Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Rainbow Six Extraction – Jadi barisan pertahanan terakhir melawan parasit!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 19, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru, Game Review, Multiplayer, PC, PS4, PS5, Review, Shooter, Ubisoft Connect, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Review Rainbow Six Extraction – Jadi barisan pertahanan terakhir melawan parasit!
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu game yang terjejas akibat kesan wabak pada tahun 2020, secara malangnya, adalah Rainbow Six Extraction oleh Ubisoft. Selepas melihat preview sebanyak dua kali, dengan yakin saya mempunyai pengetahuan yang luas tentang proses pembuatannya selepas melihat bagaimana game ini berubah sejak mula diumumkan. Bagi mana-mana peminat game shooter tactical berbentuk co-op, mungkin review saya tentang Rainbow Six Extraction dapat membantu korang membuat keputusan untuk beli atau tidak.

Askar manusia lawan parasit

Ramai gamer mungkin mengenali siri Rainbow Six kerana judul modennya iaitu Siege, sebuah shooter taktikal kompetitif di mana dua pasukan yang terdiri daripada lima Operator harus bersaing antara satu sama lain dengan mematikan bom, memasang perangkap dan menggunakan alat canggih di dalam peta yang rumit. Dunia dalam Extraction pula mempunyai latar belakang yang jauh berbeza.

Sebuah meteorit telah terhempas di Bumi lalu terjadilah beberapa kejadian aneh. Kerajaan menghantar beberapa Operator dan berpendapat bahawa ancaman itu telah ditangani. Malangnya, ancaman itu hadir dalam bentuk parasit yang semakin merebak di lokasi-lokasi berbeza. Sudah tentu, pihak manusia agak terkejut kerana baru sedar yang parasit boleh berevolusi dengan cepat dan tidak siapa tahu cara sebenar untuk melawan ancaman bahaya ini. Jadi ia terserah kepada kita sebagai pemain,untuk mengumpul sejumlah Operator elit, dan menghantar mereka ke lokasi tersebut untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat agar dapat mengatasi ancaman parasit.

Plot dijelaskan sehingga itu sahaja dan hanya berfungsi sebagai “sebab untuk kita menyelesaikan misi”. Kempen single-player ala-ala Call of Duty tidak wujud dalam game ini tetapi lebih banyak info tentang jalan cerita akan didedahkan mengikut sejauh mana korang maju dalam game dan memberi sedikit penerangan tentang keseluruhan situasi semasa.

Gameplay taktikal habis

Tetapi apakah inipati gameplay sebenar? Dalam Rainbow Six Extraction, secara  asasnya ia adalah pengalaman co-op 1 hingga 3 pemain, di mana kami menjalankan misi ke kawasan yang dijangkiti parasit. Sebagai ahli skuad elit Rainbow Six, kami akan meneroka peta yang terdiri daripada tiga zon dan setiap satu mempunyai objektif masing-masing yang perlu kami selesaikan (objektif ini akan ditukar pada setiap level dan terdiri daripada banyak pilihan). Selesai sahaja kawasan itu, kita akan berhadapan dengan pilihan: beredar dari kawasan tersebut atau maju melalui pintu yang sebelum ini dikunci ke level seterusnya yang menawarkan ganjaran lebih baik, sambil menyelesaikan objektif yang lebih susah. Tahap kesukaran pula diwakili melalui Threat Level, dan apabila semakin meningkat, kita akan melihat lebih banyak lagi jenis parasit yang kuat.

Perbandingan pertama yang korang akan buat apabila melihat Extraction adalah “Eh, macam Left 4 Dead je”, tetapi pada hakikatnya – kedua-duanya sangat berbeza.

Pertama sekali, musuh dalam Rainbow Six Extraction amat-amat berbahaya. Walaupun di level pertama, musuh yang paling lemah pun mampu membunuh kita dalam satu atau dua serangan; dan seperti saya kata tadi, keadaan akan menjadi lebih susah di level yang lebih tinggi. Lebih banyak musuh jenis elit akan muncul, di mana beberapa jenis dapat memberi buff kepada rakan parasit lain atau membunuh kita terus dengan satu serangan. Menyelesaikan tugas atau objektif misi pun bukan sekadar “pergi ke lokasi, bunuh parasit, ulang” – sebaliknya, setiap satu memerlukan rancangan dan pendekatan yang lebih taktikal, untuk memastikan misi berjaya.

Andai kata gagal, risikonya agak tinggi kerana mana-mana Operator yang tertewas dalam misi tidak boleh dimainkan sehingga diselamatkan melalui salah satu objektif. Selain itu, watak kami akan memulakan misi seterusnya dengan jumlah HP yang sama. Hanya dengan menggantikan watak tersebut dengan Operator lain, barulah HP akan pulih secara beransur-ansur.

Ini membuat setiap keputusan sama ada untuk tamatkan pusingan atau maju ke hadapan menjadi sukar – adakah kita patut berjuang untuk dapatkan lebih banyak Exp dan mata walaupun berisiko, atau adakah kita mengambil sebanyak mana ganjaran yang diperolehi dan tamat di situ saja? Semasa bermain, sistem inilah yang memastikan pemain menggunakan pelbagai jenis Operator dan bukannya bergantung kepada satu atau dua pilihan sahaja.

Keunikan Operator

Sebagai kesinambungan dalam dunia R6 Siege, kita akan bertemu beberapa unit popular. Korang boleh memilih satu daripada 18 Operator yang semuanya datang dengan skil dan peralatan unik (terdiri daripada senjata utama, senjata alternatif, sidearm dan lain-lain). Seperti saya kata tadi, kebanyakan Operator ini datang daripada R6 Siege seperti Pulse, Doc, Sledge, Alibi, Finka, Hibana, Ela dan Lion.

Ela sebagai contoh mempunyai akses kepada bom GRZMOT, yang boleh stun musuh dalam radius letupan; ini menjadikannya sebagai Operator STUN/PUSH yang ideal. Vigil pula mempunyai senjata ERC-8 yang membuatkan dirinya jadi halimun di depan parasit; jadi dia lebih kepada CLOAK/RECON..

Satu lagi contoh adalah Doc. Anda boleh memilih antara SG-CQB, MP5, P90 dan HK417, manakala Operator lain mempunyai set senjata sendiri. Pilihan customisation juga dihadkan oleh pistol, seperti SG-CQB yang hanya boleh menyesuaikan skop dan grip, manakala Scorpion Evo 3 A1 milik Ela boleh mengubah suai skop, grip dan barrel.

Analogy mudah ini memberi gambaran kasar tentang kelebihan setiap Operator dan bagaimana pemain boleh mencari playstyle sambil bersifat utiliti.

Pendapat

Semasa menulis review Rainbow Six Extraction ini, saya faham bahawa ia dibina khas untuk pengalaman co-op, jadi bekerjasama dengan rakan adalah cara paling penting untuk bermain. Inilah antara kelebihan besar Rainbow Six Extraction, dan mengapa pemain Siege sepatutnya teruja dengan entri baharu dalam siri R6. Pada masa yang sama, ia mempunyai potensi untuk menarik pemain baru ke dalam ekosistem R6. Sistem menembak dan cara bergerak dalam Extraction memang sama dengan Siege, dan disebabkan sesetengah Operator mempunyai setup berbeza, kita harus berfikir dalam cara yang lebih “memanfaatkan seluruh pasukan” berbanding fikir tentang diri sendiri sahaja.

Sistem objektif pun akan bertukar setiap level dan ini sepatutnya menangani masalah supaya pemain tidak rasa bosan atau mengalami gameplay terlalu repetitif. Jika sistem Operator diseimbangkan dengan betul, ini pasti boleh menjadi game multiplayer yang popular dalam masa terdekat. Cuma jangan bandingkan dengan Left 4 Dead, kerana kedua-dua pengalaman sangat berbeza.

Walaupun banyak puji, itu tidak bermakna saya tidak risau. Saya sendiri tidak pasti jika ia mempunyai daya tarikan untuk menarik playerbase yang ramai kerana campuran mekanik yang kadangkala mengelirukan. Namun, itu tidak bermakna ia kekurangan dari segi potensi. Kita hanya mampu lihat bagaimana game ini berkembang pada masa akan datang.

Maka tamatlah review saya untuk Rainbow Six Extraction yang akan keluar di PC, Xbox Series X/S, dan PS4/PS5 pada 20 Januari 2022. Ingat, jika membeli versi PS4 atau Xbox One, korang layak mendapat free upgrade percuma ke versi next-gen. Jadi tiada apa yang rugi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: rainbow sixRainbow Six Extractionreview
Previous Post

Yu-Gi-Oh Master Duel rasmi keluar – boleh download di PC, konsol & mobile!

Next Post

Total War: Warhammer III – Maklumat terkini mengenai Campaign dan Gameplay!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Total War: Warhammer III – Maklumat terkini mengenai Campaign dan Gameplay!

Total War: Warhammer III - Maklumat terkini mengenai Campaign dan Gameplay!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd