Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] GTA the Trilogy: Definitive Edition – Mengimbau memori zaman PS2

Maira by Maira
December 1, 2021
in Artikel, Berita, Game Review, Genre, Review
0 0
0
[Review] GTA the Trilogy: Definitive Edition – Mengimbau memori zaman PS2
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas banyak kebocoran dan spekulasi mengenai versi remaster GTA the trilogy, akhirnya permainan tersebut telah dilancarkan secara rasmi pada 11 November lalu. GTA the Trilogy memaparkan tiga permainan GTA iaitu GTA 3, Vice City dan San Andreas. Ia bukan sahaja memberikan perasaan nostalgik zaman PS2 pada generasi konsol yang baru. Selain itu, grafik permainannya juga mendapat penambahbaikan. Sesi review kali ini, kami akan membuat perbandingan dengan GTA the Trilogy yang lama dan berikan pandangan kami mengenai versi remaster ini. Tanpa membuang masa, jom kita mulakan sesi review kita!

Reka bentuk semula model watak

Sejujurnya, reka bentuk untuk model watak dalam remaster ini nampak pelik. Ada watak yang nampak lebih elok dari permainan original tetapi kebanyakkannya agak mengecewakan. Sesetengah dari model watak macam hilang ciri utama pada watak dan buatkan saya tertanya-tanya jika itu watak yang sama dengan permainan original. Sudah semestinya warna kulit model watak nampak lebih serupa dengan dunia sebenar daripada model lama yang mempunyai warna kulit yang lebih pucat. GTA Vice City juga kadang-kadang buat saya ketawa kerana ia mengingatkan saya pada model Lego.

Tetapi saya betul-betul hargai perincian yang terdapat pada model. Contohnya kedutan dan corak pada pakaian model yang sememangnya nampak hebat kerana dalam permainan original ianya kelihatan kosong. Animasi pada watak juga nampak lebih natural walaupun kadang-kadang ia kelihatan seperti cacat sedikit. Harap-harap Rockstar boleh baiki animasinya sedikit.

Dunia sekeliling yang lebih terperinci

Disebabkan GTA the Trilogy ini menggunakan Unreal Engine untuk membangunkan Definitive Edition ini, dunia pada ketiga-tiga game memang hebat. Rumput, air dan bangunan di kawasa sekeliling nampak lebih hidup dan nampak betul. Rockstar betul-betul melakukan kerja yang baik di situ. Selain itu, NPC yang berkeliaran dan berjalan di bandar lebih ramai berbanding permainan yang dulu. Kenderaannya juga nampak hebat dan tidak nampak seperti kotak 3D dengan silauan dan pantulan cahaya darinya.

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Disebabkan permainan original mempunyai kabus, jadi pemain susah untuk melihat kawasan yang jauh. Tetapi dalam edisi remaster ini, kabus tersebut dialih keluar dan pemain boleh melihat keseluruhan dunia jika anda pandang dari bangunan yang paling tinggi. Ia membuatkan saya ingin teroka kawasan yang jauh itu dan itu apa yang saya lakukan. Kawasan tersebut hanyalah kawasan kosong yang mempunyai pokok-pokok sahaja dan buatkan kabus yang sebelum ini berguna untuk menutup kawasan yang nampak kosong itu.

Masalah lain pula sudah tentu bug dan glitch yang berlaku semasa saya merayau dalam dunia GTA. Kadang-kadang texture kawasan itu seperti tidak render dengan cepat jadi dunia itu “tenggelam”kan watak ke dalam tanah. Hanya minimap sahaja yang dapat bantu anda dalam hal ini. Jika ada Graphic card yang hebat rasanya ia tidak akan menjadi masalah kepada anda.

GTA the Trilogy

Pencahayaan dalam GTA the Trilogy ini juga kelihatan sedikit gelap mungkin kerana kawasannya yang penuh dengan bangunan. Tetapi kadang-kadang muka watak itu sampai saya tak nampak kerana gelap sangat kawasan itu. Bukan setakat itu sahaja, bila hujan sangat susah untuk anda lihat apa yang berada di depan anda. Jadi, nasiblah semua NPC yang dilanggar saya waktu itu.

Gameplay yang lebih moden

Dalam versi original GTA 3, anda boleh gunakan aerial camera, di mana anda boleh mendapat pandangan top-down. Tetapi ciri ini telah dialih keluar dan anda hanya boleh gunakan standard kamera yang lebih bebas ketika bersiar-siar di bandar. Control game ini juga berubah jika anda menggunakan controller. Jika dahulu ia mementingkan d-pad dan button ABXY, kini butang trigger juga dimanfaatkan. Tetapi ia mungkin memakan masa untuk anda biasakan semasa bermain.

Salah satu penambahbaikan yang saya suka dari Trilogy ini ialah penambahan sistem aim assist. Sejujurnya saya memang penembak paling teruk jika tiada crosshair. Jadi saya sangat bersyukur bila sistem ini ditambahkan dan misi lebih senang untuk diselesaikan. Selain itu, ketiga-tiga game ini juga memudahkan anda untuk mengulang semula misi jika anda gagal. Ia bukan sahaja menjimatkan masa anda malah anda mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan aktiviti lain.

Tidak seronoklah bermain GTA jika tidak menggunakan cheat code. Walaupun beberapa kod telah dibuang tetapi masih banyak lagi cheat code tersedia untuk anda membuat huru-hara di bandar. Jadi, jangan segan untuk menggunakannya semasa melakukan misi. Terdapat juga kod KONAMI yang boleh digunakan. Ia akan membuatkan model anda mempunyai kepala besar seperti permainan boglehead.

Kesimpulan

Untuk seseorang yang dah lama tidak bermain siri GTA, ia agak menyeronokkan. Bug dan glitch yang ada semasa bermain kadang-kadang agak lucu dan juga membuat saya frust. Sistem aim assist juga berfungsi dengan baik dan ia semestinya membantu ramai pemain. Saya harap Rockstar akan menambah baik pada model dan menyelesaikan masalah bug dan glitch yang lain. Jadi, sementara Rockstar memberikan kemas kini baru untuk permainan ini, anda boleh bermain versi original yang lama.

Untuk membaca review lain dari kami, sila klik pautan ini.

Muat turun di sini
Grand Theft Auto: The Trilogy - The Definitive Edition
Publisher: Rockstar Games
Release Date: 2021-11-11
Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5
Tiga bandar ikonik, tiga cerita epik. Mainkan klasik Trilogi Grand Theft Auto: Grand Theft Auto III, Grand Theft Auto: Vice City dan Grand Theft Auto: San Andreas dikemas kini untuk generasi baharu, kini dengan peningkatan menyeluruh termasuk pencahayaan baharu yang cemerlang dan peningkatan alam sekitar, dengan tekstur resolusi tinggi, kawalan dan penyasaran gaya V Grand Theft Auto dan banyak lagi.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

GTA the Trilogy: Definitive Edition

6 Score

PROS

  • Model dan dunia yang diperbaharui
  • Sistem Aim Assist yang ditambah semasa menggunakan pistol
  • Lebih mudah untuk membuat semula misi yang gagal

CONS

  • Penuh bug dan glitch
  • Model watak kelihatan lebih teruk dari versi original
  • Cuaca hujan yang mengganggu penglihatan

Review Breakdown

  • Jika Rockstar berjaya menangani segala bug dan glitch serta baiki cuaca hujan, anda pasti akan enjoy permainan ini. 0
Tags: Grand Theft Auto: The Trilogy - The Definitive EditionreviewReview Game
Previous Post

Kingston Technology melancarkan Mini Tiger USB Drive edisi terhad 2022 sempena Tahun Baru!

Next Post

Review ASUS ProArt Studiobook 16 OLED – Laptop paling perfect untuk content creator!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Review ASUS ProArt Studiobook 16 OLED – Laptop paling perfect untuk content creator!

Review ASUS ProArt Studiobook 16 OLED - Laptop paling perfect untuk content creator!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd