Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Pengalaman “layan corner” dalam litar lebih realistik di MotoGP 21

Amir Haziq by Amir Haziq
May 10, 2021 - Updated on May 28, 2021
in Artikel, Game Baru, Game Review, Genre, Nintendo Switch, PC, Platform, PS4, PS5, Review, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Review] Pengalaman “layan corner” dalam litar lebih realistik di MotoGP 21
Share on FacebookShare on Twitter

Penerbit dan pembangun siri MotoGP, Milestone telah pun mengeluarkan game perlumbaan motor mereka untuk edisi 2021, iaitu MotoGP 21. Permainan ini dilancarkan pada 22 April yang lalu dan tersedia untuk platform PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan Pc. Dengan berbekalkan pengalaman menunggang motor LC 135 selama 9 tahun, saya berpeluang untuk mencuba sendiri berlumba menggunakan motosikal jentera berat dalam game ini di PS5.

Saya bukanlah peminat sukan permotoran, dan sejujurnya bukanlah hebat mana semasa bermain game ini. Tetapi setelah memahami konsep permainan, saya jadi lagi teruja untuk memecut dalam litar. Tanpa berlengah lagi, jom baca review MotoGP 21 dari sudut pengalaman pemain baru!

Gameplay

Untuk mereka yang baru saja nak berjinak dalam game simulasi permotoran, MotoGP 21 boleh dikatakan agak sukar untuk dimainkan dan memahami konsepnya. Saya telah bermain permainan ini selama beberapa hari, tetapi masih tersangkut di kedudukan tercorot dalam setiap perlumbaan. Namun, berbanding dengan masa mula-mula bermain, boleh dikatakan saya berjaya memperbaiki banyak pengawalan dalam permainan.

MotoGP 21 bukanlah game yang kasual seperti Forza Horizon kerana ia lebih banyak bermain kepada simulasi. Sekiranya anda tahu menunggang motor, ianya mungkin tidak sukar kerana anda tahu bagaimana untuk mengawal jentera dalam pelbagai situasi seperti memecut ketika hujan, mengambil ruang semasa selekoh dan mengagak waktu tepat untuk mencelah antara pelumba lain. Jika anda kurang dari segi asas ini, mungkin progress permainan anda agak perlahan seperti saya.

Bagi memudahkan perjalanan bermain, saya telah menurunkan kesukaran permainan ke tahap paling rendah untuk berlumba. Jika anda beginner seperti saya, MotoGP 21 mempunyai tetapan yang akan membantu pemain dari pelbagai segi teknikal seperti mengubah suai keselesaan gaya pemanduan dan mencadangkan tetapan pada jentera bagi memudahkan anda untuk berlumba.

Selain itu, MotoGP 21 didatangkan dengan beberapa jenis mod permainan seperti Quick Mode, Career Mode dan Multiplayer Mode. Dalam review ini, saya lebih banyak menumpukan tentang Career Mode sahaja. Mod ini memberikan pemain pilihan sama ada ingin memulakan karier dengan pasukan sendiri atau sertai pasukan yang telah tertubuh.

Saya memilih untuk bermula dengan pasukan yang telah ditubuhkan bagi memudahkan perjalanan permainan. Malah, untuk permulaan sebagai pelumba, saya juga memilih kelas MotoGP 3, supaya dapat mempelajari dari bawah tentang kemahiran, pengalaman serta pengetahuan yang akan digunakan apabila tier saya meningkat.

Di mod ini, pemain akan melakukan tugas-tugas pengurusan seperti menandatangan kontrak dengan pasukan pengilang seperti KTM, Yamaha, Honda, Mercedes serta penaja Pull & Bear, Redbull, dan Monster Energy. Anda juga akan menguruskan pelumba serta jurutera pasukan, disamping boleh mengambil atau memecat pihak pengurusan, dan anda sebagai pelumba juga boleh dipecat.

Setiap pasukan mempunyai matlamat dan target dimana pemain perlu mencapainya dalam setiap perlumbaan seperti, mendapat kedudukan ke-15 atau ke-10. Jika gagal untuk mencapai matlamat pasukan, career point akan ditolak dan memberi kesan kepada kerjaya anda . Malah, jika pemain gagal mencapainya berturut-turut, anda mungkin boleh dibuang dari pasukan.

Disamping itu, Career Mode mengandungi banyak aspek yang berbeza, seperti mod Research & Design. Aspek ini memberikan Career Mode menjadi lebih realistik dan terperinci dan membuatkan anda sebagai pemain dapat merasai input perjalanan mod ini.

Menjadi pelumba kelas MotoGP 3

Dari segi perlumbaan, bagi peminat sukan permotoran ianya sangat realisitk. Walaupun ianya sukar untuk pemain baru seperti saya, tetapi setiap cabaran dan objektif perlumbaan sangat mengagumkan walaupun selalu berada di kedudukan tercorot.

Anda berpeluang untuk berlumba di pelbagai litar dari setiap negara seperti Argentina, Jerman, Thailand, Malaysia dan Dubai. Setiap litar mempunyai cabarannya yang tersendiri, contohnya litar di Dubai lebih kepada cara mengambil ruang dalam setiap selekoh. Malah pemain juga akan menghadapi cabaran cuaca, contohnya seperti berlumba dalam cuaca hujan renyai atau hujan lebat. Jadi anda perlu bijak menentukan kawalan jentera dengan mengaplikasikan asas penunggangan motosikal.

Dengan 20 jenis litar yang tersedia dalam game ini, anda perlu membuat pelbagai pendekatan bergantung pada trek. Contohnya, litar di Austin lebih terbuka untuk pemain memecut dengan laju kerana kurang selekoh perlu dilakukan. Tetapi, lain pula bagi litar di Portugal, ia lebih memerlukan pendekatan teknikal kerana treknya yang dikatakan seperti roller coaster, dimana landskap trek tidak sekata dan berbukit.

Trik untuk berlumba dalam MotoGP 21 adalah anda perlu sentiasa mencuba untuk mengikut lenggok pelumba lain. Disebabkan game ini berbentuk simulasi, jadi anda perlu perhati, pelajari dan mengulangi corak di setiap pusingan litar.  Untuk mencari tempo perlumbaan, game ini menyediakan Free Practice Round dan Qualification Round untuk mengenalpasti corak litar dan kesesuaian setup jentera anda.

Untuk beginner, Free Practice Round ini boleh dijadikan platform untuk anda mengenal pasti corak litar dan membuat setup yang sesuai pada motosikal sebelum hari perlumbaan bermula. Manakala Qualification Round pula menyediakan time attack yang bertujuan untuk menentukan posisi anda dalam grid semasa hari perlumbaan.

Tambahan pula, anda boleh mengubah pengendalian motor mengikut gaya pemanduan yang diinginkan. Game ini mempunyai skill tree untuk anda tingkatkan kemampuan engine, frame, aerodynamic dan electronic motosikal anda. Ianya ditingkat melalui jurutera pasukan untuk memberi kemampuan maksimum pada pelumba.

Semasa perlumbaan pula, anda perlu lebihkan tumpuan pada gaya penunggangan, seperti tahu waktu sesuai untuk mengambil selekoh, mencari masa yang tepat untuk memecut laju di jalan lurus dan mencari peluang memotong pelumba lain. Pemain juga perlu memerhati sistem electronic motor anda di bahagian bawah kanan, kerana disitu ia memberi isyarat untuk pengawalan jentera sepanjang perlumbaan.

Pelumba AI

Terdapat beberapa perkara yang saya perasan tentang pelumba Artificial Intelligence (AI) dalam MotoGP 21, seperti cara AI mengenal pasti pemain, sejauh mana AI berlumba dengan saya, dan bagaimana AI mendekati AI lain semasa dalam litar. Boleh dikatakan saya sangat berpuas hati dengan pelumba AI MotoGP 21, kerana ia berlumba dengan adil dan membantu saya untuk memerhati lenggok mereka dari belakang sebelum memintas jika ada peluang.

Maksud saya mengenai AI berlumba secara adil adalah mereka mengenali saya sebagai pemain di litar, jadi AI ini akan cuba mengambil peluang untuk memintas pemain jika anda membuat kesilapan. Mereka juga berlumba dengan AI lain bagi membaiki posisi mereka dalam perlumbaan. Bukan bermaksud AI dalam game ini sempurna, tetapi ia boleh dipuji dari segi usaha mereka.

Sistem Real Lap Penalty seperti perlumbaan sebenar

MotoGP 21 juga memperkenalkan ‘Real Lap Penalty’ di mana, laluan sempit dan lebih panjang ditempatkan di suatu tempat setiap trek, serta berfungsi untuk menghukum pelumba kerana melanggar had trek dan . Long Lap Penalty juga telah ditambahkan ke setiap trek dari kejuaraan 2021 bagi menambahkan lagi hukuman jika anda gagal membuat permulaan selekoh atau permulaan selekoh dibatalkan.

Grafik

Dari segi grafik, Milestone telah berjaya memberikan kualiti pengalaman yang hampir realistik untuk pemain konsol PS5. Ia mempamerkan gambaran warna motosikal, trek, suasana litar, kesan tayar serta pelanggaran dengan sangat teliti dan gempak.

Seterusnya, grafik MotoGP 21 juga memberikan pemain pengalaman berlumba dalam pelbagai cuaca seperti mendung, hujan dan panas terik seperti keadaan sebenar. Secara keseluruhannya, saya sangat kagum dengan visual yang dipersembahkan dalam permainan.

Ubah suai penampilan motor dan rupa pelumba mengikut cita rasa

Dalam MotoGP 21 juga, anda boleh mengubah suai rupa pelumba serta motosikal bagi nampak menarik mengikut citarasa anda. Pemain diberi pilihan untuk memilih jenis rupa pelumba, jantina mereka, umur serta kewarganegaraan pelumba seperti Malaysia, Korea dan Jepun. Anda boleh bermain-main dengan sistem pengubahan ini untuk menghasilkan rekaan menarik pada sut lumba dan helmet menggunakan sticker-sticker yang tersedia serta pemilihan warna yang luas.

Kekurangan dalam mod customize ini ialah mereka tidak memberikan anda sticker-sticker penaja seperti Redbull, Pull & Bear dan Monster Energy sebagai pilihan untuk diletakkan pada sut dan helmet. Tetapi, anda boleh memuat turun rekaan preset yang sudah siap dari internet atau pemain lain.

Prestasi MotoGP 21 di PS5

Dari segi prestasi di PS5, MotoGP 21 berjalan sangat lancar dengan 60 fps. Loading time-nya sangat cepat, lebih kurang 10 saat sahaja masa menunggu untuk masuk ke dalam permainan. Adaptive trigger juga digunakan untuk menghasilkan kawalan throttle dan brek seperti anda membawa motor sebenar. Secara keseluruhan, MotoGP 21 mempunyai prestasi yang sama seperti game simulasi perlumbaan PS5 lain.

Kesimpulan

Sebagai pemain baru, MotoGP 21 sangat menyeronokkan jika anda berminat untuk menerokai simulasi MotoGP walaupun pada awalnya agak sukar. Career Mode memberikan anda peluang untuk memperbaiki prestasi dan suasana pengalaman berlumba yang sebenar.

Menjadi pelumba kelas MotoGP 3, anda boleh belajar untuk sentiasa majukan tahap penunggangan anda menggunakan motosikal lebih ringan sebelum sampai ke tahap kelas MotoGP. Jangan risau jika asyik terjatuh pada awal permainan, kerana selepas beberapa perlumbaan, anda pasti akan memecut mengejar podium nanti.

Dari segi prestasi pula, MotoGP 21 di PS5 sangat memberikan kepuasan yang padu untuk semasa bermain. Penangan konsol next-gen menjadikan game ini tidak mempunyai masalah untuk pemain merasai pengalaman hampir realistik semasa memecut.

Akhir sekali, penyampaian visual grafik keseluruhan permainan yang diberikan Milestone memang awesome! Dari pemandangan, litar, motor, pelumba sampai ke helmet, semuanya memang sedap mata memandang. Cuma mungkin untuk pengubahsuaian, Milestone boleh berikan pemain lebih banyak ruang untuk meluahkan kreativiti mereka seperti menambahkan pilihan sticker penaja dan mempelbagaikan jenis sut lumba.

Muat turun di sini
MotoGP 21
Publisher: Milestone
Developer: Milestone
Release Date: 2021-04-22
Announce Date: 2021-04-22
Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Menampilkan edisi rasmi 2021 dan diperkaya dengan kehebatan konsol generasi seterusnya, MotoGP ™ 21 akan memberikan pengalaman yang lebih nyata daripada sebelumnya, didorong oleh beberapa ciri baru, seperti Long Lap Penalty , Full throttle, dan brake temperature
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

MotoGP 21

8 Score

Sebagai pemain baru, MotoGP 21 sangat menyeronokkan jika anda berminat untuk menerokai simulasi MotoGP walaupun pada awalnya agak sukar. Career Mode memberikan anda peluang untuk memperbaiki prestasi dan suasana pengalaman berlumba yang sebenar.

PROS

  • Menjadi pelumba kelas MotoGP 3, anda boleh belajar untuk sentiasa majukan tahap penunggangan anda menggunakan motosikal lebih ringan sebelum sampai ke tahap kelas MotoGP. Jangan risau jika asyik terjatuh pada awal permainan, kerana selepas beberapa perlumbaan, anda pasti akan memecut mengejar podium nanti.
  • Dari segi prestasi pula, MotoGP 21 di PS5 sangat memberikan kepuasan yang padu untuk semasa bermain. Penangan konsol next-gen menjadikan game ini tidak mempunyai masalah untuk pemain merasai pengalaman hampir realistik semasa memecut.
  • Prestasi di PS5 sangat mengaggumkan

CONS

  • Akhir sekali, penyampaian visual grafik keseluruhan permainan yang diberikan Milestone memang awesome! Dari pemandangan, litar, motor, pelumba sampai ke helmet, semuanya memang sedap mata memandang. Cuma mungkin untuk pengubahsuaian, Milestone boleh berikan pemain lebih banyak ruang untuk meluahkan kreativiti mereka seperti menambahkan pilihan sticker penaja dan mempelbagaikan jenis sut lumba.

Review Breakdown

  • Tak power takpe. Janji boleh jadi pelesit! 0
Tags: MilestoneMotoGP21Racingsimulation
Previous Post

Kolaborasi UNIQLO UT Jujutsu Kaisen pertama akan dilancarkan pada 14 Jun di Malaysia!

Next Post

Anime Overlord akan meneruskan musim ke-4, projek filem dalam pembikinan!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Anime Overlord akan meneruskan musim ke-4, projek filem dalam pembikinan!

Anime Overlord akan meneruskan musim ke-4, projek filem dalam pembikinan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd