Ini ialah controller DualSense Edge baharu dengan penekanan yang besar pada customization dan fleksibiliti. Itu sangat penting untuk mempertimbangkan, kerana controller ini jauh lebih mahal berbanding dengan DualSense biasa, jadi pastikan semua fungsi yang disediakan adalah sesuatu yang anda cari dan bukannya kerana korang mahu mempunyai controller yang premium dengan spesifikasi lebih baik.
Pembungkusan
Controller ini hadir dengan kotak yang lebih tebal kerana ia juga termasuk dengan casing khas yang sangat bagus. Korang boleh rasa betapa kukuhnya casing tersebut malah ia juga kelihatan premium. Buka sahaja casing tersebut, terdapat controller DualSense Edge bersama aksesori lain seperti 2 set cap untuk low dan high dome, 2 set tombol belakang untuk half dome dan lever, connector housing dan juga kabel braided.

Terdapat flap pada belakang casing untuk korang cas controller ini sambil menyimpannya. Jadi tidaklah controller mahal anda ini terjatuh nanti. Selain itu, ada juga ruang kosong ekstra di tengah case untuk simpan modul stick tambahan. Kalau korang ada membeli modul tambahan, bolehlah gunakan ruang ini untuk menyimpannya.
Reka Bentuk & Ciri-Ciri Baharu
Sekilas pandang memang nampak serupa dengan DualSense biasa tetapi masih ada beberapa perubahan pada reka bentuknya. Antaranya ialah warna yang digunakan, di mana warna hitam mendominasi touchpad serta butang controller. Penghujung grip controller juga lebih membulat dan bahagian belakangnya memiliki tekstur getah dan bukannya plastik.

Selain itu, ada juga tekstur corak PlayStation pada hujung butang L2 + R2 dan juga touchpad. Dengan reka bentuk baharu ini, controller terasa sedikit berbeza apabila dipegang dan ia memberikan keselesaan yang baik. Jom kita lihat perubahan yang lebih ketara pula!
Butang belakang pada DualSense Edge ini merupakan salah satu tambahan pada controller tersebut. Hanya ada dua slot untuknya, yang mungkin mengecewakan sebilangan pemain, tetapi untuk kami ianya sudah memadai. Sebabnya terdapat beberapa game yang mempunyai beberapa butang yang agak susah untuk dicapai, jadi dengan membuatkannya mudah ditekan dengan jari tengah, ia sangat memudahkan semasa bermain. Slot butang ini juga mempunyai magnet, jadi korang boleh sahaja plug belakang butang dengan mudah. Bercerita tentang butang tambahan, terdapat dua butang Function (Fn) di bawah stick. Kami akan jelaskannya dengan lebih lanjut nanti.

Seterusnya kita ada stop slider untuk menetapkan sejauh mana korang boleh tekan L2 + R2 antara stroke panjang, normal dan pendek. Ia sememangnya berguna untuk pemain yang inginkan reaksi yang lebih laju apabila menarik senjata. Tetapi kalau korang tidak suka main game FPS, mungkin ia bukan untuk korang kerana kawalannya mungkin terasa janggal malah korang tidak dapat merasa adaptive trigger apabila menekan butang. Lainlah kalau korang menetapkan Deadzone secara manual pada tetapan controller.
Terakhir sekali ialah module controller yang boleh diubah yang sangat mudah untuk digunakan. Korang hanya perlu keluarkan cover depan controller dan mulakan eksperimen. Korang tidak perlukan sebarang alat untuk memasangnya. Cuma satu sahaja yang kami tidak berkenan iaitu bahan plastik yang digunakan pada cover depan. Kalau sentuh mesti nampak kesan cap jari.

Software
Kita lihat pula software untuk DualSense Edge. Setelah korang pasangkan controller, sudah tentu akan ada menu setup yang akan keluar sambil memberikan sedikit tutorial mengenai fungsi DualSense Edge. Software ini juga boleh diakses melalui menu utama.
Terdapat banyak customization yang korang boleh sesuaikan, terutamanya mengatur semula fungsi setiap butang untuk pelbagai profile. Ia boleh diakses menggunakan dua butang Fn mengikut butang yang telah korang tetapkan.

Mesti ada tertanya, kenapa DualSense Edge mempunyai dua butang Fn? Jawapannya terletak kepada keselesaan pengguna. Korang boleh menekan butang dengan lebih selesa sebagai contoh, korang boleh menekan butang Fn kiri untuk mengakses profile manakala Fn kanan pula membolehkan korang untuk menukar volume headphone dan audio balancing. Jadi korang lebih mudah untuk menukar profile pada bila-bila masa walaupun ketika bermain.
Korang juga boleh menyesuaikan stick sensitivity/ deadzone dengan bebas menggunakan software ini. Sony nampaknya menambah beberapa mode berbeza yang korang boleh gunakan bergantung kepada genre game yang dimainkan. Sebagai contoh, mode Digital membolehkan korang untuk daftar input maksimum walaupun hanya menolak butang itu sedikit, yang sememangnya sesuai untuk game aksi yang mempunyai tempo yang pantas.

Benda lain yang menarik ialah Trigger Deadzone di mana korang boleh mengubah execution untuk butang L2 + R2 bergantung kepada sejauh mana korang menekannya. Ia boleh dikatakan pilihan paling fleksibel untuk digunakan berbanding stop slider.
Perbezaan dengan DualSense
DualSense Edge sememangnya controller yang mahal, jadi gunakannya semasa bermain game aksi atau fast-paced boleh membuatkan jari ke sana ke sini. Secara keseluruhannya, ia memberikan rasa yang hampir sama dengan DualSense biasa dan benda yang betul-betul membuatkannya berbeza ialah fungsi terbarunya.
Semasa menggunakan butang belakang buat kali pertama, ia betul-betul meningkatkan pengalaman bermain. Mode sensitivity pula membuatkan game terasa lebih responsif terhadap pergerakan watak.

Kami juga mencuba controller ini pada PC, tetapi malang sekali ia kurang memuaskan. Ini disebabkan oleh butang belakang yang tidak boleh disesuaikan dan ianya tidak begitu responsif. Ini membuatkannya hampir sama dengan menggunakan DualSense biasa.
Jangka hayat bateri yang rendah
Antara benda yang ramai pengguna DualSense Edge tidak berpuas hati ialah baterinya yang tidak tahan lama. Tetapi untuk kami yang selalu menggunakan wayar semasa bermain, jadi kami tidak begitu kisah.
Apabila mencuba mod Bluetooth, lebih 5 jam juga kami bermain dengan DualSense Edge. Bagi kami ia sudah memadai kalau korang gaming selama 3 hingga 4 jam. Kalau korang jenis yang lebih hardcore, main game hampir sehari, sudah tentu ianya tidak mencukupi. Jadi mahu atau tidak, korang memang kena guna wayar sambil bermain.

Kesimpulan
DualSense Edge merupakan controller yang mementingkan customization, keselesaan dan beberapa aspek yang membuatkannya lebih premium. Tetapi berbaloikah untuk memiliki controller yang harganya hampir 3 kali ganda lebih mahal daripada DualSense biasa?
Jawapannya bergantung kepada pengguna itu sendiri. Memandangkan controller ini lebih ditujukan kepada mereka yang betul-betul perlukan kesemua ciri-ciri tambahan yang ada pada DualSense Edge. Senang cerita ia sangat sesuai untuk pemain kompetitif dengan kehadiran empat butang tambahan. Tetapi faktor lain yang perlu diberi perhatian ialah jangka hayat bateri yang rendah berbanding DualSense biasa.

Kalau korang lebih cenderung bermain game PC, malangnya korang tidak dapat menikmati fungsi DualSense Edge sepenuhnya malah ia kadang-kadang tidak begitu responsif. Kalau Sony PlayStation boleh menangani masalah ini, rasanya controller ini boleh menjadi tambahan hebat untuk gamer.
Walaupun begitu, memang tidak boleh dinafikan bahawa ia merupakan controller terbaik PlayStation buat masa ini. Kalau anda ingin mendapatkannya boleh lawati laman web rasmi Sony. Untuk membaca review lain daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post