Ada yang tengah mencari telefon baru? POCO baru sahaja umumkan POCO F4 yang baru dengan harga yang lebih bajet berbanding POCO F4 GT. Kami berpeluang untuk mencuba telefon baru ini dan berpuas hati dengan prestasinya. Ingin tahu mengapa? Jom baca review kami tentang POCO F4 ini.

Reka bentuk
Kalau bercerita mengenai reka bentuk POCO F4, ia lebih ringkas berbanding versi F4 GT. Ia kelihatan lebih kemas dan kelihatan profesional. Jika anda sentuh pada backplate POCO F4 ini, agak sukar untuk mengesan cap jari padanya. Jangan risau tentang ketahanannya kerana dijamin ianya kukuh tetapi anda kena berhati-hati. Ianya agak mudah untuk tergelincir jika berada di permukaan rata kerana bahagian “bump” kameranya agak tinggi. Jadi untuk elaknya daripada tergelincir, lebih baik jika anda menggunakan cover untuk fon ini.

Fon ini berdimensi 163.2 x 75.95 x 7.7 mm dengan seberat 195g. Ianya tidak berat dan selesa untuk digunakan dengan lama, lebih-lebih lagi jika bermain game. Butang bunyi dan on/off terletak di sebelah kiri phone dan juga mempunyai port USB Type-C. Malang sekali tiada 3.5 headphone jack tersedia tetapi ia didatangkan dengan external headphone jack percuma.

Paparan
POCO F4 datang dengan paparan 6.67″ E4 AMOLED skrin yang memberikan kualiti 2400 x 1080 FHD. Paparannya juga memberikan kecerahan puncak 1300 Nits malah dilengkapi dengan True Display dan TrueColor Display yang memberikan ketepatan warna hebat dan kelihatan realistik.

Ia juga diperakui HDR 10+ dan menggunakan DCI-P3, yang memberikan lebih banyak butiran pada skrin. Apabila menonton filem ataupun bermain game, memang puas hati sungguh prestasi skrinnya. Main game PUBG dengan tetapan grafik paling tinggi, boleh nampak betapa realistik dunia game tersebut.

Bukan setakat itu sahaja, touch sampling rate juga tinggi sehingga 360Hz. Ia sangat responsif dan memberikan pengalaman yang baik semasa bermain game. Sangat mudah untuk anda menggunakan skop dalam game FPS kerana ia mudah untuk dikawal. Kalau anda skrol media sosial atau aplikasi lain, ianya sangat lancar tanpa sebarang gangguan atau stuttering. Skrin juga dihasilkan menggunakan Corning Gorilla Glass 5. Jadi ianya memang tahan lasak.
Kamera
Terdapat tiga kamera di bahagian belakang iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra-wide, 8MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapan pula datang dengan 20MP untuk memberikan hasil selfie terbaik. Melalui aplikasi kamera, terdapat banyak ciri-ciri yang tersedia untuk memberikan anda hasil tangkapan yang hebat.

Kalau anda jenis tangan bergetar, jangan risau kerana ada Optical Image Stabilization (OIS) yang akan menstabilkan hasil gambar. Jadi tidak akan ada kesan gegaran pada gambar tersebut. Kamera juga mampu memberikan hasil sinematik 4K termasuklah ciri lain seperti Panoramic Selfie Mode, Night Mode, AI Skyscraping 4.0 dan AI Erase 2.0. Semua ini mampu memberikan hasil gambar yang anda inginkan tanpa perlu banyak mengedit. Berikut adalah beberapa gambar yang ditangkap menggunakan kamera
Prestasi
Dilengkapi dengan cip Snapdragon 870, memang prestasi yang diberikan mantap. Terima kasih kepada teknologi pemperosesan 7nm dengan 8-core yang sangat pantas. Ditambah pula dengan CPU hebat Qualcomm Adreno 650, memang tidak pelik mengapa POCO F4 ini satu fon yang hebat. Walaupun digunakan dengan lama, suhunya tidak begitu panas kerana terdapatnya teknologi penyejukan baru iaitu LiquidCool Technology 2.0. Dengan ini CPU juga boleh sejuk dengan lebih cepat dengan adanya 3112 mm Large Vapor Chamber.
Pemindahan data juga boleh dilakukan dengan lebih pantas dengan UFS 3.1 ROM dan LPDDR5 RAM pada fon ini. Ditambah pula dengan extended RAM, untuk bermain game dengan lancar mahupun menukar aplikasi, ianya boleh dilakukan dengan laju.
Berikut adalah keputusan daripada ujian benchmark yang kami lakukan menggunakan 3D Mark.

Prestasi gaming
Dalam POCO F4, terdapat aplikasi dipanggil “Game Turbo” yang boleh dianggap sebagai hub game. Ia juga membolehkan anda untuk menetapkan prestasi gaming anda. Ia mempunyai mode sedia ada dipanggil Classic Mode dan Pro Mode untuk kegunaan pemain mobile yang kasual ataupun profesional. Tetapan itu juga membolehkan anda untuk mengubahsuai kadar response, ketetapan, kestabilan sentuh dan juga grafik untuk game. Anda juga boleh lihat sendiri prestasi game ketika bermain dengan “slide” bahagian atas skrin.
Memandangkan siri POCO juga terkenal dengan prestasi game yang hebat, sudah tentu ada antara anda yang ingin tahu kehebatan fon ini ketika bermain game. Kami telah mencuba tiga game iaitu Genshin Impact, Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile. Ketiga-tiga game ini telah dicuba dengan prestasi grafik tertinggi.
- Genshin Impact
- Dengan tetapan tertinggi, tiada lag langsung yang dapat dikesan. Seperti fon lain, sudah tentu suhunya akan panas dengan cepat tetapi tidaklah begitu panas. Jika anda rehatkannya sekejap, fon akan kembali sejuk dengan pantas. Dengan bermain selama sejam, hanya 30% bateri yang habis. Kalau anda ingin bermain selama 2 jam, ia sememangnya cukup bagus untuk anda meneroka Teyvat.
- Mobile Legends: Bang Bang
- Dengan grafik paling maksimum, Mobile Legend boleh dimainkan tanpa sebarang lag malah suhunya juga hanya suam sahaja. Penggunaan bateri juga tidak begitu banyak, tetapi jangan pula main sampai tidak ingat dunia.
- PUBG Mobile
- Grafik Ultra HD tersedia untuk POCO F4, ia sememangnya grafik realistik dalam game hampir seperti game AAA lain. Sudah tentu suhu fon lebih panas dengan penggunaan grafik yang tinggi. Suhunya hampir sama seperti main Genshin Impact. Penggunaan bateri pula 20% jika bermain selama sejam. Jadi kalau rasa ingin bermain PUBG Mobile dengan lebih lama, boleh gunakan grafik yang lebih rendah.
Bateri
POCO F4 didatangkan dengan bateri besar 4500mAh dengan pengecasan turbo 67W, ia hanya mengambil masa sehingga 38 minit untuk mengecas sehingga 100%. Masa mengecas juga boleh menjadi lebih singkat jika anda mengecasnya apabila bateri telefon sekitar 40%. Selepas menghabiskan banyak masa bermain game di telefon ini, boleh dikatakan prestasinya sangat memuaskan.
Walaupun anda hanya gunakannya untuk melakukan perkara biasa seperti membuka media sosial atau melayari internet, ianya cukup untuk tahan selama sahari. Ditambah pula dengan pengecasan ultra pantas, memang berbaloi juga untuk gunakan fon ini untuk penggunaan biasa dan gaming.

Kesimpulan
Secara keseluruhan, ia adalah pilihan telefon pintar yang baik dan dengan pengalaman gaming yang bagus, ia sememangnya boleh memuaskan hati semua pengguna. Malah ia juga menyokong sambungan 5G, jadi tidak perlu risau jika “ping” terlampau tinggi semasa main game dalam talian. Paparannya juga sesuai untuk anda yang suka untuk menonton filem. Terima kasih pada speakernya yang mantap malah memberikan kualiti bunyi yang hebat dan kuat.
POCO F4 akan datang dalam tiga warna iaitu Moonlight Silver, Might Black dan Nebula Green. Jadi, kalau anda tidak menyukai warna silver, terdapat dua pilihan warna lain tersedia. Fon ini juga tersedia dalam dua varian iaitu 6GB RAM+ 128GB ROM dan 8GB RAM + 256GB ROM. Ia akan mula dijual secara eksklusif melalui Shopee. Berikut adalah harga untuk kedua-dua varian POCO F4.
- 6GB + 128 GB – RM 1499
- 8GB + 256 GB – RM 1599
Untuk membaca review produk lain daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post