Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] ROG Ally Z1 Extreme – Gaming PC mudah alih bukan lagi mimpi!

safwan by safwan
May 26, 2023
in Artikel, Berita, Desktop, Komputer, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
[Review] ROG Ally Z1 Extreme – Gaming PC mudah alih bukan lagi mimpi!
Share on FacebookShare on Twitter

Lebih kurang sebulan lebih ROG Ally akan dilancarkan di Malaysia dan kami telah berpeluang untuk mendapatkan ROG Ally di tangan kami. Versi yang ada pada kami adalah ROG Ally Z1 Extreme dan spesifikasinya cukup lengkap sebagai gaming handheld. Tetapi adakah prestasinya cukup memberangsangkan untuk dibawa ke mana sahaja dan bermain AAA game “on-the-go”?

Jom kita lihat dalam review ROG Ally Z1 Extreme ini.

Reka Bentuk

ROG Ally didatangkan dengan reka bentuk yang agak unik sebagai gaming handheld di mana ia hadir dengan reka bentuk ergonomik. Ia juga menampilkan warna putih dan bagi saya ia adalah satu kelainan yang telah dibuat oleh pihak ASUS ROG. Dengan menggunakan warna putih, cap jari anda langsung tidak kelihatan. Tambah pula dengan permukaan yang agak kasar, ia langsung tidak meninggalkan cap jari. 

Pada bahagian hadapan, anda akan melihat layout seperti controller Xbox. Di bahagian kiri, anda boleh melihat satu joystick pada bahagian atas dan d-pad di bahagian bawahnya. Di bahagian kanan pula, anda akan melihat butang A/B/X/Y di bahagian atas dan joystick di bawahnya. 

Terdapat sedikit sentuhan untuk menaikkan lagi seri ROG Ally, mereka menambah lampu RGB di bahagian joystick sekali gus meningkatkan lagi tema gaming. 

Jika pada controller anda akan mempunyai dua button di bahagian tengah. ROG Ally dilengkapi dengan 4 button di bahagian tengah, iaitu View button dan Command Center Button di bahagian kiri skrin. Manakala untuk di bahagian kanan skrin pula, terdapat Menu button dan Armoury Crate Button. Dengan menggunakan butang ini, anda boleh mengakses pelbagai setting yang disediakan oleh mereka. 

Ia juga dilengkapi dengan shoulder button pada sebelah kanan dan kiri. Namun, apa yang spesialnya tentang ROG Ally ini adalah Macro button yang disediakan di bahagian belakang. Anda boleh menggunakannya sebagai shortcut key untuk mengakses pelbagai kegunaan. Walaupun butang ini diletakkan pada bahagian belakang, saya langsung tidak terasa janggal atau pelik semasa memegang ROG Ally. Ia rasa sangat sesuai dan selesa untuk digunakan. 

Di bahagian belakang juga terdapat logo ROG yang telah disesuaikan menjadi lubang ventilation untuk menyedut angin masuk dari luar. di bahagian atas juga mempunyai lubang ventilation untuk membawa haba panas keluar dari ROG Ally.

ROG Ally Z1 Extreme mempunyai berat sekitar 608g. Walaupun Nintendo Switch OLED lebih ringan dengan berat hanya 422g, ROG Ally entah bagaimana terasa lebih baik untuk dipegang. Mungkin kerana reka bentuk ergonomik dan cengkaman bahagian melengkung. Oleh kerana itu, ia selesa untuk bermain di ROG Ally untuk jangka masa yang lama.

Grip tangan tersebut dilengkapi dengan Slip-resistant design dan ROG Triangle Texture supaya tangan anda tidak tergelincir semasa menggunakan ROG Ally. 

Tidak seperti Steam Deck yang didatangkan dengan touchpad, ASUS sebaliknya menggunakan skrin touchscreen untuk anda gunakannya untuk navigate apa-apa sahaja yang dipaparkan pada skrin. 

I/O Port yang disediakan adalah hanya XG Mobile interface, Type-C dan 3.5mm audio jack. Semuanya di bahagian atas. 

Paparan

ROG Ally hadir dengan skrin Full HD beresolusi 1920 x 1080. Paparan ini juga lengkap dengan 120Hz refresh rate dan 7ms response time. Dengan skrin 120Hz yang disertakan bersamanya, anda boleh bermain bermacam-macam game dengan lancar tanpa sebarang masalah. Perkara yang cukup asas yang disertakan dengan kebanyakan laptop gaming sekarang. 

Selain itu, skrin ini juga dilengkapi dengan IPS panel yang mampu memaparkan 100% sRGB di mana ia dapat menghasilkan warna yang sangat cantik dan menarik. Dengan adanya 500 nits, anda boleh menggunakannya dalam pelbagai situasi pencahayaan termasuk di bawah cahaya matahari. 

Dengan adanya AMD Free Sync, skrin yang dihasilkan oleh ASUS untuk ROG Ally ini adalah sangat menakjubkan. Semasa ujian bermain, saya serta-merta tertarik dengan warna yang sangat hebat. Semuanya kelihatan terperinci dan secara tidak langsung memberikan semangat untuk terus bermain.

Respons pada touchscreen juga cukup bagus. Saya cuba bermain menggunakan skrin sentuh tetapi ia hanya boleh menggerakkan kamera dan bukan watak. Walaupun begitu, saya dapati yang ia agak sukar untuk mengawal atau melakukan kerja dengan menggunakan touchscreen yang ditawarkan oleh ASUS ini. Memandangkan skrinnya yang agak kecil, saya menghadapi beberapa masalah semasa membuat setup wifi dan banyak lagi. 

Mungkin kerana jari saya yang terlalu besar sehingga skrin tidak dapat detect apa-apa. Kadang-kadang, saya juga menghadapi masalah di mana keyboard langsung tidak muncul dan terpaksa membuka taskbar dan mencari keyboard. 

ROG Ally menampilkan salutan Corning® Gorilla® Glass DXC pada paparannya. Ia mempunyai pelbagai faedah, termasuk mengurangkan pantulan permukaan, meningkatkan kekerasan sebanyak lebih 40% untuk rintangan calar yang lebih baik dan membolehkan keterlihatan yang lebih baik dalam persekitaran yang terang atau luar.

Spesifikasi

Saya boleh katakan ROG Ally adalah pengganti kepada desktop mini kerana anda boleh menggunakan sistem Windows 11 sepenuhnya tanpa sebarang masalah dan anda boleh menyambungkan keyboard dan mouse dengan menggunakan Bluetooth. Jangan pandang rendah padanya kerana spesifikasinya cukup berbaloi.

ROG Ally menggunakan pemprosesan AMD Ryzen Z1 Extreme yang dibina pada seni bina Zen 4 dengan grafik RDNA 3. Namun, anda mempunyai pilihan untuk membeli XG Mobile di mana ia merupakan GPU luaran yang disediakan oleh ROG. GPU yang disediakan adalah sehingga RTX 4090 mudah alih.

Storan yang didatangkan pada ROG Ally Z1 Extreme ialah 512GB dan mampu menampung pelbagai game. Manakala RAM yang disediakan pula adalah sehingga 16GB DDR5. Kombinasi ini agak biasa untuk laptop ataupun komputer, tetapi apabila ia didatangkan pada gaming handheld, ia sudah pasti cukup memberangsangkan.

Walaupun mereka hanya memberikan sehingga 512GB sahaja, mereka juga menyediakan slot MicroSD di bahagian atas untuk digunakan sebagai tambahan storan.

Memandangkan ianya menggunakan platform Windows 11 sepenuhnya, anda boleh bermain macam-macam game yang ditawarkan di Steam, Epic Games dan banyak lagi. Sesetengah pemain mungkin tidak suka atau tidak biasa menggunakan UI Windows 11, tetapi saya suka kerana ia mempunyai lebih banyak pilihan dan fleksibiliti untuk menggunakan peranti tersebut.

Ia menggunakan Windows 11 sebagai OS dan ia sama seperti PC lain. Di situlah masalah datang. Windows 11 bagus jika anda menggunakannya pada PC tetapi memasukkan semua itu ke dalam skrin kecil hanya menjadikan pengalaman pengguna saya mengerikan. Ia sangat sukar untuk dinavigasi, ikon dan tajuk agak sukar untuk dilihat, dan entah bagaimana ia hanya terasa pelik.

Jangan salah sangka. Windows 11 penuh dengan ciri, dan benar-benar memberikan anda lebih banyak kawalan berbanding OS sebelumnya. Tetapi ia tidak berdaya maju dalam persekitaran skrin kecil menggunakan joystick sebagai tetikus.

Saya suka jika ROG Ally menambah pelancar khusus seperti Nintendo Switch atau Steam Deck di mana anda boleh menyemak imbas semuanya dengan mudah dengan cara yang lebih kemas. Sekarang ini, itu salah satu keluhan utama saya. Walaupun ROG Ally agak sukar untuk dinavigasi dan mungkin memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri, tetapi pengalaman bermain yang kami perolehi tidak ternilai.

Bechamark & Pengalaman Bermain

Saya telah mencuba untuk membuat benchmark dengan menggunakan 3D Mark dan PC Mark 10 tetapi kedua-duanya tidak mampu berjalan dengan lancar dan crashed pada pertengahan ujian. Namun, apabila saya mencuba sekali lagi sambil menggunakan pengecas, ia berjalan dengan lancar dan berikut adalah keputusannya: 

  • PC Mark 10: 6130
  • 3DMark: 2184

Berpindah ke bahagian pengalaman bermain, saya bermain beberapa game termasuk Cyberpunk 2077, Apex Legends dan Honkai: Star Rail.

  • Cyberpunk 2077: 1080p | Tetapan grafik terendah | FSR 2.1 Ultra Performance – 45 FPS
  • Elden Ring: 1080p | Tetapan terendah | 50 FPS
  • Street Fighter: 1080p | Tetapan terendah | 60 FPS
  • Honkai: Star Rail: 1080p | Tetapan tertinggi | 60 FPS

Mengikut pendapat saya, ROG Ally menepati fungsinya sebagai peranti gaming. Semua game yang saya ingin bermain boleh dijalankan pada peranti tanpa banyak masalah. Memandangkan saya bermain pada gaming handheld, jadi jangkaan itu patut direndahkan. Jangan pula korang minta ROG Ally yang kuasa macam gaming PC RTX 4090. Dia dapat jalankan Cyberpunk 2077 pun saya cukup kagum sedangkan kita tahu betapa beratnya game itu.

Butang & Joystick 

Saya dapati yang kedua-dua ini memang sangat bagus dan saya langsung tidak mempunyai masalah semasa menggunakannya. Ia sangat lembut dan begitu responsif bagi saya. Memandangkan saya telah biasa menggunakan Xbox layout, saya langsung tidak mempunyai masalah kekeliruan sepanjang saya bermain. 

Mereka juga menambah Haptic Feedback dan Gyro pada ROG Ally untuk memastikan pemain dapat pengalaman bermain yang sangat baik. Bagi saya, penambahan ini membuatkan pemain lebih terangsang untuk terus bermain tanpa sebarang masalah. Untuk Haptic Feedback, jika anda tidak suka vibration yang terlalu kuat, anda boleh mengurangkannya pada Armoury Crate. 

Audio

ROG Ally dilengkapi dengan sepasang pembesar suara yang menggunakan teknologi Smart Amp bagi menghasilkan audio yang sangat berkualiti tinggi tanpa distortions atau pecah. Saya tidak menafikan yang audio yang dihasilkan memang sangat jelas dan saya boleh katakan yang audio yang dapat didengar adalah begitu crisp.

Untuk meningkatkan lagi pengalaman bermain, ROG Ally menampilkan Two-Way AI Noise Cancelation, yang menapis sebarang bunyi latar belakang daripada audio masuk dan keluar semasa voice chat. Teknologi ini memastikan komunikasi yang jelas antara pemain, menjadikannya lebih mudah untuk menyelaraskan strategi dan berkomunikasi dengan berkesan semasa bermain.

Ally juga menyokong Audio Hi-Res, memberikan tahap kualiti bunyi yang lebih tinggi dan membolehkan pengalaman permainan yang lebih menyeronokkan. Tambah pula dengan kehadiran Dolby Atmos pada ROG Ally, ia mampu mencipta pengalaman seperti bunyi sekeliling, memberikan pengguna dalam permainan audio.

Kedudukan speaker adalah pada bahagian hadapan di sebelah skrin. Jadi, anda akan mendengar audio tersebut dengan sangat kuat tanpa perlu menggunakan peranti ini.

Jangka Hayat Bateri

ROG Ally Z1 Extreme

ROG Ally didatangkan dengan bateri 40Wh dan pengecas 65W PD. Saya boleh katakan bahawa bateri yang disediakan untuk ROG Ally tidak cukup besar kerana saya sempat bermain hanya sekitar 1 jam dan bateri telah pun habis daripada 100%.

Bayangkan, saya mengecas ROG Ally lebih sejam hingga bateri penuh, tapi bila main, saya hanya sempat merasa lebih kurang 1 jam sebelum terpadam. Untuk pengetahuan anda, saya bermain memakai Turbo Mode, jadi ia akan memakan lebih banyak bateri, tetapi itu sahaja cara paling bagus untuk menikmati game di ROG Ally.

ROG Ally Z1 Extreme

Saya cuba bermain Honkai Star Rail selama satu jam dan bateri daripada 100% telah turun sehingga 15% sahaja. Saya menggunakan tetapan grafik tertinggi, volume 100% dan Operation Mode adalah Turbo. Mungkin jika anda turunkan tetapan grafik kepada low dan menggunakan Operating mode performance atau lebih rendah, bateri mungkin akan bertahan lebih lama. 

Bagi saya jangka hayatnya sangat tidak sesuai untuk gaming handheld kerana anda hanya dapat bermain sekitar satu jam dan perlu mengecas semula. Masa untuk mengecas semula pula adalah lebih lama. ROG Ally mengambil masa lebih kurang satu jam 30 minit untuk mencapai 100% daripada 20%. Memandangkan produk ini dipasarkan sebagai portable PC, saya masih belum dapat merasa unsur “portability” itu kerana risau tentang bateri.

Armoury Crate SE (Special Edition)

ROG Ally Z1 Extreme

Armoury Crate yang ada dalam ROG Ally adalah sedikit berbeza dengan versinya yang lain. Untuk ROG Ally, ia didatangkan dengan dua butang di mana butang sebelah kiri untuk membuka Command Center dan dari situ anda boleh memilih pelbagai setting yang disediakan termasuk Operating Mode, Control Mode, Real-time monitor dan banyak lagi. 

Manakala untuk button di sebelah kanan pula, anda akan diberikan akses terus ke dalam Game Library di mana semua game atau gamestore yang telah dimuat turun. Selain daripada Game Library, anda juga boleh pergi Setting dan juga Content. 

ROG Ally Z1 Extreme

Di dalam Setting, anda boleh mengubah pelbagai perkara termasuk Control Mode, Operating Mode, Game Visual, Lighting dan juga Audio. 

Bagi saya Control Mode adalah sangat penting kerana tidak semua yang ditawarkan untuk ROG Ally adalah controller friendly. Tetapan yang diberikan oleh mereka tersangat detail sehingga anda boleh mengubah suai Dead Zone dan Outer Threshold. Anda juga boleh memilih untuk mengubah vibration yang ada pada ROG Ally. 

ROG Ally Z1 Extreme

Walau bagaimanapun, saya rasa perkara ini agak complicated dan perlu meluangkan banyak masa untuk mengubah suai kedudukan butang bersama fungsi yang disediakan oleh ROG Ally. 

Untuk bahagian audio, ia akan diberikan kepada dua mode iaitu Microphone dan juga Speaker. Anda boleh mengubah High Quality Mode dan Ai Noise-Canceling Microphone di microphone mode. Manakala untuk di Speaker Mode, mereka hanya menyediakan AI Noise-Canceling Speaker sahaja. Bagi saya setting ini sangat-sangat penting jika anda mengutamakan kualiti audio yang sangat clean dan crisp. 

ROG Ally Z1 Extreme

Di dalam Setting ini juga anda boleh mengubah kedudukan setting yang akan dipaparkan di dalam Command Center. Anda juga boleh menambah atau mengurangkan setting tersebut. Macam saya, saya akan tambah button Screenshot dan juga Screen Recording walaupun mereka telah menyediakan shortcut button untuk perkara itu. 

  • Macro + Y: Recording
  • Macro + A: Screenshot

Butang Macro

ROG Ally Z1 Extreme

ROG Ally didatangkan dengan dua butang macro di bahagian belakang di mana ia nampak kelihatan sangat menarik dan ini adalah perkara unik untuk ROG Ally. Jika di laptop kita mempunyai FN key, tetapi untuk Ally, mereka hadirkan Butang Macro ini untuk memudahkan pengguna. Berikut adalah shortcut key yang menggunakan Macro: 

  • Macro + D-pad up: Keyboard
  • Macro + D-pad down: Task Manager
  • Macro + D-pad left: Desktop
  • Macro + D-pad right: Task Viewer
  • Macro + A: Screenshot
  • Macro + B: Windows Notification Center
  • Macro + X: Projection mode
  • Macro + Y: Recording

Sistem penyejukan

ROG Ally Z1 Extreme

Untuk sistem penyejukan pula, saya difahamkan yang mereka menggunakan Zero Gravity Thermal System di mana sistem penyejukan langsung tidak terkesan dengan keadaan ROG Ally sama ada ia berdiri menegak atau pun terbaring dan terus memberikan prestasi yang cukup memberangsangkan. Jadi, anda boleh bermain game dalam apa-apa posisi sekali pun. 

ROG Ally juga dilengkapi dengan Dual Fan Domination di mana ia berfungsi untuk menyediakan aliran udara yang optimum dan memastikan peranti berjalan sejuk secara berterusan. Dengan menggunakan reka bentuk ini, kipas dapat menghasilkan bunyi yang lebih senyap sambil memberikan sistem penyejukan yang cekap walaupun sedang bermain game. 

Secara jujurnya, saya langsung tidak mempunyai masalah dengan sistem penyejukan yang digunakan oleh ROG Ally ini. Tidak kira sama ada saya bermain dengan tetapan grafik tertinggi atau rendah, kipas langsung tidak menghasilkan bunyi bising seperti laptop. Saya telah mencubanya dengan menggunakan mode turbo dan performance, kipas memang senyap dan mampu mengalirkan haba keluar daripada peranti. 

Kesimpulan

ROG Ally Z1 Extreme

Secara keseluruhan, ROG Ally Z1 Extreme adalah sebuah gaming handheld yang sangat bagus dari segi prestasinya. Reka bentuknya cukup unik dan boleh bermain dengan sangat selesa dalam jangka masa yang lama. Butang dan joystick juga sedap digunakan dan sangat responsif dengan apa yang dikehendaki. Walaupun lampu RGB hanya sedikit sahaja pada joystick, ia tetap kelihatan cantik dan tidak terang sehingga membuka penglihatan anda.

Sepanjang saya menggunakan ROG Ally, tidak banyak masalah yang saya hadapi selain jangka hayat bateri. Memandangkan ianya adalah gaming handheld, saya rasa jangka hayat bateri adalah sangat penting lagi-lagi kepada pemain yang rajin membawa peranti ini keluar ke mana-mana sahaja. Jika anda ingin membawa ROG Ally keluar, pastikan anda membawa pengecasnya juga.

Buat masa sekarang, harga dan tarikh tepat keluaran di Malaysia masih tidak diumumkan tetapi ASUS ROG Malaysia telah mengumumkan yang ROG Ally akan dilancarkan pada bulan Julai nanti. Untuk mendapatkan lebih banyak review yang menarik daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ASUS ROG MalaysiaROG AllyROG Ally Z1 Extreme
ShareTweetSend
Previous Post

Game The Lord of the Rings: Gollum Terima Kritikan Hebat, Antara Game Paling Teruk 2023!

Next Post

Interview World of Warcraft: Dragonflight bersama Blizzard – Perubahan dalam Update 10.1

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025
Smartphone

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

May 30, 2025
Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi
Remastered

Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi

May 30, 2025
FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun
Remake

FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun

May 30, 2025
Next Post
Interview World of Warcraft: Dragonflight bersama Blizzard – Perubahan dalam Update 10.1

Interview World of Warcraft: Dragonflight bersama Blizzard – Perubahan dalam Update 10.1

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd