Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Arcadegeddon – Game roguelite yang best bermain bersama kawan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 5, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Baru, Game Review, Multiplayer, PC, PS4, PS5, Review, Shooter, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Review Arcadegeddon – Game roguelite yang best bermain bersama kawan
Share on FacebookShare on Twitter

Sepanjang durasi mereka aktif dalam industri, studio IllFonic telah mengumpul pelbagai pengalaman termasuk mencipta dua game seram asimetri popular Friday the 13th dan Predator Hunting Grounds. Kini mereka datang semula dengan game multiplayer baru bernama Arcadegeddon tetapi kali ini dalam genre shooter.

Asalnya diumumkan semasa acara State of Play tahun lepas, Arcadegeddon merupakan game “third-person shooter” yang mempunyai visual kartun ala Fortnite tetapi dengan unsur roguelite. Kami di Gamer Santai diberi peluang untuk mencuba game ini. untuk melihat sama ada resepi multiplayer IllFonic masih berjaya dan selepas meluangkan masa beberapa hari mencuba, berikut adalah review saya untuk Arcadegeddon.

Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah pendapat saya.

*Game ini dimainkan di platform PS5*

Misi menyelamatkan arked

Seperti yang kata tadi, game ini ialah PvE third-person shooter yang boleh dimainkan secara solo secara co-op sehingga empat pemain di mana kita harus melawan balik syarikat yang cuba mengambil alih arked permainan video milik pakcik kesayangan kita. Sejenis virus telah menjangkiti game terbarunya, dan kita (secara literal) harus masuk ke dalamnya untuk menghapuskan robot jahat yang kini menghuni pelbagai biom dengan kawasan yang dijana secara rawak.

Di Arcadegeddon, sebaik sahaja mencipta watak menggunakan fitur customization yang ada (lebih daripada beratus-ratus pilihan kosmetik), melengkapkan prolog/tutorial pendek dan bertemu dengan NPC di bilik arked, kita mempunyai pilihan untuk memulakan pengembaraan. Untuk memudahkan kefahaman, saya bayangkan misi ala-ala seperti Left 4 Dead di mana kita harus menyelesaikan pelbagai level/stage yang tidak terhingga sambil menghadapi banyak musuh. Terpulang kepada kita untuk menghentikan progress pada bila-bila masa, cuma jangan mati sahaja.

Menurut laman web rasmi, Arcadegeddon mempunyai tiga peta ataupun biom yang dipanggil Nerve Center, Mystic Isles dan Aftermath. Nerve City adalah bandar neon yang berfungsi sebagai pusat utama kepada Gilly serta menjadi sasaran utama virus. Mystic Isles pula menampilkan pantai tropika yang penuh dengan kuil kuno dan Aftermath adalah bandar yang dahulu dilanda perang tetapi kini dipenuhi dengan alam semula jadi.

Gameplay umum

Pada asasnya, gameplay utama Arcadegeddon adalah memulakan playthrough baru dan cuba sedaya upaya mencapai sejauh yang boleh, dengan matlamat untuk melengkapkan objektif lain bagi unlock ganjaran dan memperoleh XP.

Seperti saya kata tadi, kita akan bertarung setiap stage sama ada bersendirian atau dengan sehingga tiga rakan, sambil menghapuskan musuh dalam pertempuran third-person menggunakan pelbagai senjata api. Kita hanya mempunyai satu peluang untuk maju melalui semua stage tetapi untuk bantu, pelbagai stat boost, power-up dan senjata yang lebih baik ditaburkan sekeliling peta dalam peti untuk kita cari.

Bagi misi, setiap kawasan tidak semestinya mengharuskan kita untuk membunuh musuh — malah, selalunya ada objektif yang berbeza untuk dicapai. Walaupun penjahat akan sentiasa spawn untuk mengalih perhatian pemain, kita perlu memenuhi tugas-tugas asas seperti memusnahkan objek tertentu, mencari kunci atau bertahan di satu tempat untuk jangka masa tertentu. Ini memberi kita sebab untuk meneroka peta sepenuhnya dan mencari barang yang saya sebutkan tadi.

Menyelesaikan stage demi stage adalah fokus utama, dan oleh itu, Arcadegeddon cuba mengurangkan unsur repetitif dengan peta yang disusun secara rawak. Setiap stage tidak sama, jadi walaupun kita mungkin mengenali kawasan tertentu, kita tidak akan menerokainya dalam susunan yang sama. Apabila pemain semakin jauh dalam satu playthrough, tahap kesukaran pun akan meningkat secara organik untuk memberi cabaran.

Semakin jauh kita dalam satu playthrough, sebuah meter pun akan diisi yang membuka boss battle. Apabila dibuka, pemain boleh memilih untuk menentang boss ini pada bila-bila masa, tetapi jika kalah, pemain harus mengulang semula playthrough tersebut. Antara contoh saya boleh beri adalah melawan Data Daemon Prince, yang menyeru gelombang demi gelombang musuh sambil menembak pancaran ala laser ke arah kita. Bukan itu sahaja, dia juga boleh “dash/teleport” apabila kita menembaknya.

Selepas pertempuran yang sengit, saya akhirnya berjaya membantai boss itu dan dihadiahkan dengan senjata berkualiti tinggi dan wang tunai.

Bergantung pada cara anda bermain, game ini boleh membuat anda sibuk selama berjam-jam atau bosan selepas beberapa playthrough. Bagi pemain tegar, mereka pasti akan berusaha untuk menyempurnakan skor mereka setiap kali dan berharap dapat memposisikan diri dalam ranking pemain terbaik, tetapi itu hanyalah segelintir orang. Bagi pemain kasual, korang mungkin berpuas hati selepas mencuba satu atau dua game.

Mengikut pendapat saya, petanya memang tidak sama walaupun persekitaran sama, tetapi hakikatnya, misi yang kita buat adalah sama setiap dan kali dan ia sejujurnya tidak cukup menarik untuk membuat saya terus bermain selama berjam-jam. Oleh itu, saya sarankan korang ajak kawan-kawan kalau nak main game ini, baru lah seronok 100%.

Senjata gila-gila dan abiliti Surge Gauntlet

Watak kita cukup lincah, dengan kebolehan untuk double jump, dodge roll, sprint dan slide seperti Apex. Semuanya fast-paced yang bermakna kita akan sentiasa bergerak pada majoriti masa. Memandangkan musuh datang daripada pelbagai arah, ini memaksa kita untuk sentiasa bergerak dan tidak kekal pada satu lokasi. Aksi menembak pun memuaskan hati, dan terdapat beberapa senjata menarik berdasarkan kategori yang biasa kita lihat dalam game shooter.

Walaupun ada senjata konvensional seperti shotgun, SMG, sniper rifle, dan seumpamanya, senjata lebih gila dalam Arcadegeddon menawarkan kaedah lebih kreatif untuk mengalahkan musuh. Sebagai contoh, Pixel Popper boleh menembak sasaran kepada udara, lalu menyebabkan sasaran itu mengembang sehingga meletup dan mencederakan musuh berdekatan. Satu lagi senapang (saya lupa namanya) boleh menembak cakera yang membelah sasaran kepada separuh dan pantul dari permukaan.

Senjata juga boleh ditambah dengan kesan elemental. Dalam satu playthrough, saya mempunyai RPG yang boleh membekukan musuh secara beramai-ramai. Dalam keadan itu, mereka terdedah kepada serangan lain dan kita boleh menghabiskan musuh dengan hanya memukul mereka memakai senjata melee.

Selain daripada senjata, pemain boleh menggunakan kuasa khas yang dipanggil abiliti Surge Gauntlet. Serangan hebat ini datang dalam pelbagai bentuk (saya banyak menggunakan bebola api yang boleh meletup pada musuh) dan boleh membantu mengubah arus pertempuran semasa keadaan sedang teruk. Kuasa ini beroperasi secara cooldown, dan untuk membuka lebih banyak abiliti, kita boleh menyelesaikan cabaran daripada NPC yang melepak di arked milik Gilly.

Tambahan pula, anda boleh menguatkan watak dengan mengumpul “Hacks”. Hacks biasanya muncul dalam peti bersama dengan senjata dan mata wang serta memberikan stat boost pasif seperti movement speed yang lebih pantas atau peningkatan attack damage. Kita boleh memakai banyak Hacks sekaligus dan paling penting sekali, ia boleh stack jika kita mengumpul Hacks yang sama, lantas menguatkan lagi stat boost itu.

Kembali kepada topik menembak, aksi menembak amat mudah walaupun korang beginner dalam game shooter kerana ciri aim-assist yang bagus, lagi-lagi untuk sniper rifle. Saya jarang ADS (aim-down sight) dengan senjata, dan mendapati ia lebih senang untuk membunuh musuh tanpa skop. Aim assist juga membantu dengan senjata yang lebihkan “spray” seperti SMG dan tidak memerlukan kawalan yang tepat.

Mungkin ada sesetengah orang yang “turn-off” dengan aim assist, tetapi korang kena ingat – ini bukan game Apex Legends atau PUBG, dan sebaliknya dipasarkan kepada pasaran yang lebih luas termasuk kanak-kanak, jadi bagi saya ini adalah ciri yang sangat-sangat bagus untuk ada.

Pada masa yang sama, ia mempunyai pelaksanaan DualSense yang bagus, di mana senjata berbeza memberikan kesan berbeza pada trigger. Setiap senjata berfungsi dengan cara yang unik dan saya benar-benar boleh rasa perbezaannya sama ada menembak shotgun, sniper rifle, SMG, dan lain-lain.

Keseronokan bermain bersama kawan

Arcadegeddon menggabungkan elemen PvE dan PvP untuk membolehkan pemain bekerjasama sambil bersaing untuk dapatkan ganjaran terbaik pada masa yang sama. Dari segi bekerjasama, korang boleh menukar senjata dan ping objek/tempat untuk memberitahu semua orang tentang objektif seterusnya. Menangkap titik objektif pun berlaku lebih cepat apabila semua orang melakukannya bersama-sama, yang secara tidak langsung, menggalakkan kerja berpasukan.

Salah satu elemen persaingan yang paling besar ialah bahagian pemarkahan pada akhir setiap stage. Persembahan setiap individu dinilai untuk melihat betapa bagus mereka bermain, seperti “siapa yang menghidupkan semula rakan sekutu dengan paling banyak” atau “siapakah yang memperoleh kill terbanyak.” Semakin tinggi kedudukan kita, semakin banyak barang yang kita perolehi, seperti tiket khas yang boleh dapat digunakan untuk membeli barangan kosmetik dan skin senjata daripada Gilly.

Pendapat

Secara keseluruhan, saya rasa IllFonic menggabungkan pelbagai elemen dengan baik. Jika dilihat daripada segi positif, ia adalah game shooter yang menarik dengan mekanik yang kemas, gameplay yang fast-paced dan seronok serta mempunyai personaliti unik. Arcadegeddon tidak melakukan sesuatu yang baru dalam genre shooter atau roguelite, cuma ia menambah baik formula sedia ada dalam bentuk yang boleh digemari oleh ramai orang. Visual pun sedap untuk memandang dan pelaksanaan fitur PS5 pun bagus.

Apa yang kurang daripada pendapat saya adalah game ini cuma cepat membosankan kalau dimainkan secara solo dan hanya akan menarik perhatian segelintir pemain. Walaupun kita menghabiskan masa berjam-jam untuk unlock senjata atau pakai kosmetik, itu tidak cukup sebagai insentif dan saya rasa seperti melakukan perkara yang sama berulang kali. Sebab itu saya sarankan korang bermain game ini bersama kawan-kawan, lagi-lagi ia free nanti bagi pelanggan PS Plus.

Pasaran multiplayer shooter memang sesak dan sukar untuk menonjol memandangkan ramai sangat pesaing hebat, tetapi bersama gaya yang unik dan gameplay yang hebat, ia pasti dapat menarik fanbase yang besar jika update mereka konsisten. Game ini mempunyai banyak potensi, dan saya tidak sabar untuk melihat bagaimana ia berkembang selepas ini.

Arcadegeddon kini dikeluarkan secara akses awal di PS5 tetapi akan dilancarkan secara rasmi hari ini untuk PS4, Xbox Series, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store. Untuk membaca segala review kami untuk game lain, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Arcadegeddon

6 Score

PROS

  • Aksi tanpa henti
  • Ciri DualSense dieksploitasi sepenuhnya
  • Pilihan senjata pelbagai dan menarik untuk cuba

CONS

  • Objektif amat repetitif
  • Tidak seronok bermain secara solo

Review Breakdown

  • Pasaran multiplayer shooter memang sesak dan sukar untuk menonjol memandangkan ramai sangat pesaing hebat, tetapi bersama gaya yang unik dan gameplay yang hebat, ia pasti dapat menarik fanbase yang besar jika update mereka konsisten. Game ini mempunyai banyak potensi, dan saya tidak sabar untuk melihat bagaimana ia berkembang selepas ini. 0
Tags: ArcadegeddonmultiplayerreviewrogueliteShooter
Previous Post

[Review] Minions: The Rise of Gru – Masih terketawa dengan gelagat lucu trio

Next Post

Sword Art Online: Alicization Lycoris akan tiba di Switch pada hujung 2022

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik
Acara

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik

May 9, 2025
Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025
Berita

Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
Next Post
Sword Art Online: Alicization Lycoris akan tiba di Switch pada hujung 2022

Sword Art Online: Alicization Lycoris akan tiba di Switch pada hujung 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd