Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Dragon Ball Z: Kakarot (PS5) – Upgrade yang berbaloi demi mengalami kisah Goku!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 6, 2023
in ARPG, Artikel, Berita, Game Review, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Review, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Review Dragon Ball Z: Kakarot (PS5) – Upgrade yang berbaloi demi mengalami kisah Goku!
Share on FacebookShare on Twitter

Asalnya dikeluarkan untuk platform PC, PS4, Xbox One dan Nintendo Switch pada 2019 oleh Bandai Namco, nampaknya Dragon Ball Z: Kakarot masih hidup selepas ditambah ke platform generasi baharu, PS5 dan Xbox Series X/S.

Rasmi boleh dimainkan sekarang, update next-gen untuk judul action RPG popular ini memberikan upgrade ketara pada kualiti visual di samping menawarkan prestasi yang lebih pantas dan lancar. Paling seronok sekali, ia percuma buat sesiapa yang sudah memiliki game ini!

Dalam review lama (baca di SINI), kami memberikan rating sebanyak 8/10 kepada game ini – jadi selepas meluangkan masa beberapa hari bersama Dragon Ball Z: Kakarot versi PS5, adakah keputusan saya akan berubah?

Gameplay tidak banyak berubah

Pendek kata, gameplay Kakarot untuk update next-gen tidak begitu ‘revolusi’ atau memberi pembaharuan. Ciri-ciri dan mekanik asas gameplay masih sama, jadi jangan mengharapkan sesuatu yang baharu/unik dalam versi ini.

Cuma, ada satu perkara yang saya ingin jelaskan terlebih dahulu; DBZ: Kakarot di PS5 tidak mempunyai penambahan ciri DualSense sama sekali termasuk maklum balas haptik dan adaptive trigger. Bagi saya, ini merupakan satu kehilangan besar semasa bermain di PS5.

Apabila Goku, Piccolo, Vegeta, dan yang lain melancarkan serangan mereka, mungkin lebih seronok jika dapat merasakan gegaran Kamehameha atau Big Bang Attack pada butang atau haptik. Tetapi selain gegaran biasa (ada di mana-mana game), semua itu tidak ditambahkan.

Mungkin ramai anggap ini sebagai isu kecil, tetapi ia juga merupakan peluang yang dibazirkan sedangkan kebanyakan game sekarang dikemas kini untuk PS5 dan memiliki sejumlah ciri-ciri istimewa di DualSense.

Tetaou, ada juga berita baik, lagi-lagi untuk pemburu trofi. Disebabkan ini upgrade percuma, pemain boleh memindahkan ‘save data’ ke versi PS5 dan secara automatik, game akan mengesan dan membuka sebarang trofi yang korang ada di versi PS4.

Prestasi cekap, lancar dan laju

Di versi PS4, Dragon Ball Z: Kakarot sudah nampak cukup bagus, tetapi versi PS5 menambah baik segala aspek visual dan prestasi ke tahap lebih tinggi.

Bahagian ‘loading’ dalam Dragon Ball Z: Kakarot versi PS5 lebih cepat dan tidak memakan masa sehingga 1-2 minit berkat perkakasan baharu. Ini merupakan perkara pertama yang saya ingin Bandai Namco baiki memandangkan tempo gameplay kita boleh diganggu oleh tempoh ‘loading’ yang lama sedangkan Kakarot adalah game yang ‘fast-paced’.

Alhamdulillah, sekarang game tidak perlu mengambil masa yang lama untuk Goku memindahkan lokasi.

Satu lagi pujian saya boleh beri ialah mode visual ‘Performance’, yang meningkatkan frame rate daripada 30 hingga 60 FPS. Seperti saya kata tadi, pertempuran Dragon Ball Z: Kakarot amat pantas dan menggunakan konsep 3D arena fighter, jadi kita mempunyai banyak ruang untuk bergerak sekitar medan pertempuran.

Di sini, versi PS5 menerima banyak kelebihan daripada aspek lancar dan respon yang semakin pantas, dan ternyata, segala aksi yang dipamerkan terasa lebih hebat untuk dilihat.

Pada masa yang sama, terdapat juga mode “Quality ” yang mengehadkan frame rate pada 30 FPS. Saya tidak dapat melihat perbezaan yang ketara, tetapi alam sekitar kelihatan lebih ‘sharp’ dan tajam. Perbezaan nampak lebih jelas apabila kita pergi dekat ke sebuah objek dan perhatikan butirannya (dalam mode Performance, butiran di objek akan nampak lebih kabur).

Perhatian; korang tidak boleh bertukar antara dua mode ini semasa dalam game. Pemain perlu berhenti dahulu dan pergi ke menu utama, lalu menukar pilihan daripada sana. Agak leceh, jadi saya sarankan 100% untuk korang menggunakan mode Performance.

Memandangkan pengalaman pertama saya bermain Kakarot adalah di PS4, saya sendiri nampak konsol itu tidak mampu mengeluarkan potensi penuh Kakarot. Ia tidak dapat mengekalkan frame rate yang stabil dan kadangkala akan ‘lag’ semasa kita melakukan skill besar seperti Spirit Bomb, Kamehameha dan sebagainya.

Dalam versi PS5, masalah ini disingkirkan. Tidak kira berapa ramai Saibamen atau musuh yang datang, pertempuran masih terasa pantas dan lancar.

Visual nampak lagi berwarna-warni

Tetapi penambahbaikan game bukan sekadar kelancaran dan prestasi sahaja; CyberConnect2 merombak semula banyak aset dan kesan visual untuk memanfaatkan sepenuhnya perkakasan yang canggih.

Pertama sekali adalah pencahayaan, yang membuatkan landskap permainan kelihatan lebih dinamik dengan menyediakan cahaya matahari yang terang, warna alam sekitar yang lebih mirip anime, bayang-bayang lebih realistik, jarak fokus lebih panjang dan ciri-ciri lain.

Penampilan keseluruhan mengalami perubahan yang besar, jika nak dibandingkan dengan game original yang nampak “kosong” di beberapa kawasan.

Tekstur dan geometri persekitaran kini diperbaiki, alam flora dan fauna nampak lebih hidup dan menyeluruh, jumlah pokok meningkat, malah kualiti model watak pun bertambah baik.

Namun, berbanding versi PS4 yang saya main tiga tahun lepas, beberapa model watak masih serupa (terutamanya watak sampingan dan NPC). Majoriti watak menggunakan gaya seni cel-shaded, cuma bayang mereka sahajalah lebih autentik – jadi tidak banyak penambahbaikan visual yang dibuat ke atas watak.

Malangnya, saya tidak dapat membandingkan visual dengan versi PS4 saya kerana kehilangan save data, tetapi berikut adalah beberapa screenshot daripada Bandai Namco:

Pendapat

Walaupun Dragon Ball Z: Kakarot adalah game yang repetitif daripada segi gameplay, tetapi versi PS5 adalah versi definitif untuk menikmati game ini kerana frame rate yang tinggi, ‘content’ tambahan dan grafik yang ditambah baik – dan secara tidak langsung, menyingkirkan banyak elemen yang dahulu dibenci oleh pemain.

Namun, memandangkan versi original sudah dikeluarkan sejak tiga tahun dahulu, pasti ramai yang sudah bermain semua kandungan. Walaupun masih menerima DLC baharu, tetapi inti Kakarot tetap sama. Untuk menghargai sepenuhnya versi baharu ini, anda perlu mencintai Dragon Ball 100% atau mungkin pemain yang tidak pernah mencuba game itu sebelum ini.

Jika anda adalah salah seorang daripada orang yang saya sebutkan tadi, maka itu adalah sebab yang bagus untuk mencuba Kakarot. Saya pun harus mengaku, game ini pun memberi pengalaman serba baharu untuk peminat Dragon Ball mengalami peristiwa paling ikonik dalam francais dan daripada segi gameplay, aksi RPG pun boleh tahan bagus.

Pada masa yang sama, ‘expansion DLC’ -Bardock- Alone Against Fate turut dikeluarkan bulan lepas, jadi buat sesiapa yang berminat, ini juga adalah insentif baharu untuk mencuba Kakarot semula.


Dragon Ball Z: Kakarot kini tersedia untuk Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X/S. Baca segala liputan kami tentang game ini di SINI.

PC
PS4
Dragon Ball Z: Kakarot
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: CyberConnect2
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Dragon Ball Z: Kakarot adalah game action RPG Dragon Ball yang bermula dari awal permulaan manga/ anime hingga ke kesimpulan epiknya. Dalam pengembaraan Saiyan Super ini, anda akan bertemu dengan pelbagai watak terkenal dan menavigasi di dunia ikonik Dragon Ball Z.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Dragon Ball Z: Kakarot (PS5)

7 Score

PROS

  • Visual anime lebih mengagumkan dan 'hidup'
  • Tempoh loading lebih cepat, tidak lama seperti dahulu
  • Aksi pertempuran lebih smooth

CONS

  • Tidak menambah ciri-ciri DualSense seperti maklum balas haptik dan adaptive trigger
  • Hanya menarik kepada pemain baru

Review Breakdown

  • Skor 0
Tags: Dragon Ball Z: Kakarotps5review
Previous Post

Acer Malaysia lancarkan monitor 180Hz dengan harga terendah di pasaran!

Next Post

TMNT: Mutant Mayhem akan ditayangkan di Malaysia bermula 3 Ogos 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
TMNT: Mutant Mayhem akan ditayangkan di Malaysia bermula 3 Ogos 2023!

TMNT: Mutant Mayhem akan ditayangkan di Malaysia bermula 3 Ogos 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd