ARTIKEL ASLI: Pada dua hari lepas, terjadinya peristiwa di mana tokoh terkenal eSukan Malaysia –Miss Farr, telah terlibat dalam kes gangguan seksual yang serius. Kes ini berlaku secara siaran langsung dalam podcast Discord milik penganalisis SEM9.Gank Soultan atau nama sebenarnya, Fawwaz Sehaimi. Dalam sesi podcast tersebut, dia menjemput beberapa tokoh eSukan Malaysia termasuk pemain profesional Team SMG –Mohamad Nazeri Shahrin Affan (Trixnity), duta Team Secret –Mohamad Hilmi Mohamad (Emi), Pengurus Operasi RSG Malaysia –Aiman Wafiy Roslan dan ramai lagi.

Sebelum kes menjadi viral, mereka asalnya ingin berbincang tentang berita terkini di PMPL dan eSukan namun beberapa netizen telah menulis komen berunsur seksual yang ditujukan kepada Miss Farr. Contoh salah satu komen adalah sebegini:
“Trix pernah terlanjur ke dengan Miss Farr sampai nak nangis?”
Komen oleh netizen.
Jika fikir logik, soalan seperti ini tidak patut ditanyakan sama sekali dan pihak yang hadir pun tidak seharusnya melayan pertanyaan yang mereka. Mengejutkan sekali, mereka yang hadir memilih untuk “menghiburkan” soalan tersebut dalam keadaan “berlawak” di mana Trixnity menjawab:
“Nak terlanjur macam mana kalau aku terlanjur pun lawan pedang.”
Topik ini diteruskan tetapi saya tidak akan cerita selebihnya. Buat masa penulisan ini, semua pihak masih berdiam kecuali Mohamad Hilmi Mohamad atau Emi yang membuat permohonan maaf di atas isu gangguan seksual ke atas Miss Farr.
“Saya EmiMohamad secara tidak langsung terlibat dalam perbualan podcast pada 2 hari lepas tentang topik yang menjatuhkan maruah seseorang dan saya mengakui saya bersalah dan rasa sangat-sangat kesal atas kesilapan sendiri kerana mengulangi ayat yang dilontarkan dan dijadikan bahan jenaka. Saya telah meminta maaf kepada missfar secara peribadi atas kesilapan ini dan dia juga menyatakan yang dia memaafkan saya. Terima kasih kepada Miss Farr kerana menerima permintaan maaf daripada saya .
Saya telah meminta maaf kepada missfar secara peribadi atas kesilapan ini dan dia juga menyatakan yang dia memaafkan saya. Terima kasih kepada Miss Farr kerana menerima permintaan maaf daripada saya.”
Bagi mereka yang tidak, Miss Far dan Trixnity pernah menjadi rakan sepasukan dalam skuad Junior Talent PUBG Mobile dan pernah bertanding bersama di liga profesional (PMCO) di Shanghai, China. Jadi bayangkan betapa terkejut dan sedihnya Miss Farr selepas mendengar berita ini. Pada bulan lepas, kami pun mengadakan temu ramah bersama ChuChu Gaming dan membincangkan tentang isu-isu toxic yang masih dihadapi oleh kaum wanita (tidak kira streamer atau pemain profesional) dalam industri gaming. Ini seharusnya menjadi pengajaran supaya kaum lelaki tidak menganggap wanita sebagai “objek” dan memberi penghormatan yang sepatutnya mereka terima supaya Malaysia boleh berkembang lebih jauh.
Video untuk klip viral ini boleh ditonton di bawah:
Selain itu, beberapa tokoh lain seperti Intan Serah dan Fattah Zie memberi pendapat mereka tentang kes yang sama:
Untuk segala liputan kami tentang eSukan, sila tekan pautan ini.
Sumber – WTM, Drama Streamer Malaya
UPDATE DARI TEAM SMG:
Kami daripada Team SMG tidak menyokong sebarang tingkah laku pemain kami ini dan kami telah mengambil tindakan yang keras terhadap mereka yang terlibat. Di samping potongan gaji selama 3 bulan,Kapten kepada pasukan PUBG Mobile kami, Trixnity juga akan digantung daripada bermain di PMPL dan semua tournament lain sehingga dimaklumkan kelak.
PERMOHONAN MAAF OLEH TRIXNITY:
PERMOHONAN MAAF OLEH SOULTANNN:
@gamersantaimy
Discussion about this post