Seperti yang korang semua tahu, pasaran sekarang penuh dengan game shooter berasaskan tema survival. Oleh itu, developer Reality MagiQ dari Korea Selatan dan penerbit Kakao Games cuba meneroka idea yang lagi unik melalui projek terbaru mereka, Dysterra.
Secara umumnya, Dysterra pun ialah game shooter survival bertema sci-fi dengan kualiti visual yang cukup menarik. Kandungan pun nampak banyak di mana ia dibahagikan kepada PvE dan juga PvP. Tetapi adakah ia benar-benar menyeronokkan? Secara kebetulan, kami mendapat akses beta playtest bagi game tersebut dan berikut adalah pendapat saya dalam review ini.
Visual reka bentuk dan audio

Seperti yang dipasarkan, visual sci-fi bertemakan futuristik sangat ketara. Apa yang mereka cuba sampaikan dari sudut visual, pada pendapat saya, terasa tulen dan tepat mengikut tema, seperti aspek memperjuangkan sumber di bumi untuk bertahan hidup. Malangnya, saya rasa bahagian aset boleh ditambah baik. Sebagai contoh, majoriti bangunan dan persekitaran kelihatan sama.

Untuk kualiti audio dan kesan bunyi, itu pun perlu ditambah baik. Memandangkan game ini mempunyai elemen seram, ia masuk akal lah untuk meletakkan bunyi “alien” di bayang-bayang. Cuma, ada terlalu banyak “bunyi pelik” (bukan dari Alien) yang saya dengar semasa berlari. Malah saya sendiri jadi keliru semasa membezakan bunyi dalam game.
Apabila mula bermain, kita boleh mencipta watak sendiri. Walau bagaimanapun, character customization di sini sangat terhad dan tidak menawarkan banyak pilihan. Ini agak mengecewakan sedikit bagi sebuah game yang muncul pada tahun 2022. Korang hanya boleh menukar penampilan muka dan Machine Arm, itupun warna sahaja.
Gameplay

Seperti saya katakan tadi, Dysterra mempunyai elemen gameplay PvE dan PvP. Dalam mana-mana game survival FPS, kita akan ditempatkan di lokasi rawak, mencari pelbagai loot dan sumber, crafting/menghasilkan peralatan yang lebih kuat dan mengalami aksi tembak menembak.

Elemen utama dalam game ini adalah mengumpul sumber, penerokaan, crafting, dan pertempuran. Resource gathering atau mencari sumber adalah bahagian penting dalam setiap game survival. Kita akan menemui pelbagai jenis sumber semasa meneroka, dan nasihat saya adalah untuk mengambil kesemuanya, terutamanya Terrasite dan Metal. Terrasit berguna untuk membuat pelbagai barangan pemulihan, bateri, petrol, makanan, elektrik dan barang penting lain untuk bertahan hidup. Metal pula untuk membuat senjata dan peralatan.

Sesi penerokaan pula agak membosankan kerana reka bentuk persekitaran yang berulang. Ditambah lagi dengan variasi musuh yang sedikit pada awal (lebih banyak jenis musuh akan dijumpai kemudian), mereka yang cepat bosan pasti tidak akan suka. Kita perlu memburu jika ingin mendapatkan makanan, tetapi buat masa ini, hanya terdapat 2 haiwan, rusa dan beruang dengan 2 variasi bagi setiap satu.
Selain itu, elemen construction atau membina bangunan juga diwujudkan. Sistem bangunan tidak rumit dan kita cuma perlu tekan F2 dan gunakan menu untuk memilih apa untuk bina, memang mudah sekali.
Sistem pertempuran

Game ini dimainkan berdasarkan server yang kita log masuk. Setiap server mempunyai kapasiti maksimum 100 pemain tetapi peliknya, walaupun saya memasuki server yang sepatutnya “sibuk” dan penuh dengan orang, saya tidak dapat mencari pemain lain. Sebaliknya ia terasa seperti game PvE sahaja. Perkara ini pun saya tidak terkejut, kerana game ini masih dalam peringkat ujian dan tidak banyak orang yang cuba buat masa itu.
Salah satu ciri yang saya sangat tidak suka tentang sistem pertempuran ialah apabila musuh robot gergasi seolah-olah seperti “tidur” atau idle, dan tidak menembak/menyerang saya. Selepas menarik perhatiannya, kita perlu menunggu musuh itu untuk “bangun” terlebih dahulu sebelum menyerang dan mengalahkannya. Oleh itu, strategi serangan hendap pasti tidak akan berjaya.
Kemajuan dari segi watak

Untuk watak yang kita miliki, terdapat 3 jenis stats yang korang perlu ambil perhatian iaitu Health, Satiety (tahap kelaparan), dan juga Battery. Pada pendapat saya, ia nampak lebih simple jika dibandingkan dengan game survival lain.
Kesihatan adalah HP, dan jika capai angka 0, kita akan serta-merta mati. Satiety adalah bahagian kedua paling penting dalam game survival ini dan boleh disamakan dengan stamina, di mana apa sahaja yang kita makan sepanjang permainan akan meningkatkan stamina. Manakala Battery adalah perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Machine untuk korang pelajari lalu menggunakan pelbagai skil unik.
Skill Tree juga wujud dan seperti biasa, korang boleh mengagihkan Skill Point yang diperolehi daripada pelbagai aktiviti, seperti melawan musuh, mengumpul sumber, dan lain-lain. Sebenarnya hanya ada dua “bahagian utama” dalam Skill Tree yang kita perlu beri tumpuan iaitu Survival Branch dan Resource Branch.
- Survival Branch: lebih fokus pada pelbagai kemahiran bertarung dan bertahan hidup.
- Resource Branch: lebih fokus kepada pelbagai kemahiran yang menyokong aktiviti anda. Contohnya, untuk berkumpul atau membina bangunan.
Sebagai game survival, sudah tentu kita akan mati, dan apabila mati, kita akan kehilangan segala-gala barang kecuali 3 item dalam 3 slot yang telah dikunci. Tidak kira sama ada pakaian atau seluar atau apa sahaja, jika barang itu tidak ada di slot yang terkunci, korang akan kehilangan segala-gala barang lain.
Prestasi di PC
Saya bermain game ini menggunakan MSI Crosshair 15 dengan spesifikasi yang terlebih cukup untuk menjalankan game. Walau bagaimanapun, saya tetap mengalami banyak isu prestasi seperti frame rate yang sering turun pada situasi tertentu. Hakikatnya, spesifikasi sebenarnya sangat ringan tetapi masih ada isu bug. Isu ini tidak ada semasa saya main game lain yang lebih berat, jadi saya yakin bug itu datang daripada permainan sendiri.
Pendapat

Secara umum, Dysterra mempunyai keunikan tersendiri sebagai game FPS berasaskan survival. Saya suka cara mereka membuat sistem penerokaan (tanpa aset yang nampak seakan sama), mencari sumber, bahagian crafting dan lain-lain. Perkara itu pun sudah cukup untuk buat saya bermain hingga berjam-jam. Kebanyakan sistem pun mudah difahami dan jelas, jadi itu satu kelebihan.
Namun, itu sahajalah yang saya boleh puji. Sebagai game yang masih dalam fasa ujian, banyak perkara yang perlu diperbaiki seperti audio, reka bentuk persekitaran, dan skill tree. Masalah terbesar yang mereka benar-benar perlu baiki ialah pengoptimuman di PC supaya para pemain tidak perlu menghadapi masalah prestasi semasa bermain.
Maka, tamat lah review saya untuk game ini. Buat masa sekarang, Dysterra masih belum mempunyai tarikh keluaran rasmi dan berkemungkinan besar, hanya akan dikeluarkan untuk PC sahaja. Jadi, jangan lupa untuk layari halaman Steam rasmi untuk maklumat lanjut atau download terus demo-nya yang tersedia sekarang.
Untuk baca review kami tentang game lain, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post