Dilancarkan pada hujung bulan lepas, OddBallers adalah satu game yang diinspirasikan daripada sukan dunia sebenar iaitu “Dodgeball”. Namun, mereka telah menampilkan pelbagai reka bentuk level untuk anda bermain bersama kawan-kawan ataupun keluarga.
Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita tengok sama ada game ini seronok ataupun tidak.
Ubah Suai watak anda

Memandangkan game ini adalah game multiplayer, mereka memberikan anda kebebasan untuk mengubahsuai watak supaya tidak keliru dengan pemain lain. Mereka juga menyediakan beberapa koleksi pakaian preset untuk anda gunakan jika anda malas atau tidak mempunyai masa untuk membuat watak baharu.
Game Mode

OddBallers menyediakan beberapa game mode yang boleh dimainkan iaitu menyertai online match, membina online match an bermain secara lokal. Untuk semua game mode, anda boleh menyertai perlawanan sehingga 4 atau 6 orang. Mereka juga menyediakan feature penting iaitu “cross-play”.
Namun, terdapat satu masalah besar yang saya hadapi semasa bermain game ini. Masalah itu adalah sukar untuk mencari pemain walaupun telah membuka “cross-play”. Sama ada mode 4 orang atau 6 orang pemain, semuanya sama, ia seperti game yang telah mati.

Jika anda terlalu bernasib baik, anda mungkin akan jumpa satu atau dua game. Saya hanya boleh bermain bersama seorang lagi pemain sebenar dalam mode 4 orang pemain.
Apabila anda tidak menjumpai perlawanan di mana-mana mode, sistem game akan muncul dengan memberikan anda peringatan bahawa perlawanan tidak dijumpai dan menyarankan anda untuk masuk ke dalam mode lain seperti mode 4 pemain atau 6 orang pemain. Terserah kepada anda untuk mengikut arahan sistem atau tidak. Jika tidak, anda akan dicampak ke “Waiting Area”.
Waiting Area

Sementara menunggu perlawanan di Waiting Area, pelbagai perkara yang pemain boleh lakukan di sana. Sebagai contoh di bahagian atas sebelah kiri, mereka menyediakan kedai mini pakaian dan bilik persalinan jika anda ingin menukar pakaian watak.
Memandangkan kawasan Waiting Area itu luas, anda boleh memanggil atau membuang AI. Dan AI juga mempunyai beberapa tahap kemahiran yang berbeza seperti Hard, Medium dan Easy. Pada sebelah kanan skrin pula, terdapat satu telefon yang boleh digunakan untuk invite kawan masuk ke dalam game.
Mereka juga menyediakan kawasan untuk menonton tutorial melalui TV yang disediakan. Jika anda tidak menghafal button apa yang ingin dipakai, anda boleh lihat tutorial yang disediakan di sini. Pelbagai aktiviti interaktif lain yang boleh dimainkan di sini.
Saya sangat menyukai konsep yang digunakan di dalam Waiting Area ini. Sungguh interaktif dan menyeronokkan.
Gameplay

Game OddBallers adalah berdasarkan sukan sebenar iaitu dodgeball di mana anda membaling, mengelak, pecut dan menolak. Dalam game ini, terdapat pelbagai reka bentuk level yang di sediakan tidak kisah sama ada bermain dalam kumpulan atau individu. Semuanya nampak menarik.
Pulau yang berbeza mempunyai level eksklusif yang berbeza. Setiap kali anda memasuki perlawanan, mereka akan memberitahu setiap peraturan yang diperlukan. Berikut adalah contoh yang saya boleh berikan:

Last One Standing (Individu) – Gunakan bola dan campak bola kepada musuh untuk membunuh mereka sehingga terdapat seorang pemain yang tinggal dan menang.
Clean Sheep (Kumpulan) – Terdapat seekor biri-biri dan salah seorang daripada pasukan anda perlu mengambil “weeder” dan mendapatkan bulu daripada biri-biri itu. Manakala seorang ladi boleh cuba untuk mengganggu pasukan lain. Sesiapa yang mendapat skor 100% atau tertinggi, mereka akan menang level tersebut.
Toot Your Horn (Kumpulan) – Level ini akan mula memainkan Horn secara automatik sehingga 100%. Jika pemain yang memegang Horn terkena bola, Horn akan terjatuh dan pemain berhak untuk merampas Horn tersebut. Jadi, anda perlu pandai mengelak.

Perlawanan adalah berdasarkan mata perlawanan untuk menentukan tempoh permainan. Contoh, dalam tetapan default, mata perlawanan adalah 7. Jadi, anda perlu memenangi dua kali untuk mendapatkan mata. Kadang-kadang, setiap level akan memberi satu mata, tiga mata. Ikut pada kesusahan tahap tersebut.
Jika anda tersingkir awal daripada permainan, anda sebenarnya masih berada di dalam perlawanan dan cuba membantu pemain lain di mana anda berada di luar kawasan perlawanan dan anda akan diberikan barang secara rawak untuk dibaling ke dalam kawasan perlawanan untuk mengganggu pemain lain. Barang tersebut adalah seperti gas beracun, kotak lebah dan macam-macam lagi.

Apabila seseorang pemain itu menang, mereka akan memainkan “spotlight moment” di mana watak pemain akan bermain satu emote atau gerakan (seperti di dalam Fall Guys).
Tidak kira sama ada anda menang atau kalah, anda akan mendapat EXP, pakaian, in-game currency untuk membeli pakaian baharu atau gerakan menari di dalam game.
Cara mengawal

Dari game ini bermula, saya sebenarnya suka dengan cara mengawal game ini. Ia sangat mudah dan tidak susah. Anda boleh bermain menggunakan pelbagai butang tidak kira sama ada menggunakan butang biasa atau butang bahu (R1, R2, L1, L2). Bagi saya, ia lebih mudah untuk dimainkan jika meletakkan beberapa fungsi kepada butang bahu.
Kesimpulan

Secara keseluruhan, OddBallers sangat menyeronokkan kerana mereka menawarkan pelbagai jenis level dan saya langsung tidak bosan sepanjang bermain game ini. Walaupun agak susah untuk mencari pemain lain untuk bermain bersama, anda boleh bermain game ini bersama kawan atau keluarga di dalam mode co-op. Tidak lupa juga dengan AI yang mempunyai tahap kesusahannya, ia sudah pasti akan menambah pengalaman bermain yang sangat menyeronokkan.
Terdapat juga beberapa isu yang kecil seperti “stuttering” semasa menukar halaman menu kepada yang lain tetapi ia langsung tidak menjejaskan pengalaman bermain sama sekali. Kadang-kadang, semasa saya membaling bola terhadap pemain lain, mereka langsung tidak mengambil damage dan perlawanan itu masih diteruskan.
OddBallers kini tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan juga PC melalui Ubisoft Store dan Epic Games Store.
Untuk dapatkan lebih banyak review daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post