Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Knights of Honor II: Sovereign – Luaskan empayarmu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 5, 2022 - Updated on December 6, 2022
in Artikel, Berita, Game Review, PC, Real time strategy, Review, Steam
0 0
0
Review Knights of Honor II: Sovereign – Luaskan empayarmu!
Share on FacebookShare on Twitter

Asalnya dikeluarkan pada tahun 2004, sudah hampir 18 peminat menunggu sekuel Knights of Honor. Kini 2022, sekuel yang dinanti-nantikan akhirnya tiba iaitu Knights of Honor II: Sovereign, yang dibawa oleh THQ Nordic. Dilabel sebagai ‘real-time grand strategy’, game ini berlangsung pada era zaman pertengahan di mana kerajaan dari seluruh dunia harus bersaing untuk menjadi kuasa paling besar di dunia.

Diberi peluang untuk mencuba game ini lebih awal, saya telah memilih kerajaan untuk bergelut menguasai Eropah pada zaman yang “susah” ini. Tanpa melengahkan masa lagi, inilah review saya untuk Knights of Honor II: Sovereign!

Misi utama: menjajah!

Game ini tiada kempen cerita atau “story mode” jadi matlamat kita hanyalah satu, iaitu untuk menunjukkan ‘supremacy’ ke atas semua kerajaan lain. Terdapat beberapa cara untuk menang, di mana kita memperoleh gelaran ‘Emperor of the World’ selepas menerima sokongan semua kerajaan besar. Itu hanya satu contoh.

Pertama sekali, saya perlu menjelaskan tentang “Wealth, Society, Culture, Politic, Conquest , dan perkara-perkara lain yang menyumbang kepada kemajuan anda. Bagi mereka yang ingin jadi Emperor of the World, ini adalah salah satu jalan paling sukar untuk pilih kerana kita perlu bersaing dengan kerajaan lain dalam setiap sektor – yang memerlukan kita pakar di dalam setiap hal.

Kedua, kita boleh memperoleh kemenangan dengan hanya memfokuskan pada ciri-ciri penting di dalam kerajaan. Ini merupakan cara paling senang kerana kita hanya perlu membangunkan rantau-rantau kaya yang menawarkan pelbagai jenis barangan berharga.

Tetapi menang tanpa perang agak membosankan, jadi jalan terakhir adalah untuk menakluki semua kerajaan di atas peta, yang bermaksud kita perlu sentiasa berperang, termasuk menentang rakan sekutu. Ini adalah cara paling mencabar untuk menamatkan game kerana untuk menyerang kerajaan-kerajaan lain, kita perlu mempunyai kuasa ketenteraan yang mencukupi untuk menewaskan mereka. Ini boleh menjadi proses yang agak “stress”, jadi pastikan diri memilih playstyle yang sesuai mengikut personaliti.

Proses membina kerajaan

Game bermula dengan menyuruh kita memilih kerajaan di seluruh Eropah, Afrika Utara dan sebahagian Asia. Saya pilih England kerana ia merupakan pilihan default dan lokasinya yang strategik. Pada mulanya, game ini nampak seperti mempunyai banyak mekanik untuk faham dan hadam, tetapi selepas meluangkan lebih banyak masa, ia sebenarnya lebih mudah daripada apa yang kita disangkakan.

Berikut adalah ciri-ciri utama yang perlu anda perhatikan:

  • Menguruskan Royal Court – Anda boleh mengupah sehingga 8 kesatria (raja duduk di slot tengah dan tidak boleh diupah), masing-masing dengan kelas tertentu seperti merchant, diplomat, cleric dan spy. Setiap satu mempunyai peranan masing-masing dan memberi bonus berbeza yang mempengaruhi apa yang terjadi di dalam game. Paling penting sekali korang perlu tahu adalah setiap kesatria boleh mentadbir wilayah-wilayah di bawah pengaruh kita menyumbang kepada ekonomi kerajaan. Kita juga boleh meningkatkan level dan menentukan abiliti mereka.
  • Maksimumkan ciri-ciri penting wilayah dengan membina bangunan dan membuat upgrade.
  • Upgrade memberikan faedah kepada semua wilayah yang mempunyai bangunan. Ini direka untuk mengehadkan pengurusan mikro dan membuatkan upgrade lebih berkesan di seluruh kerajaan.
  • Diplomasi, perkahwinan, pakatan, perjanjian dan hubungan dengan kerajaan lain memainkan peranan penting dan boleh menjadi kata pemutus antara menang dan kalah. Ahli Diplomat amat penting untuk membentuk pakatan.
  • Dagangan merupakan sumber pendapatan yang dominan dan mesti diwujudkan dan dikembangkan jika anda ingin berkembang.
  • Merchant amat penting untuk proses ini.
  • Agama wilayah, kerajaan dan watak membuka pilihan dan strategi gameplay berbeza, tetapi juga boleh menjejaskan hubungan antara kerajaan.
  • Kuasa mahkota, pendapat dan kestabilan adalah faktor dalaman yang penting kerana boleh menyebabkan pemberontakan oleh jika anda tidak berhati-hati.
  • Mengupah tentera dan melibatkan diri dalam perang adalah cara paling straighforward untuk menawan kerajaan lain. Jika mampu, dapatkan perkhidmatan tentera upahan. Cuma anda perlu tahu ia memerlukan banyak sumber untuk mengupah mereka, jadi ini hanya boleh dilakukan kemudian dalam game.
  • Pengintipan semakin berguna di penghujung game, untuk memudahkan dapat info penting.

Daripada senarai di atas, saya faham ada terlalu banyak sistem untuk faham tetapi sejujurnya game ini sangat mudah untuk didekati walaupun kita bermula tanpa panduan. Jika ada apa-apa yang kita tidak faham, game sudah menyediakan Royal Library untuk mendapatkan petua bagi menyelesaikan masalah kerajaan. Tetapi, menavigasi Royal Library boleh menjadi agak mengelirukan. Di sini, saya rasa sistem ini boleh ditambah baik, terutamanya pada bahagian user interface.

Mempunyai “starting” yang bagus amat penting supaya kita boleh menguruskan banyak kerja sekaligus sambil mengukuhkan posisi kerajaan kita. Oleh itu, apabila bermain game ini, perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah segera merekrut ahli Royal Court dan menugaskan mereka untuk mentadbir wilayah, menguruskan kemudahan kerajaan, dan cuba membina hubungan dengan kerajaan jiran untuk mewujudkan hubungan yang baik di mana kita boleh berkahwin dengan salah seorang ahli keluarga diraja.

Selepas itu, terpulang kepada anda bagaimana untuk meneruskan lagi game. Selalunya game akan mengingatkan kita tentang tugas semasa yang boleh dibuat, peristiwa yang berlaku di kerajaan/di seluruh dunia dan banyak lagi. Jika anda rasa sesat dan tidak tahu apa untuk buat, lihat sahaja notifikasi game.

Satu lagi perkara yang kita benar-benar perlu elakkan adalah membuat musuh di fasa awal, kerana kerajaan kita tidak mampu berlindung daripada serangan musuh. Banyak kerajaan juga mempunyai rakan sekutu sendiri, jadi membuat musuh kadangkala boleh menarik perhatian yang lebih besar.

Jadi melainkan kerajaan kita sudah berkembang menjadi kuasa yang kuat, maka peperangan adalah sesuatu yang lebih baik dielakkan.

Alang-alang bercakap tentang perang, saya tidak menjangkakan bahawa game ini mempunyai bahagian pertempuran real-time yang boleh kita kawal secara manual seperti dalam Total War. Di sini, kita boleh memimpin Marshal untuk berperang. Ini adalah unit terbaik untuk dibawa ke dalam pertempuran, tetapi jika anda kalah dalam pertempuran, maka unit itu akan hilang selama-lamanya dan kita perlu mengupah askar baharu.

Aspek Multiplayer & isu teknikal

Knights of Honor II mempunyai unsur multiplayer tetapi ia belum bersedia semasa saya cuba. Dari apa yang saya tahu, kita boleh bermain dengan (sehingga) 6 pemain di 5 game mode di bawah:

  • First Blood: Hapuskan pemain lain dengan menakluki wilayah mereka.
  • Peasants Rush: Pertempuran brutal untuk mengawal wilayah. Pasukan atau pemain pertama yang mengembangkan wilayah mereka ke kawasan tertentu akan menang.
  • Destroy Kingdom: Kita mesti mengalahkan kerajaan yang dipilih secara rawak, serta menjadi orang yang melakukan serangan terakhir.
  • Greedy King: Jadi raja terkaya – menggunakan apa-apa cara.
  • War for Goods: Mode paling rumit, yang memerlukan kita menakluk empayar lain, serta membangunkan ekonomi untuk membina bangunan dan dapatkan upgrade. Matlamat mode ini adalah untuk menyediakan jumlah barangan unik bagi kerajaan kita.

Game seperti ini mempunyai unsur replayability tinggi tetapi bahagian multiplayer lebih seronok bagi pendapat saya. Memandangkan semua game mode juga mempunyai peraturan berbeza dan tidak seluas kempen single-player, jadi kita boleh menikmati game dengan lebih pantas bersama kawan-kawan.

Bagi bahagian teknikal, saya sebenarnya tidak mempunyai banyak masalah dengan game ini, tetapi ternyata ia tidak “sempurna” kerana kadangkala game ini akan “force closed” secara rawak. Ia berlaku agak kerap dan ini bukan masalah PC saya, kerana semua game lain dapat berjalan dengan baik. Pada masa yang sama, frame rate juga tidak tentu. Di game lain, saya biasa mendapat 60+ FPS setiap masa, tetapi untuk game ini, ia tidak selancar seperti yang saya inginkan dan kerap lagging. Ini lebih jelas apabila saya masuk mode perang real time di mana FPS dikunci pada 30 FPS.

Pendapat

Game strategi besar/membina kerajaan adalah genre yang saya kurang bermain, tetapi Knights of Honor II: Sovereign agak seronok (jika semuanya mengikut pelan kita). Walaupun ia kelihatan rumut daripada luar, game ini mudah untuk didekati sehingga saya boleh bermain tanpa apa-apa panduan. Bukan itu sahaja, unsur replayability pun sangat banyak dan ini adalah bonus besar bagi mana-mana game supaya kita tidak berhenti bermain.

Walaupun begitu, saya rasa game ini boleh ditambah baik dari segi teknikal kerana prestasinya tidak optimum dan isu force closed berterusan cukup merosakkan pengalaman saya. Nasib baiklah ada ciri auto-save. Jika tidak, saya mungkin tidak bermain game ini jika asyik-asyik hilang progress.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Knights of Honor II: Sovereign

7 Score

PROS

  • Sangat mudah didekati walaupun anda tidak biasa dengan genre tersebut
  • Begitu banyak cara untuk maju melalui permainan
  • replayability yang tinggi dengan berbilang pemain bonus yang mempunyai mod sendiri

CONS

  • Menavigasi melalui Royal Library boleh menjadi sakit
  • Isu teknikal yang menjengkelkan seperti force close yang berterusan dan framerate yang lemah

Review Breakdown

  • RATING 0
Tags: Knights of Honor II: SovereignPCreviewrts
Previous Post

Baru keluar 4 bab, manga Sasuke lebih ramai pembaca berbanding Boruto!

Next Post

“Membawa Perubahan Baru Kepada Peminat” — Interview Dragon Quest Treasures Bersama Taichi Inuzuka

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
“Membawa Perubahan Baru Kepada Peminat” — Interview Dragon Quest Treasures Bersama Taichi Inuzuka

"Membawa Perubahan Baru Kepada Peminat" -- Interview Dragon Quest Treasures Bersama Taichi Inuzuka

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd