Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Roller Champions – Game sukan 3v3 ala-ala Alita: Battle Angel

safwan by safwan
May 31, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru, Game Review, PS4, PS5, Review, Sukan/lumba, Ubisoft Connect, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Review] Roller Champions – Game sukan 3v3 ala-ala Alita: Battle Angel
Share on FacebookShare on Twitter

Roller Champions adalah game sukan 3v3 percuma yang dibangunkan oleh Ubisoft Montreal dan diterbitkan oleh Ubisoft. Buat sesiapa yang tertarik, ianya telah tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox one, Xbox Series X|S dan PC melalui Ubisoft Connect.

Tidak banyak yang didedahkan sebelum dikeluarkan secara rasmi. Walau bagaimanapun, game ini akhirnya telah dikeluarkan dan saya dapa mencubanya. Selepas bermain berjam-jam, ini adalah review Roller Champions saya.

Visual

Mereka menggunakan gabungan grafik gaya kartun yang nampak begitu kasual dan cantik. Terdapat tiga arena yang disediakan tetapi ianya akan mengikut populariti anda dan setiap dari satu arena mempunyai reka bentuk yang berbeza. Daripada pantai Miami hingga ke gelanggang yang penuh dengan peminat, anda sentiasa akan berpuas hati dengan reka bentuknya dan ditambah pula dengan soundtrack EDM yang memberikan keterujaan.

Pencahayaan dalam game juga meningkatkan pengalaman dengan membawa bola di sepanjang arena terasa seperti menganjurkan pesta bagi peminat yang datang ke arena.

Yang lebih menarik adalah anda boleh ubah suai watak dengan menggunakan pilihan yang disediakan. Terdapat 3 bahagian yang boleh diubah iaitu warna kulit, bentuk muka dan bentuk badan. Walaupun tidak banyak pilihan, saya pasti anda akan tertarik untuk mereka watak sendiri yang cantik.

Itu sahaja pilihan yang boleh bermain semasa mengubah watak anda, tiada pilihan untuk mengubah rambut, warna mata dan banyak lagi untuk menampilkan watak yang lebih menarik. Bagi saya, ianya sangat minimum dalam ciri penciptaan watak untuk game baharu seperti ini.

Walaupun tiada yang istimewa terhadap watak-watak itu, reka bentuk mereka sangat unik dan mempunyai pelbagai bentuk. Tetapi ianya sekadar penampilan dan tidak memberikan kesan pada prestasi semasa bermain.

Gameplay

Jika nak dikaitkan dengan sukan bola lain seperti bola sepak, pemain perlu menghantar bola antara rakan sepasukan mereka dengan kerap untuk mengawal situasi game tersebut. Untuk menang game ini senang je. Korang perlu mencapai lima mata dengan membuat pusingan “arena” yang lengkap dan membaling bola melalui gelung.

Untuk membuka pintu gol, anda perlu mengisi gauge dengan membuat pusingan penuh. Anda boleh dapatkan 1 mata dengan membuat pusingan penuh 1 kali dan jaringkan bola melalui gelung manakala 3 mata perlu membuat pusingan sebanyak 2 kali dan 5 mata sebanyak 3 kali. Jika anda tidak mengisi gauge tersebut sehingga penuh, pintu gol tidak akan terbuka. 

Selain itu, pemain juga boleh mendapatkan bantuan boost daripada rakan sepasukan untuk menjadi lebih pantas. Perkara ini boleh dilakukan apabila rakan sepasukan berada di sebelah anda. Bukan setakat itu sahaja, anda juga mempunyai kemahiran untuk membatalkan gol pihak lawan dengan tackle untuk merampas bola dari mereka dan bergaduh semasa berebut bola.

Walaupun ianya boleh bermain secara solo 1v3 tanpa menggunakan rakan sepasukan, game ini menitik beratkan isu bekerjasama dan bermain bersama untuk memberikan keseronokan yang lebih. Saya tahu setiap pemain mempunyai ego tersendiri tetapi bukan salah pun nak memberi peluang pada setiap rakan sepasukan anda dan mungkin akan mempunyai peluang besar untuk menang. 

Roller Champions

Semasa saya bermain terdapat beberapa masalah yang saya alami. Pertama sekali adalah saya boleh batalkan matchmaking tetapi ianya mengambil masa yang sangat lama. Apa yang saya buat untuk menyelesaikan masalah ini adalah keluar dan buka kembali game. 

Masalah kedua yang saya dapati adalah ketika ingin mencari matchmaking, terdapat bug di mana ia mengatakan yang “semua pemain perlu berada di main menu untuk mencari matchmaking”. Namun masalah kedua ini dapat diselesaikan dengan menukar ketua parti untuk mencari matchmaking. 

Mode

Roller Champions

Semasa saya bermain, terdapat 6 mode termasuk tutorial. Namun, dalam 6 mode tersebut terdapat juga mode acara yang mempunyai masa terhad. Selain itu, mereka menyediakan skatepark di mana tempat anda berlatih membuat segala skill dan mencuba untuk menjaringkan bola dari pelbagai sudut. 

Untuk anda yang nak main secara kasual, saya sarankan anda untuk bermain mode Quick match. Untuk membuka mode ranked match, anda memerlukan sebanyak 2000 Fans. Ianya boleh didapatkan dengan melalui misi yang diberikan pada bahagian sponsor dan selepas tamatnya perlawanan. 

Mereka juga turut menyediakan surprise mode untuk pemain, tetapi masih belum dibuka ketika saya menulis review ini. Melalui Custom mode, anda boleh bermain sehingga 6 orang pemain dan apabila salah seorang hilang atau menghadapi masalah, ianya akan digantikan oleh AI, sama juga seperti di dalam mode Quick Match dan Ranked.

Roller Pass

Roller Champions

Sama seperti game percuma yang lain, Roller Champions tidak lari mengikut trend game lain yang menggunakan Battle Pass untuk memberi ganjaran kepada pemain mereka. Roller Pass terbahagi kepada dua iaitu versi percuma dan premium. Untuk mengumpul semua item, anda perlu peroleh Fans dengan bermain game dan menyiapkan misi. Jika anda bangsawan, setiap tier boleh dibeli mengikut mata wang dalam game.

Roller pass akan tersedia selama 4 minggu dengan menyediakan 30 peringkat yang mengandungi jumlah ganjaran sebanyak 41 ganjaran termasuk pakaian, sarung tangan dan banyak lagi. Ganjaran yang diberikan melalui Roller pass tidak akan dikeluarkan lagi dan tidak terjual di dalam kedai buat masa akan datang. 

Ubisoft mengesahkan bahawa semua item sama ada dibeli di kedai atau dapat di dalam Roller Pass hanya sebagai kosmetik sahaja dan tidak mempunyai sebarang kelebihan atau kekurangan kepada pemain. 

Pendapat saya

Roller Champions

Secara keseluruhannya, Roller Champions adalah game sukan 3v3 yang menyeronokkan. Saya sangat seronok dan tidak menyesal sesaat pun ketika bermain. Sudah pasti game ini mempunyai halangan untuk mendapatkan sesuatu kegembiraan. Seperti yang saya alami, masalah tersebut betul menghalang saya untuk bermain dengan seronok secara berterusan.

Memandang game ini percuma, saya recommend untuk anda bermain bersama rakan. Jika ianya perlu dibayar, saya tidak sarankan untuk mendapatkan game seperti ini melainkan banyak kebolehan dan penambah baikkan yang dimasukkan ke dalamnya.

Roller Champions telah tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox one, Xbox Series X|S dan PC melalui Ubisoft Connect. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime dan banyak lagi. 

Download sekarang!
Roller Champions
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Roller Champions merupakan game percuma yang bertemakan sukan PvP berpasukan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Roller Champions
Previous Post

Genshin Impact: Build yang anda boleh gunakan untuk Yelan!

Next Post

Siapakah Yoshihiro Togashi, pencipta Hunter x Hunter & YuYu Hakusho?

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Siapakah Yoshihiro Togashi, pencipta Hunter x Hunter & YuYu Hakusho?

Siapakah Yoshihiro Togashi, pencipta Hunter x Hunter & YuYu Hakusho?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd