Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review FIFA 23 – Sama tetapi dengan banyak tambahan penting!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 27, 2022
in Artikel
0 0
0
Review FIFA 23 – Sama tetapi dengan banyak tambahan penting!
Share on FacebookShare on Twitter

FIFA 23 adalah entri terakhir oleh EA dalam siri permainan bola sepak popular yang sudah lama dibangunkan sejak era Sega Genesis/Mega Drive. Walau bagaimanapun, entri kali ini bukanlah hanya update semata-mata. Siri ini kini datang dengan dua liga bola sepak wanita, dua Piala Dunia, dan pelbagai perubahan besar pada gameplay permainan. Semua perubahan itu akan saya jelaskan satu-satu dalam review ini, termasuk butiran tentang FIFA Ultimate Team baru.

Jika korang nak tahu apa yang berubah dalam FIFA 23, teruskan baca review saya!

Gameplay

FIFA 23 mempunyai gameplay berbeza berbanding siri sebelumnya. “Perbezaan” tidaklah terlalu ketara, dan sebaliknya digilap untuk menjadi lebih baik dengan penambahan pelbagai fitur seperti Power Shots, Technical Dribbling, AcceleRATE, dan rombakan sistem Free Kick dan Penalty.

Pertama sekali saya nak terangkan adalah Power Shots. Jika anda sering melihat perlawanan sebenar di mana pemain boleh melakukan sepakan jarak jauh, ini juga boleh dilakukan dalam FIFA 23. Sebelum ini, sangat susah untuk menjaringkan gol daripada jarak jauh (tidak mustahil, cuma sukar), tetapi di sini, ia boleh dilakukan dengan mudah.

Untuk melakukannya, anda hanya perlu menekan butang L1+R1+O (bergantung pada setting). Sepakan itu akan menjadi sangat kuat dan pantas, tetapi memerlukan ruang yang besar dan timing yang tepat.

Technical Dribbling pula membuatkan game lebih lancar. Pergerakan bola terasa lebih lancar dan responsif di mana arah dan kedudukan bola menentukan cara pemain menggelecek. Bersama HyperMotion2, kita dapat melihat banyak animasi menggelecek baharu.

AcceleRATE pula adalah ciri baru kepada sistem pergerakan pemain, yang membahagikan pemain kepada jenis-jenis unik. Ini membolehkan mereka mempamerkan gaya masing-masing semasa berlari.

Ciri ini diilhamkan oleh pemain bola sepak daripada dunia sebenar, di mana pemain dengan kelajuan lebih kurang sama tetap boleh bergerak dengan sangat berbeza merentasi padang. Buat masa ini, tiga jenis pecutan berada di dalam game iaitu:

  • Controlled – kebanyakan pemain dalam FIFA 23 akan jatuh ke kategori Controlled kerana mereka memecut secara seragam dalam cara terkawal.
  • Explosive – ini adalah pemain pendek dan tangkas yang dapat melepas pihak lawan dengan pantas dalam jarak yang dekat. Pemain jenis ini lebih cepat untuk pecut tetapi kadar kelajuan semakin lama akan semakin perlahan.
  • Lengthy – lebih tinggi dan lebih kuat, pemain ini memerlukan lebih banyak masa untuk laju, tetapi mampu mengejar sesiapa sahaja malah mengatasi mereka, dengan syarat mempunyai jarak yang cukup. Pemain jenis ini bermula dengan lebih perlahan tetapi akan menjadi semakin laju dalam jarak yang lebih jauh.

Ini adalah tambahan yang baik kerana dalam entri sebelum, sangat sukar bagi pemain pertahanan untuk mengejar penyerang tetapi dalam FIFA 23 kini mereka ada peluang untuk mengejar walaupun sudah ketinggalan.

EA juga merombak cara kita melakukan Free Kick dan Corner Kick dalam FIFA 23. Semasa melakukan Free Kick misalnya, terdapat garisan kecil yang menunjukkan ke mana bola akan pergi. Kita kemudian akan mengawal arah bola yang membolehkan anda menentukan lencong, ketinggian dan gaya sepakan yang mahu dilakukan.

Penalti juga dirombak dan kini boleh dilakukan dengan mudah untuk membuahkan lebih banyak hasil. Sebelum menyepak, anda akan melihat bulatan yang semakin kecil. Tekan dengan tepat apabila bulatan itu berwarna hijau dan sepakan itu akan tepat mengena sasaran secara automatik.

Career Mode – Manager

Pertama sekali saya perasan ialah kita boleh menggunakan pengurus terkenal di dunia sebenar seperti Jurgen Klopp, Pep Guardiola, atau Carlo Ancelotti, dan ramai lagi.

Kedua adalah Fitur Club Creation, di mana anda boleh memilih untuk Kit Jersi dengan lebih variasi dan tidak membosankan berbanding FIFA 22. Ini sama untuk Logo & Crest. Satu perkara yang saya benci ialah EA masih tidak menambah fitur “Create a Stadium”, jadi pemain hanya boleh menggunakan stadium yang disediakan sahaja.

Apa yang saya paling suka tentang Career Mode Manager adalah apabila membeli pemain hebat, cutscene akan ditunjukkan — bermula daripada mendapat tawaran, ujian perubatan dan pendedahan pertama apabila pemain itu tiba di kelab.

Selebihnya? Tiada perbezaan yang ketara dalam Career Mode secara keseluruhan, cuma UI telah diubah suai dan disusun semula. Semua sistem lain adalah sama.

Career Mode – Player

EA menambah sistem baharu yang dipanggil Player Personality. Terdapat tiga jenis Personality yang boleh dinaik taraf dan dibahagikan kepada tiga jenis dipanggil Maverick, Virtuoso, dan Heartbeat.

Personality boleh dipertingkatkan melalui perlawanan atau membeli-belah dan pelaburan. Sebagai contoh, apabila membeli kereta baru, Personality Point untuk Maverick akan meningkat.

Maverick, Virtuoso, Heartbeat – Setiap personaliti mempunyai kelebihan tersendiri dan akan meningkatkan statistik tertentu. Maverick ialah jenis personaliti yang individualistik dan bercita-cita tinggi, jadi apabila memfokuskan pada personaliti itu, pemain boleh meningkatkan statistik yang berkaitan dengan “shooting”. Jika anda mahir, semua personaliti boleh dimaksimumkan sepanjang kerjaya anda sebagai pemain.

Selain daripada fitur Player Personality, saya rasa tiada lagi tambahan menarik dalam mode Player Career. Semua sistem masih sama – terdapat quest atau objektif untuk mendapatkan skill dan Personality point, terdapat sistem Skills Archetype dan XP ala RPG, semuanya masih sama seperti entri-entri sebelumnya.

Volta

Salah satu highlight terbesar dalam mode Volta ialah Battle Pass. Pemain boleh mendapat pelbagai ganjaran termasuk mata wang in-game hingga ke barangan kosmetik. Cuma, satu-satunya cara untuk meningkatkan level adalah dengan memainkan semua mode dalam Volta. Lebih tinggi tahap kesukaran dan bergantung pada kecemerlangan anda, lebih cepat lah kita naik level.

Ini memang berita barik kerana sebelum ini, Volta tidak menawarkan insentif lain untuk pemain bermain lebih banyak. Tetapi sekarang, Battle Pass membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus bermain Volta kerana ada tujuan untuk mendapatkan ganjaran.

FIFA Ultimate Team

Perubahan yang paling ketara ialah sistem Chemistry, yang dirombak sepenuhnya. Pemain kini akan menerima Chemistry daripada rakan daripada satu kelab, dan ahli pasukan kebangsaan tidak kira posisi mereka berada di atas padang. Itu satu kelebihan besar untuk kita, kerana saya boleh menjimatkan lebih banyak wang.

Sebelum sistem dirombak, pemain perlu berada di sebelah satu sama lain dalam formasi untuk menerima faedah Chemistry, yang meningkatkan statistik pemain. Kini, pemain Man City, Erling Haaland (penyerang) dan Ederson (penjaga gol) boleh “link” bersama kerana bermain di kelab yang sama, sedangkan sebelum ini tidak boleh.

Seterusnya adalah FUT Moments yang boleh disamakan sebagai misi atau quest. Kita boleh mengalami senario single-player untuk menikmati pelbagai peristiwa ikonik yang telah berlaku dalam sejarah bola sepak. Ganjarannya ialah FUT Stars yang boleh ditukar dengan Pack istimewa.

Sebagai contoh, sebagai Mbappe, kami akan bermula semasa zaman dia di AS Monaco. Kemudian misi yang anda perlu lakukan adalah melepasi pihak lawan dengan tipu helah dan kemudian menjaringkan gol. Semua mesti mesti disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Jika tidak, misi akan gagal.

Satu syarat sahaja! FUT Moments hanya wujud untuk pemain tertentu. Contohnya Mbappe, anda mesti mempunyai Mbappe dalam pasukan. Ini agak leceh, kerana pemain tidak boleh mencuba semua FUT Moments serta merta, dan harus mengumpul pemain terlebih dahulu.

Grafik

FIFA 23 masih menggunakan Frostbite Engine tetapi ada beberapa perubahan yang ketara. Visual kelihatan lebih tajam dan terperinci pada bahagian-bahagian tertentu, seperti ketika pemain berpeluh atau hujan. Jika sebelum rumput kelihatan kabur, kini saya dapat melihat rumput di atas padang, terutama ketika melakukan set piece atau sepakan penalti.

Untuk barangan pemain, saya boleh melihat banyak animasi baru. Bukan sahaja dari segi gameplay, tetapi juga cara mereka meraikan gol, tidak kira menang atau kalah. Kini ada lebih banyak cutscene. Contohnya, apabila memenangi Liga atau Kejohanan besar, lebih banyak sudut pandangan kini ditunjukkan. Satu lagi contoh adalah semasa perlawanan derby atau rival. Semasa Manchester Derby, suasana sekitar stadium juga nampak lebih sesak dengan peminat.

Pendapat

Pada pendapat saya, FIFA 23 masih game yang sama cuma dengan sedikit penambahan. Cuma saya anggap bahawa “tambahan baharu” itu amatpenting. Untuk cutscene, ia nampak simple, tetapi menjadikan pengalaman saya lebih mengasyikkan apabila bermain Career Mode. Bersama sistem Chemistry yang dirombak semula di FUT, saya boleh bermain dengan lebih mudah, dan menjimatkan wang & masa.

Bagi gameplay, ini juga merupakan tambahan yang bagus dengan banyak animasi baharu yang menjadikan gameplay lebih lancar, termasuk perubahan pada sistem gaya sepakan, menggelecek dan hantaran.

Walau bagaimanapun, masih ada beberapa kelemahan. Sebagai contoh, ciri mencipta pasukan dalam Career Mode boleh menjadi lebih baik dan lengkap jika anda boleh membuat stadium sendiri. FUT Moments juga mempunyai kelemahan apabila melibatkan misi yang memerlukan pemain tertentu, ini lebih baik jika anda boleh melaksanakan misi secara bebas melalui pemain pinjaman.

FIFA 23 dibangunkan oleh EA Vancouver dan EA Romania dan akan tersedia di seluruh dunia pada PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC, PS4 dan Xbox One pada 1 Oktober. Akses awal untuk FIFA 23 Ultimate Edition bermula pada 28 September, 2022.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

FIFA 23

7 Score

PROS

  • Gameplay lebih lancar
  • LEBIH BANYAK CUTSCENE!
  • FUT lebih seronok
  • Kualiti grafik lebih tajam

CONS

  • Masih tiada "create-a-stadium"
  • Tiada perubahan besar, sistem keseluruhan untuk semua mode adalah sama

Review Breakdown

  • Pada pendapat saya, FIFA 23 masih game yang sama cuma dengan sedikit penambahan. Cuma saya anggap bahawa "tambahan baharu" itu amatpenting. Untuk cutscene, ia nampak simple, tetapi menjadikan pengalaman saya lebih mengasyikkan apabila bermain Career Mode. Bersama sistem Chemistry yang dirombak semula di FUT, saya boleh bermain dengan lebih mudah, dan menjimatkan wang & masa. 0
Tags: bola sepakFIFA 23review
Previous Post

Netflix tubuh studio game sendiri, Bakal hadir dengan game original!

Next Post

Moonscars Review — Platformer Soulslike Menarik Dengan Mekanik Mantap!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Moonscars Review — Platformer Soulslike Menarik Dengan Mekanik Mantap!

Moonscars Review -- Platformer Soulslike Menarik Dengan Mekanik Mantap!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd