Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Predator monitor XB323QK NV- Monitor khas untuk para gamer!

Maira by Maira
November 10, 2021
in Artikel, Berita, Produk, Review, Review Produk
0 0
0
[Review] Predator monitor XB323QK NV- Monitor khas untuk para gamer!
Share on FacebookShare on Twitter

Ada sesiapa yang tengah cari monitor ke sekarang ni? Kami ada monitor baru untuk syorkan kepada korang yang inginkan monitor yang mantap dan boleh digunakan untuk pelbagai konsol gaming. Monitor yang kami maksudkan itu ialah monitor dari Acer iaitu Predator XB323QK NV! Jadi, jom kami ceritakan tentang monitor hebat ini!

Item tersedia bersama monitor

Untuk monitor Predator ini, anda tidak perlu risau mengenai kabel atau barang lain kerana semuanya tersedia sekali bersama-sama monitor ini. Berikut adalah item yang anda akan dapat jika membelinya:

  • Predator XB323QK NV Widescreen Gaming LCD Monitor
  • Kabel Display port
  • Kabel HDMI
  • Power Cord (UK)
  • Kabel USB Type-C
  • Kabel USB 3.0

Ergostand- Stand yang kukuh dan boleh dilaras

Dilengkapi dengan ErgoStand yang inovatif, Predator XB323QK NV membolehkan pengguna untuk melaraskan monitor dengan tiga paksi untuk mencari sudut penggunaan yang lebih selesa dan sempurna. Walaupun begitu, monitor ini tidak boleh pivot yang selalunya digunakan untuk streamer.. Saya rasa cukup mudah untuk saya mendapatkan sudut yang baik ketika bermain game.

ErgoStand ini juga bagi saya agak besar, jadi jika anda mempunyai meja pc yang kecil, anda mungkin tidak mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan benda lain. Tetikus anda juga mungkin tersekat jika bermain dengan dps yang rendah. Stand itu juga sangat berat, mungkin untuk seimbangkan monitor tersebut yang juga berat. Walaupun begitu, reka bentuknya sangat bagus dengan logo Predator di bahagian atas. Kabelnya juga boleh disembunyikan tetapi ia mungkin berserabut.

Monitor – paparan luas dan direka khas untuk gamer

Predator XB323QK NV boleh menyokong PC, laptop dan konsol seperti PlayStation, Xbox dan Switch menggunakan satu monitor. Anda hanya perlu menukar port input pada OSD (On Screen Display). Anda juga boleh menyambungkan tetikus dan keyboard pada monitor ini. Mungkin disebabkan port-port ini, monitor ini lebih tebal dan berat. OSD monitor ini boleh dikawal menggunakan butang di bahagian bawah bezel monitor. Tetapi butang-butang itu agak susah untuk ditekan kerana susunannya. Itu membuatkan saya memikir banyak kali sebelum menetapkan monitor saya. Bukan setakat itu saja, saya juga kadang-kadang mematikan skrin saya.

Disebabkan ia direka untuk gamer, monitor ini mempunyai “Adaptive Light” ditemui di bahagian belakang yang boleh ditetapkan kepada pelbagai warna yang berbeza. Anda juga boleh tetapkannya untuk bertindak balas kepada audio atau kandungan yang terpapar pada skrin. Bezel bawah mempunyai sensor yang digunakan untuk beberapa fungsi “VisionCare 4.0” oleh Acer. Ia membolehkan skrin bertindak balas kepada pencahayaan ambient dan melaraskan kecerahannya (LightSense) dan suhu warna (ColourSense) berdasarkannya.

“ProxiSense” juga merupakan ciri yang terdapat pada monitor ini. Ia membolehkan skrin menjadi malap atau mematikanyya jika tiada sesiapa yang menggunakannya. Tetapi jika saya menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan untuk beberapa kali, ia akan meredupkan kecerahan secara automatik. Monitor Predator ini juga dilengkapi dengan dua speaker pada kanan dan kiri untuk efek “surround sound”.

Monitor ini menggunakan panel jenis IPS bersaiz 31.5 inci dengan resolusi 3840 x 2160. Paparan 4K tu! Selain itu, ia juga mempunyai kadar penyegaran 144Hz yang sudah semestinya sangat berguna untuk bemain permainan yang “fast paced”. Ia juga mempunyai nisbah kontras statik 1000:1 yang ditentukan dan sokongan warna 10-bit.

Adaptive-Sync juga disokong monitor ini, termasuklah “G-SYNC Compatible Mode” dengan julat kadar penyegaran berubah-ubah dari 48 hingga 144 Hz. Permukaan skrin anti-silau matte digunakan, mungkin dengan kemasan yang ringan untuk pengendalian silau yang baik tanpa penyebaran imej yang berat. Sebagai model yang diperakui sebagai “Eyesafe” oleh TÜV Rheinland, ia juga mempunyai bluelight peak yang dialihkan kepada panjang gelombang yang kurang bertenaga untuk keselesaan tontonan yang dipertingkatkan. Monitor akan bertindak balas kepada kandungan HDR10 melalui sokongan VESA DisplayHDR 400. Ini adalah tahap terendah sokongan HDR yang mereka sahkan dan tidak memerlukan pemalapan tempatan atau pencahayaan yang sangat tinggi, tetapi ia masih membenarkan pemprosesan warna 10-bit dan gamut warna 90% DCI-P3 yang digunakan dengan sewajarnya.

Saya telah menguji prestasi monitor ini pada permainan dalam PC dan PS5. Permainan berjalan dengan lancar, warna dan kontrasnya juga sangat cantik untuk dilihat terutamanya dalam 4K.

Kesimpulan

Untuk mendapatkan paparan yang bagus dan pengalaman bermain yang hebat, sudah tentu monitor ini menambat hati anda. Sebagai salah satu produk Predator, sudah tentu harganya jauh lebih mahal berbanding monitor lain. Ia telah dilancarkan dengan tanda harga RM4299. Adakah ia berbaloi? Sudah semestinya! Dengan semua fungsi bersama paparan 4K yang jelas, ianya sebuah monitor yang sangat berbaloi untuk anda beli terutamanya untuk gaming. Anda boleh lawati laman web rasmi Acer untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai monitor ini. Jika anda ingin mencari monitor lain yang lebih murah, anda boleh klik pautan ini untuk lihat produk monitor lain.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AcermonitorPredator Monitor XB323QK NVreview
Previous Post

Kedai “trusted” sebenarnya scammer? Ramai pembeli dalam komuniti PS5 mungkin ditipu GilaGaming!

Next Post

Review Elden Ring Beta: Formula Souls lama diberi nafas baru!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works
Berita

MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works

June 5, 2025
Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!
Berita

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!

June 5, 2025
Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026
Berita

Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026

June 5, 2025
Next Post
Review Elden Ring Beta: Formula Souls lama diberi nafas baru!

Review Elden Ring Beta: Formula Souls lama diberi nafas baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd