Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Black Panther: Wakanda Forever – Penghormataan kepada Chadwick Boseman

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 12, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Movie/siri, Review
0 0
0
Review Black Panther: Wakanda Forever – Penghormataan kepada Chadwick Boseman
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi peminat MARVEL, Black Panther: Wakanda Forever adalah salah satu filem Marvel paling dinanti-nantikan pada tahun 2022 atas beberapa sebab. Filem sebelum terlalu cemerlang hingga memenangi pelbagai jenis anugerah, jadi saya faham jika jangkaan peminat sangat tinggi. Namun, selepas kematian tragis bintang utama Chadwick Boseman pada tahun 2020, pihak produksi terpaksa mengubah rancangan sekuel sepenuhnya.

Kini sudah ditayangkan secara rasmi, saya anggap Wakanda Forever sebagai filem yang peminat MCU wajib tonton di pawagam. Ia bukan sekadar filem MCU biasa, tetapi membawa mesej bermakna bagi peminat yang tonton daripada filem pertama hingga ke siri. Pertama, ia menyampaikan perspektif baharu tentang Wakanda termasuk penduduk dan pemerintahnya. Kedua, filem ini merupakan penghormatan kepada Chadwick Boseman selepas kematiannya.

Mungkin ada yang anggap ia susah untuk mengimbangi antara dua elemen ini, tetapi Wakanda Forever berjaya memberi kesimpulan indah, dengan menjalinkan kehilangan Boseman ke dalam naratif sambil memberi nafas baru kepada legasi.

Tanpa melengahkan masa lagi, inilah review saya untuk Black Panther: Wakanda Forever!

Dua empayar terbesar di dunia MARVEL bertembung

Memandangkan Marvel memutuskan untuk tidak mencari pelakon baru bagi T’Challa lakonan mendiang Chadwick Boseman, mereka perlu mencari cara untuk menjelaskan mengapa watak itu sudah “tiada”. Di awal filem, penonton akan dapat tahu bahawa T’Challa menghadapi penyakit yang tidak diketahui dan malangnya – meninggal dunia.

Maka, di adegan seterusnya kita dapat melihat T’Challa dikembumi. Malah kemunculan logo Marvel Studios juga memberi penghormatan kepada Boseman.

Selepas adegan pembukaan yang emosional, Black Panther: Wakanda Forever meneruskan kisah, setahun selepas kematian T’Challa. Queen Ramonda (Angela Bassett) telah mengambil semula takhta Wakanda manakala adik T’Challa, Shuri (Letitia Wright) sibukkan dirinya dalam kerja untuk mempersiapkan negara Wakanda bagi ancaman kuasa asing kerana ramai negara kini cuba sedaya upaya untuk mencuri sumber vibraniumnya.

Malangnya, Wakanda terpaksa berdepan dengan ancaman unik iaitu Namor (Tenoch Huerta), pemimpin kepada kerajaan bawah laut yang dikenali sebagai Talokan.

Disebabkan dunia luar mengacau kediamannya, Namor menganggap manusia sebagai ancaman, dan mahukan bantuan Wakanda. Walau bagaimanapun, syaratnya bukanlah untuk berdamai, tetapi sebaliknya berperang. Sejarah hidup Namor juga amat unik dan dipengaruhi oleh kolonialisme manusia. Rakyatnya kehilangan tempat tinggal di darat, jadi mereka terpaksa membina rumah baru yang bebas dari penindasan dan bersembunyi dari seluruh dunia.

Menghadapi musuh baru, Shuri dan Ramonda bersama-sama dengan beberapa watak lama dan baru, terpaksa mencari solusi untuk menyelesaikan perang besar ini tanpa bantuan Black Panther.

Lakonan emosi kematian T’Challa

Tidak dinafikan bahawa pengarah Ryan Coogler (yang turut menulis filem bersama Joe Robert Cole) harus memikul tugas yang sukar semasa menghasilkan Black Panther: Wakanda Forever. Sesetengah orang tidak bersetuju dengan keputusan untuk memfokuskan kematian T’Challa berbanding mencari pelakon, tetapi saya gembira dengan hala tuju yang mereka ambil.

Pertama saya nak puji adalah lakonan Shuri dan ibunya Ramonda. Apabila mereka menitiskan air mata untuk T’Challa, lakonan mereka memang penuh emosi memandangkan Bassett dan Wright sabgat rapat dengan Boseman.

Bagi watak Shuri, dia enggan menerima kenyataan abangnya sudah mati, sebaliknya mengambil pendekatan yang lebih “memberontak/rebel” selepas pemergian abangnya. Tidak perlu kata banyak, persembahan Wright sangat mengagumkan. Sebagai watak utama filem itu, dia masih jauh daripada hero yang kita impikan tetapi itulah matlamat filem – “bagaimana Shuri akan menggantikan T’Challa sebagai Black Panther?”

Di sini, kita dapat melihat perjalanan hidupnya yang pedih dan pahit hingga Shuri menerima kenyataan tentang apa yang berlaku dan secara perlahan-lahan, menjadi Black Panther terbaru.

Selain watak utama, kekuatan Black Panther juga terdiri daripada watak sokongannya yang terdiri daripada M’Baku (Winston Duke) yang kini semakin matang, jeneral Dora Milaje Okoye (Danai Gurira) yang selalunya tegas dan garang tetapi menunjukkan sikap lebih beremosi dalam filem ini, dan Nakia (Lupita Nyong’o) yang memegang peranan kekasih T’Challa.

Tidak terkecuali juga Angela Bassett yang memberikan persembahan hebat sebagai seorang ratu yang hatinya hancur selepas kematian anaknya, tetapi harus kuat semangat untuk mengetuai kerajaan Wakanda.

Semua orang berlakon dengan sangat cemerlang.

Selain mereka, filem ini memperkenalkan dua watak baru kepada francais iaitu Namor (Tenoch Huerta) dan pengganti Iron Man, Riri Williams (Dominique Thorne). Kedua-duanya juga sama hebat dalam peranan masing-masing terutamanya Huerta yang terbukti boleh menjadi seorang antagonis (anti hero di dalam komik) yang menarik dengan karisma yang dibawa kepada Namor.

Tetapi kehadiran mereka juga boleh mengaburi plot Wakanda Forever. Kita ada “perang antara Wakanda menentang Talokan, peralihan Shuri sebagai Black Panther, asal usul Namor, impak yang dibawa oleh pemergian T’Challa, dan subplot yang melibatkan Everett Ross (Martin Freeman).

Memang banyak yang penonton perlu beri perhatian dan ada kalanya, skrip Coogler dan Cole nampak serabut. Walaupun tidak sekemas filem Endgame, mereka masih berjaya menyatukan semua plot ini untuk menceritakan perjalanan setiap watak.

Dunia Wakanda & Talokan warna-warni, cuma adegan lawan kurang

Sekarang kita sembang tentang visual pula. Jarang-jarang filem MCU tidak cantik dan Wakanda Forever juga tidak terkecuali. Semua aspek, daripada kostum ke set hingga ke sinematografi bawah air memang mengagumkan terutamanya adegan Talokan dan Namor bertarung dengan askar Wakanda di bawah air, itu antara bahagian kegemaran saya di dalam filem.

Ruth E. Carter, yang memenangi Oscar untuk rekaan kostum di filem Black Panther pertama, kembali sekali lagi. Di samping reka bentuk Wakanda, Carter juga melakukan kerja yang bagus untuk warga Talokan, dengan menghasilkan reka bentuk tradiosional berdasarkan budaya Maya Aztec. Pereka produksi, Hannah Beachler (yang turut menerima anugerah Oscar) juga cemerlang dengan membawa budaya negara Afrika dan Aztek yang autentik dan tulen dan kehidupan kepada Wakanda dan Talokan.

Satu lagi perkara yang mungkin korang tidak suka adalah filem ini tidak mempunyai banyak bahagian berlawan. Saya faham yang Wakanda Forever ingin menyimpulkan plot yang tergantung, jadi kebanyakan masa penuh dengan drama dan dilema yang dihadapi setiap watak. Walaupun begitu, kehebatan Shuri dan Namor masih terserlah dan kita boleh lihat kekuatan masing-masing terutamanya Namor hingga kerajaan sebesar Wakanda pun boleh takut padanya.

Cuma, saya heran – mengapalah CGI MARVEL semakin jatuh kualiti? Terdapat beberapa bahagian di CGI yang kurang cantik, tetapi nasib baiklah ia tidak kacau bahagian aksi sangat. Untuk peminat tegar, mungkin ramai yang tidak puas hati. Bagi saya, ia cukup-cukup memuaskan sahaja.

Pendapat

Secara keseluruhan, Black Panther: Wakanda Forever adalah filem MCU yang bagus – bukan yang terbaik tetapi cukup seronok untuk ditonton (sekurang-kurangnya lagi seronok daripada Thor: Love and Thunder).

Seperti saya kata tadi, filem direka sebagai satu penghormatan besar untuk Chadwick Boseman; ketiadaannya T’Challa boleh dirasai sepanjang cerita, tetapi bagaimana semua orang terutamanya Shuri mengatasi kesedihan itu adalah titik penting.

Disebabkan ini filem Marvel, jadi ada beberapa kejutan untuk peminat. Saya minta anda semua untuk tunggu hingga ke adegan post-credit! Aa bukan sekadar easter egg, sebaliknya memberi kejutan lebih besar untuk jalan cerita akan datang serta memberi penutup yang memuaskan kepada legasi Chadwick Boseman.

Jadi, sila tonton sekarang di pawagam terdekat anda!

Untuk membaca segala liputan kami tentang Black Panther, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Black Panther: Wakanda Forever

7 Score

Review Breakdown

  • Secara keseluruhan, Black Panther: Wakanda Forever adalah filem MCU yang bagus - bukan yang terbaik tetapi cukup seronok untuk ditonton (sekurang-kurangnya lagi seronok daripada Thor: Love and Thunder). 0
Tags: black pantherBlack Panther: Wakanda ForeverMarvelreview
Previous Post

[PL 2022] “Gaya bermain DOTA yang berbeza” — Interview bersama Team SMG

Next Post

“Harap dapat sertai TI” – Interview bersama ChubbyBoiz [PL2022 – DOTA 2]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Siri ROG Phone 9 Meriahkan HOK Mastery Arena di Sunway Pyramid – Jom Sertai Acara!
Acara

Siri ROG Phone 9 Meriahkan HOK Mastery Arena di Sunway Pyramid – Jom Sertai Acara!

May 13, 2025
Silver Palace – Open-World Action RPG Baru, Bakal Jadi Pesaing Genshin Impact & WuWa!
Berita

Silver Palace – Open-World Action RPG Baru, Bakal Jadi Pesaing Genshin Impact & WuWa!

May 13, 2025
Game Masak Co-op ‘SEDAP! A Culinary Adventure’ Akan Datang 22 Mei, Menyokong Bahasa Melayu
Berita

Game Masak Co-op ‘SEDAP! A Culinary Adventure’ Akan Datang 22 Mei, Menyokong Bahasa Melayu

May 13, 2025
Next Post
“Harap dapat sertai TI” – Interview bersama ChubbyBoiz [PL2022 – DOTA 2]

"Harap dapat sertai TI" - Interview bersama ChubbyBoiz [PL2022 - DOTA 2]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd