Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Outriders – Berperang menggunakan teleportasi dan ruang masa

Amir Haziq by Amir Haziq
April 12, 2021 - Updated on May 6, 2021
in Artikel, Berita, Game Review, Genre, PC, Platform, PS4, PS5, Review, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Review] Outriders – Berperang menggunakan teleportasi dan ruang masa
Share on FacebookShare on Twitter

Outriders adalah antara permainan baru dari Square Enix yang telah dilancarkan oleh People Can Fly pada 1 April yang lalu. Permainan ini tersedia untuk pengguna PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series dan PC. Dalam masa dua minggu selepas pelancaran, banyak berita mengenai Outriders seperti masalah bug yang dihadapi pemain Outriders. Saya telah diberi peluang untuk mencuba bermain Outriders di PS5 dan menulis review mengenainya. Tanpa berlengah, anda boleh baca review saya sediakan jika berminat untuk mencuba permainan ini.

Cerita dalam Outriders

Outriders mengisahkan tentang permainan sci-fi third person shooter berlaku di planet Enoch, yang dianggap sesuai untuk menggantikan Bumi. Sekumpulan saintis dan manusia membentuk pasukan Outriders telah mendarat di Enoch untuk membuat penjajahan. Selepas beberapa kejadian, watak anda akhirnya dibekukan dalam Cryo Chamber dan bangun semasa pasca-apokaliptik Enoch, yang ketika ini dilanda peperangan dan fenomena alam yang luar biasa.

Premis permainan ini cukup menarik, dan pelaksanaan jalan cerita berkembang dengan baik. Mod Campaign di Outriders menceritakan pemain membantu rakan-rakannya sebelum timeskip terjadi. Malah, terdapat beberapa cerita dan pengembangan storyline semasa di cutscene yang membentuk cerita untuk watak, musuh dan dunia Enoch di Outriders.

Pertempuran dalam menakluki Enoch

Semasa bermain, pemain dapat merasa intensiti kerana Outriders dipenuhi dengan aksi bertarung yang agak sengit. Segerombolan musuh datang menembak, serta melemparkan bom tangan dan terdapat musuh yang lebih kuat melakukan serangan maut ke arah anda. Musuh di dalam permainan ini agak kebal, jadi anda perlu mendapatkan senjata yang lebih baik dan sesuai untuk mengalahkan mereka.

Permainan ini membolehkan anda memulihkan kesihatan dan bertahan sambil melakukan serangan ke atas musuh. Pastinya gaya permainan yang agresif dan berisiko ini memberikan lagi kepuasan, serta ganjaran lebih tinggi semasa pertempuran. Outriders amat sesuai untuk mereka yang mahukan permainan intensiti tinggi. Manakala untuk pemain yang kurang agresif, anda mungkin perlu menyesuaikan diri dengan gaya permainan.

Tambahan pula, sistem World Tiers di Outriders berfungsi sebagai menentukan tahap kesukaran musuh. Pemain akan rasa berbaloi melawan musuh yang lebih kuat untuk dapat loot berkualiti. Anda akan bermula di World Tier 1 dan maju ke World Tier lebih tinggi apabila membunuh banyak musuh. Ia juga berfungsi untuk pemain memulakan semula permainan apabila watak anda mati dan meneruskan progress.

Selain itu, terdapat beberapa isu semasa bermain Outriders. Antaranya adalah corak pertempuran sentiasa berulang kerana kekurangan variasi musuh dan hanya berbeza rupa. Peta-peta dalam permainan juga nampak linear yang dipenuhi dengan musuh-musuh di setiap bahagian. Misi di Outriders seolah-olah anda hanya perlu membunuh musuh, dan bergerak ke lokasi seterusnya. Memang jauh beza dengan permainan looter shooter seperti Warframe, yang mempunyai variasi musuh, level design dan pelbagai misi yang menarik untuk dimainkan.

Saya juga hadapi masalah dengan minimap permainan yang hanya menunjukkan musuh serta tempat penting seperti shop dan quest. Minimap tidak menunjukkan dinding dan halangan kepada main, menyebabkan saya mati beberapa kali kerana tersekat dan tidak boleh bergerak kemana-mana. Sepatutnya pembangun perlu menyediakan petunjuk halangan dalam minimap supaya dapat membantu pemain bergerak dengan lebih mudah.

Senjata dan kemahiran pemain 

Menarik dalam permainan ini adalah senjata, perisai dan kemahiran untuk anda pilih. Malah, setiap senjata mempunyai dua kombinasi di mod berlainan, memberikan anda gaya bermain dan pendekatan bertarung yang berbeza. Disebabkan Outriders ini bermain dengan aktiviti looting yang banyak, anda boleh memiliki pelbagai pilihan senjata untuk dimasukkan ke karakter.

Senjata dalam Outriders mempunyai pelbagai jenis tahap. Bermula dari warna kelabu yang tidak bernilai diikuti hijau, biru, ungu sehingga warna oren paling bernilai. Setiap senjata boleh disimpan sehingga dua slot mod dan memiliki pelbagai peningkatan atribut. Legendary loot tidaklah begitu sukar untuk didapatkan berbanding permainan looter shooter yang lain.

Fungsi butang auto-loot sangat berguna untuk pemain kerana anda boleh mengambil loot dalam radius yang besar. Jika inventori anda penuh, loot terkumpul kemudian secara automatik akan masuk ke simpanan. Senjata dengan mod hebat juga boleh dibeli dari shop. Senang cerita, mekanisme auto-loot dalam permainan memudahkan perjalanan pemain dalam Outriders.

Walaupun sistem crafting Outriders tidak memberi pemain membuat senjata dari mula, tetapi anda boleh downgrade mod senjata dari simpanan dengan menceraikannya. Pemain turut dapat meningkatkan atribut senjata walaupun kos peningkatannya agak tinggi.

Selain itu, Outriders memberi empat pilihan kelas yang boleh dipilih, setiap satu mempunyai kemahiran, skill tree dan gaya permainan yang berbeza.

  • Devastator: Kelas pertahanan yang mampu menyerang jarak dekat
  • Pyromancer: Kelas serangan yang menghasilkan damage menggunakan skill jenis api.
  • Trickster: Kelas mobiliti yang mampu memperlahankan masa dan teleportasi.
  • Technomancer: Kelas sokongan yang mampu melakukan serangan dari jarak jauh.

Semasa bermain Outriders, saya lebih berminat menggunakan Technomancer. Walaupun kelas ini mempunyai kemahiran yang biasa sahaja berbanding kelas lain, namun ianya amat sesuai dengan gaya permainan saya. Visual seperti letupan dan membakar musuh yang dihasilkan semasa Technomancer melakukan skill juga mengagumkan bagi saya.

Selain itu, skill tree watak boleh di set semula pada bila-bila masa dan percuma membolehkan anda membuat eksperimentasi pada setiap kemahiran. Kebebasan gaya permainan dalam Outriders ini memberikan pemain dapat membina kemahiran mereka sendiri supaya sesuai dengar gear yang digunakan. Malah kemahiran pasif juga sangat berguna, seperti memberi peningkatan 10% DMG pada senjata sniper untuk membunuh musuh hanya dengan 1 tembakan.

Terdapat masalah dimana saya kerap hadapi tembok halimunan yang ada dalam permainan. Kadang-kala, ianya menganggu pergerakan permainan, dan menyebabkan watak saya mati ketika sedang dalam kekecohan pertempuran.

Persembahan permainan

Dari segi visual, suasana permainan dan model setiap watak dipersembahkan dengan cemerlang. Ketelitian setiap objek seperti senjata sangat diberi penekanan yang tinggi. Cuma ada ketika kesan bayangan semasa bermain agak terlalu tajam, dan menyebabkan warna kulit watak nampak lebih gelap daripada sepatutnya.

Tambahan pula, peta, tahap dan persekitaran dalam Outriders membuatkan pemain seperti berada di planet Enoch. Peta permainan ini mempunyai banyak wilayah yang dihuni dengan pelbagai spesies kehidupan. Secara keseluruhan, People Can Fly telah berjaya mewujudkan suasana planet asing untuk pemain mereka.

Prestasi Outriders di PS5

Permainan ini berjalan agak stabil ketika bermain mod single player, dan tiada penurunan framerate walaupun banyak musuh yang menyerang ke arah pemain. Perkakasan PS5 menjadikan prestasi Outriders tiada masalah sistem dan loading time permainan sangat laju. Walaupun bermain dalam mod single player, anda masih memerlukan sambungan internet laju supaya tidak mengganggu permainan kerana terkeluar ke lobi.

Malangnya, saya tidak dapat berkongsi mengenai mod multiplayer Outriders kerana belum cuba bermainnya lagi. Namun, terdapat berita dari People Can Fly dimana permainan ini mengalami masalah server dan gangguan pada fungsi cross-play.

Untuk pengetahuan anda, Outriders tidak menggunakan adaptive trigger PS5, tetapi ia menggunakan haptic feedback yang bagi saya rasa kurang menarik. Haptic feedback ini hanya memberi respon ketika anda sedang menembak menggunakan senjata sahaja, tidak seperti Demon’s Souls yang menggunakan sepenuhnya fungsi ini pada controller. Selain itu, kekurangan implementasi DualSense PS5 mungkin kerana pemaju merasakan ianya tidak berbaloi memberi pelbagai fungsi lebih hanya untuk satu platform.

Penutup

Secara keseluruhan, Outriders adalah permainan looter-shooter yang berjaya menyampaikan mekanisme looting dan mempunyai jalan cerita hebat. Permainan ini turut memberikan anda kepuasan menembak musuh kerana mempunyai intensiti pertempuran yang tinggi, walaupun kurang mencabar berbanding permainan looter shooter lain.

Saya syorkan pembaca untuk mencuba Outriders jika anda peminat kepada permainan genre looter-shooter. Walaupun terdapat beberapa kekurangan dalam permainan, anda pasti akan menyukai pengalaman bermain Outriders kerana peralatan dan kemahiran yang menarik digunakan semasa bertempur.

Outriders kini boleh didapati di laman web rasmi permainan, dan tersedia untuk platform PS5, PS4, Xbox One, Xbox Series, dan PC di Steam. Sampai disini sahaja review sahaja mengenai permainan ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan salam gaming!

Outriders
Publisher: Square Enix
Release Date: 2021-04-01
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Outriders adalah penembak orang ketiga yang akan datang yang dikembangkan oleh People Can Fly dan diterbitkan oleh Square Enix. Ini akan dirilis pada 1 April 2021 untuk Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X / S. Ia juga akan dilancarkan di Stadia pada 2021.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: OutridersPCPeople Can FlyPS4ps5reviewStadiaXbox OneXbox Series
Previous Post

Hasbro melancarkan Optimus Prime yang boleh Transformasi Sendiri berharga RM2900!

Next Post

Kingston berkerjasama dengan NXP Semiconductors pada Pemproses i.MX 8M Plus

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Kingston berkerjasama dengan NXP Semiconductors pada Pemproses i.MX 8M Plus

Kingston berkerjasama dengan NXP Semiconductors pada Pemproses i.MX 8M Plus

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd