Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Restoran Jepun memberikan sushi roll percuma! Syaratnya, anda perlu ada Itto dalam akaun Genshin Impact!

Maira by Maira
December 16, 2021
in Android, Artikel, Berita, Genre, iOS, Mobile, Promosi
0 0
0
Restoran Jepun memberikan sushi roll percuma! Syaratnya, anda perlu ada Itto dalam akaun Genshin Impact!
Share on FacebookShare on Twitter

Genshin Impact baru sahaja melepaskan banner watak terbaru yang memaparkan Arataki Itto dan Gorou. Sempena watak baru ini, sebuah restoran Jepun di Puchong bernama ITO, memberikan sushi roll percuma kepada pemain Genshin Impact yang mempunyai Itto dalam akaun mereka.

Genshin Impact percuma
Sumber: Facebook page ITO Japanese Restaurant

Tak sangka juga dengan hanya memiliki Itto di dalam akaun, anda boleh mendapat makanan percuma di restoran tersebut. Jadi, pelanggan atau pemain yang pergi ke restoran itu, boleh menunjukkan skrin fon mereka untuk menunjukkan watak Itto dalam akaun mereka. Sushi Roll yang diberi nama “California Maki” akan diberikan secara percuma kapada anda. Tetapi ada syarat lain lagi seperti berikut:

  • Tunjukkan Arataki Itto dalam akaun Genshin Impact anda melalui telefon semasa order.
  • Pembelian minimum RM 30.
  • Satu California Maki percuma untuk setiap resit.

Promosi ini diadakan kerana nama Itto hampir sama dengan nama restoran tersebut iaitu Ito Japanese Restaurant. Anda tidak perlu untuk build Itto anda, hanya tunjukkan sahaja Itto yang diperoleh untuk Maki percuma tersebut.

Ia adalah promosi yang bagus malah mengambil peluang daripada komuniti pemain Genshin Impact untuk menarik perhatian mereka untuk pergi ke restoran tersebut. Dengan Hoyofest yang baru selesai, pasti ramai yang inginkan sesuatu yang mempunyai kaitan dengan Genshin Impact. Untuk mendapatkan Itto mungkin memakan jumlah wang yang lebih tinggi daripada harga untuk satu sushi roll tetapi ada banyak perkara yang menarik mengenai Itto, dan sudah tentu tidak akan mengecewakan anda. Promosi ini akan berlangsung dari 14 Disember 2021 sehingga 4 Januari 2022.

RelatedPosts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

Jadi, kalau anda berminat dengan promosi Itto di restoran Ito ini, bolehlah ke restoran tersebut dan tayangkan Itto anda. Hanya Itto sahaja tau! Lokasinya di Bandar Puteri, Puchong. Anda boleh mencari alamatnya di Google map. Harap-harap akan ada lagi promosi Genshin Impact yang menarik seperti ini. Saya pasti ramai pemain yang mengalu-alukannya.

Untuk liputan lain mengenai Genshin Impact, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Arataki IttoGenshin ImpactITO Japanese Restaurantpromosi
Previous Post

Suzume no Tojimari – Filem terbaru dari pencipta Your Name, Makoto Shinkai!

Next Post

Tidak selamat untuk kanak-kanak, Roblox dituduh menyembunyikan pedofil & mempromosikan aktiviti judi

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Tidak selamat untuk kanak-kanak, Roblox dituduh menyembunyikan pedofil & mempromosikan aktiviti judi

Tidak selamat untuk kanak-kanak, Roblox dituduh menyembunyikan pedofil & mempromosikan aktiviti judi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd