Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Resident Evil Re: Verse diumumkan, bakal dilancarkan pada 28 Oktober 2022

safwan by safwan
October 21, 2022
in Acara, Artikel, Berita, PC, PS4, Seram, Steam, Xbox One
0 0
0
Resident Evil Re: Verse diumumkan, bakal dilancarkan pada 28 Oktober 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan dengan acara Resident Evil Showcase baru-baru ini, Capcom telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan satu game multiplayer baharu iaitu Resident Evil Re: Verse dan akan tiba pada 28 Oktober 2022 di PlayStation 4, Xbox One dan juga PC melalui Steam.

Sebelum ia dilancarkan, akses awal akan dijalankan terlebih dahulu dan akan bermula pada 23 Oktober sehingga 25 Oktober 2022 sahaja. Untuk menyertai akses awal “cross-play” ini, anda dikehendaki mempunyai salinan Resident Evil Village.

Dibangunkan oleh Capcom, ia merupakan game survival horror yang boleh dimainkan sehingga 4-6 orang pemain. Anda akan bermain sebagai watak kesayangan anda dalam francais Resident Evil dan gunakan “bioweapon” yang berkuasa.

Mereka juga menampilkan mode Deathmatch yang hanya memerlukan masa sebanyak 5 minit untuk dimainkan dan sesiapa yang mempunyai mata terbanyak akan menang. Jadi, gunakan senjata dan barang yang anda temui untuk menjatuhkan musuh.

Dalam game ini, anda tidak akan mati jika anda masih lagi manusia. Apabila dijatuhkan sebagai manusia, anda akan berubah menjadi “bioweapon” yang kuat dan mengejar pemain lain pula. Pemain yang menjadi “bioweapon” boleh mengambil beberapa “Virus Capsule” untuk berubah menjadi lebih kuat dan membalas dendam terhadap “bioweapon” juga adalah salah satu cara untuk mengumpul mata.

Selepas dilancarkan, mereka telah bersedia untuk melancarkan beberapa update yang akan memberikan kepuasan kepada pemain. Berikut adalah kemas kini yang bakal disediakan:

  • Pelancaran
    • 6 Survivor
    • 5 Creature
    • 2 Stage
    • Challenge Mission 1
    • Battle Pass (Level 1-30)
    • Dan banyak lagi!
  • Update 1
    • 1 Survivor
    • 1 Stage
    • 8 Costume
    • Challenge Mission 2
    • Battle Pass (Level 30-60)
    • Dan banyak lagi!
  • Update 2
    • 1 Survivor
    • 2 Costume
    • Challenge Mission 3
    • Dan banyak lagi!
  • Update 3
    • 1 Survivor
    • 1 Creature
    • 7 Costume
    • Challenge Mission 4
    • Battle Pass (Level 61-90)
    • Dan banyak lagi!

Walau bagaimanapun, setiap dari kemaskini ini masih tidak diumumkan tarikhnya dan mungkin maklumat lebih lanjut mengenainya akan dikeluarkan selepas game ini dilancarkan. Saya ingin mengingatkan anda bahawa Resident Evil Re: Verse bakal dilancarkan di PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam.

Apa pendapat korang tentang game multiplayer survival horror ini? Berikan pendapat anda di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Resident Evil RE:Verse
Previous Post

Interview Resident Evil 4 Remake – “Elemen seram berganda dalam versi moden”

Next Post

Resident Evil 4 Remake akan keluar pada 24 Mac 2023, boleh pre-order sekarang!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Resident Evil 4 Remake akan keluar pada 24 Mac 2023, boleh pre-order sekarang!

Resident Evil 4 Remake akan keluar pada 24 Mac 2023, boleh pre-order sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd