Sejak azali lagi, PAC-MAN sentiasa menjadi game untuk semua pemain, tidak kira muda dan tua, dan kini peminat di seluruh dunia dapat mencuba taman permainan baharu untuk bersaing antara satu sama lain PAC-MAN Mega Tunnel Battle: Chomp Champs!
Game ini membawa aspek kompetitif ke dalam francais PAC-MAN, dan membawa formula ke peringkat seterusnya dengan memperkenalkan gameplay baharu, mode baharu dan ciri-ciri multiplayer yang membolehkan pemain bersaing dengan rakan dan keluarga ataupun dunia.
Kami dapat mencuba PAC-MAN Mega Tunnel Battle: Chomp Champs, jadi berikut adalah review kami.
Gameplay Umum
Gameplay tetap klasik — iaitu makan titik-titik berwarna. Game ini dibahagikan kepada perlawanan “elimination” dan “ranked”, dengan sedikit perbezaan gameplay antara kedua-duanya, kecuali syarat kemenangan.
Elimination Game dijalankan dalam format battle royale, di mana pemain dengan markah terendah akan disingkirkan, dan pemain terakhir yang masih hidup akan menang. Anda boleh menjemput rakan-rakan untuk bertanding dalam perlawanan penyingkiran, tetapi ingat, mereka adalah lawan, bukan kawan!
Pemain boleh membuka Ranked Game sebaik sahaja mereka mencapai level 10. Untuk menang, anda hanya perlu capai kedudukan 32 terbaik dalam perlawanan.
Rank Exp diberikan berdasarkan kedudukan akhir, dan mata terkumpul membuka peringkat yang lebih tinggi (Bronze → Silver → Gold → Platinum → Diamond → Chomp Champ). Walau bagaimanapun, ranked game adalah secara eksklusifnya untuk bermain solo.
Bentuk Maze & Item Tambahan
Teleport & Tunnel
Terdapat pintu teleport bulat di kedua-dua belah sisi yang boleh teleport pemain di antara mereka. Selain pintu teleport, terdapat pintu terowong yang dijana secara rawak dalam labirin. Pintu ini boleh digunakan untuk memasuki labirin lain, dan apabila masuk, pemain boleh melihat jumlah pemain dan level mereka dalam labirin itu.
Gerbang akan berwarna biru apabila dibuka, lalu membenarkan laluan di antara pelbagai labirin manakala gerbang berwarna merah bermaksud ia dikunci dengan timer (anda harus bergerak ke gerbang dengan cepat apabila timer habis).
Power Pellet
Terdapat power pellet di sudut maze. Memakannya akan menguatkan PAC-MAN, menjadikannya lebih besar, dan meletakkan hantu dalam keadaan panik biru, di mana mereka tidak dapat menyakiti kita. Kami kemudian boleh makan hantu itu. Selepas dimakan, hantu kembali ke lokasi asal.
Power Item
Pada titik masa tertentu, power item akan muncul dari pintu teleport di sebelah kiri dan kanan. Item biru memberi manfaat kepada kita, manakala item merah menguatkan hantu dan musuh lain.
Power item diaktifkan secara automatik apabila dimakan. Menahan butang “simpan “save” sebelum makan (saya bermain di PS5, jadi ◻ dan ×) membolehkan anda menyimpannya dalam slot yang sepadan. Menekan butang yang sama sekali lagi akan mengeluarkan power item yang disimpan.
Power item termasuk:
- Extreme Acceleration (Biru dan Merah) — meningkatkan kelajuan pergerakan pemain (biru) dan hantu (merah) secara sementara.
- Extra Life — memberikan nyawa tambahan apabila dimakan (tidak boleh disimpan).
- Stun Wave — stun hantu dan PAC-MAN lain untuk tempoh yang singkat.
- Shield — apabila diaktifkan, perisai pada badan anda akan menghalau hantu dan PAC-MAN yang lain.
- Ghost Attraction — menarik hantu buat sementara waktu. Walaupun ini adalah item merah, ia mempunyai kebaikan dan keburukan. Jika PAC-MAN berada dalam keadaan kuat (boleh makan hantu), menggunakan item ini boleh menarik hantu untuk mencipta peluang kombo.
- Ghost Dispersion — mewujudkan bau busuk pada badan untuk masa yang singkat, menyebabkan hantu menjauhkan diri.
Task Memberi Ganjaran Tambahan
Task muncul semasa perlawanan elimination dan ranked di mana boleh memperoleh lebih banyak “coin” dan exp. Maklumat Task dan kiraan masa dipaparkan di bahagian atas skrin dan secara amnya termasuk:
- Menggunakan power item di maze pihak lawan (cuba simpan sekurang-kurangnya satu power item semasa pertempuran, atau sukar untuk memperoleh dan menggunakan item sebelum had masa tamat).
- Makan energy ball dalam maze pihak lawan.
- Makan dua musuh Pac-Man.
- Makan tiga hantu dalam maze pihak lawan.
- Merentasi tiga maze dalam had masa.
- Makan 10 pellet dalam maze pihak lawan.
Kebanyakan Task memerlukan kita menyelesaikannya dalam maze pihak lawan, jadi walaupun anda tidak memasuki maze lain, orang lain akan memasuki maze anda untuk menyelesaikan tugas, lalu mengganggu atau bahkan memakan anda!
PAC-MAN Unik Anda Sendiri
Anda boleh customize PAC-MAN anda sendiri dengan pelbagai hiasan! Anda boleh memperoleh coin dengan mengambil bahagian dalam perlawanan elimination dan ranked serta mendapatkan lebih banyak coin dengan menyelesaikan Task untuk membeli lebih banyak pakaian!
Selain pakaian, terdapat pelbagai maze bertema yang tersedia untuk beli, termasuk klasik, ulang tahun ke-40, empat musim, Tahun Baru Cina, sushi dan banyak lagi!
Pendapat
Apa yang membezakan game ini daripada PAC-MAN klasik ialah power item. Power item yang berbeza menambah lapisan strategik kepada gameplay dalam pelbagai situasi yang berbeza. Apabila menemui power item, pemain boleh memilih untuk memakannya dengan segera atau menyimpannya untuk digunakan kemudian, yang mungkin mempunyai kesan yang tidak dijangka apabila dikeluarkan pada masa yang sesuai.
Selain itu, dapat merentasi maze lain untuk memakan rakan-rakan agak menyeronokkan, terutamanya apabila sesi mengejar atau dikejar, hal ini boleh menjadi agak mendebarkan.
Walau bagaimanapun, game ini tidak ada sorotan utama yang benar-benar memukaukan saya. Saya bermain 24 perlawanan untuk mencapai level 10 dan membuka ranked. Pada mulanya, saya tidak sabar untuk mengalami gameplay yang berbeza dalam perlawanan ranked, tetapi keseluruhan gameplay kekal sama, hanya cara untuk menang sahaja yang berbeza.
Pada masa yang sama, saya ingin ingatkan anda semua untuk menukar server secara manual! Saya pada mulanya memasuki server AS secara default, tetapi lag ya amat. Menukar ke server Asia menjadikan keseluruhan pengalaman lebih lancar.
Secara keseluruhan, game ini adalah imaginasi semula kepada IP klasik, yang mengimbau kembali zaman kanak-kanak kita. Malangnya, tanpa banyak elemen gameplay baharu, sifatnya yang repetitif menjadikannya sukar untuk kita mengekalkan keseronokan buat masa yang lama.
Review ini dimainkan di PS5 dengan kod pemberian Bandai Namco Entertainment Asia. Bagi sesiapa yang berminat, PAC-MAN Mega Tunnel Battle: Chomp Champs kini tersedia di Nintendo Switch, PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, and PC via Steam.
@gamersantaimy
The Review
PAC-MAN Mega Tunnel Battle: Chomp Champs
Secara keseluruhan, game ini adalah imaginasi semula kepada IP klasik, yang mengimbau kembali zaman kanak-kanak kita. Malangnya, tanpa banyak elemen gameplay baharu, sifatnya yang repetitif menjadikannya sukar untuk kita mengekalkan keseronokan buat masa yang lama.
PROS
- Memperkenalkan gameplay kompetitif, yang menambahkan rasa tension
- Pemain boleh mengubah suai kedua-dua PAC-MAN dan peta, yang menambahkan sentuhan unik kepada pengalman
CONS
- Gameplay terasa membosankan, kerana hanya memfokuskan kepada makan titik-titik berwarna tanpa banyak tambahan moden
- Kekurangan power item dan task, yang mudah bosan selepas bermain beberapa kali
- Elimination dan ranked tidak menawarkan gameplay yang berbeza, yang menjadikan pemain lebih bosa
Discussion about this post