berbeza, saya terpaksa makan damage musuh.
Ninjutsu setiap watak bervariasi kecuali seorang

Ahli parti kita mempunyai kemahiran istimewa yang boleh digunakan dalam pertempuran tetapi pengunaannya amat situasional. Dengan menekan R2, setiap watak akan mengaktifkan kemahiran Ninjutsu mereka. Masing-masing mempunyai Ninjutsu Skill, jadi penggunaan mereka pun berbeza.
- Iyo mempunyai pelbagai Ninja Tool untuk digunakan, dan adalah satu-satunya sumber penyembuhan.
- Hagane pula mempunyai grappling hook yang majoriti digunakan untuk platforming, tetapi juga boleh menarik musuh. Memang berguna untuk melawan bos.
- Komimi adalah yang paling pelik. Di beberapa level dan salah satu daripada alat Iyo adalah mempunyai bom yang tidak timer. Komimi boleh mengutipnya dan membuangnya pada musuh. Buat masa ini, dialah watak paling tidak menyeronokkan untuk digunakan.

Masalah besar dengan kebanyakan skill ini ialah ia akan soft lock kepada musuh tanpa sengaja. Contohnya, laser Hagane akan menyasarkan mana-mana musuh tetapi jika musuh bergerak, serangan itu akan terlepas sepenuhnya.
Tetapi bukan semuanya buruk. Kemahiran ini boleh digabungkan antara satu sama lain. Terdapat shortcut untuk segera melakukan ninjutsu demi ninjutsu berkat sistem assist, yang juga mengubah watak yang kita gunakan mengikut serangan terakhir.
Lawan best, level pula bosan

Satu lagi kelemahan yang saya jumpa dalam Samurai Maiden ialah reka bentuk level-nya tidak begitu seronok. Variasi musuh pun agak sedikit teruk, dan hanya ada segelintir musuh “jenis bos”.
Apa yang membuatkan keadaan lebih sedih adalah game akan menghantar banyak musuh sekali gus di beberapa level. Situasi ini sangat sukar untuk saya suka kerana bilangan musuh menjadikannya sangat sukar untuk melakukan kombo. Bayangkan; saya tidak dapat parry serangan bos kerana 50 konconya sedang memukul saya. Langsung saya kena makan semua serangan mereka.

Sistem checkpoint pun sangat mengecewakan. Secara ringkas, terdapat kuil yang boleh menyembuhkan anda. Jika pemain mati, kita akan serta-merta hidup semula di kuil itu dan perlu bermain melalui segala-galanya sekali lagi dari saat itu. Masalahnya adalah pengagihan checkpoint itu terlalu jauh! Progress yang saya buat sudah hampir di penamat level tetapi kerana satu kesilapan, saya terpaksa berulang hampir daripada awal.
Ia umpama main Dark Souls/ Elden Ring dan tidak menggalakkan pemain untuk meneroka, kerana kita boleh mati dengan mudah.
Satu lagi contoh saya boleh beri adalah semasa satu level besar. Di sini, saya perlu hadap 3 bos secara bergilir-gilir. Kebetulan saya mati di bos 3, tetapi terpaksa hadap Boss 1 semula. Sebaliknya saya terpaksa mengabaikan semua musuh kecil dalam game dan hanya menumpukan pada bos sahaja. Ia bukan cara yang menyeronokkan untuk bermain tetapi satu-satunya cara efektif bagi saya untuk maju.

Apa yang membuatkan keadaan rasa lawak adalah tidak semua level mempunyai reka bentuk sama. Kenshin dan Shingen (dua lagi Boss besar) merupakan pertarungan 1v1 dan sebenarnya cukup menyeronokkan- jadi ini membuktikan bahawa masalahnya hanyalah pada reka bentuk level.
Cutscene terlalu LAMA walaupun visual lawa

Bagi visual, korang tidak akan kecewa. Cuma keluhan saya adalah cutscene-nya yang terlalu LAMA. Jangan silap faham, semuanya nampak cantik. Sprite Tsumugi dan rakan mempunyai animasi cantik lakonan suara pun bagus belaka, cuma cutscene pula jadi masalah. Salah satu cutscene yang saya mana hampir 10 minit dan itu pun bukan adegan penting.
Syukurlah ada butang skip, tetapi memandangkan dialog sebenarnya agak lucu dan menarik, majoriti masa saya hanya melangkau dialog yang membosankan.

Selain itu, kita ada Bubble Pocket – misi sampingan yang boleh dilakukan untuk merapatkan hubungan dengan ahli parti anda. Misi itu selalunya sangat simple, dan biasanya terdiri daripada beberapa aksi platform yang memfokuskan pada kelebihan watak individu dan beberapa pertarungan singkat.
Pendapat

Jika korang teringin untuk bermain game anime yang penuh dengan awek ninja comel, saya 100% mengesyorkan Samurai Maiden. Asalnya, saya pun menjangkakan ini game bosan tetapi rupanya saya silap. Sistem pertempuran agak berkualiti tinggi (walaupun tidak perfect), dan visual serta lakonan suara memang berkualiti.
Walau bagaimanapun, game ini juga mudah jadi bosan. Ia ada potensi untuk tambah baik tetapi reka bentuk level dan sistem checkpoint ala Dark Souls sangat tidak menyeronokkan dan agak mengecewakan sedangkan ciri-ciri lain sudah bagus.
Bagi mereka yang berminat, Samurai Maiden akan dilancarkan pada PS5, PS4, Switch dan PC pada 8 Disember. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi mereka di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post