Produk terbaru daripada ASUS iaitu vivobook Pro 16X OLED, sebuah laptop terbaru yang mempunyai paparan yang terang dan hebat. Vivobook ini mempunyai prestasi yang bagus yang sesuai untuk digunakan pencipta kandungan. Lebih-labih lagi jika anda menggunakan perisian berat dan bermain game. Ingin tahu apa lagi yang hebat mengenai vivobook ini? Jom baca review saya untuk vivobook Pro 16X OLED!

Reka bentuk vivobook Pro 16X OLED
Reka bentuk chasisnya seperti ProArt Studiobook 16 OLED, ia mempunyai kemasan matte yang bagus di seluruh chasis. Tidak ada kesan cap jari yang boleh dinampak apabila memegangnya. Bahagian atas chasis mempunyai dua plat yang melekat , dicetak dengan slogan ASUS vivobook dan reka bentuk corak jalur.
Tetapi berat vivobook ini lebih berat daripada apa yang saya jangkakan. Dengan berat 1.95 kg ia agak susah untuk saya bawa kemana-mana. Ia juga dibekalkan dengan port penting seperti USB 3.2 Gen 1 Type-A, one USB 3.2 Gen 1 Type-C, two USB 2.0 Type-A, one HDMI 1.4, one 3.5mm audio jack dan satu micro SD card reader. HDMI 1.4 juga tersedia tetapi agak mengecewakan kerana menyokong resolusi 4K tetapi pada kadar 30 Hz sahaja. Untuk laptop yang mempunyai paparan yang menyokong 4K dengan refresh rate 60Hz, ia sememangnya mengecewakan.

Keyboard dan Touchpad
Keyboard vivobook ini agak bagus dan senyap ketika digunakan dan hampir sama seperti Studiobook 16 OLED. Disebabkan itu, ia mempunyai layout numpad yang agak pelik. Selain itu, ia juga tidak mempunyai butang untuk mengakses ProArt Creator Hub. Hub ini sama seperti Studiobook 16 OLED tetapi tanpa butang khas. Anda masih boleh menyesuaikan Task Group dan melihat prestasi laptop anda serta memilih mod yang diinginkan pada vivobook Pro 16X OLED anda.

Perkara lain yang saya sukakan mengenai keyboard ini ialah visualnya. Ia mempunyai pelbagai warna pada kekunci. Butang “escape” yang paling unik bagi saya kerana ia berwarna jingga terang manakala butang yang lain pula mempunyai warna kelabu dan selebihnya hitam. Butang “Enter” juga mempunyai corak jalur padanya.
Touchpad untuk Vivobook Pro 16X OLED mempunyai ciri DialPad yang berfungsi sama seperti ASUS Dial daripada Studiobook 16 OLED, tetapi DialPad tersembunyi dalam touchpad dan anda boleh hidupkan dan matikannya. Anda hanya perlu sentuh penjuru atas kanan dan luncurkan ke tengah untuk hidupkan atau matikannya. Benda yang menarik ialah, anda boleh lihat DialPad anda menyala jika dihidupkan.

Paparan dan Audio
Vivobook ini mempunyai paparan 16″ OLED yang menyokong resolusi 3840×2400 (16:10), 100% DCI-P3 colour gamut dan teknologi HDR. Ia juga disahkan oleh PANTONE untuk ketepatan warna, dan ia mengeluarkan kurang 70% bluelight, jadi merenung paparan untuk masa yang lama tidak akan menjadi beban yang besar bagi pengguna.
Warna-warnanya sangat bagus, paparan 4K komputer riba benar-benar mengeluarkan perincian setiap pemandangan yang ditunjukkan dan kelihatan cantik. Walau bagaimanapun, ia bukan anti-silau kerana ia menggunakan paparan berkilat. Jadi, jika anda menyinarinya, anda tidak akan melihat apa-apa selain putih.
Kualiti audio agak baik dengan stereonya yang betul-betul tepat dan kuat serta jelas. Muzik atau filem letupan pada kekuatan penuh, ia tidak mempunyai sebarang kesan sampingan seperti bunyi statik atau noises.

Prestasi keseluruhan dan jangka hayat bateri
Suhu Vivobook Pro 16X OLED cukup sejuk. Anda tidak perlu risau tentang sistem menjadi sangat panas apabila menaip atau diletakkan pada pangkuan anda. Sistem dwi-kipas dan teknologi IceCool Plus banyak membantu dalam hal ini. Sepanjang proses ujian dengan game, suhu CPU tidak pernah melebihi 80 darjah celsius, yang sememangnya bagus untuk komputer riba.
Hayat bateri Vivobook Pro 16X OLED juga sangat bagus. Pada bateri 100%, dengan penggunaan biasa, anda boleh menggunakannya dari 6-7 jam untuknya mencecah 20%. Untuk penuhkannya kembali hanya memerlukan anda cas selama 1.5-2 jam sahaja.
Vivobook Pro 16X OLED mempunyai mobile CPU AMD Ryzen 9 5900HX, NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti 4GB GDDR6 dan 16GB RAM. Ia mendapat skor yang agak purata dalam 3DMark, pada 4,780. Walau bagaimanapun, dalam PC Mark 10, ia mencatatkan 5,968 yang sangat mengagumkan. Ia pastinya salah satu komputer riba pencipta kandungan terbaik di pasaran sekarang.

Pengalaman gaming
Dengan paparan 4K, saya telah menggunakan tetapan 4K untuk kesemua game yang saya cuba. Berikut adalah antara game yang saya mainkan menggunakan vivobook ini.

Back 4 Blood
Saya mula-mula menggunakan Back 4 Blood dengan tetapan kualiti tinggi yang disyorkan sistem, dan DLSS focusing pada kualiti. Saya fikir ia akan berjalan lancar tetapi fps saya menurunkan ke 20 fps apabila masuk ke stage rawak dan tidak boleh dimainkan. Selepas itu, saya membuat beberapa pelarasan padanya, meletakkan kualiti pada rendah, dan DLSS focusing pada prestasi Ultra dan ia meningkatkan fps dengan ketara. Daripada 20 yang sebelumnya, kini saya boleh bermain pada 50-60 fps!

Tales of Arise
Game ini berjalan dengan baik pada tetapan maksimum 4K. Kadar fpsnya berada pada 70-90 fps, jadi semasa berlawan ia sangat lancar.

CS:GO
Pada resolusi 4K dan dengan tetapan tinggi yang disyorkan sistem, permainan ini juga berjalan pada purata 50-60 FPS. Ia masih boleh dimainkan, tetapi saya tidak syorkan untuk kompetitif bukan kerana purata fps tetapi skrin 60Hz tersebut.
Kesimpulan
Vivobook Pro 16X OLED merupakan laptop pencipta kandungan yang sangat baik untuk julat harga, RM 6499. Prestasi CPU dan GPU agak baik, memandangkan ia boleh menjalankan game dengan cukup baik pada 60FPS. Satu lagi perkara mengenai prestasinya ialah laptop ini betul-betul sejuk sepanjang masa dan tidak akan merasakan sebarang haba yan gdipancarkan dari laptop yang menyenangkan.
Saya sangat suka cara DialPad direka sebenarnya. Ia tersembunyi dengan baik dalam touchpad, dan anda boleh mematikannya dengan mudah apabila anda tidak memerlukannya. Lebih-lebih lagi jika anda ingin mengelakkan beberapa input yang tidak disengajakan dan ia merupakan ciri yang hebat untuk dimiliki.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai laptop ini, anda boleh melawat laman rasmi ASUS dan boleh melihat barisan lain untuk siri OLED ini. Untuk membaca review lain dari kami, anda boleh klik pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post