Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review HyperX Alloy Origins 60 – Khas untuk mereka yang nak jimat ruang

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 19, 2022
in Artikel, Berita, Keyboard, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Review HyperX Alloy Origins 60  – Khas untuk mereka yang nak jimat ruang
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut kata orang ramai, keyboard gaming yang bagus adalah jenis yang bersaiz penuh. Tetapi model 60% kini semakin popular di kalangan gamer kerana faktor bentuknya yang kecil lantas memberi banyak ruang di meja gaming anda. Jika korang rela meninggalkan switch jenis “tactile” atau ingin mencuba sesuatu yang baru, berikut adalah review saya untuk HyperX Alloy Origins 60!

Ayuh kita mulakan!

Reka bentuk

Sebagai keyboard 60%, ia sangat kecil dan saiznya lebih kurang selebar sebuah laptop. Kekunci dan butang hanya terhad kepada “keperluan asas sahaja”, malah ia tidak mempunyai butang anak panah atau “function key”. Keycap tambahan adalah untuk butang ESC yang boleh digantikan dengan logo HyperX, dan spacebar turut dihiasi logo HyperX dan reka bentuk garisan beralun.

Untuk saiznya, jangan terkejut kerana keyboard ini sebenarnya agak berat pada 738g tidak termasuk kabel walaupun saiznya padat. Keyboard dilengkapi dengan butang Fn, jadi terdapat banyak butang lain yang boleh digunakan sebagai hotkey. Contohnya, Fn + 1 = F1, dan lain-lain.

Ia mempunyai 2 level untuk stand di mana level pertama terasa cukup selesa. Apabila menggunakan level kedua, ia terasa terlalu tinggi. Kita boleh meletakkan keyboard ini di permukaan yang rata kerana ia mempunyai getah di bahagian bawah supaya tidak mudah tergelincir.

Sebagai keyboard berwayar, ia memiliki port USB Type-C di bahagian belakang. Saya rasa wayar itu terlalu panjang dan tidak sesuai untuk laptop atau desktop. Untuk para gamer, kehidupan tidak akan lengkap tanpa efek RGB, di mana tetapan lalai keyboard ini menunjukkan butang bercahaya mengikut arus gelombang.

Cara penggunaan

Atas sebab tertentu, ia terasa lagi kecil (bagi saya) berbanding keyboard laptop walaupun saiznya lebih kurang sama. Pengalaman menaip saya memang tiada masalah dan kelajuan saya menaip hampir sama dengan keyboard bersaiz penuh, jadi tidak susah untuk membiasakan diri”. Berkaitan dengan hotkey Fn, itu memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri.

Kekunci Fn boleh diakses melalui tangan kanan kita dan selain daripada butang “Function”, kebanyakan butang Fn berada di sebelah kanan. Minta maaf ya kawan-kawan kidal.

Selepas mengujinya, saya dapati bahawa switch mekanikal eksklusif HyperX pun cukup “klik”, cukup kuat dan amat memuaskan, tetapi bukan dalam situasi mengganggu orang lain.

Aspek Customization

Tetapan keyboard boleh diubah melalui HyperX NGENUITY. Di sini, kita boleh bermain-main dengan tetapan cahaya, keybind dan LightSync untuk mengubah kecerahan dan Game Mode.

Pertama sekali kita akan bincang adalah efek RGB. Anda boleh sama ada – meletakkan warna khusus di seluruh keyboard, atau memilih zon tertentu untuk mengubah kesan warna. Kita boleh menambah satu kesan tambahan (cth. Fire, Explosion, Fade) supaya setiap kali anda menekan butang, lampu akan bertukar kepada warna yang telah ditetapkan (cth. dengan kesan Red Fire, setiap kali anda menaip, lampu merah akan menyala di kawasan tertentu di sekeliling keyboard..

Akhir sekali ialah Game Mode. Anda boleh mematikan dan menghidupkannya melalui NGENUITY atau melalui shortcut butang Fn. Game Mode akan mematikan kombinasi keybind tertentu, tetapi daripada yang saya lihat, anda tidak boleh customize jika terdapat butang lain yang ingin anda matikan.

Pendapat

Selain daripada saiznya yang kecil dan kekurangan butang penting, tiada apa lagi yang buruk tentang keyboard ini.

Jika korang tidak kisah tentang semua itu, saya mengesyorkan HyperX Alloy Origins 60 kepada mereka yang tidak mempunyai cukup ruang meja di setup. Ia mempunyai semua ciri yang selalunya ada dalam keyboard gaming premium termasuk kabel yang boleh tanggal, reka bentuk berkualiti daripada keycap doubleshot PBT, switch mekanikal yang memuaskan dan pencahayaan RGB yang mudah dikonfigurasikan.

Buat sesiapa yang tertarik, HyperX Alloy Origins 60 boleh didapati sekarang pada nilai harga RM499.00.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HyperX Alloy Origins 60Keyboardreview
Previous Post

HoYoverse kembangkan lagi sayap mereka, buka HQ kelima di Singapura!

Next Post

Genshin Impact 2.8 kaut untung lebih RM 4 juta di Asia Tenggara, Malaysia paling banyak menyumbang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Daripada Booster Hingga Kad Rare, Inilah Unboxing Magic: The Gathering – FINAL FANTASY Kami!
Unboxing

Daripada Booster Hingga Kad Rare, Inilah Unboxing Magic: The Gathering – FINAL FANTASY Kami!

June 2, 2025
Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Next Post
Genshin Impact 2.8 kaut untung lebih RM 4 juta di Asia Tenggara, Malaysia paling banyak menyumbang!

Genshin Impact 2.8 kaut untung lebih RM 4 juta di Asia Tenggara, Malaysia paling banyak menyumbang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd