Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Pokémon Brilliant Diamond & Shining Pearl – Remaster dengan ciri gabungan moden dan klasik

Maira by Maira
November 26, 2021
in Artikel, Berita, Game Review, Genre, Nintendo Switch, Review, RPG
0 0
0
[Review] Pokémon Brilliant Diamond & Shining Pearl – Remaster dengan ciri gabungan moden dan klasik
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah lama menunggu, dengan kebocoran yang berlaku, akhirnya permainan Pokémon gen ke-4 ini dilancarkan. Pokémon Brilliant Diamond & Shining Pearl (BDSP) merupakan permainan remastered daripada Pokémon Diamond/ Pearl yang dilancarkan pada 2006. Semasa permainan itu dilancarkan dahulu, ia mendapat pelbagai pembaharuan daripada Pokémon gen ke-3 dan ini membuatkannya salah satu permainan Pokémon yang digemari oleh peminat. Sebab itu juga apabila diumumkan ia akan mendapat versi remaster, ramai yang teruja untuk bermainnya kembali. Jadi, tanpa membuang masa, jom mulakan sesi review Pokémon Brilliant Diamond & Shining Pearl!

Gameplay dengan tambahan ciri baru

Untuk pandangan pertama, ia membuatkan anda rasa seperti bermain pada NDS tetapi dengan grafik baru tetapi masih mengekalkan retro permainan itu. Plot dan peta yang terdapat pada game yang ori juga masih kekal dalam permainan remastered ini. Terdapat juga beberapa perkara baru yang anda boleh lakukan seperti meneroka Grand Underground, Super Contest Show dan juga berjalan bersama-sama Pokémon.

Bukan setakat itu sahaja, Pokétch juga kembali dalam versi remastered ini. Jika dulu, anda melihat Pokétch melalui skrin bawah NDS, sekarang anda hanya perlu menekan butang R untuk mengakses Pokétch. Beberapa ciri baru juga ditambah untuk Pokétch contohnya, anda boleh gunakan Hidden Machine tanpa membazir slot skill anda. Ini membuatkan anda lebih mudah semasa mengembara di dunia baru ini.

Pokémon Brilliant Diamond Shining Pearl

Beberapa ciri lama dari gen ke-4 seperti EXP share juga ditambah dalam versi remastered ini. Sistem ini telah pun diaktifkan bermula dari battle pertama. Bagi saya ia agak mudah untuk naikkan level Pokémon yang lain sehingga sampai satu tahap Pokémon menjadi terlebih “OP”. Untuk Technical Machine (TM) pula, fungsinya masih kekal dimana anda hanya boleh menggunanya sekali sahaja. Tetapi anda boleh mendapatkan TM lebih dari NPC. Ikut nasiblah ya. Satu penambah baikan yang bagus dalam Pokémon BDSP ini, anda boleh akses Pokémon Box Link dimana-mana dan bila-bila masa sahaja. Jadi anda tidak perlu untuk ke Poké Center untuk susun semula pasukan anda.

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Permainan ini juga menjadi lebih mudah apabila ciri terkini yang menunjukkan skill type dan effective move dalam battle ditambah dalam remastered ini. Pemain akan lebih mudah untuk memilih skill yang dapat tumpaskan musuh dengan cepat.

Pokémon Brilliant Diamond Shining Pearl

Grand Underground

Dalam versi remastered, “The Underground” telah digantikan dengan Grand Underground, di mana anda boleh mendapatkan Pokémon baru dengan penambahan beberapa ciri yang membuatkkannya lebih menarik.

Dalam dungeon, Pokémon dalam Grand Underground dapat dilihat melalui peta sama seperti Pokémon Sword/Shield. Level Pokémon itu akan mengikut jumlah badge yang anda kumpul. Ini membuatkannya tempat yang bagus untuk anda naikkan level. Kebanyakkan Pokémon rare hanya akan muncul jika anda upgrade Pokédex selepas championship. Jadi kalau anda nak lengkapkan koleksi anda, habiskan lah jalan ceritanya dulu ya.

Pokémon Brilliant Diamond Shining Pearl

Pokémon Super Contest

Jika dulu, Pokémon Super Contest merupakan pertandingan yang menggunakan skill untuk mendapatkan mata untuk menang. Ia agak membosankan dan tidak ramai yang bermainnya. ILCA telah membuat perubahan besar dengan menambah rhythm game. Kini pemain dan NPC atau kawan dalam talian dapat bermain bersama untuk mendapatkan skor yang lebih baik. Ia seakan akan Taiko yang lebih mudah untuk dimainkan.

Selain itu, terdapat satu ciri di mana anda boleh hias poké ball anda menggunakan stiker yang anda dapat dari NPC. Apabila Pokémon keluar dari bola itu, ia akan mengeluarkan efek khas. Ia juga boleh menambah skor dalam Pokémon Super Contest.

Pokémon Brilliant Diamond Shining Pearl

Grafik 3D yang mengekalkan reka bentuk klasik

Untuk grafik dalam Pokémon BDSP, bagi saya ia sangat bagus. Jika dibandingkan dengan grafik dahulu, boleh dikatakan ia hampir sama. Jadi tidak banyak masalah sangat mengenai rupa bentuk model. Cuma satu sahaja yang agak mengecewakan, iaitu efek bokeh yang digunakan dalam permainan. Sekejap ia nampak elok lepas itu pergi ke tempat lain, ia menjadi pelik bila dilihat.

Pokémon BDSP juga mempunyai ciri auto save. Saya cadangkan anda tak guna fungsi tersebut. Pertama ia agak menjengkelkan kerana setiap kali anda pergi ke tempat lain, icon “saving” mesti akan muncul. Bukan itu sahaja, ia mempunyai banyak masalah. Bayangkan, jika anda berjaya menangkap Pokémon legendary selepas itu ia hilang jika data itu hilang. Memang boleh murung bila benda macam itu jadi. Gunalah manual save kalau anda sayangkan Pokémon anda.

Pokémon Brilliant Diamond Shining Pearl

Kesimpulan

Permainan ini memang boleh dikatakan 100% sama dengan versi Diamond/Pearl yang asal. Dengan penambahan ciri-ciri baru serta Underground, membuatkan saya lebih sukakan versi remastered ini. Memang saya syorkan pada anda untuk bermain permainan ini! Untuk membaca review lain dari kami, sila klik pautan ini.

Pra-daftar di sini
Pokemon Brilliant Diamond/Shining Pearl
Release Date: 2021-11-19
Nintendo Switch
Pokemon Brilliant Diamond dan Shining Pearl adalah remake dari game Pokemon Diamond serta Pearl yang dilancarkan untuk Nintendo DS pada tahun 2007. Anda akan bermain di wilayah Sinnoh dan diberi pilihan untuk memilih salah satu dari tiga Pokemon starter, iaitu Piplup, Chimchar dan Turtwig di permulaan game. Sebelum ini, The Pokemon Company telah mendedahkan cover art untuk game Pokemon Brilliant Diamond dan Shining Pearl yang menampilkan rendering dari dua Pokemon legenda, iaitu Dialga dan Palkia.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Pokemon Brilliant Diamond & Shining Pearl

80% Score

PROS

  • Kandungannya 100% sama seperti pokemon yang asal
  • Ciri level up yang diperbaharui

CONS

  • Efek bokeh agak mengecewakan
  • Kawalan analog tidak berfungsi dengan baik

Review Breakdown

  • Remaster yang agak bagus dengan tambahan ciri baru yang lebih menyeronokkan untuk dimainkan 0%
Tags: Pokemon Brilliant DiamondPokemon Brilliant Diamond Shining PearlPokemon Shining Pearlreview
Previous Post

Game klasik Angry Birds menerima Remake, akan keluar awal tahun 2022!

Next Post

Marvel akan mendapat game MMO baru dari pembangun DC Universe Online!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Marvel akan mendapat game MMO baru dari pembangun DC Universe Online!

Marvel akan mendapat game MMO baru dari pembangun DC Universe Online!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd