Star Wars Jedi: Survivor adalah satu game sekuel yang dinantikan oleh ramai pemain dan peminat Star Wars. Selepas tamatnya Jedi: Fallen Order, game ini akan meneruskan kisah Cal Kestis sebagai Jedi Knight.
Memandangkan ianya adalah sekuel, sudah pasti anda tertanya-tanya adakah ianya bagus atau pun tidak? Jadi, kami di sini akan membuat review Star Wars Jedi: Survivor versi PlayStation 5. Mari kita mulakan dengan ceritanya.
Perjalanan Cerita

Di dalam game Jedi Survivor, anda akan mengikuti kisah sambungan daripada seorang Jedi bernama Cal Kestis yang membesar menjadi Jedi Knight yang menggerunkan dan masih didorong oleh cita-cita untuk menggulingkan pemerintahan Empire merentasi galaksi.
Di tengah-tengah perjuangannya untuk terus hidup, Cal secara tidak sengaja terjumpa peninggalan misteri yang membawanya kepada harapan baru untuk kewujudan planet yang dilupakan yang mungkin memegang kunci kepada kebangkitan Jedi Order.

Sudah pasti dia tidak keseorangan dalam menempuhi segala cabaran sepanjang pengembaraannya yang merbahaya dengan ditemani oleh sebuah droid BD-1. Selain itu, dia juga akan bertemu semula dengan rakan-rakan lama seperti Greez dan Cere.
Bukan setakat itu sahaja, sepanjang pergembaraannya, dia akan bertemu watak baharu seperti Bode dan secara tidak langsung menjadi kawan rapatnya untuk melaksanakan pelbagai misi walaupun sejak awal mereka menceroboh wilayah Empire di bawah pimpinan Senator Daho Sejan.
Semua watak yang Cal jumpa akan memainkan peranan yang sangat penting dan anda sendiri boleh lihat perkembangan watak-watak ini bersama Cal sepanjang cerita.

Sudah pasti kami tidak akan menceritakannya semuanya disini. Sekurang-kurangnya, anda tahu yang cerita di dalam Star Wars Jedi: Survivor adalah sambungan daripada Jedi: Fallen Order. Namun, Cal sudah pasti memikul tanggungjawab yang lebih besar dan terdapat misi yang lebih merbahaya untuk dia harungi sebagai Jedi Knight.
Memandangkan ianya adalah sebuah game sekuel, sudah pasti saya akan sarankan anda untuk bermain Star Wars Jedi: Fallen Order terlebih dahulu kerana terapat beberapa adegan rekap telah dipotong.
Pertempuran

Ya betul. Pertempuran adalah salah satu nilai jualan yang terkuat di dalam francais Star Wars dan menjadikan game pertamanya berjaya dan digemari oleh ramai pemain. Walau bagaimanapun, game ini masih menawarkan pelbagai difficulty kepada pemain dan mampu memberikan pengalaman yang terbaik kepada pemain.
Gaya Soulslike adalah satu pertempuran yang memerlukan anda menggunakan gerakan seperti “parry, block” dan juga “dodge” untuk menangani pelbagai musuh yang boleh menjadi agak mencabar.
Namun, anda tidak perlu risau kerana di dalam game ini akan menyediakan beberapa checkpoint untuk anda mengisi semula HP dan macam-macam lagi.

Tetapi itu semua hanyalah perkara asas di dalam pertempuran. Star Wars Jedi: Survivor mempersembahkan sistem pertempuran keseluruhan yang cukup menarik, lebih khusus dalam menggunakan pergerakan dan gaya bertarung sebagai seorang Jedi.
Seperti biasa, Cal dilengkapi dengan Light Saber milik tuannya sebagai senjata utamanya, yang menarik kerana dalam game ini dia boleh bertarung dalam lima “pendirian “stances” yang berbeza. Ini ialah mekanik di mana anda boleh menukar gaya/mode peretempuran Light Sabernya yang terdiri daripada Single, Double-Bladed, Dual Blade, Crossguard dan Blaster.

Setiap Stance mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri, contohnya Crossguard, di mana gaya tempur Kylo Ren menjadikan Light Saber Cal kelihatan lebih besar dan boleh melancarkan serangan dengan tepat dan damage yang tinggi. Tetapi dalam Stance ini Cal bergerak lebih perlahan dan menjadikannya terdedah daripada serangan musuh.
Selebihnya Single adalah mode biasa, Double-Bladed memberikan julat serangan yang luas apabila menghadapi sekumpulan musuh. Dual Blade memberikan banyak pilihan serangan pantas dan kemahiran khas untuk menangkis serangan secara automatik. Akhir sekali adalah terdapat Blaster yang lebih baik disimpan sebagai serangan mengejut.

Walaupun pelbagai gaya pertarungan ini, anda hanya boleh menggunakan dua Stance yang setnya boleh ditukar pada bila-bila masa melalui checpoint. Nasib baik, sekatan ini tidak menjejaskan pelbagai kemahiran pertempuran lain yang boleh anda kuasai, terutamanya yang melibatkan Force sebagai kuasa besar untuk mengawal ruang bermain.
Mana-mana peminat Star Wars pasti sudah biasa dengan kuasa ini, di mana Cal boleh menggunakan Force untuk menarik musuh ke udara, melambungkan mereka, dan juga menggunakan Mind Trick untuk memanipulasi fikiran mereka yang boleh membantu dalam pertempuran.
Terdapat begitu banyak senario unik dan hebat yang boleh anda cipta daripada reaksi Force. Jadi, anda boleh bereksperimen dengan kuasa ini adalah salah satu kunci terbaik untuk menguasai pertempuran dalam game. Walau bagaimanapun, kami mendapati bahawa kuasa Force masih terasa kurang bersinar apabila berhadapan dengan bos atau musuh yang lebih kuat.

Tidak lupa bahawa Cal sendiri adalah seorang pejuang yang sangat tangkas yang membolehkan anda melakukan aksi akrobatik yang hebat di dalam dan di luar pertempuran. Salah satu aksi kegemaran saya ialah bagaimana dia boleh melompat dua kali dengan bergaya ke pelbagai arah sebagai pilihan untuk mengelak serangan musuh.
Bercakap tentang musuh yang anda hadapi, game ini selalunya meletakkan pejuang jarak jauh dan jarak dekat dalam satu kumpulan. Jadi anda sentiasa dikehendaki menggunakan Light Saber dengan cara yang berbeza seperti melencongkan peluru ke arah mereka. Ini juga terpakai di luar pertempuran, seperti cara Light Saber anda berguna untuk pencahayaan semasa meneroka kawasan gelap serta beberapa tindakan penerokaan lain.

Sebaik sahaja anda telah menguasai asas pertempuran, anda sudah tentu masih boleh mengembangkannya melalui Skill Tree yang terdapat di Meditation Spot (checkpoint). Terdapat banyak kemahiran khusus yang boleh anda kuasai mulai dari yang berkaitan dengan kelangsungan hidup, pertempuran hingga meningkatkan kuasa Force anda untuk menjadikannya lebih serba boleh.
Game ini tidak dibangunkan secara khusus sebagai RPG, tetapi beberapa elemen genre ini sangat ketara, termasuk ketersediaan slot Perk yang menyediakan bonus statistik dan kesan khas lain untuk menguatkan Cal.
Pengubahsuaian

Satu lagi perubahan yang mengejutkan dan menggembirakan kami ialah pengubahsuaian watak di mana ia lebih khusus kepada bahagian kosmetik. Perbezaan dengan game pertamanya adalah lebih jauh lebih lengkap.
Anda boleh menukar penampilan Cal secara drastik daripada gaya rambut, janggut, kepada setiap bahagian pakaiannya daripada jaket sehingga ke seluar. Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh mengubah warna yang berbeza jika anda tidak suka pada warna tertentu.

Selain itu, Light Saber juga menyediakan pengubahsuaiannya sendiri, dan untuk ini anda boleh menukar setiap komponen binaan, pilihan warna kepada gaya yang sepadan dengan bahan utama, dan yang paling cool ialah warna beam. Kesemua pilihan ini memberi lebih banyak kebebasan kepada pemain untuk mencipta Cal versi mereka sendiri.

Anda juga boleh mengubahsuai BD-1 dengan rupa uniknya seperti ketika mengubah suai Light Saber. Tetapi seperti yang telah kami jelaskan, semua penyesuaian ini adalah kosmetik sahaja dan tidak menjejaskan sebarang statistik.
Penerokaan & Kandungan Sampingan

Selain itu, kami juga sebenarnya agak kagum dengan betapa luasnya dunia game ini dari segi kandungan, terutama sekali untuk bahagian penerokaan. Anda akan merasainya serta-merta apabila anda sampai ke planet Koboh, yang akan digunakan Cal sebagai pangkalan utamanya.
Sudah tentu, anda masih akan dibawa ke beberapa lokasi lain, tetapi Koboh khususnya boleh dikatakan taman permainan yang paling menarik untuk kami kerana keluasannya dan terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan.
Bermula daripada memburu harta karun, meneroka kawasan yang tersembunyi atau sebelum ini tidak boleh diakses dengan banyak teka-teki yang menyeronokkan, meluaskan pangkalan utama dengan membawa masuk watak baharu, mengambil misi sampingan yang cukup menyeronokkan dan bermanfaat, dan banyak lagi.

Disebabkan oleh saiz peta yang besar, anda juga akan dilengkapi dengan “mount” untuk mempercepatkan penerokaan anda, walaupun kami jarang menggunakannya kerana pergerakan Cal yang sudah pantas dan pilihan fast travel, apatah lagi bagaimana game ini membolehkan anda untuk menggunakan “grappling hook” dan keseluruhan pergerakan parkour yang lebih serba boleh.
Reka bentuk game yang lebih luas ini pastinya membawa beberapa kelebihan berbanding Fallen Order, seperti cara anda boleh maju mengikut rentak anda sendiri untuk mendapatkan masa bermain tambahan dan bukannya hanya mengikut struktur peta yang lebih kecil atau linear.
Mereka juga telah memastikan bahawa Koboh direka bentuk dengan persekitaran semula jadi yang pelbagai. Jadi walaupun ia kelihatan seperti planet tandus, terdapat banyak keindahan yang boleh ditemui di sepanjang jalan.
Kesimpulan

Star Wars Jedi: Survivor adalah satu contoh sekuel yang hebat dan sepatutnya menjadi sesuatu yang perlu diusahakan oleh developer lain untuk mengungukuhkan reputasi francais mereka dan meningkatkan keupayaan mereka untuk mencipta lebih banyak projek yang bercita-cita tinggi.
Hampir setiap aspek daripada cerita, pertempuran, penyesuaian, penerokaan, kandungan sampingan, hingga ke aspek teknikal seperti kualiti grafik yang dibawanya adalah lebih baik daripada Jedi: Fallen Order.
Ia tidak sempurna dalam apa cara sekalipun, kerana kami mempunyai beberapa nitpicks seperti aliran pertempuran yang masih sedikit kaku kepada isu prestasi yang masih tidak konsisten pada versi PlayStation 5.

Ini belum lagi mengenai bug grafik dalam pencahayaan dan pop-in tekstur teruk yang sering kami alami walaupun selepas menggunakan kemas kini baharu. Bergantung pada tahap toleransi pemain, beberapa isu ini mungkin mempunyai kesan yang lebih besar.
Apapun, Star Wars Jedi: Survivor adalah sekuel yang wajib dimainkan oleh para peminat kerana jalan ceritanya yang lebih menarik dan terdapat beberapa sistem pertempuran yang lebih fleksibel.
Star Wars Jedi: Survivor akan dilancarkan pada 28 April 2023 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Jika anda teringin bermain dengan kostum Obi Wan Kenobi, jangan lupa untuk membuat pra-tempah sebelum ia dilancarkan nanti.
Untuk mendapatkan lebih banyak review mengenai game, filem atau teknologi, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
Star Wars Jedi: Survivor
PROS
- Jalan cerita yang lebih menarik
- Sistem pertempuran yang lebih fleksibel
- Dunia pengembaraan dan kandungan yang lebih meluas
CONS
- Pertempuran yang sedikit kaku
- Beberapa isu prestasi di dalam PS5
Discussion about this post