Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Assassin’s Creed The Ezio Collection – Master Assassin kembali lagi!

Maira by Maira
March 11, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Review, Review
0 0
0
[Review] Assassin’s Creed The Ezio Collection – Master Assassin kembali lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Geng AC rata-rata memang suka bermain siri Ezio dalam francais Assassin Creed. Kini, Assassin’s Creed The Ezio Collection tersedia untuk Nintendo Switch. Jadi, bolehlah anda mulakan pengembaraan anda bersama Ezio di mana-mana sahaja. Persoalannya sekarang, adakah game ini digilap dengan baik untuk konsol ini? Alang-alang kami mendapat peluang untuk review game ini, jom lihat bagaimana prestasinya!

Prestasi yang lancar

Untuk pengetahuan anda, game ini merupakan “re-release” daripada versi 2016 yang dilancarkan pada konsol lama. Jadi, jika anda membandingkan grafiknya dengan game yang baru, sudah tentu anda akan melihat perbezaan pada kualitinya. Walaupun begitu, bagi saya, ianya masih bagus memandangkan ia game yang lama.

Selain itu, game ini dapat dimainkan secara lancar pada Switch walaupun terdapat beberapa isu kecil yang dijumpai. Tetapi berita baiknya tiada masalah prestasi yang besar atau crash semasa bermain. Ia masih lagi sebuah game yang seronok dimainkan.

Assassin's Creed Ezio

Kawalan yang boleh diperbaiki

Game ini juga saya pernah main pada PC tetapi saya berasa seperti kawalan pada versi Switch agak teruk dan buatkan saya tidak selesa bermain. “Tidak selesa” yang dimaksudkan ialah input lag yang berlaku ketika bermain dengan mod handheld. Tetapi dalam koleksi itu, Assassins’ Creed II yang paling serius input lagnya. Untuk Brotherhood dan Revelation masih boleh lagi diterima masalah lag itu. Isu ini membuatkan susah untuk melakukan combat serta aksi parkour. Lebih-lebih lagi ketika melompat dari atap ke atap lain. Ia agak mengecewakan ketika melakukan aksi tersebut.

Assassin's Creed Ezio

Anda juga boleh menggunakan kawalan touchscreen untuk navigasi menu, ianya sangat membantu ketika menggunakan map walaupun dengan lag input. Ia juga lebih mudah berbanding menggunakan joy-con.

Assassin's Creed Ezio

Boleh dimainkan di mana-mana sahaja

Memandangkan ianya dikeluarkan untuk Switch, anda boleh bermain AC Ezio ini dimana-mana sahaja. Tetapi satu perkara yang anda perlu tahu. Untuk bermain login akaun Ubisoft Connect untuk muat turun kandungan yang lain dan mainkannya. Kandungan ini ialah AC Brotherhood dan Revelations. Game yang anda muat turun daripada eShop Nintendo hanya AC Creed II. Jadi, kalau anda inginkan keseluruhan koleksi ini pada konsol, pastikan anda mempunyai kad SD memandangkan saiznya sebesar 35.3 GB.

Assassin's Creed Ezio

Bug

Pada tutorial pertama game AC II, saya telah menjumpai bug. Pada permulaan game, anda akan diajar cara untuk berlawan. Apabila saya menyerang musuh, musuh yang diserang itu tidak bangun semula selepas rebah. Sudah tentu anda tidak dapat meneruskan tutorial itu jika tidak mengikut arahannya. Hampir sejam jugalah saya tersekat pada level tutorial ini. Harap-harap bug ini dah elok sekarang.

Kesimpulan

Tidak dinafikan memang saya suka Assassin’s Creed, terutamanya siri lama yang menyeronokkan dengan aksi parkour klasiknya. Dengan versi Switch ini, ia jadi seronok dimainkan di mana-mana. Walaupun ianya game lama, tetapi ia masih lagi game hebat dari segi gameplay dan konsep.

Assassin's Creed Ezio

Ubisoft lakukan kerja yang baik untuk port Assassin’s Creed The Ezio Collection ini. Ianya lancar dimainkan dalam kedua-dua mod. Tetapi isu input lag yang ada pada game mungkin menyukarkan ramai pemain untuk melakukan aksi dengan pantas. Saya harap benda ini akan diperbaiki pada masa hadapan. Apapun, kalau anda peminat Assassin’s Creed dan masih belum mencubanya, bolehlah main versi Switch ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Assassin’s Creed, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Assassin’s Creed The Ezio Collection

7 Score

PROS

  • Prestasi yang lancar dengan framerate yang konsisten
  • Sokongan skrin sentuh yang sangat membantu

CONS

  • Masalah input lag
  • Bug kecil yang menjengkelkan

Review Breakdown

  • Masih lagi sebuah game yang seronok dimainkan pada tahun ini. 0
Tags: Assassin's Creed The Ezio Collectionreview
Previous Post

Interview Chocobo GP – Bersama produser Hironori Okayama & pengarah Akihiko Maeda

Next Post

Tiga varian terbaru DualSense mendapat upgrade pada joysticknya!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Tiga varian terbaru DualSense mendapat upgrade pada joysticknya!

Tiga varian terbaru DualSense mendapat upgrade pada joysticknya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd