Kalau di Malaysia kita ada acara Waypoint Teleport, di China pula terdapat acara kolaborasi antara Pizza Hut dan Genshin Impact. Kalau anda ingin tahu, acara tersebut baru sahaja bermula tetapi nampaknya sudah ada restoran Pizza Hut terpaksa ditutup disebabkan acara Genshin tersebut. Jom kami ceritakan dengan lebih lanjut.

Penutupan restoran pizza itu telah dilaporkan melalui Reddit rasmi Genshin Impact. Menurut Fabuloso81, pihak polis terpaksa menutup restoran tersebut kerana terlalu ramai pelanggan yang hadir. Ini sudah tentu melanggar undang-undang mereka tentang kawalan wabak. Kawalan COVID di negara itu masih lagi ketat, jadi memang tidak pelik mengapa polis menutup restoran Pizza Hut tersebut.

Restoran itu juga telah menampal notis tentang acara tersebut, dan memberitahu bahawa ia akan ditutup sementara. Berikut adalah terjemahan untuk notis tersebut:
“Perhatian Traveler: Untuk kerjasama sepenuhnya untuk pencegahan dan kawalan wabak, Pizza Hut Gongti North Road akan ditutup mulai 29 Ogos 2022 dan acara Pizza Hut X Genshin Impact akan dihentikan sementara di restoran ini.”

Dengan segala dekorasi yang memaparkan watak Amber dan Eula, nampaknya Pizza Hut dan miHoYo betul-betul bersemangat dengan acara ini. Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga video stop motion yang mempromosikan acara malah menunjukkan beberapa hadiah bertemakan kolaborasi tersebut.
Kes penutupan restoran ini bukanlah kali pertama berlaku. Ia juga pernah berlaku semasa acara kolaborasi dengan KFC yang mempamerkan watak Diluc dan Noelle atas sebab yang sama. Kadang-kadang terasa macam miHoYo pandang rendah dengan “fanbase” Genshin Impact. Sudah tentu ramai pemain yang akan serbu punyalah. Anda yang masih belum pergi ke Waypoint Teleport, masih ada masa sehingga 6 September ini! Untuk mendapatkan liputan lain tentang Genshin Impact daripada kami, boleh klik pautan ini.
Sumber: Gamerbraves

@gamersantaimy
Discussion about this post