Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Riders Republic – Terpulang kepada anda untuk bermain macam mana pun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 18, 2021
in Artikel, Berita, Game Review, Genre, PC, PS4, PS5, Review, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Review Riders Republic – Terpulang kepada anda untuk bermain macam mana pun!
Share on FacebookShare on Twitter

Ubisoft sekali lagi melangkah masuk ke dunia permainan sukan online dengan pelancaran Riders Republic. Dengan beratus-ratus aktiviti untuk cuba, pelbagai peralatan untuk kumpul, dan dunia terbuka yang mengagumkan untuk teroka, inilah review saya untuk Riders Republic!

Dunia luas untuk kita teroka dan berlumba

Selepas menyelesaikan tutorial ringkas bagi membantu kita memahami gameplay asas, Riders Republic dengan cepat membolehkan saya mendalami dunia terbukanya yang besar. Apa yang anda ingin lakukan, di mana anda ingin pergi, dan dengan siapa anda ingin bertemu, semuanya terpulang sepenuhnya kepada kita.

Kebebasan adalah aspek yang difokuskan kerana Ubisoft memberi sebuah taman permainan yang bervariasi untuk pemain menikmati. Di situ, ada satu set kempen berstruktur bagi setiap jenis sukan, berpuluh-puluh perlumbaan unik dan “trick competition” yang berselerak di setiap rantau. Bukan itu sahaja, ada beratus-ratus collectible dan misi sampingan unik yang disembunyikan, lantas memberi nilai “replayability” yang tinggi.

Walaupun anda boleh menumpukan hanya pada aktiviti berlumba, sebenarnya terdapat lebih banyak aktiviti untuk memastikan pemain maju dan berseronok dalam game. Sama ada kita ingin meningkatkan kesukaran untuk memperoleh XP tambahan, atau mencuba cabaran khusus demi mendapatkan bintang bonus, jenis pemain yang bersifat “perfectionist” pasti akan suka Riders Republic.

Andai kata jika tiada satu pun yang menarik minat anda, itu pun tiada masalah. Selepas adegan intro, kita boleh meneroka setiap kawasan mengikut rentak anda sendiri bersama beberapa rakan di sisi untuk mencipta pertandingan sendiri atau hanya melihat pemandangan. Jangan risau kerana Riders Republic tidak menghalang kebebasan kita dan menyokong sepenuhnya setiap playstyle untuk mana-mana pemain kasual.

Visual grafik

Mungkin ciri paling mengejutkan ialah visual grafik dalam game ini. Secara ringkas, pencapaian visual grafik yang dipamerkan dalam Riders Republic adalah salah satu perkara paling mengagumkan pernah saya lihat pada tahun ini.

Apabila beralih kepada option 3D, ia mendedahkan peta yang sangat “detailed”. Anda bukan sahaja boleh merentasi melalui seluruh peta tanpa halangan, malah peta ini “akan update pada setiap masa secara real-time”. Setiap pemain, tidak kira sejauh mana mereka dari lokasi semasa anda, boleh dijejaki dengan tahap butiran yang luar biasa. Apabila kita zoom in pada model 3D, kita siap boleh menonton perlumbaan dari perspektif baharu dan juga melihat setiap animasi termasuk “trik animation” sepanjang perlumbaan.

Bagi saya, ini adalah tahap butiran yang tidak masuk akal dan sesuatu yang saya jarang lihat dilakukan dengan tahap ketepatan sebegini untuk mana-mana game online. Teknologi ini terasa seperti lonjakan besar ke arah next-gen dan bukan sesuatu yang anda akan selalu lihat dalam game berbentuk sukan. Saya harap usaha ini juga akan diteruskan kepada mana-mana game online daripada Ubisoft pada masa akan datang.

Digabungkan dengan ciri “fast-travel” sepantas kilat, Riders Republic mungkin mempunyai sistem open world paling lancar (walaupun meriah) yang pernah saya lihat dalam game multiplayer. Sekurang-kurangnya pada PS5, tiada ada sebarang load time semasa saya memulakan game. Anda boleh teleport dengan mudah dari satu lokasi ke lokasi lain, di mana semua aset dan pemain akan muncul dalam sekelip mata.

Ini memastikan pengalaman kita kekal lancar, dan membolehkan anda menumpukan perhatian pada aktiviti seterusnya tanpa menurunkan adrenalin atau momentum.

Pelbagai aktiviti untuk dilakukan di setiap sudut

Terdapat banyak perkara untuk kita buat di Riders Republic, tetapi banyak aktiviti tidak bermakna game itu bagus. Nasib baiklah setiap litar amat unik, dan ada macam-macam rahsia tersembunyi yang menanti. Buat masa ini, saya rasa jumlah content sampingan yang ada cukup berkualiti dan mampu membuatkan kita sibuk.

Berlumba adalah aktiviti yang bagus sama ada untuk kita mencuba litar yang baru atau untuk mempelajari selok belok tentang satu litar yang sukar. “Trick Battle” pula ialah cara yang menarik untuk bereksperimen dengan trik atau helah supaya kita boleh berlumba dengan bergaya. Tambah dengan aksi melakukan trik secara manual, melengkapkan trik yang payah dan mendarat dengan selamat adalah “feeling” yang memuaskan apabila kita berjaya menguasai litar tersebut.

Yang pastinya, highlight utama untuk Riders Republic ialah Mass Race yang muncul pada tempoh masa rawak. Apabila muncul, setiap pemain di lobi akan dimaklumkan dan digalakkan untuk mencuba di mana kita dan beratus-ratus pesaing lain harus berkumpul di satu lokasi unik. Di sini, semua pemain akan dicampak ke satu jenis aktiviti sukan lalu harus bersaing dalam perlumbaan penuh huru-hara untuk menentukan siapa akan menjadi pemenang.

Mass Race boleh dianggap sebagai triathlon yang panjang. Anda mungkin akan bermula dengan BMX tetapi dalam sekelip mata litar tersebut mungkin akan beralih ke aktiviti berais, sebaliknya memaksa kita bertukar ke papan salji. Cabar diri melalui setiap aktiviti secepat mungkin, sambil bertukar peralatan dengan cepat untuk menguji jika anda cukup layak atau tidak untuk sampai ke garisan penamat.

Apa yang kurang?

Salah satu kelemahan pada masa ini adalah sistem progression dalam Riders Republic. Ia tidak terlalu “over” buat masa ini, tetapi mungkin boleh menjadi isu besar pada masa akan datang. Kisahnya seperti ini; setelah menyelesaikan aktiviti, memperoleh XP dan menaikkan level , anda akan diberikan peralatan baharu. Basikal baru, papan salji baru, apa-apa sahaja. Selain daripada memberi penampilan yang unik, unlock ini selalu adalah upgrade pada set semasa anda. Secara teori -ini bermakna anda boleh kalah semata-mata kerana pemain lain memakai peralatan yang lebih baik walaupun semua orang mempunyai tahap kemahiran yang lebih kurang sama.

Jika anda cuba mengalahkan perlumbaan yang sangat mencabar, gear berstatistik rendah boleh menjadi halangan yang besar. Anda mungkin telah menghafal litar ini secara fizikal, dan tahu tentang setiap selok belok, tetapi itu pun tidak mencukupi. Secara tidak langsung, ini boleh melemahkan semangat kebanyakan pemain.

Nampaknya, pemain wajib memainkan content terkini dan membuka peralatan terbaru hanya untuk memastikan diri dapat “keep-up” dengan aktiviti di dalam game. Buat masa ini, kita hanya mampu menunggu dan melihat bagaimana isu ini akan diseimbangkan apabila kandungan baru diperkenalkan.

Pendapat

Semasa menulis review ini, saya sedar potensi Riders Republic sangat besar. Terdapat banyak aktiviti untuk membuatkan kita sibuk dan masih ada banyak lagi dalam pembikinan. Oleh sebab itu, ia tidak akan menjadi repetitif dan itu bagi saya, adalah satu perkara yang bagus, memandangkan beberapa game lain agak “kedekut” dan hanya memberi kosmetik sahaja sebagai DLC baru.

Tidak kira apa yang anda minat, sama ada bermain secara kasual bersama rakan-rakan, atau bekerja keras menyelesaikan kempen, Riders Republic menawarkan pengalaman sukan ekstrem yang hebat. Jarang kita lihat Ubisoft membuat game bergenre sukan dan saya tidak sabar untuk melihat apa yang Riders Republic akan tawar dalam masa terdekat.

Itu sahaja bagi preview Riders Republic ini! Game ini sudahpun boleh didapati untuk pelantar PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X. Untuk segala liputan kami tentang Riders Republic, sila tekan pautan ini.

Pra-daftar disini
Riders Republic
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Riders Republic adalah "massively multiplayer sports game" di mana lebih daripada 50 pemain dapat bersaing satu sama lain dalam acara perlumbaan yang berbeza. Akan keluar untuk pelantar PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Riders Republic

7 Score

PROS

  • Sistem kawalan yang memuaskan dan mencabar untuk dikuasai
  • Dunia yang menyeronokkan untuk diterokai dan berlumba

CONS

  • Susah untuk pemain baru
  • Sistem progression yang kurang adil

Review Breakdown

  • Tidak kira apa yang anda minat, sama ada bermain secara kasual bersama rakan-rakan, atau bekerja keras menyelesaikan kempen, Riders Republic menawarkan pengalaman sukan ekstrem yang hebat. 0
Tags: reviewRiders Republicubisoft
Previous Post

“Dark Woods”, map terbaru Identity V sudah tersedia!

Next Post

Runeterra akan tiba di PUBG Mobile dalam update 1.7!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Runeterra akan tiba di PUBG Mobile dalam update 1.7!

Runeterra akan tiba di PUBG Mobile dalam update 1.7!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd