Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Cocaine Bear – Beruang mabuk mengganas dengan tahap komedi maksimum!

safwan by safwan
February 23, 2023
in Artikel, Berita, Filem, GSC Cinemas, Movie Review, Movie/siri, Review, TGV Cinemas
0 0
0
[Review] Cocaine Bear – Beruang mabuk mengganas dengan tahap komedi maksimum!
Share on FacebookShare on Twitter

Berdasarkan dari kisah sebenar yang berlaku pada tahun 1985 di mana terdapat seekor beruang hitam Amerika telah menelan satu beg yang penuh dengan kokain, filem Cocaine Bear akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 23 Februari 2023.

Walaupun hanya menceritakan beruang mabuk, filem ini membawa genre “dark comedy” yang tidak ramai orang sangkakan. Jadi, kalau nak tahu sama ada filem ini sesuai dengan cita rasa anda atau pun tidak, mari baca review jujur kami.

Selepas seekor beruang hitam seberat 500 paun mengambil sejumlah besar kokain mula mengamuk, membuatkan sekumpulan penduduk terdiri daripada polis, penjenayah, pelancong dan remaja berkumpul di hutan Georgia.

Sinopsis Cocaine Bear

Penceritaan

Cocaine Bear

Sebelum saya pergi menonton filem ini, saya menjangkakan yang jalan cerita utama filem ini akan menceritakan tentang seekor beruang besar yang sedang mabuk akibat memakan kokain. Tetapi apabila selesai menonton filem, jalan penceritaan yang dibawa sangat berbeza kerana mereka telah mencampurkan pelbagai cerita-cerita kecil yang berkaitan dengan beruang tersebut.

Sebalik menggunakan beruang mabuk sebagai jalan utama filem ini, mereka menggunakannya sebagai cerita sokongan di mana cerita utamanya adalah hanya melarikan diri daripada beruang. Berikut adalah cerita-cerita yang dimasukkan ke dalam filem ini.

Terdapat dua kanak-kanak kecil ponteng sekolah hanya untuk pergi ke dalam hutan dan air terjun. Terdapat seorang ibu yang sedang mencari anak perempuannya dan rakan anak perempuannya ditemani oleh seorang renjer bersama seorang ahli zoologi.

Cocaine Bear

Terdapat dua penyeludup dadah yang cuba mendapatkan semula kokain yang berada di dalam hutan, dan memaksa seorang remaja yang menjumpainya dan menyembunyikan di suatu tempat untuk mengetuai mereka.

Terdapat seorang polis dalam misi untuk menyelesaikan kes kokain. Terdapat sekumpulan tiga remaja, dan mereka hanyalah orang biasa.

Terdapat banyak cerita-cerita kecil seperti yang saya katakan, tetapi ia langsung tidak kemas untuk menyambungkan cerita-cerita diantara satu sama lain. Matlamat setiap kumpulan atau watak adalah sangat jelas dan apabila adegan setiap cerita selalu bertukar, saya tidak merasakan yang ia adalah susah untuk mengikuti setiap perkembangan mereka. Malah, setiap cerita-cerita tersebut mempunyai pengakhiran cerita yang tersendiri.

Cocaine Bear

Saya boleh katakan yang Cocaine Bear adalah filem komedi yang banyak darah kerana filem ini membawa lawak-lawak yang sangat baik sehingga seluruh panggung ketawa dengan kuat. Beruang yang sepatutnya menakutkan itu pun menjadi kelakar sebab mabuk. Memandangkan filem ini ditempatkan pada tahun 80-an, banyak rujukan kepada filem 80-an telah digunakan.

Dari mula sehingga habis, filem ini dapat membuatkan para penonton terketawa dengan lawak-lawak yang baik. Tetapi, untuk pengakhiran filem ini, mereka membawa kepada arah survival secara tiba-tiba dan saya dapat merasakan yang ia langsung tidak kena pada tempatnya.

Watak

Cocaine Bear

Seperti yang saya katakan, filem ini terdapat banyak cerita-cerit kecil. Jadi, setiap cerita akan memperkenalkan watak-watak yang berbeza. Namun, hanya sesetengah daripada cerita tersebut mempunyai kaitan diantara satu sama lain iaitu beruang yang sedang hisap/makan kokain.

Walaupun terdapat banyak watak dengan cerita yang diperkenalkan, mereka masih mudah untuk diikuti dan terdapat watak sampingan yang tidak dapat dilupakan kerana penulisan filem itu sangat baik.

Cocaine Bear

Setiap watak yang ditampilkan di dalam filem ini mempunyai “screen time” yang seimbang supaya para penonton dapat memahami setiap watak. Bagi saya, setiap pelakon dapat membawa watak mereka dengan sangat baik. Tetapi, watak kegemaran saya di dalam filem ini ialah watak seorang zoologi yang dimainkan oleh Margo Martindale.

Filem Cocaine Bear yang berdurasi sepanjang 90 minit ini menceritakan tentang seekor beruang mabuk dengan kokain. Tetapi entah bagaimana pihak penerbit dapat mengumpulkan ramai pelakon besar dan menjadikan mereka sangat baik untuk melakonkan setiap watak di dalam filem ini.

Kesimpulan

Cocaine Bear

Sejujurnya, saya sangat menyukai filem ini bukan kerana saya tidak kisah tentang pertumpahan darah di mana tetapi ini mungkin kali pertama yang saya rasa sangat berbaloi untuk ditonton. Saya dapat merasakan yang komedi di dalam filem ini sangat menonjol sehingga genre “dark” yang dibawa rasa tenggelam.

Saya tidak mengatakan yang semua lawak mereka sangat bagus, tetapi ia cukup untuk membuat satu panggung ketawa terbahak-bahak. Walaupun pengakhiran filem ini agak “tiba” dan tidak kena pada masanya, ia masih merupakan salah satu filem yang lebih baik dalam genre komedi.

Memandangkan filem ini membuatkan saya terketawa dengan sangat banyak, saya sangat menyarankan sesiapa yang menyukai komedi pergi menonton filem Cocaine Bear. Bermula pada 23 Februari 2023, filem Cocaine Bear bakal mengunjungi panggung wayang terdekat anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak review, sila klik di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Cocaine Bear

8 Score

PROS

  • Komedi tahap maksimum
  • Semua watak dapat berkembang dengan baik

CONS

  • Pengakhiran filem yang tiba-tiba

Review Breakdown

  • emandangkan filem ini membuatkan saya terketawa dengan sangat banyak, saya sangat menyarankan sesiapa yang menyukai komedi pergi menonton filem Cocaine Bear 0
Tags: Cocaine Bear
Previous Post

[Review] Razer Blade 15 OLED – Peneman setia anda ke mana sahaja!

Next Post

Manhwa Tower of God Akan Tiba Dengan Bab Terbaru Pada Mac Ini di Webtoon!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Manhwa Tower of God Akan Tiba Dengan Bab Terbaru Pada Mac Ini di Webtoon!

Manhwa Tower of God Akan Tiba Dengan Bab Terbaru Pada Mac Ini di Webtoon!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd