Kami memang suka laptop MSI dan untuk review kali ini, saya mendapat peluang untuk mencuba model MSI GE76 Raider serba baru. Dari luar, penampilannya tidak mempunyai banyak perubahan, cuma isinya kini dilengkapi dengan spesifikasi yang memberikan prestasi luar biasa iaitu pemproses Intel Core i9-12900HK dan GPU laptop Nvidia GeForce RTX 3070 Ti.
Mungkin ada yang tertanya jika laptop ini bagus atau tidak, jadi ia terserah kepada saya untuk menjelaskan apa yang baik dan apa yang kurang tentang MSI GE76 Raider. Bagi sesiapa yang tertarik dan nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca!
Reka bentuk & keyboard

Pertama sekali, model GE76 Raider baru nampak sangat estetika dan minimalis dengan reka bentuk ke arah gaming. Secara masa kasar, laptop ini berwarna hitam tetapi MSI sebenarnya menggunakan “Titanium Blue” – apabila cahaya terkena laptop pada sudut yang betul, barulah kita boleh lihat sedikit silauan biru. Jika korang jenis kena bawa laptop ke tempat, GE76 Raider memang sesuai dengan reka bentuknya yang “stealthy” gitu.
Selain hitam, majoriti warna datang daripada cahaya RGB yang agak pelbagai warna. Setiap kekunci di keyboard mempunyai RGB, dan terdapat satu jalur bercahaya panjang (lightbar) di bahagian bawah (bahagian rehat pergelangan tangan). Kedua-dua cahaya RGB di keyboard dan lightbar boleh diubahsuai menggunakan software GG SteelSeries.
Bagi bahagian I/O, terdapat banyak port di sepanjang sisi dan belakang laptop. Di kiri, kita ada 1x port USB 3.2 Gen 1, 1x port Type-C USB 3.2 Gen 2, dan 1x port bicu audio manakala di sisi kanan mempunyai 2x port USB 3.2 Gen 1 dan pembaca kad SD. Di bahagian belakang, terdapat 1x port Thunderbolt 4, 1x port HDMI 2.0, 1x port Mini Display 1.4 dan port mengecas.



Sebagai laptop gaming 17.3-inci, Raider boleh menjadi pengganti kepada desktop PC dengan ukuran 358.3 x 248 x 18.3-19.8 mm dan berat 2.1 kg. Bukan untuk tujuan mudah alih, korang mungkin perlu bawa beg yang lebih besar untuk memuatkan peranti.

Untuk bahagian keyboard, saya kurang suka dengan keycap plastik yang terasa agak licin. Bahagian ini tidaklah teruk sangat, cuma saya lebih suka keyboard yang kekunci sedikit kasar supaya typo minima. Selain dari itu, keyboard-nya tiada masalah.
Bagi touchpad, ia berukuran 2.6 x 4.3 inci yang cukup besar untuk menggunakan gesture empat jari. Sama seperti keyboard, touchpad pun menggunakan bahan plastik – yang terasa kurang “kelas” berbanding laptop lain yang menggunakan kaca.
Paparan dan audio

MSI GE76 Raider sebenarnya mempunyai banyak varian berbeza tetapi unit review ini datang dengan paparan 2K 2560 x 1440p 240Hz. Khas untuk pemain kompetitif yang inginkan kelebihan dalam perlawanan, korang akan sentiasa up-to-date dengan aksi pada resolusi 2K yang lebih jelas dan terperinci.
Berukuran 17.3-inci, nisbah aspek adalah 16:9 di mana skrin meliputi 105% gamut warna sRGB dan 74.5% gamut DCI-P3. Terus terang, saya tidak mempunyai masalah dengan paparan semasa sesi gaming, tetapi content creator mungkin tidak puas hati dengan skrin. Ia masih untuk “light editing”, tetapi saya tidak akan recommend kepada korang yang jenis kerja menyunting video atau gambar.
Bagi sesi menonton movie, memang puas hati – lagi-lagi dengan resolusi 2K dan refresh rate yang tinggi di mana setiap aksi nampak smooth dan terperinci.


Ke audio pula! Pembesar suara Ge76 Raider agak kuat, dan boleh didengari oleh semua orang dalam satu bilik. Malangnya, bass terlalu lemah. Kekurangan itu lebih tonjol apabila kita bermain game dengan BGM yang bagus seperti Horizon Zero Dawn. Muzik dalam game itu memang bagus, tetapi efeknya – walaupun bunyi kuat – tidak cukup mengasyikkan dan terasa “flat”. Seperti mana-mana laptop, headset “is recommended”.
Laptop ini dilengkapi dengan software Nahimic Audio, dengan mode muzik ditetapkan kepada “default”. Untuk mereka yang suka usik sana sini, terdapat equalizer di mana korang boleh mengubah suai audio mengikut citarasa.
Prestasi dan benchmark
Unit GE76 Raider saya dilengkapi Intel Core i9-12900HK dan GPU laptop Nvidia GeForce RTX 3070 Ti, memori DDR5 16GB*2 (4800MHz) dan storan 1TB NVMe PCIe Gen4x4 SSD. Seperti biasa, persoalan terbesar adalah “bagaimana prestasi Intel Core i9-12900K dan Nvidia GeForce RTX 3080 Ti di laptop?” Saya cuba beberapa game dan berikut adalah hasil kajian:
*Setiap game berjalan pada resolusi 2K dengan tetapan maksimum*
God of War
Sangat cemerlang. Game ini mampu berjalan pada tetapan tertinggi dan masih berjaya mengekalkan sekitar 50 FPS, walaupun sedang sibuk bertarung.

Dying Light 2
Berjalan pada purata 40-60 FPS. Tiada “frame drop” semasa parkour, walaupun di lokasi yang menampakkan banyak bangunan/persekitaran.

Ghostwire: Tokyo
Berjalan dengan lancar walaupun Ray Tracing diaktifkan, FPS sekitar 45-60.

Apex Legends
Tetapan tertinggi masih memberi 150FPS. Jika resolusi diturunkan ke 1080p mungkin boleh cecah maksimum 240Hznya.

Walaupun saya kata kurang sesuai untuk content creator, pemproses Intel Core i9-12900HK dan memori 316 GB RAM dapat digunakan untuk tujuan produktiviti (animasi, modeling) selain gaming. Dari spec sahaja, memang terlebih layak. Oleh itu, ini adalah hasil keputusan untuk benchmark:




Bateri

Seperti mana-mana laptop gaming secara umum, anda perlu membawa charger andai kata keluar pergi mana-mana. Dari segi teknikal, MSI Raider GE76 mempunyai bateri 99.9Whr dan dibekalkan dengan pengecas 280W. Untuk kerja harian, ia mampu bertahan kira-kira 4-5 jam.
Nak bermain game tanpa charger boleh, tapi saya tak mengesyorkannya kerana FPS hanya akan cecah 5-15. Untuk menguji daya ketahanan bateri, saya mencuba Nine Sols (game indie). Baru main selama 30 minit, bateri turun daripada 89% ke 49%. Perkara ini memang dijangkakan, jadi tiada masalah.
Pendapat

Dengan kombinasi Intel Core i9-12900HK dan Nvidia GeForce RTX 3080 Ti, MSI GE76 Raider serba baru mewakili generasi seterusnya untuk laptop gaming dari segi prestasi, terutamanya CPU.
Dengan pilihan port yang banyak dan storan tambahan, serta lightbar RGB yang menarik (boleh dimatikan jika korang tidak suka), Raider sangat sesuai untuk menjadi pengganti desktop tetapi dalam faktor bentuk mudah alih. Antara kekurangan utama adalah paparan yang tidak cukup terang dan tepat untuk kerja mengedit video/imej serta audio yang kurang dinamik. Jika anda bermain dengan headset atau speaker yang bagus, itu tidak menjadi masalah.
Secara keseluruhan, MSI GE76 Raider terbukti adalah peranti yang bagus bagi mereka yang ingin laptop gaming premium dan sanggup membelanjakan duit yang banyak. Jika anda berminat untuk beli unit yang sama seperti review di atas, ia kini boleh didapati di kedai dalam talian dan pengedar sah MSI pada nilai harga RM12,999.00
Spesifikasi penuh boleh baca di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post