Pada bulan Mei lalu, Private Division dan Roll7 telah mengumumkan ‘VOID Riders’, expansion pertama untuk game ‘skateboarding action-platformer’ OlliOlli World. Bakal dilancarkan hari ini (15 Jun) untuk Nintendo Switch, PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam, expansion ini menawarkan banyak level tambahan untuk OlliOlli World bersama dengan mekanik baru, muzik baru dan peralatan baru.
Kami berpeluang mencuba game ini, jadi berikut adalah review ringkas saya untuk OlliOlli World: VOID Riders!
Jalan cerita

Tiga makhluk asing bernama Sair’Rah, Khehvyn, and Pftangxi telah tiba di Radlandia selepas anda bertemu The Mirage (penghujung zon 3) dengan niat untuk memperoleh “hadiah” yang menarik bagi raja mereka, Nebulord.
Semasa meneroka Radlandia, kita akan diculik oleh makhluk asing tersebut dan dihantar ke alam angkasa lepas yang mereka diami. Tiba sahaja di situ, tugas kita adalah untuk menarik perhatian Nebulord dengan gaya meluncur yang luar biasa supaya dapat lepaskan diri dengan selamat!
Gameplay

OlliOlli World: VOID Riders memperkenalkan pelbagai cabaran dan peralatan baru bertemakan angkasa lepas semasa kita meneroka zon V.O.I.D. Antara lokasi baru adalah Cloverbrook yang penuh salji, Sunshine Valley yang menakutkan dan Burntrock yang ribut.

OlliOlli World: VOID Riders memperkenalkan pelbagai cabaran dan peralatan baru bertemakan angkasa lepas semasa kita meneroka zon V.O.I.D. Pertama sekali, beberapa kawasan baru akan muncul dalam tiga zon pertama iaitu Cloverbrook, Sunshine Valley dan Burntrock dengan tambahan misi. Kita boleh memilih untuk melangkau satu misi bagi setiap zon, dan setelah menyelesaikan semua level minimum, kita akan membuka cabaran terakhir untuk zon itu.
Cuma, tidak seperti kempen utama di mana cabaran terakhir biasanya adalah litar yang seronok, cabaran terakhir untuk VOID Riders lebih kepada misi gimik- yang menyerupai beberapa misi sampingan dalam kempen utama.

Sebagai contoh, salah satu misi VOID Riders meminta kita berlumba dengan makhluk asing macam “belut”. Satu lagi misi pula memerlukan kita menggunakan mekanik “tractor beam” baru untuk mengumpul lembu dengan mengawal ketinggian kita semasa meluncur. Sebagai pemain yang tidak begitu suka misi bersifat cabaran (bukan semata-mata lumba), ini mungkin bahagian yang saya paling kurang suka tentang DLC.
Kawasan baru: VOID

Selain daripada misi VOID Rider, kita juga akan melawat kawasan baru bernama VOID (yang saya sebutkan di atas). Sama seperti lokasi lain, ia mempunyai 5 misi, di mana kita boleh memilih 4 untuk lakukan sebelum menyelesaikan satu cabaran terakhir dari Nebulon. Tidak seperti cabaran lain, pertarungan akhir dengan Nebulon memang gempak. Ia sangat sengit dan memerlukan kita untuk menggunakan semua mekanik berbeza dalam game.

Satu bahagian/aspek besar daripada segmen VOID dan VOID Rider ialah untuk menggerakkan platform. Dalam fikiran saya, ia seolah-olah seperti level sedang dibina semasa saya sedang meluncur. Sebagai contoh, semasa kita ‘grinding’ satu platform, barulah platform seterusnya akan bergerak. Ia tidak akan bergerak selagi kita tidak sampai ke titik tertentu dalam level.

Disebabkan itu, ia memberi aspek baru kepada gameplay kerana semasa kali pertama mencuba level itu, kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku. Saya banyak kali meluncur terlalu pantas dan terlepas banyak platform yang terapung.
Akhir sekali kita ada mekanik baru iaitu Tractor Beams yang merupakan kawasan ungu di mana ia akan menarik kita ke atas, sambil mengekalkan momentum. Mekanik ini pun memerlukan kita untuk mahir secara beransur kerana kita perlu berhati-hati tentang “timing” untuk memastikan kita dapat teruskan meluncur dengan ketinggian/kelajuan maksimum.

Pendapat
Jika korang peminat OlliOlli World, saya yakin korang juga akan suka Void Riders. Satu-satunya kelemahan terbesar adalah saya rasa expansion ini terlalu pendek. Saya terlalu gigih semasa membuat review ini, dan berjaya sampai ke Nebulon dengan agak cepat, dan terus terang, saya agak kecewa kerana ia cepat sangat habis.
Tetapi jika korang menantikan content tambahan, Void Riders memang patut dicuba. Mekanik dan kawasan baru menawarkan aspek cabaran yang sesuai untuk pemain baharu – cuma isu terbesar adalah “dapat ke korang tahan stress sambil bermain”?
Maka, tamatlah review saya untuk OlliOlli World: VOID Riders yang dilancarkan hari ini (15 Jun) untuk Nintendo Switch, PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam. Untuk segala liputan kami tentang OlliOlli World termasuk review utama, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post