HyperX adalah satu jenama gaming yang sangat terkenal dan telah mengeluarkan pelbagai peripheral termasuk HyperX Cloud Core Wireless, HyperX Pulsefire Haste dan HyperX Alloy Origins 60. Kali ini, kami telah berpeluang untuk mencuba dan bermain bersama produk baharu mereka iaitu HyperX Armada 25.
HyperX Armada 25 adalah monitor gaming yang memfokuskan kepada kompetitif game. Tapi mesti korang ada soalan mengenai monitor ini. Adakah monitor ini mampu berikan meningkatkan prestasi semasa bermain game? Nak tahu jawapannya, teruskan membaca review jujur kami ini.
Reka Bentuk Minimalis

Reka bentuk yang didatangkan pada HyperX Armada 25 sangat minimalis dengan menggunakan warna hitam pada keseluruhannya bagi menonjolkan lagi logo HyperX yang berwarna putih di bahagian bawah skrin dan juga di belakang. Kebiasaannya, monitor seperti ini agak berat untuk diangkat tetapi saya agak terkejut semasa cuba memasangnya kerana ianya sangat ringan pada berat 2.9kg sahaja.
HyperX Armada 25 mempunyai skrin yang rata dengan berukuran 24.5 inch. Jadi, anda yang mempunyai tempat kerja atau bermain game yang sedikit kecil atau sempit, ia sangat sesuai kerana ia didatangkan dengan desk mount yang sangat berkualiti dan tahan lasak.

Jika kita lihat pada bahagian belakang monitor, hanya terdapat beberapa corak besar yang bersambung daripada bahagian tengah atas ke setiap penjuru monitor dengan mengenakan warna hitam monochrome.
Bercakap tentang desk mount, berat keseluruhan monitor ini terletak padanya. Sama seperti monitor, ia juga menggunakan warna hitam untuk menonjolkan lagi logo HyperX. Tidak seperti monitor yang menggunakan bahan plastik seperti monitor lain, HyperX menggunakan besi aluminium yang kukuh dan dapat menampung sehingga 9kg.

Walaupun ianya berat, desk mount ini sangat mudah dipasang. Anda hanya memerlukan satu skru driver untuk memutarkan skru pada bahagian batangnya. Anda hanya memasukkan Grommet mounting plates pada batangnya dan siap. Untuk menyambung monitor kepada desk mount, ia dapat disambungkan dengan ciri-ciri unik yang dipanggil “quick release.”

Apa yang uniknya tentang desk mount ini, ia siap dengan tempat letak wayar supaya tempat kerja atau gaming anda nampak lebih kemas. Dengan menggunakan desk mount, monitor ini dapat dipusingkan sehingga 360o dan boleh dilaraskan sepenuhnya.
Berikut adalah senarai alatan yang anda akan dapat di dalam kotak:
- Monitor Gaming
- Monitor Arm
- 1x HyperX red DisplayPort 1.4
- 1x black HDMI 2.0
- 1x VESA mount bracket
- 4x skru VESA mount bracket
- 2x grommet mounting plate
- 1x skru grommet mounting
Prestasi Paparan

HyperX Armada 25 menggunakan skrin resolusi 1920 x 1080 Full HD dengan refresh rate sehingga 240Hz dan 1ms response time. Dengan ciri-ciri ini sahaja sudah boleh menghasilkan paparan yang sangat jelas. Refresh rate yang didatangkan pada monitor ini dapat memberi kesan kepada kesan blur yang berkurangan kepada objek bergerak pantas dan membolehkan anda melihat segala-galanya.
Untuk memaparkan paparan yang sangat cantik, HyperX menggunakan panel IPS pada monitor ini supaya dapat menghasilkan warna yang lebih tepat dan konsisten. Walaupun monitor ini memfokuskan kepada gamer yang suka bermain game kompetitif, HyperX tidak lupa juga kepada para pengguna yang sering membuat kerja seperti menyunting gambar ataupun video.

HyperX Armada 25 mampu menghasilkan sehingga 100% sRGB dan 75% DCI-P3 untuk warna yang baik dalam game dan filem. Walaupun ia bukan yang terbaik, ketepatan lalai mempunyai purata deltaE yang menarik iaitu hanya 2.17. Kebanyakan pengguna tidak perlu “calibrate” monitor untuk kegunaan harian atau game, jadi hanya mengubah tetapan asas seperti melaraskan kecerahan skrin sudah cukup.
Monitor ini mempunyai sudut tontonan 178o yang menakjubkan sambil mengekalkan warna yang cantik. Apa yang menarik pada monitor ini adalah HyperX Armada 25 dapat menyokong NVIDIA G-SYNC yang boleh menggunakan refresh rate 240Hz tadi dan sekaligus memberikan kesan maksimum kepada kualiti visual.
Prestasi Gaming

Saya rasa untuk prestasi gaming, saya tidak boleh bercakap banyak kerana monitor hanya memaparkan dan PC yang membuat semua kerja. Namun, apa yang saya boleh katakan adalah ia dapat memberi impak yang besar kepada sesiapa yang tidak pernah menggunakan refresh rate 240Hz dan 1ms response time.
Memandangkan saya memakai monitor yang hanya menyokong 144Hz sahaja, saya dapat bermain game dengan lebih seronok dan nampak segalanya-galanya dengan menggunakan monitor 240Hz ini.
Game yang saya main adalah Valorant, Overwatch 2 dan Apex Legends. Kedua-dua game sangat kompetitif dengan pelbagai letupan di sana sini.
Valorant

Apabila bermain dengan monitor yang didatangkan dengan 240Hz refresh rate dan 1ms response time, saya dapat merasakan perbezaan di antara refresh rate 144Hz dan 240Hz. Dari segi kualiti, ia nampak sangat lancar dan tajam. Untuk model watak, ia nampak sangat cantik dan persekitaran pun nampak lebih menarik.
Overwatch 2

Overwatch 2 adalah sejenis permainan kompetitif yang pantas. Walaupun saya terbang ke langit, saya masih mempunyai pandangan yang tajam dan bersih untuk melihat musuh. Saya sebenarnya sangat menyukainya.
Apex Legends

Walaupun Apex Legends lebih berat daripada Valorant, saya agak terkejut kerana monitor ini mampu memberikan kualiti grafik yang begitu cantik tanpa sebarang masalah. Saya langsung tidak nampak “after shadow” atau lebih dikenali “ghosting”.

Selain itu, saya juga menggunakan UFO Test: Ghosting (testufo.com) untuk mengenal pasti dan membezakan refresh rate ataupun ghosting itu sendiri. Malangnya screenshot tidak dapat membuktikan gambar dengan jelas.
On Screen Display (OSD)

Di dalam OSD, anda boleh mengakses preset pengguna dan mempunyai akses kepada banyak pilihan warna dan gambar, termasuk brightness, contrast, black level dan banyak lagi. Selain itu, Armada 25 juga didatangkan dengan menu game yang agak komprehensif – membolehkan pengguna mengubah suai respons panel kepada keperluan. Berikut adalah tetapan lain yang mungkin anda ingin lihat:
- Mode Auto-Sleep
- Power LED
- Input
- Mode DisplayPort
- Dynamic Contract
- Sharpness
- Image Scaling
- Adaptive-Sync
- Crosshair
Kesimpulan

HyperX Armada 25 adalah monitor yang sangat sesuai untuk para gamer competitive. Tambah pula dengan refresh rate dan response time yang sangat tinggi, ia dapat memberikan kesan kepada prestasi seseorang gamer. Hal ini kerana, kedua-dua ciri-ciri tersebut dapat menghasilkan gambar yang sangat berkualiti.
Dengan kualiti dan prestasi yang dapat dipaparkan oleh monitor HyperX ini, saya sangat berpuas hati semasa menggunakannya. Memandangkan ia didatangkan dengan pakej desk mount, saya rasa perbezaan posisi semasa bermain game berubah dan secara tidak langsung meningkatkan prestasi.

Dengan hanya skrin berukuran 24.5 inci dan kadar refresh sehingga 240Hz bersama 1ms masa tindak balas, saya rasa ia adalah monitor yang sempurna untuk permainan yang sentiasa bermain kompetitif. Jadi, kepada sesiapa yang sedang mencari monitor yang siap datang dengan desk mount, korang memang wajib masukkan HyperX Armada 25 dalam senarai.
HyperX Armada 25 boleh didapatkan di Shopee dengan tanda harga RM 2199. Korang boleh tengok spesifikasi penuh di sini. Untuk mendapatkan lebih banyak review mengenai game, teknologi dan banyak lagi daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post