Biasanya game memancing Ace Angler boleh didapatkan di arked dan telah menjadi popular sejak sekian lama. Dan Bandai Namco telah melancarkan satu game baharu iaitu Ace Angler: Fishing Spirits secara eksklusif di Nintendo Switch. Jika hobi atau minat anda adalah memancing, saya rasa game ini sesuai dengan anda. Nak tahu kenapa, mari saya jelaskan dalam review Ace Angler: Fishing Spirits.
Pelbagai konsep dalam satu game

Seperti apa yang dikatakan di dalam interview kami bersama producer game ini adalah memasukkan pelbagai konsep di di dalam satu game. Dan untuk Ace Angler: Fishing Spirits mereka menyediakan 5 mode iaitu Ace Angler+, Legend of the Poisoned Sea, Shark Fever, Ace Angler Party dan juga Online Ultimate Angler Competition.
Jika masuk sahaja dalam game ini, anda akan dibentangkan dengan sebuah taman tema besar sebagai lobi utama dan anda boleh berjalan ke mana-mana sahaja untuk memulakan game mode yang disediakan. Namun, kami kurang berminat dengan perspektif yang agak rendah semasa watak berjalan dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

Jadi semasa berlari ke sana sini, ia akan terasa pening kepala. Nasib baik ada button di bahagian bawah kanan yang membolehkan pemain memilih untuk bermain mode apa-apa sahaja. Sebelum memulakan sebarang mode, terdapat button “Press to Start” pada awalnya di mana ia dapat menghasilkan rasa bermain game arked.
Acara memancing yang menyeronokkan

Memandangkan game ini mempunyai pelbagai perkara yang perlu diceritakan, saya telah membuat kesimpulan di mana ia lebih mudah untuk diterangkan dalam bentuk yang lebih kecil. Ia terbahagi kepada 3 bahagian di mana bahagian pertama saya akan menceritakan Medal mode, bahagian ke-2 adalah Story mode dan bahagian ke-3 adalah berkenaan Party mode.

Medal mode (medal yang berada di bahagian atas kanan), mereka menawarkan 2 game iaitu Ace Angler+ dan juga Shark Fever. Ace Angler+ adalah mode memancing tanpa henti di mana anda membayar medal untuk menggunakan batang pancing dan apabila anda berjaya menangkap ikan, ganjaran yang berbentuk medal akan diberikan.
Shark Fever pula dimainkan seperti di dalam arcade di mana anda memasukkan duit syiling dan ia akan menjatuhkan apa sahaja yang ada di dalam mesin.

Untuk story mode, ia direka khas dalam bentuk berperingkat dan sangat fokus menceritakan tentang pencemaran laut. Manakala untuk party mode pula, ia terdiri daripada banyak mini game yang boleh dimainkan sehingga 4 orang.
Ace Angler + dan Story mode adalah mode memancing yang sebenar cuma proses memancing di dalam game ini sangat memenatkan seperti memancing di dunia sebenar. Tidak semua umpan akan dimakan oleh ikan tetapi game ini menyediakan beberapa teknik yang boleh mendapatkan ikan dengan lebih cepat. Contohnya, menggunakan “Thunder Bolt” untuk “stun” ikan, tetapi anda perlu mencari timing yang cantik untuk mendapatkannya.
Multiplayer

Game ini menyediakan party game mode dan ia dinamakan Ace Angler Party di mana anda boleh bermain sehingga 4 orang pemain. Tidak kira sama ada anda mempunyai kawan, keluarga ataupun tidak, anda masih boleh bermain mode ini. Hal ini kerana, mereka menyediakan AI untuk anda bermain bersama.
Di dalam Ace Angler Party, mereka menyediakan pelbagai jenis gaya bermain dan ia terdiri daripada Battle Mode dan Mini-game. Di dalam Battle Mode, anda akan bersaing bersama pemain lain dan pertandingan yang diadakan di sini semuanya berkaitan dengan memancing.

Manakala untuk Mini-game pula, sama juga seperti Battle Mode dengan bersaing bersama pemain lain. Tetapi apa yang membawa kelainan kepadanya adalah jenis-jenis mini-game yang disediakan. Terdapat game mencedok ikan emas, bermain Beyblade dengan tema air, berlari daripada di makan oleh jerung dan ada juga game arcade seperti Gator Panic di dalamnya. Walaupun berlainan game, ia masih di bawah konsep yang sama iaitu bertemakan ikan ataupun kehidupan laut.
Selain itu, anda juga boleh bermain seperti di dalam kejohanan dengan bermain Tour Mode. Di dalam Tour Mode, anda akan diberikan 3 pilihan yang berlainan masa bermain. Anda juga akan diberikan mini-game secara rawak dan sesiapa yang mempunyai markah paling tinggi akan menang.
Memancing sambil belajar

Walaupun identiti utamanya sebagai game memancing, sebenarnya anda juga boleh mendapatkan banyak pengetahuan tentang ikan dan laut. Seperti dalam Story Mode yang memfokuskan kepada pencemaran laut, game ini menyertakan beberapa maklumat antara perbualan, dengan foto sebenar ikan yang memberi anda pelbagai ilmu baru.
Semasa berlari-lari di lobi utama anda boleh berbual dengan rakan-rakan dari laut yang kadangkala memberikan kuiz untuk mengasah ilmu anda. Jika anda menjawab dengan betul, anda akan mendapat Medal tambahan. Tetapi jika jawapan salah, anda masih boleh cuba lagi sehingga memberikan jawapan yang betul dan masih mendapat ilmu baru.

Satu lagi bahagian yang kami dapati agak menyeronokkan adalah Tour Mode bersama AI dan cara game ini meminta anda untuk menangkap ikan yang muncul pada banner. Memandangkan banner itu hanya membayangkan nama ikan seperti “Goblin Shark” tanpa gambar, ada sedikit panik yang kami sendiri tidak tahu bagaimana rupanya.
Mode ini secara tidak langsung menguji minda anda dengan cara yang berbeza, lebih mudah difahami dan yang paling penting adalah sangat menyeronokkan untuk dihayati. Jadi selain dari sekadar memancing, anda boleh mendapatkan begitu banyak pengalaman bermakna, seperti keseronokan bermain bersama rakan dan keluarga serta mempelajari banyak ilmu baharu tentang laut.
Cara mengawal supaya tidak kumpau

Terdapat dua jenis cara kawalan utama di dalam game ini iaitu “Dual-Handed” dan “Single-Handed”. Untuk “Dual-Handed, anda mempunyai pilihan untuk mengeluarkan joy-con daripada Switch ataupun tidak. Bagi saya, ia sangat seronok apabila dikeluarkan kerana game ini akan mengesan pergerakan joy-con dan terasa seperti sedang memancing ikan di dunia sebenar.
Manakala untuk “Single-Handed”, game akan memberikan pilihan sama ada anda menggunakan Rod Controller atau tidak. Jika tidak, cara anda mengawal adalah sama seperti menggunakan “Dual-Handed” cuma menggunakan satu joy-con sahaja.

Punya banyak pilihan yang disediakan, saya rasa yang sangat susah untuk menangkap ikan adalah jenis button. Manakala untuk cara mengawal yang memberikan pengalaman yang terbaik dan mengasyikkan adalah Rod Controller. Satu lagi cara mengawal adalah Motion Controls di mana ia sangat bagus semasa “reel” ikan.
Satu perkara yang saya tidak minat adalah menukar cara mengawal di mana mereka langsung tidak menyediakan tetapan tersebut diantara mode. Anda terpaksa keluar pergi ke lobi utama, buka tablet, pergi ke “other” dan tukar “No. of player” untuk menukar cara mengawal.
Kesimpulan

Dengan kebiasaannya melihat Ace Angler versi arked, saya sudah pasti Ace Angler: Fishing Spirits yang game ini sangat seronok dimainkan bersama kawan ataupun keluarga. Walaupun terasa amat memenatkan semasa bermain, kepuasan yang diberikan selepas berjaya menangkap ikan adalah sesuatu yang sangat berbeza.

Bukan setakat itu sahaja, saya sangat menghargai di mana mereka menambah konsep seperti taman tema dengan sistem unik yang tersendiri. Terdapat pelbagai variasi mini-game dan mode yang boleh memberikan pengalaman yang segar dan seronok. Kepada sesiapa yang mempunyai hobi memancing dan ingin berehat di rumah, saya sangat menyarankan anda mencuba Ace Angler: Fishing Spirits.
Kepada sesiapa yang berminat, anda boleh dapatkan Ace Angler: Fishing Spirits di Nintendo Switch sekarang!
Untuk mendapatkan lebih banyak review mengenai game dan teknologi, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post