Selepas kegagalan Fallen Kingdom, rasanya seperti keajaiban daripada Jurassic Park mula berkurangan apabila francais itu sedang melalui proses Hollywood dan enggan mengemas kini kepada proses yang lebih baik. Perkara ini menyebabkan Jurassic World Dominion masih terasa seperti fosil yang tertimbus bawah tanah.
Pada separuh masa pertama ia dipenuhi dengan pengenalan yang membosankan, pengejaran kereta bersama dinosaur yang pelik dan menarik lebih banyak subplot ke dalam garis masa yang rumit. Namun di antara pelakon baru dinosaurnya, percubaan yang baik untuk menyelesaikan kedua-dua trilogi, dan beberapa penambahbaikan yang sangat diperlukan pada filem terakhir.
Pengenalan

Setelah empat tahun sejak Maise Lockwood (Isabella Sermon) mengeluarkan dinosaur ke dunia, ia menghasilkan beberapa perkara yang tidak diingini oleh manusia. Terdapat dinosaur yang berlari di bandar, ada yang dijual di pasaran gelap dan ramai yang ingin mereka dimusnahkan. Mujurlah banyak dinosaur sedang dimasukkan ke taman hidupan liar yang dicipta oleh Biosyn Genetics yang diketuai oleh Dr. Lewis Dogdson (Campbell Scott).
Dia adalah seorang lelaki yang ingin menggunakan dinosaur untuk mencipta ubat baharu namun Dr. Ellie Sattler (Laura Dern) mendapati bahawa wabak locust dengan DNA dinosaur sedang memusnahkan semua tumbuhan kecuali yang dicipta oleh Biosyn. Jadi, Dr. Ellie bergabung tenaga bersama Alan Grant (Sam Neill) dan Ian Malcolm (Jeff Goldblum) untuk mendapatkan sampel DNA yang boleh digunakan untuk mendedahkan Biosyn kepada orang ramai.
Pada masa yang sama, watak utama Jurassic World, Owen (Chriss Pratt) dan Claire (Bryce Dallas Howard) tinggal bersama anak mereka, klon Maisie, Raptor Blue dan anaknya Beta. Lalu, terdapat satu kejadian di mana Maisie dan Beta diculik oleh Biosyn dan kini Owen dan Claire cuba untuk mendapatkannya kembali.
Plot

Pada separuh pertama filem, ia digunakan untuk memperkenalkan kepada taman alam semula jadi Biosyn dengan menampilkan beberapa aksi dinosaur yang bergaya Fallen Kingdom. Terdapat banyak exposition yang tidak begitu lancar untuk menghasilkan plot termasuk beberapa maklumat baharu yang tidak stabil bagi beberapa plot Fallen kingdom yang kurang disukai.
Terdapat plot baharu yang tidak perlu datang untuk mencuba dan menggunakan dinosaur sebagai senjata manusia seperti adegan kejar-mengejar Raptor di Malta untuk menjadikan Raptors sebagai wira yang boleh mengejar motosikal dan melompat melalui bangunan. Walaupun saya tahu Jurassic Park tidak realistik, sebahagian daripada perkara yang menarik ialah haiwan itu bertindak sekurang-kurangnya seperti haiwan sebenar. Adegan seperti ini benar-benar melupakannya dan hampir mengambil semua personaliti daripada dinosaur ini.

Setelah semua orang berada di taman , ianya adalah perkara biasa Jurassic Park yang pernah dilihat sebelum ini dengan watak dikejar oleh dinosaur dan cuba untuk menyelamatkan diri dari dimakan.
Kepada yang ingin melihat dinosaur berlari di seluruh tempat, malangnya ia tidak ditunjukkan dalam filem ini. Ia kerana filem ini meneroka idea baharu seperti bagaimana pendapat umum tentang dinosaur telah dipergunakan dan ramai yang diperdagangkan di pasaran gelap. Walaupun filem ini tidak mempunyai kaitan tentang apa-apa masalah haiwan prasejarah di seluruh dunia dan saya rasa lebih gembira untuk melihat filem ini hanya menggunakan dinosaur sudah terkenal.
Kembali kepada Jurassic Park

Seperti yang dikatakan, sejauh mana Jurassic Park, ia tetap akan terperangkap dengan plot dinosaur. Saya merasakan yang ianya sangat bagus kerana semua watak tertumpu untuk pergi ke Riza Biosyn. Di sini, kita akan nampak kedua-dua generasi pelakon berfungsi dengan baik antara satu sama lain dan sudah pasti akan ada adegan pengejaran dinosaur yang dilakukan dengan baik.
Jika nak dibandingkan dengan filem sebelum ini, dinosaur akan dilayan seperti haiwan peliharaan manakala dalam filem ini, dinosaur dilayan seperti haiwan sebenar walaupun ianya agresif. Ya, korang boleh menikmati mereka melayan dinosaur semasa klimaks dan ia sudah menjadi kebiasaan kepada filem Jurrasic.
Terdapat juga fan service yang diletakkan dengan baik. Ia datang dalam pelbagai bentuk termasuk callbacks, retcon yang sangat diperlukan dan beberapa anggukan kepada peminat yang lebih paleontology-oriented. Terdapat adegan di mana watak melihat therapod dengan DNA dinosaur yang tulen dan meneka apa yang dilindungi badannya.
Crossover

Ini adalah kali pertama, kita akan melihat pelakon Jurassic Park dan Jurassic World bersatu dan ianya sangat baik bagi saya. Terdapat keseimbangan watak yang baik dan menunjukkan rasa hormat antara satu sama lain.
Owen dan Claire mempunyai chemistry yang lebih baik sebagai pasangan dengan Pratt dan Howard menggambarkan mereka lebih bijak dan matang selepas filem terakhirnya pada 2018. Mereka masih mengambil berat tentang dinosaur walaupun mereka telah mempunyai seorang anak perempuan dan menjadikan sebagai keutamaan mereka berdua.
Sudah pasti pelakon asal Grant, Sattler dan Malcolm akan mencuri tumpuan semua penonton. Ketabahan Grant memainkan peranan yang baik untuk mengawal Malcolm yang mempunyai perwatakan ceria.

Setiap daripada mereka mendapat banyak masa untuk menyerlah sepanjang filem tersebut. Mereka juga dapat perkembangan yang baik dengan pandangan mereka terhadap Dinosaur. Jika ini adalah filem Jurassic terakhir yang menampilkan mereka, saya sangat gembira dapat melihatnya.
Bagi saya, terdapat satu perkara yang lemah berkaitan Maise. Isabella Sermon adalah seorang pelakon yang hebat namun dialognya ditulis tidak begitu menarik. Dia menghabiskan setengah jam pertama dengan sentiasa melemparkan strop kepada dua ibu bapa angkatnya tentang menjadi klon dan tidak dibenarkan keluar rumah kerana orang ramai ingin membunuhnya.
Dinosaur

Sudah pasti, watak manusia itu penting, tetapi dinosaur kecil itu adalah bintang dalam filem ini dan mereka mengendalikannya dengan baik. Selepas menonton Prehistoric Planet, saya berfikir tidak akan kembali ke filem Jurassic World tetapi apabila dapat menonton Jurassic World Dominion, saya rasa mereka telah melalukannya dengan berjaya.
Satu perkara yang saya minati adalah mereka memberikan tumpuan kepada dinosaur baharu. Korang jangan risau, Blue dan T-Rex masih ada tetapi mereka lebih mengutamakan dinosaur baharu seperti Quetzalcoatlus, Dimetrodon, Giganotosaurus dan Pyroraptor.
Walaupun mereka wujud untuk menyerang hero, kebanyakan dinosaur bertindak seperti haiwan sebenar yang berebut kawasan, kelaparan dan ketakutan. Sebagai contoh, Giganotararus merupakan pemangsa namun dia tidak merasakan keperluan untuk membunuh semua yang di fikirkan dan nampak.

Jika dia dan T-Rex bergaduh, Giganotararus berjaya menghalaunya dan tidak mengejarnya kerana pergaduhan itu akan membawa kecederaan yang tidak perlu. Bagi saya ianya sangat bagus daripada mana-mana Indomiux Rex yang asyik ingin membunuh segala benda yang dilihat.
Dinosaur yang saya gemari dalam filem ini adalah Therizinosaurus. Dia merupakan makhluk yang unik tetapi ia kelihatan seperti mereka hanya mengambil seekor raptor, memberinya cakar dan meletakkan bulu di belakangnya. Apabila saya melihatnya di skrin besar, dengan suasana dan gerakan yang betul, sudah pasti ia kelihatan sangat bagus.
Ia adalah herbivor pemarah yang kelihatan menyerang haiwan lain sebagai bentuk pertahanan, sama seperti badak air. Cara ia bergerak dan bertindak yang berbeza daripada theropod lain menjadikannya benar-benar diingati.

Dan sudah tentu, ia sangat bagus untuk melihat siri ini akhirnya memberikan bulu kepada dinosaur bulu. Walaupun ianya tidak sempurna, ia adalah permulaan yang baik dan dapat menunjukkan kepada orang ramai bahawa mempunyai bulu tidak akan menjadikan dinosaur itu lemah.
Dinosaur yang paling saya tidak minati adalah Atrociraptors kerana mereka pada awalnya hanyalah velociraptor biasa yang hanya mempunyai warna yang berbeza. Mungkin ini kerana permintaan untuk mempunyai bulu seperti Pyroraptor terlalau banyak tetapi alangkah baiknya jika mereka mempunyai sesuatu untuk berbeza daripada raptor lain dalam siri ini.
Kesimpulan

Jurassic World Dominion menandakan berakhirnya Trilogi Jurassic World dan berkemungkinan akan kembali pada masa akan datang. Bagi saya, filem ini jauh dari sempurna dan tidak banyak memberi kesan kepada idea dinosaur yang menjelajah bumi moden.
Pada separuh masa pertama, filem ini banyak menerangkan tentang Biosyn dan separuh masa kedua mereka membawa Jurassic Park Original jauh daripada apa-apa yang telah dicuba dalam Trilogi Jurassic World. Dalam filem ini, tiada dinosaur hibrid buatan, aksi raptor Hollywood dikurangkan dan akhirnya mereka mengingatkan kita perkara yang membuatkan Jurassic Park ataupun World begitu menyeronokkan adalah watak dan dinosaur yang tidak dapat dilupakan.

Secara keseluruhan, filem ini membuatkan dinosaurnya nampak sangat menarik. Ia mengingatkan saya bahawa Siri Jurassic dapat membuat dinosaur nampak hebat. Ia bukan yang original tetapi ia baik dengan sendirinya dan menjadi besar di tempat yang paling penting.
Filem Jurassic World Dominion akan mula ditayangkan pada 9 Jun 2022 di seluruh Malaysia. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post