Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Returnal umum ‘PC spec’ – ternyata sangat berat, perlu RAM 32GB!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 13, 2022
in Artikel, Berita, PC, Shooter, Steam
0 0
0
Returnal umum ‘PC spec’ – ternyata sangat berat, perlu RAM 32GB!
Share on FacebookShare on Twitter

Di The Game Awards 2022, Sony secara rasmi mengumumkan bahawa Returnal akan dikeluarkan untuk platform PC pada tahun depan! Kini, halaman Steam rasmi untuk game itu turut disiarkan secara langsung – yang menyediakan info spec tentang “minimum” dan “recommended setting”, dan ternyata Returnal PC sangat berat.

Minimum setting:

  • OS: Windows 10 64-bit (version 1903)
  • Pemproses: Intel Core i5-6400 (4 core 2.7GHz) AMD Ryzen 5 1500X (4 core 3.5GHz)
  • Memori: 16 GB RAM
  • Grafik: NVIDIA GeForce GTX 1060 (6 GB) AMD Radeon RX 580 (8 GB)
  • Storan: 60 GB ruang tersedia
  • Nota Tambahan: SSD disyorkan

Recommended setting:

  • OS: Windows 10 64-bit (version 1903)
  • Pemproses: Intel i7-8700 (6 core 3.7 GHz) AMD Ryzen 7 2700X (8 core 3.7 GHz)
  • Memori: 32 GB RAM
  • Grafik: NVIDIA RTX 2070 SUPER (8 GB) AMD RX 6700 XT (12 GB)
  • Storan: 60 GB ruang tersedia

Walaupun dianggap oleh ramai gamer di seluruh dunia sebagai salah satu “third-person shooter” paling hebat di pasaran, ia hanya boleh didapati di PS5. Jadi selepas pengumuman Returnal akan dikeluarkan untuk PC, mungkin ada yang kecewa untuk melihat game spec yang dianggap “agak berat” kerana tidak semua orang miliki PC canggih.

Selain gameplay, Returnal juga dipuji untuk visual grafik dan reka bentuk audio yang hebat. Jadi walaupun anda dapat bermain Returnal di minimum setting, itu bukan cara terbaik untuk menikmati game ini.

Bagi mereka yang tidak tahu tentang Returnal, berikut adalah rumusan ringkas:

Game ini berlatarkan di fiksyen sains futuristik di mana pemain mengawal Selene Vassos – seorang juruterbang angkasa lepas, dilengkapi dengan sut dan bersenjatakan senjata berteknologi tinggi, yang terdampar di planet asing bernama Atropos dan terperangkap dalam time loop.

Selepas setiap kematian, Selene akan hidup semula dan perlu merentasi persekitaran asing dan memerangi entiti luar angkasa di dunia yang sentiasa berubah.

PlayStation dengan konsisten telah membawa beberapa game eksklusif mereka ke platform PC; satu langkah yang terbukti menggembirakan hati pemain PC kerana akhirnya mereka berpeluang untuk bermain lebih banyak game AAA di platform pilihan. Buat masa ini, anda boleh mencuba Horizon Zero Daw, God of War, Marvel’s Spider-Man, Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, Uncharted: Legacy of Thieves Collection dan banyak lagi di Steam atau Epic Games Store.

Jadi sementara menunggu tarikh keluaran rasmi untuk Returnal PC, anda boleh cuba game-game di atas dahulu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PCReturnalspesifikasisteam
Previous Post

Sonic Prime akan hadir di Netflix pada 15 Disember, gotta go fast!

Next Post

Bleach: Siapakah Retsu Unohana? Bio “Kenpachi pertama” dan kuasa Bankai!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Bleach: Siapakah Retsu Unohana? Bio “Kenpachi pertama” dan kuasa Bankai!

Bleach: Siapakah Retsu Unohana? Bio "Kenpachi pertama" dan kuasa Bankai!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd