Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Mencari Game Arcade Sticks? RAZER PANTHERA EVO lah jawapannya!

Nyny.A by Nyny.A
March 24, 2020 - Updated on March 26, 2020
in Artikel, Berita, Produk, Review, Teknologi
0 0
0
[Review] Mencari Game Arcade Sticks? RAZER PANTHERA EVO lah jawapannya!
Share on FacebookShare on Twitter

Kali terakhir kami menerima Razer DeathAdder V2 Mouse untuk di review dari Razer, kali ini kami menerima satu lagi produk yang hebat dari Razer untuk direview! Cuba korang teka apa produk itu? Okay-okay tanpa lengahkan masa, memperkenalkan Razer Panthera Evo edisi terbaru arcade stick yang sesuai sekali pada gamers game arked seperti Fighting Game! 

Razer telah mengubah reka bentuknya dan menambah komponen kustom untuk arcade sticks kali ini berbanding dengan Razer Panthera yang lama. Jadi sama ada ianya memuaskan hati kami atau tidak? Jom kita teruskan dengan review Razer Panthera Evo!

Spesifikasi Tech Razer Panthera Evo

Pushbuttons dengan Switch Mekanik Razer
Artwork dan penyesuaian warna
Headset analog 3.5 mm yang serasi untuk PS4
8 butang butang gaya Vewlix & tuas Sanwa
9.8 kaki / 3 m kabel berwayar keras
Saiz anggaran: 385 mm x 260 mm x 121 mm (L x W x H)
Berat anggaran: 2.1 kg / 4.6 lbs

Masa untuk Unboxing dan set up!

Kotak yang kemas dengan design yang menarik memukau mata kami saat ianya sampai. Buka sahaja puff! Memang sebuah Arcade Stick yang menawan dari Razer! Buka sahaja puff! Memang sebuah Arcade Stick yang menawan dari Razer! Bersama didalam kotak terdapat manual untuk kita semua baca termasuk cara pasang dan sambungannya.

Satu yang kami perasan kabel Razer Panthera Evo tidak lagi boleh ditanggalkan supaya tidak ada gangguan di sekitarnya agar nampak lebih minimalis. Jadi jangan risau untuk membuat sambungan pada PlayStation 4 anda atau pun permainan PC dari Steam! Andai kata kalau anda nak main permainan yang bukan dari Steam boleh muat turun terus ‘file driver’ dari Razer.

Rupa bentuk dan rasa Razer Panthera Evo… Peghh! 

Reka bentuk Razer Panthera Evo adalah serupa dengan Panthera asal dengan beberapa pengecualian. Pertama, masih terdapat bahagian luar plastik dan logam di bahagian bawah, yang mempunyai beberapa jalur getah anti slip. 

Kedua, permukaannya di mana terletak semua aksi. Masih mempunyai kemasan glossy yang baik untuk permukaan, bermaksud ia akan berpotensi meninggalkan cap jari atau calar. Perbezaan besar hanya di bawah butang dan joystick, di mana lebih luas untuk merehatkan tapak tangan anda, lebih curam dan mempunyai indent untuk pergelangan tangan anda. Ini memberikan Razer Panthera Evo yang jauh lebih selesa daripada yang asal. Di samping itu, kawasan permukaan secara keseluruhannya lebih besar, walaupun Razer Panthera Evo adalah saiz yang sama seperti Panthera asal.

Artwork di paparannya menampilkan logo biru besar Razer, pada dasarnya adalah plastik arkalik yang menutup skin asal sama dengan yang lama cuma nampak lebih menarik. Tambahan pula, pada sesiapa yang rasa bosan dengan artwork tu, anda juga boleh memuat turun template untuk design yang lain di Razer! Wow macam tu memang seronok lah tukar skin lain korang boleh print sendiri je nanti!

Sumber: Razer

Ketiga, ramai orang akan gembira apabila mengetahui bahawa Razer Panthera Evo kini mempunyai port headphone! Ini termasuk kedua-dua permainan dan audio mic yang pasti membuat anda tidak ketinggalan sebarang bunyi dalam permainan walaupun sesaat! Wah memang rancaklah permainan selepas ni!

Apa pula perasaan kami bila main menggunakannya?

Butang fungsi utama telah dipindahkan ke bahagian atas sebelah kanan dan dilariskan dengan sewajarnya, memberikannya lebih ruang dan lebih selesa. Terdapat butang Touch Pad, butang PS untuk “select user” contohnya, butang L3 dan R3, kayu analog kiri dan kanan serta kunci untuk lock/unlock dan yang terakhir adalah butang speaker serta off mic.

Perubahan ketara ke Razer Panthera Evo adalah kini ia tidak lagi menggunakan butang Sanwa dan hanya pada tuilnya sahaja menggunakannya. Sebaliknya, Razer telah memasang butang mekanik Vewlix mereka sendiri, yang sama digunakan pada keyboard mereka! Mungkin pada peminat yang dah biasa dengan Sanwa akan rasa adakah ianya akan selesa apabila ditekan? Bagi kami, ianya seperti tiada perbezaan dan memuaskan hati!

Dua suis di bahagian tepi juga menyenangkan pemain PS4 kerana tersedia butang Option dan Share untuk kerja senang perkongsian dan pembetulan tetapan permainan.

Jadi kami telah mencuba sendiri beberapa permainan menggunakan Razer Panthera Evo ini, pertama menggunakannya dengan bermain Street Fighter V Champion Edition! Menggunakan arcade sticks ini lansung tak payah cuma yang payahnya adalah fungsi dalam permainan yang tidak menunjukkan butang yang mana untuk kuasa setiap watak dan hanya menggunakan emoji penggerakan tuil dan tumbukan atau tendangan!

Maka kami mencari solusi sendiri untuk mencuba mengeluarkan kuasa dan menggerakkan watak Street Fighter V ini. Seperti kami menggunakan Ryu dan menggunakan Hadoken untuk pihak lawan, kami perlu memulas tuil ke kanan dan pilih antara tigasegi atau petak untuk melancarkannya. Jika bar dah capai maximum, maka pulas tuil dua kali dan capai Hadoken yang kuat! Keselesaan menggerakkan tuil dengan cepat agak cemerlang untuk Razer Panthera Evo, tiada perasaan kekok dan jari turut laju menekan butang dibahagian kanan sambil melaraskannya dengan penggerakkan tuil.

Permainan kedua yang kami cuba adalah Mortal Kombat 11! Iyalah alang-alang Spawn dah hadir kami pun cubalah menggunakan Razer Panthera Evo untuk bermainya. Tapi bagi kami agak kurang selesa bermain MK11 menggunakan arcade sticks ini. Kerana keseluruhan kombo lebih sesuai menggunakan butang arah di Dualshock berbanding tuil joystick. Tapi mungkin bagi pemain yang dah terbiasa dengan arcade stick, ini mungkin tidak menjadi masalah, kerana setiap penggerakan menggunakan Razer Panthera Evo adalah lancar.

Maka konklusinya penggerakan tuil memang tiada cacat cela, manakala butangnya mungkin agak kekok sedikit tapi lama kelamaan makin selesa.

Kustom? Buat je apa yang anda nak! 

Macam disebut diatas, skin Razer Panthera Evo boleh ditukar! Sama anda anda nak kustom dengan hanya mengikut saiz template yang disediakan oleh Razer, atau terus muat turun template yang disediakan Razer.

Juga, jika ada masalah dengan tuil atau butang anda, jangan risau, bahagian itu dapat disuaikan seperti biasa. Butang dengan mudah boleh ditukar dan terdapat beberapa penyimpanan yang baik untuk bahagian-bahagian. Lagi satu, andai kata nak sorok wayar kabel senang, dah ada laci untuk simpannya semula!

Kesimpulannya~

Bagi kami kami lagi sukakan Razer Panthera lama kerana lebih senang dikustom dengan terus membukannya, untuk Razer Panthera Evo perlu menggunakan skrudriver untuk membukanya. Tapi untuk keseluruhan dari segi penggunaan permainan, kami memang puas hati dengan penggerakan tuilnya juga butangnya! Kemudahan untuk port mic/ headphone juga sangat menyenangkan bagi pemain. Jadi anda yang berminat boleh membelinya di Razer Store dengan berharga RM999 sahaja!

Beli Razer Panthera Evo Arcade Stick disini gais!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Razer Panthera Evo

8 Score

Razer Panthera Evo masih memuaskan hati bagi peminat yang menyukakan penggunaan Arcade Stick terutama dalam permainan Fighting game! Jangan teragak-agak okay untuk beli sebab memang memuaskan!

PROS

  • Tuil joystick yang selesa untuk dipulas-pulas
  • Paparan design yang menarik dan boleh ditukar skin!
  • Butang fungsi yang menyenangkan pengguna PS4!

CONS

  • Butang agak tidak selesa sedikit tapi lama kelamaan makin selesa
  • Nak kustom membukanya haruslah membuka skru-skru terdahulu~

Review Breakdown

  • Produk Razer memang awsome! 0
Tags: Arcade StickrazerRazer Panthera EvoRazer Panthera Evo Reviewreview
Previous Post

SWORD ART ONLINE: Alicization Lycoris mendedahkan watak baru, kisah baru & gameplay paling kreatif!

Next Post

[UPDATE] Bosan hujung minggu ini? Main Predator: Hunting Grounds – Trial Weekend di PS4 & PC!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[UPDATE] Bosan hujung minggu ini? Main Predator: Hunting Grounds – Trial Weekend di PS4 & PC!

[UPDATE] Bosan hujung minggu ini? Main Predator: Hunting Grounds - Trial Weekend di PS4 & PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd