Ramai peminat Yakuza menyangka kisah Kazuma Kiryu telah tamat pada entri ke-6, tetapi ternyata pengaruh idola utama francais masih sangat kuat. Sebagai penghubung kepada game ke-7 dan entri terbaru Like a Dragon: Infinite Wealth akan datang, RGG Studio telah mengeluarkan Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name.
Berbeza daripada siri utama yang kini beralih kepada genre RPG dengan gameplay turn-based, Like a Dragon Gaiden kembali ke genre beat em’ beat em’ up klasik yang membuatkan francais ini popular. Apatah lagi dengan kepulangan Kiryu sebagai protagonis, sudah pasti ramai peminat sangat bersemangat.
Asalnya dibangunkan sebagai sebahagian daripada Like a Dragon: Infinite Wealth, RGG Studios ingin membuatkan kisah lalu Kiryu menjadi game standalone melalui Like a Dragon Gaiden. Pembangunan game mengambil masa kira-kira setengah tahun, dan mula-mula dianggap sebagai DLC. Namun, selepas menambah lebih banyak kandungan, akhirnya ia mempunyai identiti tersendiri.

Sebagai game spinoff, adakah LAD Gaiden sama menarik seperti entri-entri lain? Teruskan membaca review di bawah untuk tahu lebih lanjut!
Kiryu Sekarang Adalah Joryu

Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name berlaku selepas peristiwa Yakuza 6 dan selepas Yakuza: Like a Dragon, dan menunjukkan apa yang berlaku kepada Kiryu ketika Ichiban berkeliaran di Yokohama dengan partinya dalam Yakuza: Like a Dragon.
Setelah meninggalkan orang tersayang (demi melindungi mereka), Kazuma Kiryu kini menggunakan nama samaran “Joryu” dan bekerja untuk puak Daidoji sebagai ejen rahsia. Seperti saya kata tadi, ini semua perjanjian agar puak tersebut juga melindungi kanak-kanak di Morning Glory Orphanage.

Walaupun enggan terlibat dalam hal-hal Yakuza lagi, Kiryu tidak dapat melarikan diri daripada nasib dan akhirnya terbabit dalam konspirasi yakuza sekali lagi. Cuma kali ini, dia terperangkap di antara konspirasi berkaitan Klan Tojo dan Omi Alliance – yang sebenarnya adalah konflik utama dalam Yakuza: Like A Dragon. Setakat itu sahaja saya boleh cerita tanpa spoiler.
Bagi saya, pemain baharu boleh mencuba mana-mana game Yakuza dan masih boleh memahami naratif tanpa bermain entri lama – tetapi itu tidak boleh diaplikasikan kepada Like a Dragon Gaiden. Walaupun setiap game Yakuza pada masa lepas mempunyai jalan cerita yang jelas dan serba lengkap, saya yakin ramai pemain baru tidak akan dapat memahami rujukan yang disebut dalam Main Story dan Substory.

Sebab itulah saya sangat mengesyorkan kepada korang semua untuk bermain game lama kerana pengalaman anda akan menjadi lebih menyeronokkan apabila dapat memahami kaitan sama ada daripada segi easter egg, naratif ataupun substory. Anda sendiri akan rugi jika tidak bermain game lama.
Bukan itu sahaja, kisah Like a Dragon Gaiden menjawab apa yang berlaku dalam game ke-6 dan memberi kesan yang cukup emosi sepanjang jalan cerita. Jadi cara terbaik untuk tahu apa yang berlaku adalah untuk bermain game dahulu.
Kembali Ke Yakuza Klasik

Seperti saya kata tadi, sistem pertempuran Like a Dragon Gaiden menggunakan gaya beat-em-up klasik yang klasik. Walaupun tidak sehebat Lost Judgment, ia jauh lebih smooth daripada Yakuza 6 dan Yakuza Kiwami 2, dan serupa dengan Judgement.
Sedikit berbeza daripada game sebelum, musuh kini muncul dalam jumlah yang banyak dalam pertarungan, sehingga saya hampir fikir saya sedang bermain Dynasty Warriors. Itu bukanlah tambahan yang teruk, sebaliknya ia terasa sesuai dan sepadan dengan gaya pertempuran Agent milik Kiryu yang baru diperkenalkan.

Tidak fokus pada satu musuh sahaja, gaya Agent berbentuk AOE dengan bantuan gajet dan mampu menyerang ramai musuh sekaligus, lantas memudahkan urusan kita berlawan. Pada masa yang sama, gaya pertarungan “Yakuza klasik” masih wujud dalam game dan macho seperti biasa, tetapi lebih bagus untuk digunakan semasa melawan boss atau pertarungan 1v1 secara umum.
Sejujurnya, saya boleh katakan bahawa ini adalah pertempuran paling bagus di antara semua game yang Kiryu pernah muncul, lebih baik dari Yakuza 0! Walaupun Yakuza 0 ada empat gaya pertempuran berlainan, kecanggihan Dragon Engine serba baharu membuatkan aksi berlawan dalam Like a Dragon Gaiden lebih memuaskan, lagi-lagi kerana kita dapat merasa impak setiap pukulan kiryu.

Aktiviti Sampingan Menjadi Sorotan Utama

Dari segi gameplay dan aktiviti sampingan, Gaiden masih sama seperti mana-mana game Yakuza. Ini pun adalah pujian, memandangkan Gaiden adalah game spin-off dan asalnya dirancang sebagai DLC. Saya tahu mesti ramai peminat akan gembira kerana ada banyak aktiviti dan minigame seperti karaoke, golf, billiard, shogi, poker dan lain-lain.

Aktivit pertama yang saya ingin jelaskan adalah kelab kabaret. Bukan lagi permainan “pengurusan” dalam Gaiden, ia lebih seperti “memikat temu janji” daripada Yakuza 3 di mana kita bercakap dengan pelbagai hostess dengan tujuan untuk menarik perhatian mereka. Kali ini memaparkan adegan live action (bukan 3D CGI), pemain akan dapat memikat hati Ayu, Ai Kaname, Ai Sayama, Kokoro Nakayama dan Kson.

Seterusnya, pemain Yakuza 0 akan suka dengan kepualngan Pocket Circuit, yang kali ini berlangsung di Sotenbori dengan Pocket Circuit Fighter. Kali ini, perlumbaan kurang berdasarkan nasib/RNG dan lebih bergantung kepada build – jika anda bergelut dengan perlumbaan, itu bermaksud build anda tidak sesuai untuk litar tersebut.

Salah satu aktiviti paling menarik di Gaiden, yang juga sebahagian daripada Main Story ialah Coliseum. Ia merupakan kelab pertarungan underground yang dikawal oleh Omi Alliance dengan banyak cabaran dalam format kejohanan. Yang paling menarik sekali tentang Coliseum ialah kita dapat bermain sebagai watak selain Kiryu, yang bermakna anda boleh bermain sebagai mana-mana musuh atau NPC yang pernah dihadapi. Sebagai contoh, kita boleh bermain sebagai Majima, Saejima dan Daigo.

Daripada segi misi sampingan, itu pun menerima perubahan. Dalam Like a Dragon Gaiden, daripada berjalan-jalan di sekitar bandar untuk mencari Substory, kita perlu menerima “Job Requests” daripada Akame melalui Akame Network. Ramai memuji francais Yakuza kerana menawarkan misi sampingan, dan pujian itu diteruskan Gaiden, yang mencipta sejumlah misi menyeronokkan dengan adegan yang tidak dijangka dan emosional.

Kembali ke topik sama, Akame Network berfungsi sebagai hub untuk semua substory, request, dan log aktiviti anda. Melengkapkan substory, permintaan dan aktiviti akan memberi wang dan “Akame Point” yang kemudian boleh digunakan untuk membeli peralatan dan kosmetik daripada Akame Shop. Sekilas pandangan, ia menyerupai sistem Side Cases daripada Judgment dan sistem Part-Time Hero daripada Yakuza: Like a Dragon di mana semuanya dimasukkan ke satu sistem untuk memudahkan akses pemain.

Akhir sekali, saya juga ingin sebut tentang ciri Boutique. Di sini, anda boleh customize pakaian Kiryu mengikut apa yang anda mahu di Coliseum dan juga di dunia sebenar, termasuk cutscene. Jadi, jika anda ingin membuatkan Kiryu nampak macho, hensem, serius atau lucu, semuanya terpulang kepada pemain.
Kesimpulan

Secara keseluruhan, saya boleh kata Like a Dragon Gaiden adalah antara game spinoff terbaik yang pernah saya main. Walaupun ada kekurangan dalam beberapa aspek, kelebihannya melebihi segala kekurangan tersebut untuk mencipta gameplay yang sangat menyeronokkan dan menarik.
Saya faham tempoh jalan cerita lebih pendek daripada game Yakuza biasa, tetapi kualiti naratif tidak langsung rasa kurang dan masih kekal emosional sepanjang keseluruhan game. Pertempuran juga terasa lebih hebat dengan penambahan gaya pertempuran baru serta visual yang lagi cun.

Pendek kata, saya berharap RGG Studio dapat terus membangunkan game beat-em-up seperti ini, sama ada game Judgement seterusnya, game Gaiden dengan watak yang berbeza, atau pun siri baharu sepenuhnya.
Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name kini dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store sejak 9 November 2023. Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.
@gamersantaimy
The Review
Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name
Secara keseluruhan, saya boleh kata Like a Dragon Gaiden adalah antara game spinoff terbaik yang pernah saya main. Walaupun ada kekurangan dalam beberapa aspek, kelebihannya melebihi segala kekurangan tersebut untuk mencipta gameplay yang sangat menyeronokkan dan menarik.
PROS
- Pelbagai rujukan kepada entri terdahulu untuk peminat lama
- Naratif utama yang menarik dan beremosi
- Sistem pertempuran yang memuaskan dan terbaik untuk mana-mana game dengan Kiryu
CONS
- Tidak disarankan untuk pemain baru kerana isu jalan cerita
- Naratif lebih pendek kerana game spinoff
- Sesetengah bahagian dalam naratif dan Substory boleh diperbaiki
Discussion about this post