Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Airborne Kingdom: The Lost Tundra – Negara salji penuh cabaran menanti!

safwan by safwan
September 20, 2022
in Artikel, Berita, DLC, DLC percuma, Epic Store, Nintendo Switch, PC, PS4, Review, Simulator, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Review] Airborne Kingdom: The Lost Tundra – Negara salji penuh cabaran menanti!
Share on FacebookShare on Twitter

Dilancarkan pada tahun 2020, The Wandering Band tanpa lelah memberikan update secara berterusan sehingga kini bagi game Airborne Kingdom dengan menampilkan update The Lost Tundra. Game ini telah tersedia di PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Tanpa melengahkan masa lagi, jom saya kenalkan DLC ini kepada anda.

Pengenalan

Secara ringkasnya, DLC ini adalah update percuma yang diberikan kepada para pemain melalui Epic Game Store. Update ini akan memberikan negara baharu, bangunan baharu, jalan cerita dan beberapa ciri kualiti kehidupan yang lain.

Kepada yang berminat untuk bermain DLC ini, anda perlu menghabiskan kempen terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan ke dalam DLC baru ini. Hal ini kerana, pemain perlu bersiap sedia dengan mempunyai pelbagai persediaan yang sepatutnya sebelum pergi ke The Lost Tundra.

Jika anda sudah tiba di negara baharu, kesemua bangunan anda akan terjejas dengan cuaca. Jadi, anda perlu sentiasa memastikan lif, “Propulsion” dan pengeluaran sumber dalam keadaan baik supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Dengan negara dan cuaca baharu, terdapat cabaran yang susah sehingga anda ingin patah balik untuk membuat persiapan yang lebih teliti. Hal ini kerana, The Lost Tundra tidak mempunyai sebarang bekalan sepati arang batu, air dan makanan. Jadi, lebih baik untuk membuat persiapan yang sangat teliti sebelum memulakan perjalanan.

Anda tidak perlu risau tentang bekalan kerana anda dibenarkan untuk kembali ke kawasan sebelumnya tetapi perjalanan untuk ke sana memakan masa yang sangat lama. Untuk melihat dunia yang telah diselubungi dengan salji secara penuh, anda perlu berjalan ke arah utara. Negara baharu ini agak besar dan banyak perkara yang boleh diterokai oleh pemain.

The Lost Tundra

Negara baharu ini terletak di bahagian utara dan apabila anda sampai ke sana, anda akan melihat dataran kecil yang diliputi dengan salji. Sebaik sahaja sampai ke sana, anda akan diberitahu tentang keadaan teruk yang dilanda The Lost Tundra dan bagaimana ia akan menjejaskan bangunan anda.

Setelah sampai ke sana, anda akan menemui tapak perkhemahan kecil yang dipanggil Frozen Encampment. Di sini, anda akan diberikan “quest” untuk mencari pengembara yang telah pergi memburu harta karun namun tidak menjumpai jalan balik.

Ini adalah langkah pertama pemain sebelum mendapatkan akses kepada salah satu bangunan terpenting untuk kemas kini iaitu The Furnace.

Suhu semakin sejuk

Dengan menjejaki ke The Lost Tundra, sudah pasti cuaca sejuk beku menjadi satu penghalang kepada pemain lagi-lagi apabila ia mengganggu kecekapan kebanyakan bangunan. Untuk memastikan sama ada bangunan diganggu oleh cuaca sejuk atau tidak, ia akan memberikan satu penunjuk visual yang boleh dinampak oleh pemain.

Jika bangunan diganggu oleh cuaca sejuk, ikon di bahagian atas akan bertukar menjadi biru muda dan mempunyai ikon salji.

Selain ikon di bahagian atas, terdapat juga bar meter di bahagian bawah pada sumber arang batu yang menunjukkan tahap kesejukan yang berbeza. Semakin jauh anda meneroka The Lost Tundra, semakin sejuk suhu yang perlu anda harungi dan sekali gus mengurangkan kecekapan bangunan anda.

Furnace

Dengan cabaran cuaca yang sangat sejuk, sudah tentu akan ada satu bangunan baharu yang akan membantu sepanjang perjalanan anda semasa di The Lost Tundra iaitu Furnace. Jika cuaca mengurangkan kecekapan pada bangunan, Furnace akan membantu meningkatkan kecekapan sehingga ke tahap maksimum.

Untuk mendapatkan Furnace, anda perlu membeli blueprint-nya terlebih dahulu di Frozen Encampment dan melakukan Research di Academy. Untuk menghidupkannya pula, pemain akan memerlukan sebanyak 10 wood, 5 glass, 5 adobe, 5 iron dan 4 pekerja untuk setiap Furnace. Fungsi furnace adalah memberikan haba kepada kawasan sekeliling sekali gus meningkatkan kecekapan setiap bangunan.

Sebaik sahaja anda meletakkan Furnace pada tempat yang diinginkan, ikon yang ada pada bangunan yang awalnya berwarna biru muda kini berubah menjadi oren. Dengan ikon tersebut berubah menjadi oren, itu bermakna yang bangunan tersebut telah menerima kesan yang dihasilkan oleh Furnace.

Ciri-ciri penting “Quality of Life”

Pengubahsuaian

Dengan update terbaru, mereka telah menambah beberapa penambahbaikan “Quality of Life” pada Airborne Kingdom. Yang pertamanya adalah pengubahsuaian untuk kerajaan terbang di mana anda boleh menukar tema keseluruhan, logam lampu, dinding dan juga lantai. Pengubahsuaian ini adalah mengikut preset dan langsung tidak menjejaskan prestasi game. Ia sekadar kosmetik semata-mata.

Selain itu, terdapat juga empat bangunan baru di bahagian tab “Wonder”. Empat bangunan tersebut adalah Sapphire Crane, Ruby Hawk, Topaz Owl dan Emerald Dove. Dengan adanya keempat-empat bangunan ini, ia akan membuka lebih banyak pilihan penyesuaian yang boleh digunakan.

Mode Baharu

Selepas mempunyai mode normal dan hard, terdapat juga mode Creative yang membenarkan pemain membuat bandar sendiri tanpa terikat dengan kempen atau jalan cerita yang berjalan dalam game. Dalam mode ini, anda akan diberikan akses kepada semua bangunan termasuk yang tidak dibuka dalam kempen utama.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, update terbaru untuk Airborne Kingdom iaitu The Lost Tundra adalah sangat sesuai untuk pemain yang sukakan kepada cabaran. Persekitaran The Lost Tundra nampak sangat jelas dan menarik. Dengan gameplay yang berkait dengan bangunan baharu seperti Furnace, ia memberikan tekanan kepada pemain dan sekali gus memberikan impak dan kesan kepada cara game ini dimainkan.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Arborne Kingdom, ia telah pun tersedia di PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan Epic Game Store. Manakala untuk update The Lost Tundra hanya tersedia di Airborne Kingdom versi Epic Game Store sahaja.

Untuk mendapatkan lebih banyak review, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Airborne KingdomAirborne Kingdom: The Lost Tundra
Previous Post

Chainsaw Man Season 1 mempunyai 12 episod & 12 lagu penutup berbeza, visual baru didedahkan!

Next Post

Konsol PS5 Baru Mungkin Hadir Dengan Pemacu Cakera Yang Boleh Ditanggalkan!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Konsol PS5 Baru Mungkin Hadir Dengan Pemacu Cakera Yang Boleh Ditanggalkan!

Konsol PS5 Baru Mungkin Hadir Dengan Pemacu Cakera Yang Boleh Ditanggalkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd