Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Bravely Default II: JRPG moden tapi klasik pada masa yang sama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 1, 2021
in Artikel, Game Review, Nintendo Switch, Review, RPG
0 0
0
Review Bravely Default II: JRPG moden tapi klasik pada masa yang sama!
Share on FacebookShare on Twitter

Disebabkan game pertamanya adalah salah satu JRPG terbaik di Nintendo 3DS, memang tidak menghairankan mengapa Square Enix ingin memperkenalkan semula francais Bravely Default, dalam cara yang lebih besar dan menarik untuk pengguna baru. Baru dilancarkan beberapa hari lepas, Bravely Default 2 membuat kemunculan rasmi di Nintendo Switch!

Seperti pendahulunya, Bravely Default 2 memberi fokus kepada daya tarikan JRPG klasik sambil menggambarnya dalam rupa dan persekitaran yang moden. Mekanik-mekanik asas untuk game ini pun memberi perasaan nostalgia semasa anda bertarung dengan pelbagai raksasa dan musuh melalui sistem pertempuran turn-based.

Walaupun jalan ceritanya tidak begitu gempak seperti game pertama, Bravely Default 2 adalah JRPG moden yang menggabungkan elemen terbaik dan “terburuk” daripada zaman RPG klasik. Mengapa saya kata begini? Biar saya terangkan dalam ulasan ini!

Jalan cerita & naratif

Tiada kaitan dengan game pertama dalam siri ini, jalan cerita Bravely Default 2 mengisahkan seorang pelayar bernama Seth yang terkandas di sebuah wilayah yang dia tidak tahu. Tidak lama kemudian, dia bertemu Gloria, Adelle, dan Elvis, tiga sahabat yang akan menemaninya dalam perjalanannya.

Walaupun tidak tahu bagaimana dia terkandas di situ, Seth dengan cepat terlibat dalam sejenis plot unik yang mengharuskan dia mendapatkan semula empat kristal yang dapat mengawal elemen-elemen dunia. Kristal ini nampaknya diambil oleh orang jahat, dan digunakan untuk menghasilkan beberapa malapetaka seperti ribut yang muncul di sekitar beberapa kerajaan yang kita akan anda lawat sepanjang permainan.

Walaupun saya amat suka genre JRPG, ada satu perkara yang boleh “turn-off” game seperti ini iaitu – mekanik “overgrinding“. Sebagai JRPG, sudah tentulah Bravely Default 2 mempunyai sejenis mekanik “grinding” tertentu. Malangnya, ada beberapa kali saya terasa seperti seluruh naratif seolah-olah terhenti kerana memaksa saya “grinding” di antara titik plot utama.

Jalan ceritanya – walaupun bukan antara yang paling unik – masih mampu menarik minat pemain dan sebagai seseorang yang suka naratif seperti ini, saya sentiasa ingin bermain sehingga habis untuk tahu kesimpulan akhir. Malangnya, Bravely Default 2 menghalang saya daripada menikmati jalan cerita dengan mencipta dungeon yang penuh dengan pertarungan bos sukar! Dungeon ini memerlukan saya untuk “grinding” selama berjam-jam hanya untuk mempersiapkan diri melawan bos baru.

Tempoh grinding ini menjadi semakin lama apabila kita perlu kembali ke bandar, atau mendirikan “Tent” untuk berehat. Memandangkan diri pun banyak membesar sejak zaman remaja dahulu, saya tidak mempunyai banyak masa dan ini membuat saya agak tertekan kerana perlu membuat banyak perkara hanya untuk tahu keseluruhan jalan cerita.

Sistem & mekanik pertempuran asas

Gameplay asas Bravely Default 2 tidak banyak berubah dari pendahulunya d mana sistem pertempuran merangkumi dua aksi bernama Brave dan Default. Seorang watak boleh melakukan sejenis aksi dengan menggunakan BP (Brave Points) dan mereka dapat meningkatkan nilai ini dengan menggunakan Default, yang memberikan BP tambahan dan meletakkan watak dalam posisi defensif.

Pemain juga dapat menghabiskan sejumlah BP sekaligus untuk melakukan beberapa aksi berturut-turut pada awal pertempuran, supaya dapat membunuh musuh sebelum mereka dapat bertindak. Tetapi, risikonya amat besar untuk strategi ini kerana watak hanya mendapat satu BP selepas setiap pusingan, jadi jika serangan itu gagal, maka raksasa tersebut akan mempunyai beberapa pusingan percuma untuk menyerang parti kita yang terdedah. Musuh juga dapat menggunakan sistem BP, di mana kebanyakan bos akan menghancurkan kita dengan sejumlah serangan kuat dalam satu pusingan.

Selain daripada sistem Brave/Default, Bravely Default 2 juga mempunyai sistem berasaskan kelas. Parti kita boleh memperoleh “job/kelas” baru sepanjang permainan, termasuk pekerjaan klasik seperti Black Mage dan Thief. Setiap watak juga dapat menggunakan abiliti tambahan, serta lima abiliti pasif dari mana-mana kelas. Seperti permainan pertama, sistem ini sentiasa seronok di mana kita dapat susun parti yang menarik dengan campuran abiliti yang unik!

Selain itu, terdapat satu perubahan besar untuk sistem pertempuran Bravely Default 2 yang meningkatkan kesukaran ke tahap yang sangat-sangat tinggi! Setiap musuh kini mempunyai abiliti “counter” yang akan aktif apabila sebuah kriteria tertentu ditunaikan. “Counter” ini adalah pergerakan percuma untuk musuh, di mana mereka boleh menyerang parti kita dengan serangan kuat atau menyembuhkan diri sendiri apabila nyawa rendah.

Terlalu susah?

Masalah terbesar dengan Bravely Default 2 terletak pada kesukaran yang tinggi. Ini adalah permainan yang sangat sukar kerana musuh dapat menghukum pemain setiap kali kita mencuba strategi tertentu. Setiap bos mempunyai teka-teki sendiri ketika kita cuba untuk mengenalpasti “counter” mereka. Ini bermaksud kita harus menggunakan strategi khusus untuk mengalahkan bos tertentu kerana kebanyakan kombinasi lain tidak akan berfungsi, lantas membuatkan keseluruhan sistem kelas watak seperti sia-sia.

Game ini mempunyai mod Casual tetapi jangan anggap fungsinya sama seperti nama, kerana mod Casual dalam Bravely Default 2 hanya memperlahankan jumlah pergerakan yang dapat dilakukan oleh musuh pada giliran mereka. Dalam kebanyakan game lain, mod Casual membolehkan pemain menikmati jalan cerita mengikut tempo mereka sendiri tanpa mengalami apa-apa halangan besar tetapi dalam game ini, ia hanya memudahkan pemain tanpa meminta mereka untuk grinding terlalu lama demi meningkatkan tahap.

Dalam beberapa jam pertama, itu adalah antara masa yang paling sukar kerana kita hanya diberi akses ke beberapa kelas asas, dan terpaksa bertarung dengan bos yang, bagi saya, terlalu sukar. Sekiranya pemain dapat bertahan hidup pada tempoh awal ini, maka pengalaman anda pasti akan menjadi lebih menyeronokkan selepas itu.

Pendapat

Bravely Default 2 adalah JRPG old-school, yang ingin kembali kepada zaman-zaman kegemilangan sistem turn-based. Ada banyak sebab untuk saya suka game ini tetapi ada juga banyak sebab untuk saya benci. Secara keseluruhan, Claytechworks telah melakukan kerja yang bagus dan berjaya menangkap ciri-ciri asas yang membuatkan JRPG seperti francais Final Fantasy dan Dragon Quest popular pada zaman dahulu.

Walaupun pemain baru boleh mencuba Bravely Default 2 tanpa banyak masalah, ia sememangnya direka secara khusus untuk peminat lama kerana sistem pertempurannya umpama teka-teki dan mungkin agak “turn-off” untuk orang yang lebih suka pengalaman santai. Untuk pemain lama, sekurang-kurangnya mereka sudah kenal mekanik asas dan tahu apa yang perlu dibuat dalam situasi tertentu.

Walaupun saya kata begitu, saya mohon agar pemain baru yang ingin cuba Bravely Default 2 tidaklah terlalu kecewa atau takut kerana sistem kelas watak watak dan jalan ceritanya yang menarik adalah tumpuan utama. Cuma, perjalanan anda agak sukar berbanding game lain pada tempoh awal.

Itu sahaja untuk ulasan ini, bagi sesiapa yang berminat, mari dapatkan Bravely Default 2 sekarang yang eksklusif hanya di Nintendo Switch! Sehingga kita berjumpa lagi, selamat ber-gaming!

Gameplay

Pra-daftar di sini
Bravely Default 2
Publisher: Nintendo, Square Enix
Developer: Claytechworks
Release Date: 2021-02-26
Nintendo Switch
Bravely Default II adalah permainan video main peranan yang akan datang yang dikembangkan oleh Claytechworks dan diterbitkan oleh Square Enix di Jepun, dengan Nintendo mengendalikan pelepasan di wilayah Barat untuk Nintendo Switch. Ia dijadualkan untuk dilancarkan di seluruh dunia pada 26 Februari 2021
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Bravely Default II

7 Score

Bravely Default 2 adalah JRPG old-school, yang ingin kembali kepada zaman-zaman kegemilangan sistem turn-based. Ada banyak sebab untuk saya suka game ini tetapi ada juga banyak sebab untuk saya benci.

Review Breakdown

  • Secara keseluruhan, Claytechworks telah melakukan kerja yang bagus dan berjaya menangkap ciri-ciri asas yang membuatkan JRPG seperti francais Final Fantasy dan Dragon Quest popular pada zaman dahulu. 0
Tags: BRAVELY DEFAULT IIJRPGnintendo switchreviewsquare enixulasan
Previous Post

Valorant: Agent baru Astra akan tiba dengan Battle Pass pada 2 Mac ini!

Next Post

Kali ini saksikan gameplay Giyu Tomioka didedahkan untuk Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Hinokami Keppuutan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Kali ini saksikan gameplay Giyu Tomioka didedahkan untuk Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Hinokami Keppuutan

Kali ini saksikan gameplay Giyu Tomioka didedahkan untuk Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Hinokami Keppuutan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd