Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Marvel’s Midnight Suns – Tampil dengan gabungan Tactical RPG & Card Game yang bernas!

safwan by safwan
November 30, 2022 - Updated on December 1, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Baru, Game Review, PC, PS4, PS5, Review, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Review] Marvel’s Midnight Suns – Tampil dengan gabungan Tactical RPG & Card Game yang bernas!
Share on FacebookShare on Twitter

Bakal dilancarkan pada 2 Disember 2022, Marvel’s Midnight Suns adalah sebuah game yang menampilkan hero-hero Marvel dengan pertempuran yang sebenarnya agak berbeza dari game lain. Kami telah pun mengeluarkan preview Marvel’s Midnight Suns di mana kami telah menyentuh pelbagai aspek dari segi penceritaan, gameplay dan banyak lagi sebelum ini. Dan untuk review kali ini, kami cuba menceritakan lebih banyak lagi berkenaan gameplay Marvel Midnight Suns.

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, berikut adalah sinopsis Marvel’s Midnight Suns:

“Selepas berabad-abad tidur, Lilith, Mother of Demons, dihidupkan semula oleh Hydra melalui kuasa sihir gelap dan sains. Lilith tidak berhenti untuk merealisasikan ramalan lama iaitu mengembalikan tuannya yang jahat, Chthon.

“Dalam keadaan terdesak, Avengers berusaha untuk melawan kuasa jahat itu dengan meminta bantuan Midnight Suns yang terdiri daripada Nico Minoru, Blade, Magik dan Ghost Rider—wira muda dengan kuasa alam ghaib, yang dibentuk untuk menghalang ramalan Lilith.”

“Bersama, mereka membangkitkan seorang pahlawan purba bernama “the Hunter”, anak yang ditinggalkan oleh Lilith dan satu-satunya hero yang pernah mengalahkannya. Dengan nasib dunia dipertaruhkan, ia terpulang kepada anda untuk bangkit melawan kegelapan!”

Pertempuran

Umumnya, mekanik gameplay Midnight Suns ialah campuran antara “RPG taktikal” dan “permainan kad strategi”. Semasa giliran kita, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:

  • Mengerakkan watak di atas medan perang. Mereka boleh bergerak selagi tidak menggunakan skill.
  • Kita bermula dengan 3 kad; sebaik sahaja bermain 3 kad, giliran biasanya akan tamat. Sebarang kad lebihan akan disimpan.
  • Menggunakan kad boleh menambah sumber atau mekanik lain; Heroic digunakan untuk serangan ‘ultimate’.

Berkenaan sistem pertempuran, Firaxis telah mencipta sistem “rawak” pada setiap pusingan. Secara ringkas, pemain diberikan satu set skill rawak untuk pasukan, seperti serangan atau healing, yang hadir dalam bentuk kad. Seperti saya kata tadi, kita boleh memainkan sehingga tiga kad pada setiap giliran, yang memaksa pemain untuk memikirkan strategi baru tiap kali.

Naik Taraf Kad

Seperti apa yang kami katakan dalam preview Marvel’s Midnight Suns, kad (skill) boleh diupgrade dengan menggunakan salinan yang sama (duplicate). Selain daripada itu, terdapat pelbagai cara lagi untuk upgrade kad termasuk Overworld Conversation dan Hero Ops.

  • Overworld Conversation – Ia adalah pilihan dialog kecil yang boleh meningkatkan kad secara rawak, memberi skill baru dan macam-macam lagi. Kadang-kadang, hero yang anda bawa mungkin akan cedera di mana akan menjejaskan prestasi.
  • Hero Ops – Saya boleh katakan yang ianya seperti “side quest”. Anda perlu menghantar seorang hero dan watak tadi tidak akan tersedia untuk dibawa ke main quest sehingga misi tersebut selesai. Melalui Hero Ops ini, anda akan peroleh kad secara rawak dan upgrade kad juga.

Misi di Mirror Table

Game ini akan menampilkan Story Mission dan pelbagai misi biasa yang lain. Ia boleh didapati dengan level tertentu seperti Easy, Normal dan Hard. Walaupun anda pergi ke misi yang paling susah, ganjaran yang anda terima adalah sama seperti Easy dan Normal. Sepanjang bermain game ini, sesetengah Story Mission akan menyuruh anda untuk sekurang-kurang pergi menyelesaikan misi biasa terlebih dahulu.

Friendship

Ia adalah satu progress di mana hero-hero yang anda bawa mempunyai satu jalinan persahabatan yang boleh membuat serangan kombo secara automatik semasa berada dalam misi. Semakin tinggi jalinan persahabatan, semakin hebat kombo yang boleh dilakukan oleh setiap watak.

Untuk meningkatkan jalinan persahabatan setiap watak dengan lebih pantas, anda boleh gunakan mekanik “compliment” tetapi terdapat pengorbanan yang perlu dilakukan.

Research

Untuk membuat sesuatu research, terdapat pelbagai misi atau perkara yang perlu dicapai terlebih dahulu. Seperti gambar yang ditunjukkan diatas, anda perlu menyelesaikan sebanyak 3 misi bersama Iron Man untuk research “High Tech Suit”. Kadang-kadang, ada yang memerlukan “research level”, “friendship level” yang lebih tinggi atau mungkin upgrade ability. Dengan menggunakan Research, anda akan diberikan ganjaran seperti suit baru untuk Hunter.

Mengawal The Hunter

Disebabkan Hunter adalah watak fleksibel, masuk akal lah kita boleh customize. Cuma, saya rasa sistem “character creation” agak standard dan terhad. Selepas bermain lebih lama, barulah saya faham lebih banyak kosmetik akan dibuka dan boleh diperoleh apabila kita maju melalui jalan cerita.

Sama seperti game dating sim, Midnight Suns memiliki barisan dialog yang membolehkan kita membentukkan perwatakan Hunter dan cara dia bertindak balas terhadap sesuatu. Setiap pilihan akan mempengaruhi gameplay, jadi pastikan anda membuat keputusan yang betul.

Mengapa penting? Midnight Suns mempunyai sistem ” alignment ” untuk The Hunter, yang dibahagikan kepada “Light” dan “Dark.” Sesetengah respons kepada dialog tertentu akan mempengaruhi salah satu daripada dua kategori tersebut, lantas mengubah alignment berdasarkan apa yang anda pilih dan cara kita melayan orang dalan situasi tertentu.

Bukan itu sahaja, alignment juga menentukan kebolehan yang dipakai oleh Hunter. Abiliti jenis Light lebih ke arah healing dan support, manakala abiliti jenis Dark lebih ke arah melakukan damage.

Lebih banyak anda menggunakan abiliti Light atau Dark, lebih mudah lah alignment itu akan bertukar, membolehkan kita mengkhususkan Hunter ke peranan tertentu seperti healer atau damage dealer.

Kesimpulan

Memandangkan jalan cerita adalah sangat penting dalam game, saya tidak ingin memberikan sebarang spoiler walaupun sedikit. Bahagian pertempuran juga sangat penting dan nampak bergaya dengan menggabungkan tactical RPG dan game card. Saya rasa anda boleh lakukan pelbagai kombo yang hebat dengan menggunakan skill yang disediakan.

Secara keseluruhan, saya memang mengesyorkan kepada peminat game taktikal/strategi atau peminat Marvel sendiri untuk mendapatkan game ini. Marvel’s Midnight Suns akan keluar untuk PS5, Xbox Series dan PC melalui Steam dan Epic Games Store pada 2 Disember, diikuti oleh PlayStation 4, Xbox One dan Switch pada kemudian hari.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

7 Score

Review Breakdown

  • Secara keseluruhan, saya memang mengesyorkan kepada peminat game taktikal/strategi atau peminat Marvel sendiri untuk mendapatkan game ini. 0
Previous Post

Review Gudetama: An Eggcellent Adventure – Kisah telur pemalas yang mencari ibunya

Next Post

Muat Turun Yu-Gi-Oh Master Duel Kini Mencecah 50 Juta! Ganjaran Khas Menanti Pemain!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

MINISO x One Piece Berlayar Ke Malaysia dengan Kedai Tema Pertama Asia Tenggara Bermula 5 Julai 2025
Jom Singgah!

MINISO x One Piece Berlayar Ke Malaysia dengan Kedai Tema Pertama Asia Tenggara Bermula 5 Julai 2025

July 4, 2025
Gundam Base World Tour Pop-up Malaysia Bermula – Alami Pengalaman Gunpla Serba Eksklusif!
Jom Singgah!

Gundam Base World Tour Pop-up Malaysia Bermula – Alami Pengalaman Gunpla Serba Eksklusif!

July 4, 2025
Minggu Terakhir: Capcom Summer Sale Tawar Diskaun Sehingga 87% di Steam dan 90% di Mobile!
Promosi

Minggu Terakhir: Capcom Summer Sale Tawar Diskaun Sehingga 87% di Steam dan 90% di Mobile!

July 4, 2025
Next Post
Muat Turun Yu-Gi-Oh Master Duel Kini Mencecah 50 Juta! Ganjaran Khas Menanti Pemain!

Muat Turun Yu-Gi-Oh Master Duel Kini Mencecah 50 Juta! Ganjaran Khas Menanti Pemain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd