Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review .hack//G.U. Last Recode (Switch) – Khas untuk peminat isekai

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 5, 2022
in Artikel, Berita, Game Review, Nintendo Switch, Review
0 0
0
Review .hack//G.U. Last Recode (Switch) – Khas untuk peminat isekai
Share on FacebookShare on Twitter

Dibangunkan oleh Cyberconnect2 dan diterbitkan oleh Bandai Namco, .hack//G.U. Last Recode merupakan koleksi empat game daripada francais “.hack//G.U.” – semuanya dalam satu bundle besar.

Game ini sebenarnya berasal dari era PS2, tetapi telah menerima versi ‘remaster’ di PS4 dan PC, lalu diikuti oleh Nintendo Switch pada tahun ini. Memandangkan review Last Recode ini khas untuk Nintendo Switch, saya hanya akan bercakap tentang rupa dan prestasi .hack//G.U. Last Recode di platform tersebut serta melihat sama ada versi ini boleh digunakan sebagai alternatif berbanding PS4 dan PC.

Tanpa melengahkan masa lagi, inilah review saya untuk .hack//GU Last Recode untuk Nintendo Switch!

Jalan cerita bertemakan isekai

Seperti saya kata di atas, .hack//G.U. Last Recode mempunyai empat game: Vol. 1 Rebirth, Vol 2. Reminisce, Vol. 3 Redemption, dan Vol. 4 Reconnection (khas untuk Last Recode sahaja) yang berfungsi sebagai epilog untuk trilogi ini. Secara kasar, keseluruhan game dari yang pertama hingga akhir akan memakan jumlah gameplay kira-kira 90 jam menurut laman web. Kisahnya memang panjang dan rumit, jadi harapkan pengalaman game ala-ala visual novel gitu.

Sebuah game MMO fiksyen bernama ‘The World’ telah dilancarkan dan apa yang membuatkan game ini sungguh terkenal adalah ia membenarkan PK atau ‘player killer’, individu yang membunuh pemain lain demi keseronokan. Mereka kemudian diburu oleh PKK atau ‘player killer killers’, yang bertanggungjawab untuk menghapuskan individu-individu jahat ini.

Kita bermain sebagai Haseo, seorang PKK yang mencari lelaki bernama Tri-Edge yang menyerang hendap rakannya lalu menyebabkan rakan itu koma dalam dunia sebenar. Malangnya, Haseo dibunuh dalam pencarian dan dihidupkan semula pada level 1, justeru terpaksa menghabiskan masa dan usaha untuk kembali ke tempat dia mencabar Tri-Edge sekali lagi bagi membongkarkan misteri tentang ‘The World’.

Latar belakang dunia yang dicipta berdasarkan penggunaan teknologi canggih – macam biasa dengar kan? Mungkin ada yang kata, “kenapa gaya macam Sword Art Online?”. Hah, al kisahnya lebih kurang sama, cuma .hack//G.U. lebih ke arah cyberpunk. Sebab itu saya kata peminat isekai mungkin suka.

Untuk mereka yang tidak biasa dengan genre “heavy drama”, korang mungkin mengambil masa untuk memahami jalan cerita tetapi saya harus mengaku, naratif akan menjadi lebih baik semakin lama korang bermain. Apabila objektif besar dan cerita kemudian diisi dengan beberapa watak lain; pada saat inilah korang akan sangkut, lagi-lagi jika diri sendiri adalah peminat anime sci-fi dan fantasi.

Dari PS2 ke Nintendo Switch

Dari segi gameplay, .hack//G.U. Last Recode ialah action RPG yang meniru gaya MMO. Walau bagaimanapun, ia lebih menyerupai pengalaman yang sepenuhnya sinematik seperti anime. Walaupun grafik dihasilkan semula (remastered), tetapi sangat jelas yang game ini asalnya dikeluarkan pada zaman PS2. Sesetengah gamer mungkin tidak suka, tetapi ini sebenarnya menambah rasa ‘retro’ bagi mereka yang suka main JRPG lama. Lagipun, game ini boleh dikategorikan sebagai klasik memandangkan ia sudah ada dalam pasaran sejak 2006.

Saya suka reka bentuk watak yang berwarna warni (walaupun muka semua lebih kurang sama) dan pujian harus diberi kepada studio kerana berjaya menghasilkan banyak cutscene dinamik yang menunjukkan pertarungan dan adegan ala-ala anime. Tetapi jika dilihat secara keseluruhan, persekitaran dunia kelihatan agak hambar dan terasa “biasa” – hanya latar belakang dunia fantasi dengan bangunan berteknologi – sebuah tema yang biasa dipakai pada zaman sekarang.

Nasib baik lah, hack//GU Last Recode dapat berjalan dengan baik pada Switch. Tiada satu tekstur yang pelik atau masalah lag. Daripada apa yang saya lihat, game ini setanding dengan rakan PS4 dan PC, jadi jika anda ingin bermain Last Recode di Switch tetapi bimbang – jangan risau! Korang akan mendapat pengalaman yang sama seperti konsol lain.

Sistem pertempuran repetitif

Aspek paling lemah tentang .Hack//G.U. adalah sistem pertempuran. Ia bukanlah buruk 50%, cuma terasa terlalu repetitif dan agak ketinggalan zaman. Mula-mula memang menyeronokkan, namun cepat menjadi bosan selepas beberapa jam kerana rutin gameplay yang tidak berubah. Bermula dari cutscene hingga ke bahagian pertarungan, gameplay mengikut formula yang sama iaitu: kita menerima misi, pergi ke dungeon, lalu pergi ke cutscene seterusnya.

Korang perlu tahu yang .hack adalah game yang lebih berorientasikan jalan cerita di mana bahagian berlawan hanya ada untuk memenuhi syarat “aksi RPG”. Disebabkan itu, saya tergoda untuk main “cheat mode difficulty” yang serta-merta memberikan perisai dan senjata terkuat kepada kita.

Ringkasannya, mode ini bertindak sebagai “level” yang lebih mudah bagi mereka yang ingin menghabiskan game dengan cepat sambil menikmati jalan cerita. Jika ada yang benar-benar beli game ini untuk jalan cerita sahaja, saya mengesyorkan mod ini.

Pendapat

Sejujurnya, .hack//G.U Last Recode terasa seperti anime interaktif dan hanya menarik kerana jalan cerita. Masalahnya adalah bahagian interaktif iaitu sistem pertempuran dan penerokaan mudah menjadi bosan dan repetitif. Jangan salah faham dengan kata-kata saya… Jalan cerita memang menarik dan saya sendiri ingin tahu apa terjadi di penghujung tetapi bukan semua orang sama seperti kita – mungkin ada yang suka drama yang penuh aksi, mungkin ada yang suka aksi sahaja, mungkin ada yang tidak suka temanya.

Bagi mereka yang sudi mencuba game ini, saya jamin .hack//G.U Last Recode akan menawarkan pengalaman naratif luar biasa penuh dengan ‘plot twist’. Buat mana-mana peminat anime yang suka tema isekai dalam dunia game, saya memang recommend game ini 100% kepada anda!

Maka, tamatlah review saya untuk .hack//G.U Last Recode (Switch) yang kini tersedia di PS4, PC dan Nintendo Switch.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

6 Score

PROS

  • Jalan cerita menarik dan menyentuh tema yang berkaitan
  • Berjalan dengan baik pada Nintendo Switch

CONS

  • Gameplay dan sistem pertempuran amat membosankan dan repetitif
  • Dungeon dan persekitaran dunia kelihatan agak hambar

Review Breakdown

  • Buat mana-mana peminat anime yang suka tema isekai dalam dunia game, saya memang recommend game ini 100% kepada anda! 0
Tags: .hack//G.U. Last Recodenintendo switchreview
Previous Post

Attack on Titan Final Part mungkin mempunyai kurang daripada 10 episod!

Next Post

Amaran! Hacker Elden Ring sedang gigih padam save file di PC

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Amaran! Hacker Elden Ring sedang gigih padam save file di PC

Amaran! Hacker Elden Ring sedang gigih padam save file di PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd