Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review D&D: Journeys Through the Radiant Citadel – Permulaan bagus ke dunia kosmik

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 13, 2022
in Artikel, Berita, Board Game, Preview, Produk
0 0
0
Review D&D: Journeys Through the Radiant Citadel – Permulaan bagus ke dunia kosmik
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi mereka yang ingin mendalami dunia Dungeons & Dragons, korang boleh belajar banyak melalui buku istimewa Journeys Through the Radiant Citadel oleh Wizards of the Coast. Sama seperti Strixhaven: A Curriculum of Chaos yang kami review sebelum ini, Journeys Through the Radiant Citadel adalah buku suplemen yang dipenuhi dengan idea untuk memperkayakan pengembaraan D&D anda, tidak kira seorang diri atau bersama rakan.

Khas untuk Radiant Citadel, buku ini memperkenalkan lebih banyak latar belakang dan budaya yang mengambil inspirasi dari dunia sebenar. Memandangkan kita boleh roleplay sebagai mana-mana watak dari budaya berbeza, perhatian khas diberi oleh pengarang buku supaya tidak menjadikannya terlalu stereotaip. Mereka juga menambah bahagian khusus untuk membantu pembaca tentang perkataan-perkataan penting.

Kerana peranan watak anda sudah ditentukan pada level tertentu, pengalaman yang ditawarkan mungkin tidak begitu menarik untuk pemain D&D veteran yang sudah mempunyai watak level tinggi.

Berikut adalah review menyeluruh tentang kandungan dan kualiti yang ditawarkan dalam buku D&D Journeys Through the Radiant Citadel!

Reka bentuk dan isi kandungan buku

Journeys Through the Radiant Citadel sebenarnya baru sahaja tersedia di Asia Tenggara pada bulan September ini, dan kami bertuah kerana mendapat peluang untuk melihatnya dengan lebih awal. Buku ini datang dalam dua varian cover berbeza yang menunjukkan suasana pasar malam Dyn Singh oleh artis Evyn Fong dan manifestasi batu permata “Dawn Incarnates” oleh artis Sija Hong.

Kedua-dua cover tersebut mempunyai daya tarikan berbeza terutama pada kesan fantasi yang ditonjolkan daripada Dawn Incarnates. Secara fizikal, buku ini dibalut dengan hardcover yang menjadikannya lebih padat, berat dan premium.

Karya seni yang ditunjukkan pada bahagian dalam juga sangat menarik terutama daripada reka bentuk persekitaran yang imaginatif dan sentuhan budaya. Keseluruhan tema Radiant Citadel memfokuskan kepada Deep Ethereal yang digambarkan sebagai pusat keindahan Auroral Diamond yang menghubungkan begitu banyak tamadun.

Sebagai tempat berkumpul yang penting, kita boleh melihat ciri-ciri lain seperti kemunculan seni bina sihir yang baru wujud.

Berkenaan cerita — Radiant Citadel baru sahaja ditemui semula selepas perjuangan naga Sholeh dan seorang pengembara berani yang menemaninya. Sebagai wakil utama dari kawasan itu, dia memegang kuasa untuk mengawasi seluruh situasi dan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan, semuanya untuk mewujudkan persekitaran yang aman dan neutral.

Tetapi sebenarnya ada lebih banyak sejarah dan misteri yang boleh digali dalam Radiant Citadel, termasuk usaha untuk menemui semula tamadun lama yang hilang. Sebagai tempat yang menawarkan begitu banyak senario berbeza, anda boleh membaling dadu untuk mendapatkan pelbagai pilihan pengembaraan.

Sentiasa gunakan imaginasi anda

Seperti yang saya beritahu tadi, ini masih adalah buku suplemen. Jadi akhirnya, ia tetap bergantung pada imaginasi kita untuk memilih cerita untuk masukkan dalam pengembaraan sendiri. Kami rasa lebih banyak tumpuan diletakkan pada latar belakang dunia berbanding watak utama.

Sebagai contoh: Sholeh mempunyai perenggan yang menceritakan latar belakangnya, sifat keperibadian, cita-cita, hubungan, dan kelemahan — semuanya disimpulkan dalam ayat yang berasingan.

Apabila membandingkannya dengan bahagian dalam Strixhaven, bahagian ini terasa sangat kurang. Oleh itu, bagi anda yang tidak begitu berpengalaman dalam roleplay, pastinya kita memerlukan lebih banyak bimbingan.

Satu lagi contoh lain ialah apabila memulakan pengembaraan pertama melalui laluan Salted Legacy, ada banyak perkara yang perlu dilakukan walaupun anda hanya mempunyai watak level 1. Bagi kami, banyak perkara telah dicampak ke suasana pasar malam yang agak kelam kabut dan sukar untuk menyesuaikan diri.

Ini sememangnya berbeza daripada logik standard di mana ramai berpendapat bahawa watak level 1 biasanya untuk beginner, jadi banyak kelonggaran diberi supaya mereka dapat memahami permainan.

Dalam Salted Legacy, beberapa kejadian akan berlaku dan akhirnya kita akan terlibat dalam sejenis penyiasatan. Di sini, anda boleh meningkatkan reputasi dengan beberapa vendor. Apabila reputasi cukup tinggi, anda kemudian boleh belajar lebih lanjut tentang lokasi itu untuk membongkarkan misteri. Namun begitu, kerana watak anda sudah sibuk dengan perkara-perkara lain, aktiviti ini lebih terasa seperti aktiviti optional dan bukannya satu keutamaan.

Separuh lagi isi kandungan buku pula didedikasikan untuk aspek world building, ciri-ciri permainan, bahasa yang digunakan oleh kaum berbeza, lokasi-lokasi penting, kehidupan masyarakat, dan bestiary istimewa lengkap dengan maklumat statistik.

Terdapat 13 pengembaraan di Radiant Citadel, tetapi kami rasa yang semuanya lebih kepada basic/rangka yang perlu anda bina. Walaupun banyak kandungan telah dibungkus dalam buku tersebut, pengembaraan pendek yang ditawarkan cukup mudah difahami apabila mereka cuba menggariskan jalan cerita dan keutamaan lain untuk aspek world building.

Oleh itu, kami melihatnya sebagai suplemen yang paling sesuai untuk memberikan gambaran terbaik tentang dunia, dan bukannya untuk mereka yang inginkan pengalaman roleplay penuh.

Kami sebenarnya juga berharap buku itu dapat memasukkan beberapa maklumat unik seperti rujukan budaya yang diambil dari kehidupan sebenar.

Pendapat

Semasa menyelam ke dalam kandungan buku, saya berpendapat yang Journeys Through the Radiant Citadel adalah tambahan yang kompleks tentang persekitaran dunia Dungeons & Dragons. Ini mungkin nampak biasa kepada pemain veteran, tetapi bagi beginner seperti kami, sekurang-kurangnya kita boleh mempunyai pengalaman yang lebih mengasyikkan.

Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa potensi buku itu kurang cemerlang, sekurang-kurangnya jika dibandingkan dengan Strixhaven. Ini kerana anda diberi lebih banyak bahan yang memfokuskan pada latar belakang dunia dan aspek world building, jadi panduan untuk roleplay watak tertentu amat berkurangan.

Selain itu, keputusan untuk membawa 13 pengembaraan dengan tumpuan pada budaya berbeza nampak memberangsangkan, tetapi sebenarnya membuatkan setiap cerita berasa kurang impak dan lebih menyerupai gambaran kasar. Ia jauh lebih baik jika setiap pengembaraan boleh dibungkus dalam satu buku daripada dibahagikan kepada satu bab yang terhad kepada 10 muka surat.

Selain daripada itu semua, Radiant Citadel sekurang-kurangnya berjaya membawa pengalaman unik yang membolehkan anda merasai pelbagai budaya fiksyen.


Jika berminat dengan buku tersebut, anda boleh melihat info penuh dan membuat pembelian di SINI. Pada masa yang sama, kami juga mendapat peluang interview eksklusif bersama Pam Punzalan yang merupakan pengarang cerita Between Tangled Roots untuk buku ini — korang boleh baca di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dungeons and DragonsJourneys Through the Radiant CitadelPreview
Previous Post

Black Clover dedahkan “The Land of the Sun & watak baru, rupanya kawan Yami!

Next Post

Destroy All Humans 2! – Reprobed – 2nd Coming Edition Unboxing — Crypto Selamat Mendarat di Bumi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Destroy All Humans 2! – Reprobed – 2nd Coming Edition Unboxing — Crypto Selamat Mendarat di Bumi!

Destroy All Humans 2! - Reprobed - 2nd Coming Edition Unboxing -- Crypto Selamat Mendarat di Bumi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd