Hari ini, Sony PlayStation mengumumkan bahawa Returnal versi PC akan dilancarkan secara rasmi melalui Steam dan Epic Games Store pada nilai harga RM 249 bermula 15 Februari. Buat sesiapa yang pre-order, korang akan menerima akses awal kepada item in-game berikut:
- Senjata Electropylon Driver
- Senjata Hollowseeker
- Satu Reflex Stimulant
- Satu artifak Pulsating Mass
- Satu Adrenaline Booster
Sesiapa yang link akaun Steam mereka dengan akaun PlayStation Network akan memperoleh pakaian ASTRA Model 9 Prototype Suit dan ASTRA Model 14 Tactical Suit.
Bagi mereka yang tidak kenal dengan Returnal, ini adalah game “third-person shooter roguelike” buatan Housemarque yang asalnya dilancarkan pada 30 April 2021 di PS5. Selepas dikeluarkan, game ini dipuji oleh para kritik untuk grafik visual, bahagian pertempuran, reka bentuk audio dan pencapaian teknikalnya yang hebat lantas menjadi salah satu game paling hebat pada 2021.

Kini Returnal akan tiba di PC. Jadi apa kelebihannya di platform ini?
Ciri-ciri Returnal PC
- 5x tetapan grafik disertakan, bersama metrik prestasi in-game yang menunjukkan FPS, GPU, CPU dan latency.
- Nisbah aspek 16:10, Ultrawide (21:9) dan Super Ultrawide (32:9) menawarkan medan pandangan lebih luas – semuanya dalam 4K.
- Pantulan dan bayang-bayang ray-tracing menambahkan lapisan visual baharu —semuanya boleh diubah suai.
- Teknologi peningkatan prestasi seperti DLSS NVIDIA dan NVIDIA NIS, serta FSR (2) AMD, turut tersedia.
- Juga menyokong DualSense untuk mengalami efek haptic feedback dan dynamic trigger seperti di PS5.
- Pilihan accessibility ditambah.
- Menambah sokongan Dolby Atmos, dapat memilih jenis sokongan Audio 3D

Spesifikasi Returnal PC:

Game ini berlatarkan di fiksyen sains futuristik di mana pemain mengawal Selene Vassos – seorang juruterbang angkasa lepas, dilengkapi dengan sut dan bersenjatakan senjata berteknologi tinggi, yang terdampar di planet asing bernama Atropos dan terperangkap dalam time loop.
Selepas setiap kematian, Selene akan hidup semula dan perlu merentasi persekitaran asing dan memerangi entiti luar angkasa di dunia yang sentiasa berubah.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Returnal termasuk review kami, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post