Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review: MSI GE75 Raider 8SE ternyata sebuah Laptop Gaming yang Memuaskan!

Gamer on-the-go please stand up!

Nyny.A by Nyny.A
April 22, 2019 - Updated on June 27, 2020
in Artikel, Berita, Laptop, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Review: MSI GE75 Raider 8SE ternyata sebuah Laptop Gaming yang Memuaskan!
Share on FacebookShare on Twitter

Hye geng Gamer Santai, kat sini kitorang nak mengulas sikit tentang sebauh laptop gaming yang lagi cantik menarik tertarik kau memang debom! Okay-okay baiklah, laptop gaming yang dimaksudkan adalah MSI Model GE75 Raider 8SE. GE75 Raider ini mempunyai pemproses enam teras dan kad grafik Nvidia GeForce RTX 2060  yang membolehkan game korang main nampak real! Jadi jom lihat apa yang spesial dan menarik bagi laptop ini.

Image result for msi ge 75 raider

>Reka Bentuk & Paparan yang Marvelous!<

Papan pemuka yang wow! Kali pertama lihat nampak macam biasa-biasa sahaja. Tetapi selepas ditatapi dari pandangan atas ternyata papan pemuka laptop ini tak mudah memberi kesan jari atau habuk-habuk yang melekat. Disitu terletaknya logo perisai naga backlit MSI dan jalur bergaris merah, GE75 Raider diiktiraf sebagai laptop gaming yang berkelas tinggi;

Logo perisai naga backlit MSI di papan pemuka GE75 Raider turut diberi sentuhan 3D. Permukaan tiga dimensi dengan kemasan anodized merah, menunjukkan estetika yang unik namun agresif yang dijamin untuk menonjol bagi perhatian orang ramai;

Tidak habis dengan paparan atas, paparan bawah GE75 Raider turut memberi reka bentuk yang sangat cantik ala-ala kapal angkasa ufo dan disertakan bersama kipas penyejuk serta pad getah;

Bahagian sisi kiri GE75 Raider pula dilengkapi port USB Type-A (3.1 Gen 2) beserta lampu LED yang menyerlah. Turut disambungkan di sini kabel-lockdown notch, Killer E2500 Ethernet jack, HDMI 4K@60Hz dan penyambung video mini-DisplayPort, port USB Type-C (3.1 Gen 2), bicu headphone dan mikrofon yang berasingan;

Bahagian sisi kanan GE75 Raider pula dilengkapi dua port USB Type-A (3.1 Gen 1) beserta lampu LED ini. Juga, terdapat slot kad memori (SD, SDHC, SDXC), ventilasi ekzos penyejukan yang besar serta lubang pengecas laptop;

Ternyata dari paparan luaran GE75 Raider sahaja telah cukup memberi perhatian yang memuaskan hati orang ramai!

Okay kita lihat pula reka bentuk dari dalaman GE75 Raider pula, dilengkapi paparan bezel sebesar 17.3 inci,Full HD (1920 x 1080) dan tersangatlah nipis telah menawarkan skrin paparan yang sangat luas. Selain itu, ia menyokong kadar refresh 144Hz dan masa respon hanya 3ms dan semestinya ia adalah paparan yang dibuat semata-mata untuk gaming. Bagi kamera web pula definisi yang digunakan ialah HD 720p dan yang terakhir sekali speaker yang dihunakan  2x 3W + 2x 3W Woofer.

Bagi papan kekunci GE75 Raider ini direka oleh SteelSeries beserta RGB-backlit seperti yang tersedia di laptop gaming MSI yang lain. Ia menawarkan warna belakang RGB (16.7 juta warna) bukan warna tunggal;

Penyesuaian lampu RGB ini boleh diubah menerusi aplikasi SteelSeries Engine yang disediakan dan terdapat beberapa pra-set yang sedia digunakan seperti Freeway, Aqua, Drain and Disco. Boleh la korang ikut mood harian kalau nak tukar-tukar mod lampu RGB ni ye.

Manakala yang terakhir untuk kitorang kongsikan untuk bahagian reka bentuk GE75 Raider adalah kekunci pad sentuh di bahagian bawah papan kekunci. Pad sentuh yang luas sama seperti yang lama beserta dengan butang klik khusus kiri dan kanan untuk memudahkan penggunaan menggerakkan dan menekan sesuatu di paparan laptop.

>Spesifikasi yang menakjubkan!<

Kali ini kita beralih arah kepada spesifikasi laptop GE75 Raider ini, memang ternyata mengagumkan kerana ia dikuasakan oleh CPU Intel Core 8th Gen i7-8750H sebuah cip yang sempurna dalam prestasi.

Selain iCore i7 yang menjadi tulang kuat untuk laptop ini, nVIDIA GeForce RTX 2060 yang bergerak sebagai pemproses yang menyokong pengesanan sinar dalam permainan dan juga satu-satunya kad grafik di pasaran semasa yang mampu melakukannya. Manakala OS yang digunakan adalah Windows 10 serta bateri 51Wh, 6-cell.

Selain itu, berat GE75 Raider hanyalah 2.61 kg (5.8 lbs),ia turut dilengkapi dengan RAM 16 GB DDR4 2666 MHZ (8GB * 2) yang membolehkan pengalaman permainan yang lancar. Kemudian terdapat juga 128 SSD + 1TB HDD untuk penyimpanan serta boleh ditambah secara peningkatan laptop. Jadi ternampak kehebatan enjin yang begerak didalam GE75 Raider ini adalah spesifikasi yang sangat berpuas hati untuk laptop ini.

>Prestasi yang memuaskan!<

Sudah semestinya kami tidak melepaskan peluang untuk menguji tahap prestasi laptop GE75 Raider ini, bersama IPS-LEVEL DISPLAY yang berkonsepkan VISUAL TRUE-TO-LIFE korang akan mendapat pandangan yang jelas dari  mana-mana sudut permainan dengan kejelasan kontras yang sangat cemerlang.

Ternyata ujian game kitorang sangat lah lancar. Dengan RTX 2060 tiada masalah game menjadi berat serta FPS masih stabil walaupun setelah beberapa jam kitorang main. korang nak main macam mana pun memang puas hati okay! Segala butiran resolusi tinggi di dalam permainan turut nampak dengan jelas.

Cuma ada satu masalah tapi rasanya jadi kat semua laptop, iaitu kipas penyejuknya akan berbunyi kuat setelah bermain beberapa jam. Jadi korang nak bermain apa-apa game sekali pun memang sangat berpuas hati menggunakan GE75 Raider ni! Kelancaran permainan korang itu la yang paling penting dalam sesebuah laptop gaming betul tak?

Selain itu kami juga telah menguji prestasi benchmark bagi GE75 Raider ini, ternyata tidak mengejutkan, keputusan prestasinya ternyata tidak mengecewakan. Yang pertama kami lakukan adalah PC Mark 10;

Jadi skor untuk PC Mark 10 adalah 4875 dan walaupun ia tidak jauh dari model sebelumnya, ia tetap markah yang mengagumkan. Boleh dilihat disini, Penciptaan Kandungan Digital berada pada 6429 yang bermakna penyuntingan dan video rendering tidak menjadi masalah sama sekali untuk laptop ini.

Ujian benchmark yang kedua ialah 3D Mark;

Skor total 6100 yang sememangnya skor yang luar biasa bagi 3D Mark. Selain itu, skor grafik 6202 dan skor CPU 5583 jujur memang lebih daripada cukup untuk menjalankan sebarang permainan grafik yang beresolusi tinggi.

>Kesimpulannya…<

Seperti yang disebut banyak kali dalam review kitorang ini, sekali lagi menyatakan bahawa MSI GE75 RAIDER 8SE ini adalah laptop gaming yang sangat berpuas hati terutama kepada mereka yang bermain game dimana-mana sahaja. Jadi berbaloi lah walaupun harganya agak tinggi tetapi dengan mempunyai RTX 2060 memang munasabahlah untuk korang miliki!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GE75 RaiderMSI Gaming LaptopMSI GE75 Raider Review
Previous Post

Game Anime Animasi MOBA, ‘Extraordinary Ones’ kini sudah boleh dimainkan di Google Play! Sertailah sekarang!

Next Post

Koleksi Klasik Arcade Terbaru dari Konami Boleh Jadi Lebih Baik

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Koleksi Klasik Arcade Terbaru dari Konami Boleh Jadi Lebih Baik

Koleksi Klasik Arcade Terbaru dari Konami Boleh Jadi Lebih Baik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd