Apple telah mengumumkan empat iPhone pada bulan September lalu iaitu iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Memandangkan iPhone 14 mini tiada tahun ini, mereka telah menggantikannya dengan faktor bentuk lebih besar berjudul “Plus” yang lebih kurang sepadan dengan model iPhone Pro dari segi saiz.
Jadi apakah kelebihan iPhone 14 Plus? Walaupun tidak secomel iPhone mini- tetapi ia ada kelebihannya.
Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah review kami untuk iPhone 14 Plus!
Reka bentuk sama tapi lebih besar

Unit yang kami dapat secara rasmi berwarna “Purple” dan sekilas pandang, iPhone 14 Plus nampak sama dengan iPhone 14 standard tetapi dengan saiz lebih besar seperti iPhone 14 Pro Max.
Pada masa yang sama, kualiti rangka pun terasa kukuh dan terasa premium. Bahan yang digunakan untuk rangka Plus adalah “aerospace aluminium” berbanding bahan “surgical-grade stainless steel” di iPhone 14 Pro Max. Secara tidak langsung, itu menjadikan iPhone 14 Plus lebih ringan daripada iPhone 14 Pro Max.
Tidak seperti iPhone 14 Pro Max, iPhone 14 Plus mengekalkan notch yang wujud sejak pengenalan iPhone X, tetapi ia kini lebih kecil/comel berbanding notch pada tahun 2017. Pendek kata; walaupun faktor bentuk lebih besar, reka bentuknya masih lama dan mengikut siri iPhone 13.



Paparan lebih besar

iPhone 14 Plus mempunyai paparan OLED 6.7″ Super Retina XDR Display yang saiznya sama seperti iPhone 14 Pro Max, tetapi korang tidak perlu membayar harga setanding Pro lantas menjadinya lebih mudah diakses oleh mereka yang yang ingin paparan besar tetapi tidak mahu ciri-ciri canggih yang ditawarkan oleh model Pro.
Resolusi Plus ialah 2778 x 1284 piksel, Dengan panel OLED dan kecerahan puncak 1200nits, warna memang timbul dan nampak lebih terperinci/bersemangat.

Selain itu, ciri-ciri lain bagi paparan termasuk True Tone, Haptic Touch dan sokongan HDR. Malangnya, versi 14 Plus tidak membawa teknologi ProMotion. Seterusnya, peranti ini menyokong refresh rate standard 60Hz, bukannya 120Hz seperti iPhone 14 Pro.
Secara keseluruhan, paparan memang cantik. Saya bermain Genshin Impact dan memang seronok dapat melihat semua butiran kecil di dunia sekeliling dan zarah-zarah yang keluar semasa membuat skill. Selalunya hanya di PC atau konsol je dapat merasa, tapi visual gaming di iPhone pun ditingkatkan.

Satu lagi kelebihan adalah skin lebih besar pun bagus untuk gaming. Jarang kita akan salah tekan skill semasa bermain Genshin, jadi itu sangat membantu.
Kamera pun dapat upgrade

Kamera utama di iPhone 14 Plus dapat peningkatan berbanding iPhone 13 tetapi spec masih sama seperti iPhone 13 Pro. Di sini, Plus mempunyai sensor 12 MP dengan apertur f/1.5, bersama dengan sensor ultralebar 12 MP dengan apertur f/1.8.
Satu kelebihan ia ada adalah Photonic Engine, yang wujud pada keempat-empat model iPhone 14, di mana tugasnya adalah untuk membantu dengan tangkapan cahaya malap (umpama sistem pemprosesan imej).

Seterusnya, Plus mempunyai ” sensor-shift stabilization” dan banyak lagi ciri menarik termasuk Photographic Styles dan Cinematic Video (kedua-duanya diperkenalkan pada model iPhone 13) Night Mode Mod, Portrait mode dan Depth Focus.
Ciri-ciri baru pula termasuk Action Mode, 4K pada 24fps dan 30fps pada Cinematic Video dan Foreground Blur pada Portrait Mode.
Bagi kamera hadapan, Plus mempunyai sensor 12 MP yang dinaik taraf. Autofocus kini berada pada kamera swafoto, bersama dengan apertur f/1.9 yang lebih luas berbanding f/2.2, yang sepatutnya menambah baik tangkapan cahaya malap.

Plus tidak mempunyai kanta telefoto dan kamera utama tidak mempunyai resolusi setinggi 14 Pro Max, tetapi Apple sentiasa bagus dalam aspek kamera, jadi hasilnya korang tidak perlu pertikaikan.
Prestasi Gaming lancar

Apple iPhone 14 Plus juga tidak melihat upgrade pada bahagian pemproses dan masih memakai A15 Bionic seperti iPhone 13 dengan 5-core GPU. Sepanjang tempoh review, saya banyak bermain dua game ini di iPhone 14 Plus- Genshin Impact dan Lego Brawls, yang boleh didapati di Apple Arcade.
Untuk LEGO Brawls, memang tidak menghairankan bahawa game ini dapat berjalan dengan baik. Kawalan pun rasa sangat responsif apabila saya melawan lego lain.

Game ini pun mempunyai frame rate yang cukup stabil, jadi walaupun semua orang berlari sini sana dan skrin dipenuhi efek visual, Plus masih tidak mengalami sebarang masalah stuttering dan sebagainya.
Untuk Genshin Impact, saya sebenarnya agak terkejut untuk melihat iPhone 14 Plus dapat menguruskan majoriti bahagian gaming dengan agak baik. Pada tetapan grafik “High”, peranti masih dapat menjalankan game dengan lancar, tanpa penurunan yang ketara pada frame rate.

Tetapi kita pun tahu kan Genshin adalah game dengan grafik yang intensif. Satu-satunya masalah adalah semasa kita mengembara dunia luar, peranti akan rasa sedikit panas tetapi tidak sehingga membuatkan saya tidak selesa.
Kelebihan iOS 16

iPhone 14 Plus berjalan pada iOS 16, yang membawa pelbagai ciri baharu terutamanya perubahan pada Lock Screen untuk menambah lebih banyak customization.
Salah satu ciri ini ialah “dynamic wallpaper”, yang membolehkan kita menetapkan imej pada lock screen dan mengaplikasi efek 3D untuk membuatkan wallpaper kelihatan estetik.
Terdapat banyak ciri lain seperti Focus mode yang ditingkatkan, untuk membolehkan kita mengubah suai tetapan seperti mematikan notifikasi daripada aplikasi tertentu.

Yang saya paling suka tentang iOS 16 adalah kita dapat memilih foto dalam Album dan menyentuh lama pada “subjek” dalam gambar untuk memotongnya lalu menjadikan subjek seperti PNG. Ini bagus untuk membuat sticker dan kemudian hantar ke iMessage, Whatsapp, Instagram dan sebagainya.
Sudah tentu, iOS 16 tidak eksklusif untuk iPhone 14, jadi anda akan mendapat pengalaman yang sama andai kata memiliki iPhone 8 dan ke atas. Cuma, beberapa ciri eksklusif dibuatkan khas untuk model iPhone 14, terutamanya bagi aspek kamera. Jadi, itu sahaja kelebihan mereka.
Bateri
iPhone cukup solid dalam bahagian bateri dan 14 Plus tidak terkecuali. Jika bateri penuh, ia sepatutnya dapat tahan lebih kurang sehari tanpa apa-apa aktiviti intensif.
Untuk pengalaman saya, saya siap mengambil gambar, bermain Lego Brawls, bermain Genshin Impact sambil membuka screen recording (hampir kurang sejam lebih bermain), dan bateri baru jatuh kepada 60% daripada 100%.
Pendapat

Secara keseluruhan, iPhone 14 Plus adalah entri yang padu. Seperti saya kata di atas, peranti ini direka khusus untuk orang yang tidak mahu ciri-ciri canggih dalam model Pro tetapi masih mahukan upgrade berbanding iPhone 14 standard. Buat jenis-jenis orang seperti ini, model Plus sepatutnya menjadi pilihan korang.
Memandangkan game seperti Genshin dan Honkai menguji prestasi peranti dan terlalu berat bagi sesetengah telefon, iPhone 14 Plus adalah upgrade yang diperlukan jika korang dah lama tidak membeli iPhone baru.

Ramai mungkin akan kata – “besar tidak selalu bermakna lebih baik” tetapi untuk iPhone 14 Plus, korang akan dapat paparan yang lebih besar, faktor bentuk yang lebih besar, bateri yang lebih besar dan prestasi lancar, dan kamera bagus saing-saing iPhone 13 Pro.
Jika korang berminat, iPhone 14 Plus akan tersedia pada 7 Oktober bermula daripada harga RM4699 dan tersedia dalam 3 varian berbeza:
- 128 GB: RM4699
- 256 GB: RM5199
- 516 GB: RM6199
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di sini.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Apple iPhone, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post